Tafa'ul adalahkalimah yang baik yang didengari oleh seseornag. Maksudnya ini dinayatakan dalam hadis nabi SAW:
(لا طِيَرَةَ، وخَيْرُها الفَأْلُ. قالوا: وما الفَأْلُ؟ قالَ: الكَلِمَةُ الصَّالِحَةُ يَسْمَعُها أحَدُكُمْ)
Tafa-ul dengan nama yang elok:
Apabila orang Quraisy menghantarkan Suhail bin Amru kepada nabi SAW untuk membincnagkan perjanjian Hudaibiyah, nabi SAW telah bertafa'ul dengan nama Suhail bin Amrul dengan sabdanya:
لقد سَهُل لكم من أمركم
Dikatakan bahawa isteri Imran telah menamakan anaknya dengan MARYAM kerana bertafa-ul dengan nama itu kerana Maryam dalam bahasanya bermaksud "abidah" . Maka maryam menjadi seorang ahli ibadat.
Bila anda pergi hospital, lalu anda jumpa seorang yang bernama Salim. Maka ketika itu anda bertafa-ul dengan namanya bahawa orang yang anda akan lawati dihospital itu akan sihat.
Demikian, jika kita lihat ada nama klinik "Klinik Syifa", Ia adalah satu bentuk tafa-ul dengan nama kerana Syifa ertinya kesembuhan. Sesuailah dinamakan nama klinik.
Nabi SAW bila tiba di Yathrib, ditukar namanya kepada Thibah. Ini kerana Yathrib membawa maksud dicela dan dikutuk. Ia adalah nama yang buruk. Menukarkan nama kepada Thibah adalah satu bentuk tafa-ul dengan nama yang elok kerana Thibah bererti BAIK.
Baca: Al-Munajjid
Sabda Nabi SAW mengenai keburukan Tasya'um yang membatalkan peluang masuk Syurga tanpa Hisab:
يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي سَبْعُونَ أَلْفًا بِغَيْرِ حِسَابٍ لا يَرْقُونَ ، وَلا يَسْتَرْقُونَ ، وَلا يَكْتَوُونَ ، وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
No comments:
Post a Comment