1)Berlebihan dalam memuji mereka dan membangunkan kubur-kubur mereka.
Mulanya sikap berlebihan-lebihan dalam memuji para wali ini menjadi makanan ornag Syiah, kemudian ia menjadi feel yang dicontohi oleh golongan Sufi.
Siapa yang mengamati apa yang berlaku dalam sejarah pemerintahan Fatimiyyah di bumi Mesir selama ratusan tahun itu, akan menemui hakikat dakwaan ini. Sepanjang mereka memerintah, berapa banyak masyahid ( kubur berhias) yang telah mereka bangunkan!?
Semasa daulah Islam Abbasiyyah dan sebelumnya dalam fasa kuat, tiada kubur yang dibangunkan. Namun, bila kerajaan Ababsiyyah melemah mulai dari zaman Al-Muqtadir, muncul pula di sana sini para zindiq yang memakai jubah ulama dan Islam, maka bermula zaman di mana kubur-kubur orang soleh dibangunkan.
Kubur Saidina Ali yang ada di Najaf, sejak bila ia terkenal? Ali meninggal tahun 40 H.Selepas itu ummat Islam diperintah oleh Khilafah Bani Umayyah dan seterusnya Ababsiyyah. Orang tidak pernah menyebut kubur Ali di Najaf. Tidak pernah orang melakukan ziarah ke kuburnya. namun, bila di Mesir terbangun Fatimiyyah Syiah dan di ibu kota Abbasiyyah Syiah Buwaihiyyah berkuasa, baru timbul cerita kubur Ali di Najaf. Inilah contoh dan hujjah bahawa pembuat sunnah membangunkan kubur ini adalah golongan Syiah.
Sayang sekali, golongan Sufi menghirup racun itu dan kemudian mengikut sunnah dan tradis Syiah yang rosak dan menyongsang sunnah nabi SAW!
5) Wali tahu siapa yang buat maksiat
Ada diceritakan bahawa ada wali yang dapat memncium bau maksiat. Dalam kitab Jami' Karamatul Auliya, Jil 1 MS 327 disebutkan bahawa ada seorang wali yang bernama Syeikh Ahmad An-Najati, dia diberikan Allah karamah dapat mengetahui perbuatan maksiat yang dilakukan seseorang. Bila dia jumpa si pelaku maksiat, dia akan meludahinya.
Bukankah perbuatan maksiat yang dilakukan seseorang itu kita perlu sembunyikan?. Kalau ingin mengubahnya, bukan dengan cara membongkar maksiatnya, bahkan hendaklah menasihatinya. Apa lagi meludahi si pelaku maksiat. Adab dan tasawwuf Islam jauh daripada perlakuan seperti yang diceritakan mengenai Syeikh Ahmad An-Najati ini!
Ibn Ataillah As-Sakandari meriwayatkan perkataan Abdul Wahab As-Sya'rani dalam Lataif Al-Minan MS 689 menyebutkan tentang dirinya yang mampu mencium bau maksiat ahli tariqat dan juga bau amal soleh ahli tariqat. Dia juga menyebutkan bahawa gurunya Ali Al-Khawwas, apabila melihat kepada air sisa wuduk seseorang, dia tahu apa dosa yang telah gugur bersamanya dan siapa tuannya.(Lihat : Lataif Al-Minan MS 50)
No comments:
Post a Comment