Saturday, December 31, 2022

Fitnah Ibn Al-Qusyairi

Mula terjadi pada Syawal tahun 469H

Anak kepada Abdul Kari Al-Qusyairi, tokoh sufi yang terkenal ,  bernama Abu Nasir Abdurrahim bin Abu Al-Qasim Abdul Karim Al-Qusyairi (439-414H).

Dia berguru dengan ayahnya sehingga sangat menyerupai keilmuan ayahnya. Bak kata orang, bapa borek, anak rintik. Beliau melazimi Imam Al-Haramain iaitu Abu Al-Ma'ali Al-Juwaini.

Pada masa hidupnya, telah berlaku satu peristiwa yang disebut sebagai peristiwa Fitnah Ibn Al-Qusyairi.

Beliau tinggal di Nisabur. Satu ketika dalam perjalanan haji, singgah di baghdad. Di Baghdad, Mazhab Hambali dominan. Tokoh besar mazhab Hambali waktu itu ialah Syarif Abu Ja'far bin Abu Musa. 

Maka, Abu Nasir Ibn Al-Qusairi yang datang dari Nisbur mengajar di Madrasah Nizomiyyah dan membela mazhab Asy'ari dan menyerang serta mencela mazhab Hanabilah dan melebelkan Hanabilah sebagai Tajsim.

Sebenarnya api panas dalam hubungan antara Asyairah dengan Hanbalah telah bermula lebih awal lagi. Dekan Madrasah Nizomiyahyang bernama Abdul Malik Al-Kandari (Meninggal tahun 415H) pernah mengarahkan agar dilaknat para ahli bid'ah atas membar-membar dan disebutkan keika Asyairah sebagai salah satu golongan ahli bid'ah.

Adapun dalam madrasah Nizomiyyah di Bagdad, para gurunya banyak bermazhab Syafie yang menisbahkan diri kepada Asya'ari. Antaranya Abu Ishak As-Syirazi

Ia adalah satu peristiwa persengketaan antara Mazhab Asya 'irah dengan Hanabilah.

Persengketaan ini membawa kepada pergaduhan bersenjata.

ia dapat dihentikan apabila khalifah camputangan, Dia memerintahkan wazirnya unuk menjemput pihak-pihak yang bergaduh  dan dapat diselesaikan apabila Abu Nasir Al-Qusyairi diperintahkan balik ke negrinya dan tinggal di sana (Nisabur)

Abu Nasir meninggal di Nisabur pada 28 Jamadil Akhir 514H pada usia 80 tahun.


Bacaan: Fitnah Ibn Qusyairi

Al-Qusyairi seorang ahli Tasawwuf yang di atas jalan kebenaran

Beliau adalah Abdul Karim bin Hawazin bin Abdul Malik bin Talhah bin Muhammad Al-Qusyairi dan diberi kinayah dengan panggilan Abu Al-Qasim. Digelar dengan gelaran Zainul Islam atau Jamaluddin. Belua merupakah tokoh ulama yang disegani pada zamannya serta tokoh ulama dalam mazhab Syafie. Beliau juga adalah seorang imam dalam dunia tasawwuf. Beliau jadi dambaan masyarakat dalam mempelajaran ilmu fekah, tafsir, hadis, usul, adab, syair, penulisan dan tasawwuf.

Karyanya yang terkenal adalah Risalah Al-Qusyairiyyah yang memperkatakan mengenai ilmu tasawwuf.


Al-Qusyairi meninggal pada tahun 465H pada umur 89 tahun


KEPINCANGAN TASAWWUF

Menurut Abdurrahman Al-Khaliq dalam kitabnya, Fadhaih As-Suffiyyah, Tasawwuf adalah sebuah lautan yang bergenangan dengan kumbahan kotor. Dalamnya terkumpul segala macam kekufuran dan zindik yang ada dalam falsafah hindu,  Majusi dan Yunani. Dalamnya ada tipudaya Qoramitah dan puak-puak Batiniyyah, khurafat para ahli kurafat, penipuan para dajjal dan juga aneka macam wahyu kesyaitanan. Semua itu boleh dilihat dalam perkembangan Tasawwf, ilmunya, prinsipnya dan kasyafnya. Apa sahaja akidah kufur yang kau gambarkan dalam zihinmu, kau akan temui dalam dunia tasawwuf bermula daripada menisbahkan ketuhanan (Uluhiyyah) kepada makhluk hinggalah menjadikan makhluk sebagai "Ain" Allah yang maha Satu. 

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh Abdurrahman Al-Khaliq setelah beliau mengkaji ilmu tasawwuf dan pemikiran ahi sufi  yang berkembang dalam sejarah Islam. Tentu rumusan beliau ini menyakitkan dan menimbulkan kegalauan yang sangat memanikkan bagi pencinta ilmu tasawwuf. 

Namun, jika tasawwuf yang kita fahami dalam kerangka para salafus soleh, ia tentu tidak termasuk dalam apa yang digambar dan disimpulkan oleh penulis kitab ini. Tasawwuf dalam bentuk tazkiyatunnafsi, membina jati diri yang kuat menghadapi pesona dunia serta bertekhalluq dan akhlak yang mulia. Tanpa filsafat tasawwuf, ilmu tasawwuf adalah ilmu yang mulia dan suci. Ilmu para nabi dan salafus soleh.

Hanya disayangkan, telah datang walijah yang mencemarkan keseluruhan tasawwuf hingga sukarlah menyuluh kejernihan jalan Rasul dan Salafus Soleh dalam kesufian pada hari ini.

Kita ringkaskan beberapa hujahan beliau dalam kitabnya tersebut dan kita fikirkan. Kita buang ketaksuban  firqah dan carilah kebenaran :

Beliau menyenaraikan perbezaan antara Islam dengan tasawwuf:

1) Sumber Islam dalam akidah dan syariat adalah Al-Quran dan Hadis, namun dalam tasawwuf mereka menjadikan kasyaf para wali, mimpi, pertumuan barzakhiyyah dengan orang yang sudah mati, peremuan dengan nabi Khaidir dan membaca Luh Mahfuz serta mengambil ilmu daripada jin-jin yang disebut sebagai Ruhaniyat sebagai seumber dalam beragama.

2) Akidah tasawwuf ada konsep Al-Hulul yang pernah dianuti oleh Hallaj dan Wihdatul Wujud yang dikembangkan oleh Ibn Arabi, Ibn Sab'in, At-Tilmisani, Abdul Karim Al-Jili,  Abdul Ghani An-Nablusi dan ramai tokoh-tokoh sufi hingga kini.

3) Akidah tasawwuf tentang kedudukan para Rasul yang tidak mencapai darjat para wali.

4) Tasawwuf memumpunyai kepercayaan melampau tentang wali di mana wali-wali ada kerajaannya dan mereka ada hak tasarruf ke atas alam semesta ini.

5) Tasawwuf meremehkan syurga yang Allah sediakan dan mendakwa buat amal kerana syurga adalah mengurangkan darjat. Syurga pada golongan tasawwuf adalah mencapai darjat fana. Neraka pula bagi mereka tidak perlu ditakuti. Seorang sufi tidak takutkan neraka dan neraka serta syurga sama sahaja nikmatnya.

6) Ramai kalangan Sufi yang melihat Iblis sebagai hamba yang paling sempurna imannya kerana dia enggan sujud kepada selain Allah. Sementara Firaun pula adala Seafdhal-afdhal orang yang bertauhid kerana dia pernah berkata : Ana Rabbukumul A'la. Ini menjadi dalil bahawa dia mencapai hakikat bahawa semua yang wujud adalah Allah belaka.

7) Kalangan sufi mempunyai konsep ibadat yang berbeza dengan apa yang dikenali dalam Islam. Ibadat solat, puasa, haji dan zakat itu adalah ibadat orang awam. Mereka  mencapai darjat khusus dan ada ibadat dalam bentuk yang lain seperti zikir, khulwat dan haflah-haflah yang tertentu.

8) Halal dan haram kalangan ahli sufi tidak sama dengan apa yang ada dalam syariat ISlam. Sebab itu ada sufi yang telanjang, minum arak dan menyetubuhi keldai .Semua itu kerana mereka ada syariat yang lain daripada syariat Muhammad SAW.

Sesiapa yang membaca kisah-kisah sufi akan temui fakta ini.

9) Kalangan sufi menolak menentang kejahatan pemerimntah yang zalim dan mengajar untuk redha dengan ketentuan Allah SWT.

10) tarbiah tasawwuf memandulkan akal dan menghilang fungsinya. Seorang yang masuk tariqat tidak boleh keluar sama sekali dari tarikat itu dan hendaklah taat sepenuhnya kepada syeikh tariqat seperti mayat di depan tukang mandi!


Inilah perkara-perkara pokok yang perlu menjaid fokus ketika hendaklah bermujadalah dengan para pentaksub kesufian. 

Abdurahman Al-Khaliq menasihatkan agar jangan disibukkan dengan  menegur perkara furuk  dan syakliyyat yang para sufi lakukan. Apa yang perlu dipersoalkan kepada mereka ialah apakah sumber ambilan dalam agama Islam yang meraka anuti? 

Untuk dapat penjelasan yang lebih panjang mengenai apa yang tersimpan dalam khazanah pemikiran Sufi, Syaikh Abdurrahman Al-Khaliq telah huraikan dengan panjang lebar dalam Kitabnya " Al-Fikru As-Sufi". Sila rujuk dan baca, Cari ilmu dan kebenaran dan buangkan ketakutan . Pecahkan taboo dan kekangan akal.



Friday, December 30, 2022

Belajar Usul Feqah itu penting.

Sebelum anda belajar feqah, anda perlu belajar usul feqah. Demikian kata para ulama dalam bidang ini. Dr. Nayif bin Nahar dalam bukunya Muqaddimah Fi Usul Al-Fiqh menyebtkan bahawa ilmu Usul Feqah adalah natijahh yang lahir dari Pemikiran Islam dan semasa proses pembentukan asas ilmu ini, tidak ada sama sekali pemikiran luar yang melaburkan sahamnya.

Ini tentu berbeza dengan beberapa ilmu lain yang dipengaruhi pemikiran luar seperti ulmu tasawwuf yang di dalamnya ada saham pemikiran falsafah. Demikian ilmu kalam juga dipengaruhi pemikiran falsafah.

Thursday, December 29, 2022

KAEDAH USUL FEQAH YANG DISEPAKATI PARA ULAMA

1) Yakin tidak dihilangkan dengan syak

2) Kemudaratan hendaklah dihilangkan

3) Apabila sukar, hendaklah dimudahkan.

4) Adat kebiasaan diambil kira.

5)  Sesuatu perkara berdasarkan niat


Semak: Islamweb


Sunday, December 25, 2022

SIFAT-SIFAT GOLONGAN KHAWARIJ MENURUT HADIS NABI

 Nabi SAW telah menyebutkan tentang kemunculan golongan dari kalangan ummatnya yang memenuhi ciri-ciri yang kemudiannya dinamakan golongan Khawarij. Ciri-ciri mereka adalah seperti berikut:

1) Anak-anak muda yang mentah

2) Kurang ilmu dan lebih dipandu oleh semangat yang berkobar-kobar.

3) Syok sendiri dalam beragama dan melihat orang lain sebagai lekeh dan kurang agama.

4) Banyak ibadat, baca Quran tetapi kurang memahaminya.

5) Selalu beristidlal dengan Quran tetapi naif dalam ilmu-ilmu Quran.

6) Elok dalam bicara tetapi lemah dalam tindakan( Cakap tak serupa bikin)\

7) Budaya takfiri dan halal darah ornag berlegar di bibir meeka.

8) Suka mengambil syiar paa penampilan yang membezakan mereka dengan ummat Islam yang lain. Umpamanya di zaman Saidina Ali, syiar mereka adalah mencukur kepala. Kekadang mereka mensyiarkan diri mereka dengan panji khas.


Rujuk: http://www.saaid.net/Minute/764.htm

Saturday, December 24, 2022

MEMULANGKAN HAK ORANG-ORANG YANG DIZALIMI

 Apabila Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, langkah awal beliau adalah "Raddul Mazoolim". Orang-orang yang dizalimi dan dirampas hal mereka oleh pemerintah sebelumnya dikembalikan semula hak yang dirampas itu. Beliau memikul tanggungjawab kesilapan kerajaan dan mengambil langkah pembetulan. Sehingga dengan itu, seorang ulama yang menjawat jawatan Qadhi Basrah menyebutkan dengan katanya:

" Sesungguhnya khalifah itu ada 3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang memerangi golongan murtad, khalifah Umar bin Abdul Aziz yang memulangkan kezaliman Bani Umayyah dan Khalifah Al-Mutawakkil yang membela sunnah dan membungkam Bid'ah".

Umar bin Abdul Aziz adalah model pemerintah yang datang memimpin kerajaan yang pernah bobrok lalu melakukan Islah. Apa-apa kesilapan pemerintah sebelumnya dia perbetulkan dan kesilapan terbesar sesuatu pemerintahan adalah apabila membiarkan orang-orang yang dizalimi tidka dibela. Membela para maslum, itulah amal soleh terbesar seorang penguasa kerana di dalamnya terkandung makna keadilan yang menjadi tunggak kepada pemerintahan yang diredhai Allah SWT.

Kerana itu, beberapa tindakan DS Anwar Ibrahim setelah terlantik menjadi Perdana Menteri boleh dilihat dalam rangka melaksanakan Raddul Mazalim. Beliau telah memulangkan kembali hak para petani yang selama ini dikuras oleh para lintah. Menetapkan BERNAS yang dimiliki oleh DS Syed Mukhtar Al-Bukari memberikan RM10 juta pada Disember 2022 dan RM50 Juta lagi sepanjang tahun 2023  kepada warga petani adalah satu bentuk Raddul Mazolim. Demikian juga mengembalikan hak-hak negeri Sabah dan Sarawak, ia merupakan Raddul Mazolim.

Kita tidak boleh memandang ringan persoalan raddul Mazolim. Khazanah pemerintahan Islam meletakkan hal ini dalam senarai penting petanda keadilan sesebuah pemerintahan. Hinggakan ada khalifah yang menajadikan hari tertentu sepanjang roda pemerintahannya sebagai hari Raddul Mazolim.

Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Kitab Al-Mazalim:


عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((مَنْ كانت عنده مظلمة لأخيه فليتحلَّلْه منها، فإنه ليس ثمَّ دينار ولا درهم من قبل أن يؤخذ لأخيه من حسناته، فإن لم يكن له حسنات، أخذ من سيئات أخيه فطرحت عليه))

"Sesiapa yang pada dirinya ada berbuat zalim kepada saudaranya, maka hendaklah dia minta halal daripadanya. Sesungguhnya kezaliman itu tidak dapat dibayar dengan dinar dan dirham pada hari kiamat akan tetapi dibayar dengan kebaikan yang dilakukannya di dunia.Jika dia tidak punya kebaikan, maka diambil kejahatan ornag yang dizaliminya itu dan dipikulkan ke pundaknya !".





Friday, December 23, 2022

Bermazhab Syafie dalam Furu' dan Bermazhab Imam Ahmad serta Ahlul Hadis dalam Usul

 Mengikut mazhab adalah tradisi para ulama sejak zaman silam. Itulah cara mengikat diri dengan kebenaran agar tidak tergelincir dalam menghadapi tribulasi kepelbagaian jalan dalam agama. Bersama peredaran waktu muncul para mubtadi'un yang cuba memesongkan ummat dari jalan nabi SAW , para sahabat serta salafus soleh. Oleh itu, memilih untuk ikut mazhab ulama mujtahid adalah jalan selamat.

Mengikut mazhab Syafie dalam masalah furu' dan mazhab Ahmad dan Ahlul Hadis dalam masalah Usul adalah nasihat yang diutarakan oleh Syeikh Abu Mansur Muhammad bin Ahmad Al-Muqri Al-Khayyat kepada Abu Al-Fadhli Muhammad bin Nasir As-Sulami 

Menurut Ibn Nasir As-Sulami, pada mulanya dia mengikut aliran para Syafi'iyyah yang ada di madrasah Nizamiyyah yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah merujuk kepada makna yang ada pada zat dan huruf serta suara. Ia menjadi ibarat atau dalil yang menunjukkan kepada kalam Qodim yang bersama Zat Allah yang agung. Perkataan ini dianuti oleh Ibn Nasir As-Sulami dan diperjuangkannya.

Namun, dia mendengar perkataan-perkataan yang meyalahinya dalam maslaah itu lalu dia berdoa kepada Allah agar diberikan hidayah buatnya untuk mengikut jalan yang benar.Lalu dia dikurniakan mimpi yang menunjukkan jalan pada awal malam bulan Rejab tahun 494H yang mana dalam mimpinya itu dia mengahadiri pengajian Syeikh Abu Mansur Muhammad bin Ahmad Al-Muqri Al-Khayyat di masjid Ibn Jardah. Dalam mimpinya itu, dia diberitahu orang di luar masjid bahawa Nabi SAW ada bersama Syeikh. Lalu dia masuk dan dalam pertemuan itu, Nabi menyebutkan untuknya 3 kali agar mengikut jalan Syeikh Al-Khayyat.

Maka, itulah timbul perkataan Syeikh Al-Khayyat buat Ibn Nasir As-Sulami.



Rujuk kitab : At-Tawwabin oleh Ibn Qudamah ms 38-39

Tuesday, December 20, 2022

LIKU-LIKU HITAM DUNIA POLITIK

Sesiapa yang memerhati watak-watak yang mementaskan drama politik dan siasah sepanjang sejarah, akan dapat mengambil satu kesimpulan bahawa para aktor politik adalah mereka yang paling banyak berdansa dengan perbuatan dosa.  Ada penipuan, kezaliman, khianat, putus silaturrahim, ketamakan, pecah amanah, penindasan, takabbur, merampas hak orang, lupakan jasa dan budi, lupakan akhirat dan sibu dengan dunia. Tidak hairan, kenapa baginda Rasulullah memperingatkan kepada Abu Zar, sahabatnya tatkala dia meminta kepada nabi jawataan kepimpinan dalam satu urusan. 

Sabda nabi SAW:

يَا أَبَا ذَرٍّ، إِنَّكَ ضَعِيفٌ، وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ، وَإِنَّهَا يَوْمَ القِيَامَةِ خِزيٌ وَنَدَامَةٌ، إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا، وَأَدَّى الَّذِي عَلَيهِ فِيهَ

" Wahai Abu Zar, sesungguhnya engka seorang yang lemah. Kepimpina n itu amanah. Pada hari kiamat ia akan menjadi sumber kehinaan dan penyesalan. Kecuali mereka yang mengambil kepimpinan itu secara HAQ dan menunaikan kewajipan kepimpinan itu".
(Hadis Saheh Muslim)

Politik dan siasah adalah wahana menggapai kepimpinan. Kepimpinan itu kuasa. Kuasa itu sering buat manusia lupa dan melampau. 

Kita akan mendapati banyak sekali ornag baik bertukar menjadi jahat. Menjadi buas dan tega. Sanggup menzalimi dan bahkan membunuh demi permainan politik. 

Pernahkah kalian dengar apa yang dinaqalkan mengenai perkataan Khalifah Abdul Malik bin Marwan apabila sampai kepadanya bahawa dia dipilih keluarga Bani Umayyah untuk menjadi khalifah Bani Uamyyah? Ketika itu dia berada di Madinah dalam majlis ilmu bersama para pencinta ilmu. Dia adalah salah seorang Fuqahaa Madinah yang namanya dibariskan bersama Sa'id bin Al-Musayyab, Urwah bin Zubair dan Qubaisah bin Zuaib.

Ibn A'isyah meriwayatkan (Sebagaimana disebutkan dalam Siyar A'lam An-Nubalaa):

Ketika sampai urusan perlantikan khalifah kepada Abdul Malik, sedangkan mashaf Quran adalah di tangannya, dia pun menutup mashaf itu dan berkata:

هذا آخر العهد بك

" Inilah kesudahan janji setia aku denganmu".


Sesungguhnya politik dan siasah telah memakan korban yang banyak. Baca sahaja kisah bagaimana Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur menghadapi pesaing-pesaing politiknya. Mereka adalah orang yang berjasa dalam menumbangkan dinasti Bani Umayyah dan melakar jalan untuk bangkitnya Pemerintahan Khilafah Bani Abbasiyyah. Abdullah bin Ali, pakciknya sendiri menjadi musuhnya dan dikalahkan dengan kelicikan politiknya. Abu Muslim Al-Khurasani, jenderal tentera yang berjasa memebela Bani Ababsiyyah akhirnya dibunuh oleh Abu Ja'far dengan tipudayanya. Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah digugat hingga bangkit memberontak melawannya dan akhirnya mati dibunuh, sedangkan Bani Abbasiyyah dan banu Umayyah itu adalah keturunan yang sama dari Abdul Manaf bin Qusai.

Itulah natijah sebuah persaingan politik.

Lebih jauh ke belakang, riwayat sejarah mencatatkan bahawa pada zaman Khilafah Othmaniyyah, demi kelangsungan politik, para khalifahnya sanggup membunuh adik beradik dan ia menjadi satu aturan yang diterimapakai dalam negara. Perbuatan yang disitilahkan sebagai FRATRICIDE itu berlangsung dalam tempo beberapa khalifah. Ia berawal daripada persaingan antara Osman bin Urtughul dengan pakciknya Dundar yang mana akhirnyanya Dundar dibunuh oleh Osman atas alasan khianatnya Dundar dan bersekongkol dengan Raja Byzantin yang Kristian untuk membunuh Osman bin Urtughul.

Kemudian, Sultan Murad I bin Urkhan, khalifah ketiga Daulah Othmaniyyah membunuh anaknya sendiri yang bernama Sauci kerana khianat dan berpihak kepada raja Byzantinز

Kemudiannya, semasa Sultan Murad II ( Bapa kepada Muhammad Al-Fatih) pula, dia membunuh pakciknya Mutafa bin Bayazid kerana persekongkolannya dengan Emperor Imanuel II dari Byzantin untuk menyerang kerajaan Othmaniyyah.Khianatnya kepada Othmaniyyah ialah apabila dengan dibekalkan senjata oleh emperor itu dan menawan Semenjanjung Gallipoli dan menyebabkan Sultan Murad II memimpin pasukan tentera mengalahkannya dan kemudian menjatuhkan hukuman buinuh ke atasnya.

Menela'ah sejarah Othmaniyyah akan membawa anda menelurusi kisah hitam dunia politik yang tidak terjangkau oleh fikiran anda sebagai orang biasa yang tidak mengenal liku-liku politik.

Hinggalah ke zaman Erdogan menjadi presiden Turki. Seorang pendakwah tersohor yang telah berjaya membina rangkaian sekolah agama di Turki dan seluruh dunia, Gulen, bergeser dan bermusuhan. Hampir jadi puncanya tumbangnya pemerintahan Erdorgan dan membawa kuasa tentera kembali menentukan hala tuju Turki. Hanya, kepantasan Erdorgan dan sokongan rakyat yang menghentikan ftnah Gulen.


Pelajarilah kerajaan-kerajaan yang muncul dalam sejarah Islam, anda akan temui kemungkaran politik yang beragam. Hal yang serupa akan anda temui dalam sejarah Eropah, India, Cina dan di manapun juga. 

Politik adalah sebuah lembah berdarah, kabusnya sangat tebal dan ngauman rimbanya sangat menyeramkan.

Kalau anda memilih politik sebagai medan anda, bersedialah untuk semua itu. Hadapilah dengan yakin dan telanlah segala kepahitannya!





Sunday, December 11, 2022

SIAPAKAH PENOLONG-PENONG ORANG ZALIM?

Disebutkan dalam kitab "إيضاح طرق الاستقامة في بيان أحكام الولاية والإمامة" ms 253:

Seorang lelaki telah berkata kepada Imam Ahmad: 

"Apakah kamu merasakan bahawa aku ini dari kalangan penolong-penolong orang zalim?"

"Apa pekerjaanmu?" tanya Imam Ahmad.

" Kerja sebagai tukang jahit kepada si zalim" jawabnya.

" Kalau begitu engkau adalah orang zalim, bukan penolong kepada mereka. Penolong orang zalim ialah yang membekalkan engkau benang dan jarum", jawab Imam Ahmad.

Ibn Al-Jauzi juga menyebutkan dalan "Saidul Khawatir" ms 435:

Telah berkata seorang penjaga penjara kepada Imam Ahmad: "Apakah aku kalangan orang yang menolong penzalim? "

Imam Ahmad mengatakan bahawa dia bukan penolong penzalim, bahkan dia adalah penzalim. Penolong orang zalim ialah mereka yang membatumu dalam kerjamu sebagai penjaga penjara!".

Friday, December 9, 2022

KEKAYAAN SERTA MERTA AKAN MEMBUNUHMU

Siapa yang tak mahu kaya? rata-rata orang jika ditawarkan kekayaan, pasti dia mahu. Mungkin ada segelintir yang menolak kekayaan. Itu sangat nadir!

Namun, kekayaan hendaklah dicapai secara perlahan-lahan. Dengan kata lain, jangan jadi kaya mendadak. Kaya mendadak itu memudaratkan diri. Bahkan boleh membunuh diri sendiri. 

Ianya seperti makan. Kalau makan, biarlah semulut demi semulut.  Demikian juga minum. Biarlah seteguk demi seteguk. Makan dengan jumlah yang banyak sekaligus atau minum setempayan sekaligus, boleh membunuh diri. Kalau melangkah ke satu tempat, biar setepak demi setapak. Orang melayu berpepatah. Biar lambat asal selamat. Kecepatan selalu mengundang bahaya. Naik kereta laju-laju, akibatnya kemalangan. Kalau melangkah, jangan gopoh. Takut terpeleset dan jatuh.

Demikian pula kalau orang mendaki gunung. Orang naik perlahan-lahan. Tak payah melompat sana sini. takut nanti jatuh terguling masuk jurang. Mati.

Macam tulah kekayaan. Nak kaya, kerja sikit-sikit. Dapat duit, kumpul, jana dan kembangkan. Lama-lama kayalah. Kalau jumpa harta karun berkoyan-koyan lalu jadi kaya tiba-tiba, boleh mati di buatnya.  Mungkin mati sebab terkejut lantaran kena heart attack. Mungkin juga buat orang rasa heran. Termasuk para penyamun dan perompak. Orang dengki pun ramai. Tuduhan dan fitnah pun datang berjela-jela. Ramai pula berebut mengakui empunya harta itu. Bergaduh dan mungkin mati.

Macam khabar Nabi SAW dalam hadis tentang tanda akhir zaman. Tiba-tiba aja ada gunung emas muncul dari dasar sungai Furat. Manusia berebut. 100 orang terlibat, semua mati tak sempat merasakan harta itu, kecuali seorang. Kalau dah seorang, nak buat apa segunung emas pun?

Ada satu kisah pengajaran. Kisah berlaku di zaman pemerintahan Ahmad bin Tulun, pengasas kerajaan Tuluniyyah yang berdiri di Mesir antara tahun 254H hingga 292H.

Satu hari Ahmad bin Tulun itu berperahu menyusur sungai Nil bersama seorang khadamnya yang bernama Nasim. Mereka singgah di satu pantai sungai Nil dan melihat ada seorang tua yang miskin dengan pakaian compang camping bersama seorang kanak-kanak yang sama compang camping sepertinya. Mereka sedang menebar jala. Ahmad bin Tulun rasa kasihan melihat mereka. Lalu, diperintahkan khadamnya agar mengeluarkan 20 dinar dan diberikan kepada nelayan tua yang miskin itu. Dia dan khadamnya pun berlalu setelah diberikan 20 dinar itu. Dalam perjalanan balik, mereka lihat orang tua itu tergeletak atas tanah dan kanak-kanak yang bersamanya sedang menangisinya. Ahmad bin Tulun kehairanan. Sangkanya seseorang telah merompaknya dan membunuhnya dan mengamnbil harta yang diberikan oleh khadamnya tadi. Lalu dia bertanya kanak-kanak itu apa yang telah berlaku. Kanak-kanak itu menceritakan bahawa ayahnya itu menerima wang dinar dan kemudian dia duduk membelek wang dinar itu sehingga tiba-tiba dia jatuh pengsan dan mati. Ahmad bin Tulun menyuruh agar diperiksa badan orang tua itu dan memang didapati ada dinar emas bersamanya. Ahmad bin Tulun mahu memberikan dinar itu kepada kanak-kanak itu, tetapi dia menolaknya. Katamnya:

" Aku takut ia membunuhku sepertimana ia telah membunuh ayahku!".

Kata Ahmad bin Tulun:

"Benar...kekayaan itu perlu beransur-ansur, jika tidak ia akan membunuh tuannya!".

Thursday, December 8, 2022

BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG BERIMAN

Masalah kebanyakan kita adalah bersangka buruk kepada orang beriman. Kita seolah-olah melihat orang lain jahat, kita sahaja yang baik.Kita tega menyangka si fulan dan si fulanah itu ahli maksiat sedangkan kita sendiri bencikan maksiat itu.Kalau ada orang bawa cerita kepada kita bahawa si fulan itu berzina, liwat, minum arak dan seumpanya, antara kita ada yang terus percaya. Padahal yang dituduh itu belum dikenal sebelumnya sebagai ahli zina, ahli lewat atau kaki botol.

Inilah penyakit yang melanda bayak jiwa kalangan kita.

Aku ada dengar satu kalam seorang politikus. 

" Allah tidak menghendaki kita ornag baik duduk bersama orang jahat".

Sungguh hebat politikus itu melebelkan dirinya orang baik dan lawan politiknya orang jahat. Selain penyakit 'ujub, dia juga dihinggapi oleh perasangka buruk kepada orang lain.

Renungkanlah kisah Abu Ayub Al-Ansari dan isterinya tatkala mendepani berita fitnah yang menimpa Saidatina A'isyah r.a. 

Isteri Abu Ayyub, Ummu Ayub berkata kepada suaminya:

يا أبا أيوب ، أسمعت ما قيل ؟

Kata Abu Ayyub:

نعم ، وذلك الكذب ، أكنت أنت يا أم أيوب تفعلين ذلك !

Maka isteri Abu Ayyub berkata:

 لا والله !

Lalu Abu Ayyub menempelak:

فعائشة والله أفضل منك

Rujuk : Tafsir Qurtubi: Surah Annur, ayat 12.

Begitu caranya akhlak seornag muslim. Jangan rasa diri lebih baik. Cerminkan diri pada kejahatan yang hendak kita tampalkan kepada orang. Kita sanggupkah buat maksiat yang kita sangka ornag lain buat? Kalau kita tak sanggup, maka simpanlah dalam sangkaanmu yang baik bahawa orang lain juga tidak sanggup. Jangan cuma rasa diri sahaja yang suci, sedang orang lain nista dan najis!

SIAPA GALI LUBANG UNTUK JATUHKAN ORANG, SATU MASA DIA SENDIRI AKAN JATUH KE DALAMNYA.

Tipu daya dibalas tipu daya. Satu orang yang yang cuba menjerumuskan seorang yang lain ke dalam perangkap permainannya, pada satu ketika nanti, perangkap itu akan memakan diri. Al-Quran menyebutkan:

وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ

"Tipu daya jahat tidak akan menjerumuskan melainkan pemain tipu daya jahat itu sendiri".

(Surah Fatiir: 43)

Pepatah Arab ada menyebut:


من حفر حفرة لأخيه وقع فيها

Siapa gali lubang buat saudaranya, dia yang jatuh ke dalamnya.

Pepatah Arab ini berasal dari kisah dua orang saudara. Satu kaya dan satu lagi miskin serta buta. Saudara yang kaya itu  tinggal di sebuah rumah besar lengkap dengan khadam dan rumahnya jadi tempat berkumpul rakan-rakan perniagaannya. Saudaranya yang miskin pula acap berkunjung ke rumah saudaranya yang kaya itu atas alasan menjenguk dan berkasih sayang dengan saudaranya yang kaya itu. Namun, saudara yang kaya tidak suka dan mencari jalan bagaimana membebaskan dirinya daripada saudaranya yang miskin dan buta itu. Maka di suruhnya khadamnya gali satu lubang di laluan saudaranya yang miskin itu dengan perintah kalau saudaranya jatuh ke dalam lubang itu, hendaklah segera ditimbus. 

Malangnya, di satu subuh yang gelap, saudara yang kaya itu bangun dan lupa rancangan jahatnya tentang lubang itu. Dia sendiri lalu di jalan yang ada lubang itu dan terjatuh ke dalamnya. Sang khadamnya pun menimbusnya dan lenyaplah dia mati tertimbus. Esoknya, bila saudaranya yang miskin dan buta itu datang, alangkah terkejutnya sang khadam. Rupanya tuannya yang ditimbusnya.  Maka diuangkapkanlah permpamaan ini oleh orang Arab mengingatkan tragedi itu. 

Ada satu kisah yang mengesankan. Seorang suami telah tersilap memukul isterinya hingga mati. Dia cemas memikirkan bagaimana nak selamatkan dirinya kelak bila adim beradik isterinya tahu. Lalu, dia pergi minta nasihat kepada seorang yang banyak akalnya. Orang Arab sebut, orang yang panjang akal, banyak buah fikiran, dan pintar itu  sebagai "dahaa". Maka sang dahaa itu pun bagi idea. Disuruhnya suami yang malang itu ajak seornag pemuda belia yang kacak masuk ke dalam rumahnya dan bunuhlah dia. Kemudian, bila saudara mara isterinya datang, ceritakanlah kepada mereka bahawa isterinya itu didapati berzina dengan pemuda itu dan sebab itu dia membunuhnya. Maka suami malang itu pun lakukanlah idea yang penuh makar dan jahat itu.

Tahu apa yang terjadi? Seorang pemuda malang yang lalu di depan rumahnya dijemput masuk dan dipujuk dengan layanan itu ini. Akhirnya dibunuh oleh suami itu ketika sudah dalam rumahnya. Kemudian mayatnya dan isterinya diletakkan bergandingan. Lalu dijemput saudara mara isterinya datang dan beritahu mereka bahawa isterinya mati kerana berzina dengan pemuda itu. Dimintanya agar mayat isterinya itu dikebumikan secepatnya sebelum orang tahu dan mereka malu kerananya.

Maka adapun sang dahaa itu rupanya ada anak lelaki. Sudah beberapa hari tak pulang rumah, dia pun cari sana sini tak jumpa. Pendek cerita, akhirnya dia tahu bahawa anak lelakinya itulah yang jadi mangsa dibunuh suami yang datang minta akalnya. Lihat, sang pembekal akal jahat akhirnya dapat akibatnya!


Jangan cuba menganiaya orang, nanti kelak diri sendiri yang kena. Jangan asyik kata orang itu ini, nanti kelak, terpaksa menjilat ludah.

Dalam politik, para pesaing selalu bermusuh. Macam-macam lebel dan tuduhan yang dilontarkan. Politikus sebelah sini tuduh politikus sebelah sana sakau, apakah tidak mungkin satu saat, politikus yang menuduh itu pula jadi sakau? Ada politikus dituduh LGBT, freemanson, agen  Yahudi dan sebagainya, apakah tidak satu masa yang entah bila, sifat itu akan terpalit kepada sang penuduh pula?

Kita lihat banyak contoh kebalikan kata ini terjadi. Kita juga juga lihat bagaimana makar dalam politik akhirnya makan diri. Ini semua adalah contoh dan bukti bagaimana pepatah tadi menjawab dalam bentuk praktikal kehidupan manusia.

Oleh itu, hiduplah dengan jujur dan jauhi makar. Jauhi tipu daya. Jauhi kecenderungan mengata orang itu ini tak bagus dan asyik membaguskan diri. Lebih baik kata diri tak bagus dan orang lain bagus , itu lebih selamat. Allah memerhati kelakuan kita dan dia mengatur intiqamnya dengan Maha Adil!

Wednesday, October 26, 2022

CINTA NABI DAN REALITI YANG BERLAKU

ANDAINYA KAMI HIDUP ZAMAN NABI SAW!

Ramai orang yang hidup hari ini mendakwa cintanya kepada nabi SAW.  

Sepertinya... cintanya itu lebih daripada cinta sahabat Nabi kepada Nabi. Satu hal yang menipu. Hakikatnya, tiada cinta Nabi yang melebihi cinta sahabat buat Nabi. Kita yang hidup di zaman tidak melihat Nabi, bolehlah cakap macam-macam. Cakap memang mudah. Tapi berdepan dengan realiti, akan menguji.

Satu hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Ka'ab Al-Qurzi mengenai perkataan Huzaifah bin  Al-Yaman memberikan gambaran bagaimana cabaran mencintai nabi buat mereka yang hidup se zaman nabi SAW:

عن مُحمَّدِ بنِ كَعْبٍ القُرَظيِّ قال: قال فَتًى مِنَّا مِن أهْلِ الكُوفةِ لحُذَيفةَ بنِ اليَمانِ: يا أبا عبدِ اللهِ، رَأيتُم رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وصَحِبتُموهُ؟ قال: نَعَمْ يا ابنَ أخي، قال: فكيف كُنتُم تَصنَعونَ؟ قال: واللهِ لقد كُنَّا نَجهَدُ، قال: واللهِ لو أدْرَكْناهُ ما تَرَكْناهُ يَمْشي على الأرضِ، ولَجَعَلْناهُ على أعْناقِنا، قال: فقال حُذَيفةُ: يا ابنَ أخي، واللهِ لقد رَأيتُنا مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ بالخَنْدَقِ، وصلَّى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ مِن اللَّيلِ هَوِيًّا، ثم التَفَتَ إلينا فقال: مَن رَجُلٌ يَقومُ فيَنظُرَ لنا ما فَعَلَ القَومُ -يَشرُطُ له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أنَّه يَرجِعُ- أدخَلَه اللهُ الجَنَّةَ، فما قام رَجُلٌ، ثم صلَّى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ هَوِيًّا مِن اللَّيلِ، ثم التَفَتَ إلينا، فقال: مَن رَجُلٌ يقوم فيَنظُرَ لنا ما فَعَلَ القَومُ، ثم يَرجِعَ -يَشرُطُ له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ الرَّجْعةَ- أسأَلُ اللهَ أنْ يكونَ رَفيقي في الجَنَّةِ، فما قامَ رَجُلٌ مِن القَومِ مع شِدَّةِ الخَوفِ، وشِدَّةِ الجُوعِ، وشِدَّةِ البَرْدِ، فلمَّا لم يَقُمْ أحَدٌ دَعاني رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فلم يكُنْ لي بُدٌّ مِن القيامِ حين دَعاني، فقال: يا حُذَيفةُ، فاذْهَبْ فادْخُلْ في القَومِ فانْظُرْ ما يَفعَلونَ، ولا تُحدِثَنَّ شَيئًا حتى تَأتِيَنا، قال: فذَهَبتُ فدَخَلتُ في القَومِ، والرِّيحُ وجُنودُ اللهِ تَفعَلُ ما تَفعَلُ لا تُقِرُّ لهم قِدْرًا، ولا نارًا، ولا بِناءً، فقامَ أبو سُفْيانَ بنُ حَرْبٍ، فقال: يا مَعشَرَ قُرَيشٍ، لِيَنظُرَ امرُؤٌ مَن جَليسُه، فقال حُذَيفةُ: فأخَذتُ بيَدِ الرَّجُلِ الذي إلى جَنْبي، فقُلتُ: مَن أنتَ؟ قال: أنا فُلانُ بنُ فُلانٍ، ثم قال أبو سُفْيانَ: يا مَعشَرَ قُرَيشٍ، إنَّكم واللهِ ما أصبَحْتُم بدَارِ مُقامٍ؛ لقد هَلَكَ الكُراعُ، وأخْلَفَتْنا بَنو قُرَيظةَ، وبَلَغَنا عنهم الذي نَكرَهُ، ولَقِينا مِن هذه الرِّيحِ ما تَرَونَ، واللهِ ما تَطمَئِنُّ لنا قِدْرٌ، ولا تقومُ لنا نارٌ، ولا يَستَمسِكُ لنا بِناءٌ، فارْتَحِلوا فإنِّي مُرتَحِلٌ، ثم قامَ إلى جَمَلِه وهو مَعْقولٌ فجَلَسَ عليه، ثم ضَرَبَه فوَثَبَ على ثلاثٍ، فما أطلَقَ عِقالَه إلَّا وهو قائِمٌ، ولولا عهدُ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: لا تُحدِثْ شَيئًا حتى تَأتِيَني، ثم شِئتُ؛ لَقَتَلتُه بسَهْمٍ. قال حُذَيفةُ: ثم رَجَعتُ إلى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وهو قائِمٌ يُصلِّي في مِرْطٍ لبَعضِ نِسائِه مُرَحَّلٍ، فلمَّا رَآني أدْخَلَني إلى رَحْلِه، وطَرَحَ علَيَّ طَرَفَ المِرْطِ، ثم رَكَعَ وسَجَدَ وإنَّه لَفيهِ، فلمَّا سَلَّمَ أخبَرتُه الخَبَرَ. وسَمِعَتْ غَطَفانُ بما فَعَلَتْ قُرَيشٌ، فانْشَمَروا إلى بِلادِهم.

الراوي : حذيفة بن اليمان | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند لشعيب | الصفحة أو الرقم : 23334 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | التخريج : أخرجه من طرق مسلم (1788) بنحوه مختصراً، وأحمد (23334) واللفظ له


Monday, October 17, 2022

FIKRAH AKU BENAR, ORANG LAIN SALAH!

Ketika kita dimusuhi orang, selalu berlaku kita punya anggapan bahawa kita dimusuhi kerana kebenaran yang kita bawa. Permusuhan yang kita hadapi itu sunnah para pengemban kebenaran. Lalu, kiat cerminkan mehnah kita itu dengan mehnah para Rasul. Kita petik kata-kata Waraqah bin Naufal saat dia memperingatkan nabi Muhammad SAW tentang apa yang akan berlaku selanjutnya ke atas nabi Muhammad selepas apa yang dialaminya di gua Hirak. Katanya:

لم يأت رجل قَطُّ بمثل ما جئت به إلا عودي
" Tiada seorang pun yang datang membawa apa yang bakal kau bawa melainkan dia akan dimusuhi".

Maka, tak kala pendapat kita ditolak, kita katakan inilah cabaran menegakkan pemikiran yang benar. Tatkala langkah-langkah kita diperlecehkan, kita bisikan buat diri bahawa manusia belum mengerti dan kita berada di atas jalan yang benar.


Apakah kita benar atau mereka yang salah? Adakah timbul pertanyaan itu? Atau kilatan yakin dan kepastian yang penuh ta'assub datang menegaskan bahawa kita dalam kebenaran segera menyambar dan menacap di dataran ananiyyah??

Dalam dunia dakwah misalnya, jika ramai bencikan kita, kita perlu pertanyakan apa salah kita. Bukan kita membebankan kesalahan dan kekurangan buat khalayak. Kenapa ramai memusuhiku? Apakah dakwahku mengikut cara yang betul? Apakah apa yang aku larang itu selari dengan apa yang agama kehendaki? Apakah aku tidak meletakkan kepentingan diri dalam kepentingan agama yang aku kumandangkan?

Soalan-soalan ini perlu ditanya dan dimuhasabahkan!

Jika yang memusuhi kita adalah orang jahat dan kafir, tak apa asalkan ornag beriman mencintai kita. Cinta orang beriman kepada kita adalah lambang Al-Qabul di sisi Allah . Dalam hadis dinyatakan bahawa para wali Allah, akan disukai oleh Allah SWT dan akan mendapat rasa Al-Qabul di bumi.  Allah yang buatkan mereka diterima dan disayangi kalangan orang baik di bumi.

Kalau orang-orang baik rasa jauh hati dengan kita, tidak suka dengan kita, ini adalah satu isyarat yang menuntuk muhasabah diri. Allah berfirman dalam Quran, surah Maryam, Ayat 96:


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَٰنُ وُدًّا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.


Awas, jangan mengumpan benci orang. Jangan berhujah bahawa kala anda dibenci orang, anda atas kebenaran. Semak diri dan muhasabah. Mana tahu kalau diri ada kesalahan. Kerana, pada prinsipnya, orang yang beriman dan beramal soleh akan disukai ramai. Kecuali kelompak yang berlawanan, iaitu orang kafir dan para penjahat, kebencian mereka itu tidak perlu dikhuatirkan!


Renunglah Sabda nabi dalam Hadis Bukhari:



إذا أحبَّ اللهُ العبدَ نادى جبريلَ: إن اللهَ يحبُّ فلانًا فأحبِبْه، فيُحِبُّه جبريلُ، فينادي جبريلُ في أهلِ السماءِ: إن اللهَ يحبُ فلانًا فأحبُّوه ، فيُحِبُّه أهلُ السماءِ، ثم يُوضَعُ له القَبولُ في الأرضِ

Dalam sebuah hadis yang lain yang dihasankan oleh sebahagian ulama nabi bersabda:



المؤمِنُ يأْلَفُ ويُؤْلَفُ ، ولا خيرَ فيمَنْ لا يألَفُ ولا يُؤْلَفُ ، وخيرُهُمْ أنفعُهُمْ لِلنَّاسِ

Elakkan diri dari jadi golongan yang diistilahkan sebagai Munaffirin. Disebutkan dalam hadis:


إنَّ منكم مُنَفِّرِينَ

Jangan mencari kejanggalan (Gharabah). Gharabah hanya sementara. Saat manusia rosak, orang yang muslih adalah gharib. Bila manusia telah dapat diislahkan, ornag muslih tidak lagi gharib.


Lihatlah bagaimana hidu Imam Ahmad bin Hambal. Masa hayatnya , dia dimusuhi. Dipenjara dan disiksa. Kemudian, apa keadaan hari matinya? Disebutkan yang solat jenazahnya mencapai angka sejuta!


Demikian tokoh bernama Ibn taimiyyah. Hari matinya, sesaklah kota Damsyik. Sedangkan masa hayatnya, penguasa Damsyik memenjarakannya. Ulama-ulama yang mengipas penguasa dan menjilati mereka, hilang bayang mereka pada hari matinya Ibn Taimiyyah!

Perosak agama dari dalam

Jika Paulus At-Tarsusi dilihat sebagai perosak agama yang diajar oleh Isa Al-Masih dari dalam, maka demikianlah dalam agama yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Dari dalam jantungnya muncul pengembang kebatilan yang memporakperandakan Islam. Samalah Paulus dengan Abdullah bin Saba' yang memasukkan penyimpangan agama melalui pintu kecintaan kepada Ahlil Bait.  Tidak harus dilupakan juga peranan yang dimainkan oleh Sufi Falsafi bernama Ibn Arabi. Lihatlah bagaimana dia merobek kemurnian akidah Islam dengan teori Wehdatul Wujudnya. 

Paulus itu orangnya cerdik. Pintar dan daha. Demikian pula Abdullah bin Saba dan juga Ibn Arabi. Mereka semua genius dan kerana genius itu mereka berjaya dalam misi mereka.

Allah menjadikan mereka sebagai ujian untuk para pengikut sejati para Rasul. 

Dalil bahawa ramai manusia dalam kebatilan

Ada orang berhujjah bahawa agama Kristian adalah agama yang paling ramai penganutnya dewasa ini. Ini menjadi bukti bahawa Kristian benar dan Islam itu salah. Rmusan sebegini bukanlah pegangan dan sikap yang kita ambil. Kita seharusnya faham bahawa kebenaran dan kebatilan tidak diukur dengan ramainya pengikut. Sekalipun sendirian, yang benar tetap benar.  Yang benar itu adalah apa yang dikatakan benar oleh Allah SWT menerusi kitabnya dan menerusi lisan rasulNya..


  وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ 

{الأنعام:116}


وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ 

{يوسف:103}


إِنَّهُمْ أَلْفَوْا آبَاءَهُمْ ضَالِّينَ فَهُمْ عَلَى آثَارِهِمْ يُهْرَعُونَ وَلَقَدْ ضَلَّ قَبْلَهُمْ أَكْثَرُ الْأَوَّلِينَ 

{الصافات:69 ـ72}


Saturday, October 15, 2022

DARI ADAM A.S HINGGA MUHAMMAD SAW

Berapa ribu tahun masanya antara Nabi Adam hingga nabi Muhammad SAW? Itu mungkin pertanyaan yang melintas dalam fikiran kita. 

Untuk menetapkan secara tepat memang sukar. Namun, menggabungkan beberapa riwayat soheh, kita akan mendapat gambarannnya.

Tempoh antara Adam hingga Nuh.

روى الحاكم والطبراني عن أبي أمامة رضي الله عنه: أن رجلاً قال: يا رسول الله! أنبي كان آدم؟ قال: "نعم، مُعلَّمٌ مُكلَّمٌ ". قال: كم بينه وبين نوح؟ قال: " عشرة قرون ". قال: كم كان بين نوح وإبراهيم؟ قال: " عشرة قرون ". قالوا: يا رسول الله! كم كانت الرسل؟ قال: "ثلاث مئة وخمسة عشر، جمّاً غفيراً".

 صححه الألباني.

Hadis menyebutkan tempoh masa antara Nabi Adam hingga Nuh ialah 10 kurun.

Persoalannya, 10 kurun itu bersama dengan berapa tahun? Apakah satu kurun bersamaan 100 tahun? Apakah perkataan kurun yang seringkali disebutlan dalam kurun difahami dengan tempoh amsa 100 tahun?

Tempoh masa antara Nabi Isa A.S dengan nabi Muhammad SAW:

روى البخاري عن سلمان الفارسي قال: 
فترة بين عيسى ومحمد عليهما الصلاة والسلام ستمائة سنة.

Dijelaskan dalam hadis ini bahawa tempoh antara nabi Isa ke zaman nabi Muhammad SAW adalah 600 tahun.

Sekarang , tingga lagi kita mencari riwayat-riwayat yang menyebutkan tempoh masa antara zaman Nuh ke zaman nabi Ibrahim, Zaman nabi Ibrahim ke zaman Nabi Musa dan zaman nabi Musa ke zaman nabi Isa. Jika tempo tiga fasa ini selesai, dapatlah kita rumuskan tempoh amsa antara Adam hingga nabi Muhammad SAW.

Itulah masalahnya. Hendak mencari fakta yang tepat dan meyakinkan, memang sukar. Namun sekadar anggaran yang menghampiri ketepatan bersandarkan sumber, boleh rujuk perkataan Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya:

فَذَكَرَ مُحَمَّدُ بْنُ سَعْدٍ فِي كِتَابِ "الطَّبَقَاتِ" عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كَانَ بَيْنَ مُوسَى بْنِ عِمْرَانَ وَعِيسَى بْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَامُ أَلْفُ سَنَةٍ وَسَبْعُمِائَةِ سَنَةٍ، وَلَمْ يَكُنْ بَيْنَهُمَا فَتْرَةٌ، وَأَنَّهُ أُرْسِلَ بَيْنَهُمَا أَلْفُ نَبِيٍّ مِنْ بني إسرائيل سِوَى مَنْ أُرْسِلَ مِنْ غَيْرِهِمْ. وَكَانَ بَيْنَ مِيلَادِ عِيسَى وَالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُمِائَةِ سَنَةٍ وَتِسْعٌ وَسِتُّونَ سَنَةً، بُعِثَ فِي أَوَّلِهَا ثَلَاثَةُ أَنْبِيَاءَ، وَهُوَ قَوْلُهُ تَعَالَى:" إِذْ أَرْسَلْنا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُما فَعَزَّزْنا بِثالِثٍ" [يس: 14] وَالَّذِي عُزِّزَ بِهِ" شَمْعُونُ" وَكَانَ مِنَ الْحَوَارِيِّينَ. وَكَانَتِ الْفَتْرَةُ الَّتِي لَمْ يَبْعَثِ اللَّهُ فِيهَا رَسُولًا أَرْبَعَمِائَةِ سَنَةٍ وَأَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ سَنَةً. وَذَكَرَ الْكَلْبِيُّ أَنَّ بَيْنَ عِيسَى وَمُحَمَّدٍ عَلَيْهِمَا السَّلَامُ خمسمائة سنة وتسعا وستين، وَبَيْنَهُمَا أَرْبَعَةُ أَنْبِيَاءَ، وَاحِدٌ مِنَ الْعَرَبِ مِنْ بَنِي عَبْسٍ وَهُوَ خَالِدُ بْنُ سِنَانَ. قَالَ القشيري: ومثل هذا مما لم لَا يُعْلَمُ إِلَّا بِخَبَرِ صِدْقٍ. وَقَالَ قَتَادَةُ: كَانَ بَيْنَ عِيسَى وَمُحَمَّدٍ عَلَيْهِمَا السَّلَامُ سِتُّمِائَةِ سنة، وقاله مقاتل، والضحاك، ووهب بن مُنَبِّهٍ، إِلَّا أَنَّ وَهْبًا زَادَ عِشْرِينَ سَنَةً. وَعَنِ الضَّحَّاكِ أَيْضًا أَرْبَعُمِائَةٍ وَبِضْعٌ وَثَلَاثُونَ سَنَةً. وَذَكَرَ ابْنُ سَعْدٍ عَنْ عِكْرِمَةَ قَالَ: بَيْنَ آدَمَ وَنُوحٍ عَشَرَةُ قُرُونٍ، كُلُّهُمْ عَلَى الْإِسْلَامِ. قَالَ ابْنُ سَعْدٍ: أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ وَاقِدٍ الْأَسْلَمِيُّ عَنْ غَيْرِ وَاحِدٍ قَالُوا: كَانَ بَيْنَ آدَمَ وَنُوحٍ عَشَرَةُ قُرُونٍ، وَالْقَرْنُ مِائَةُ سَنَةٍ، وَبَيْنَ نُوحٍ وَإِبْرَاهِيمَ عَشَرَةُ قُرُونٍ، وَالْقَرْنُ مِائَةُ سَنَةٍ، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى بْنِ عِمْرَانَ عَشَرَةُ قُرُونٍ، وَالْقَرْنُ مِائَةُ سَنَةٍ، فَهَذَا مَا بَيْنَ آدَمَ وَمُحَمَّدٍ عَلَيْهِمَا السَّلَامُ مِنَ الْقُرُونِ وَالسِّنِينَ. 
وَاللَّهُ أَعْلَمُ.

Sumber ini menyatakan:

  • Antara nabi Musa hingga nabi Isa ialah: 1700 tahun
  • Antara kelahiran nabi Isa hingga dan kelahiran nabi SAW ialah 569 tahun ( Kurang 31 tahun berbanding riwayat dalam Saheh Bukhari)
  • Antara Adam hngga Nuh 10 kurun dan 1 kurun itu ditetapkan 100 tahun. Bermakna 1000 tahun.
  • Sementara antara Nuh hingga Ibrahim adalah 10 kurun dan 1 kurun menyamai 100 tahun. Bermakna ianya 1000 tahun.
  • Demikian pula zaman antara Ibrahim hingga Musa adalah 10 kurun iaitu 1000 tahun.


Jadi kesimpulannya:


1000 tahun (Adam-Nuh) + 1000 tahun (Nuh-Ibrahim) + 1000 tahun (Ibrahim ke Musa) + 1700 tahun (Musa ke Isa) + 600 tahun (Isa - Muhammad SAW) = 5300 tahun.


Apa yang disebut tentang angka-angka di atas, mungkin tidak termasuk umur yang nabi-nabi itu hidup. Tempoh antara mereka itu kita andaikan antara matinya yang sebelumnya dan lahirnya yang berikut.

Nabi Adam sendiri umurnya disebutkan 1000 tahun. Hanya ada hadis yang menyebutkan potong 40 tahun kerana bagi kepada nabi Daud a.s.

Hadisnya:

إن الله عز وجل لما خلق آدم مسح ظهره فأخرج منه ما هو من ذراري إلى يوم القيامة، فجعل يعرض ذريته عليه فرأى فيهم رجلا يزهر، فقال: أي رب من هذا؟ قال: هذا ابنك داود، قال: أي رب كم عمره؟ قال: ستون عاما، قال رب: زد في عمره. قال: لا، إلا أن أزيده من عمرك، وكان عمر آدم ألف عام. فزاده أربعين عاما، فكتب الله عز وجل عليه بذلك كتابا وأشهد عليه الملائكة، فلما احتضر آدم وأتته الملائكة لتقبضه قال: إنه قد بقي من عمري أربعون عاما، فقيل إنك قد وهبتها لابنك داود قال: ما فعلت، وأبرز الله عز وجل عليه الكتاب وشهدت عليه الملائك

رواه أحمد واللفظ له عن ابن عباس والترمذي، وصححه عن أبي هريرة. ورواه ابن خزيمة وابن حبان والحاكم، وقال الحاكم: صحيح على شرط مسلم. ووافقه الذهبي.


Nabi Nuh disebutkan dalam Quran bahawa dia tinggal bersama kaumnya (berdakwah ) selama 950 tahun. Mungkin umurnya 1000 tahun. Kepastian muktamad tentang umur Nuh ini tidak dapat dibuktikan dengan dalil. Ada pendapat yang berbeza. Berikut adalah pandnagan yang dinukilkan tentang umur Nuh Alaihissalam.

a) Perkataan Qotadah sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya: 950 tahun
(Sebelum jadi nabi 300 tahun. Bedakwah 300 tahun. Selepas banjir 350 tahun.

b)  Pendapat Ibn Abbas seperti dinukilkan oleh As-Suyuthi dalam Ad-Durrul Manthur: 1050 tahun.
( Allah mengutuskan Nuh nadi rasul pada usia 40 tahun kemduian dia berdakwah selama 950 tahun dan selepas banjir dia hidup selama 60 tahun)

c) Perkataan Ka'ab Al-Ahbar sepertimana dinukilkan oleh Ibn Abi hatim dalam tafsirnya: 1020 tahun.
(Nabi Nuh hidup bersama kaumnya-Termasuk sebelum jadi nabi hingga banjir selama 950 tahun dan selepas banjir dia hidup lagi 70 tahun)

d) Perkataan Wahab bin Munabbih yang menyandarkannya kepada Ibn Abbas: 1400 tahun

d) Pendapat Aun bin Abi Syaddad: 1650 tahun.
( Nuh jadi nabi masa umurnya 53 tahun lalu berdakwah selama 950 tahun dan hidup selepas banjir selama 350 tahun)

e) Pendapat Ikrimah: 1700 tahun.

Ibn Kathir ketika membawa pelbagai pendapat tersebut mengatakan ianya ganjil dan yang paling dekat denagn kebenaran adalah pendapat Ibn Abbas iaitu 1050 tahun.


Nabi Ibrahim pula hidup selama 120 tahun.

Nabi Musa juga hidup selama 120 tahun.

Nabi Isa sewaktu diangkat naik ke langit berumur 33 tahun.

Jika dihitung umur semua nabi-nabi yang berada di antara tempoh tadi jadilah tahunnya sebanyak:

1000+1000+120+120 +33 =2273 tahun

Maka anggaran masa antara Adam hingga nabi Muhammad SAW andalah:

5300 tahun + 2273 tahun =7573 tahun.

Maka ditambah dengan tempoh masa dari zaman nabi Muhammad ke zaman kita  ini pula ialah:

1444 tahun ( tahun hijrah nabi) + 53 (umur nabi masa hijrah)=1497 TAHUN.

Maka, tempoh habitat manusia di muka bumi setakat tahun ini adalah  baru 9070 tahun sahaja!


Kiraan tempoh-tempoh di atas adalah sebuah anggaran. Tidaklah tepat setepatnya.  Namun, tidaklah lari jauh. Tidak logik kalau hendak dikatakan manusia hidup di bumi sudah 40 ribu tahun lebih sepertimana satu qaul yang pernah saya dengar.

Ada beza antara anggaran tahun berdasarkan teks-teks agama dengan apa yang diteorikan oleh para arkeologis. kalau ikut teks-teks agama, umur manusia di bumi tidak lebih 10 ribu tahun.

Namun, ada kajian yang menyebutkan teori bahaw aumur mansuia di bumi telah menjangkau jutaan tahun. Kajian atas kesan kapal nabi Nuh di gunung Ararat, Turki mengandaikan usianya adalah 90 ribu tahun.

Setinggi-tinggi  pandangan ulama Islam tentang umur manusia di bumi adalah 40 ribu tahun.

Wednesday, October 5, 2022

TATABBU' AR-RUKHSAH SATU SIKAP YANG MERBAHAYA

 Berkata Sulaiman At-Tayyimi (Seorang ulama yang meninggal tahun 143H):

لو أخذتَ برخصة كل عالم اجتمع فيك الشر كله

"Jika anda mengambil semua rukhsah yang dinyatakan oleh perlbagai ulama, anda berhimpunlah pada diri anda segala kejahatan".

Al-Auza'i (Yang meninggal tahun 157 H ) menyebutkan:

من أخذ بنوادر العلماء خرج من الإسلام

"Sesiapa yang suka mengambil pendapat janggal para ulama, dia boleh terkeluar dari Islam".


Al-Auza'i juga berkata : Hendaklah dijauhi 5 pendapat syaz ulama Iraq dan 5 pendapat Ulama Hijaz. 

Adapun 5 pendapat janggal ulama Iraq itu ialah:

1) Halalnya Nabiz (Peraman air yang terhasil daripada proses selain buah anggur). Arak itu hanya dari anggur. Selain anggur bukan arak!

2) Boleh makan pada bulan Ramadhan walau selepas fajar sehingga muncul cahaya terang (Isfar) di ufuk Timur

3) Tidak wajib Jumaat melainkan dalam 7 negeri.

4) Boleh dita'khirkan solat asar sehingga bayang sesuatu jadi panjang lebih 4 kali ganda objeknya.

5) Lari dari medan perang di antara dosa-dosa besar.


Adapun 5 pendapat janggal ulama Hijaz itu ialah:

1) Keharusan mendengar muzik-muzik di kelab hiburan (almalahi)

2) Harus menjamakkan dua solat walau tanpa uzur

3) Harus nikah mut'ah

4) Bertukar 1 dirham dengan 2 dirham atau 1 dinar dengan 2 dinar tak jadi riba

5) Harus menyetubuhi isteri di duburnya.


Telah menceritakan oleh Al-Baihaqi daripada Ismail Al-Qadhi, katanya: Aku telah masuk bertemu Khalifah Al-Mu'tadhid, maka dia tunjukkan kepadaku satu kitab yang di dalamnya menghimpun rukhsoh dari pendapat-pendapat meyimpang para ulama dengan hujjah-hujjah setiap daripada mereka. Lalu aku katakan kepada Khalifah: Penulis kitab ini adalah seorang zindiq. Tidak ada seorang ulama pun melainkan bersamanya ada Zullah (Kegelinciran pandangan).Jika sesiapa mengambil semua pendapat ulama-ulama yang janggal, maka sirnalah dari dirinya agamanya. Lalu Khalifah Al-Mu'tadhid memerintahkan agar kitab itu dibakar.

Mufasir bernama Mujahid

 Siapakah Mujahid?


Dalam kitab-kitab tafsir seperti, namanya sering disebut.

Beliau adalah Mujahid bin Jabr (Atau disebut juga Jubair).Lahir pada tahun 21 H dan meninggal pada tahun 104H. Beliau adalah hamba kepada As-Saib bin Abi As-Saib Al-Makhzumi Al-Qursyi. Beliau merupakan seorang imam, faqih, tsiqah dan Ahli Hadis. Beliau cemerlang dalam qiraah dan tafsir Al-Quran dan periwayatan hadis.

Mujahid berguru dengan para sahabat terutamanya Ibn Abbas. Beliau telah membentang bacaan Qurannya depan Ibn Abbas sebanyak 3 kali dan setiap kali itu dia akan berhenti pada setiap ayat dan bertanyakan tentang tafsirnya dan sebab nuzulnya.

Beliau juga berguru dengan Aisyah, Abu Hurairah, Ibnu Umar, Jabir bin Abdullah, Saad bin Abi Waqqas, dan Abu Said Al-Khudri.

Di antara murid-murid Mujahid adalah Ato', Ikrimah, A'masy dan ramai yang lain.  Tiga orang tokoh dan imam dalam Qiraatul Quran iaitu Ibn Mahison, Ibn kathir dan Abu 'Amru bin 'ala Al-Basri  adalah antara yang berguru dengannya.

Oleh kerana ketinggian ilmunya dalam bidang Al-Quran, Imam As-Thauri berkata:

" Ambillah ilmu Tafsir daripada 4 orang iaitu, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah dan Ad-Dhohak".

Beliau punya kitab tafsir sendiri yang dinamakan "Tafsir Mujahid"

Imam Az-Zahabi meyebutkan dalam Siar A'lam An-Nubala'  riwayat-riwayat dari pelbagai tokoh yang memuji kupayaan ilmu dan keperibadian Mujahid.


قال الأعمش : كان مجاهد لا يسمع بأعجوبة إلا ذهب فنظر إليها ، ذهب إلى بئر برهوت بحضرموت ، وذهب إلى بابل وعليها وال صديق لمجاهد , فقال له مجاهد : تعرض علي هاروت وماروت ، فقال اليهودي : يشترط أن لا يدعو الله عندهما ، قال مجاهد : فذهب بي إلى قلعة فقطع منها حجرا ثم قال : خذ برجلي فهوى بي حتى انتهى إلى جوبة ، فإذا هما معلقين منكسين كالجبلين العظيمين ، فلما رأيتهما قلت : سبحان الله خالقكما ، فاضطربا فكأن جبال الدنيا تدكدكت ، فغشي علي وعلى اليهودي ، ثم أفاق اليهودي قبلي فقال : قم قد أهلكت نفسك وأهلكتني.


Rujukan Tambahan:Alsofwa

Nasihat Ibrahim An-Nakha'i buat Sulaiman bin A'masy

 (نسلم ويسلمون خير من أن نؤجر ويأثمون)


" Kita selamat dan mereka selamat lebih baik daripada kita dapat pahala sedangkan mereka berdosa".

Ungkapan di atas diutarakan oleh Ibrahim An-Nakhai kepada Sulaiman bin A'masy pada satu hari tatkala mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah  masjid di Kota Kufah.

Kisah ini diriwayatkan oleh Ibn Al-jauzi dalam kitabnya Al-Muntazim:

Ibrahim An-Nakha'i adalah  buta mata sebelah sementara Sulaiman bin A'masy pula rabun kedua-dua matanya.

Ibrahim An-Nakha'i berkata kepada Sulaiman bin A'masy : Wahai Sulaiman, kau ikut jalan lain dan aku ikut jalan lain! Aku bimbang kalau kita jalan bersama-sama, nanti orang ramai yang melihat kita akan mengatakan orang buta sebelah mata memimpin ornag rabun. Mereka akan mengumpati kita dan mereka mendapat dosa.

Sulaiman A'masy pun berkata: Oh Abu Imran, apa yang kau nak kisahkan. Mereka menuai dosa sedangkan kita menuai pahala.

Lalu kata Ibrahim an-Nkha'i: Subhanalah!, adalah lebih baik kita selamat dari dosa dan mereka pun selamat dari dosa  daripada kita dapat pahala sedangkan mereka berdosa!

Pada masa kini, kita sering dengar ornag mengungkapkan kata-kata bila mereka dicela di media sosial lantara ulah yang dibuatnya:

" Tak apa, mereka kata kepada saya, mereka dapat dosa sedangkan saya dapat pahala!".


Seorang melakukan sesuatu yang mengundang celaan orang, Lalu bila orang mencela, mengata dan mengejinya, dia beranggapan bahawa dia dapat pahala. Di manakah nilai cinta dan kasih kepada saudara muslim kalau begitu sikapnya?


Kalau kasih kepada saudara muslim, bukan dia bergembira dengan umpat keji orang kepadanya. Patutnya, dia cari jalan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa celaan orang!

Monday, October 3, 2022

Gelaran "al-Azwaa' " dari Yaman

Al- Azwaa' merujuk kepada individu-individu yang digelar dengan awalan "Zu/Zi" yang membawa  pengertian "yang mempunyai". Maka. mereka ini digelar sebagai "Al-Azwaa' ".

 Ada yang hidup masa zaman Jahiliyyah dan ada yang hidup masa zaman Islam.

Pada zaman Jahiliyyah, para Al-Azwa'nya ialah:

1) Saif Zi Yazan

2) Zi Nuwas

3) Zi Kala'

4) Zi Ra'in

5) Zi Asbah

6) Zi Al-Manawir

7) Zi Al-Qarnain

 Sementara pada zaman Islam, ada juga para Al-Azwa'nya. Antaranya ialah:

1) Zu Syahadatain (Khuzaimah bin Tsabit)

2) Zu Al-'Ain ( Qotadah bin An-Nu'man Al-Ansari)

3) Zu As-Saifain (Abu Al-Haitham bin At-Taihan Al-Ansari)

4) Zu Ar-Ra'yi ( Habab bin Al-Munzir bin Al-Jamuh)

5) Zu As-Sayyal (Sa'ad bin Sofih)

6) Zul Al-Masyharah(Abu Dujanah Sammak bin Khorsyah)

7) Zu An-Nur ( Abdullah bin At-Tufail Al-Azdi)

8) Zu Al-Yadain (Seorang sahabat dari kabilah Khuza'ah)


Lihat kitab Al-Kamil Fil Lughah Wal Adab oleh Muhammad bin Yazid Al-Mubarrad; Juz4, MS 84

baca juga kitab "Al-Azwaa Wal Aqyal"

Siapa nenek moyang Nabi SAW di atas Adnan?

Silsilah leluhur Nabi SAW sampai ke Adnan adalah disepakati para ahli nasab.  

Maka Nabi Muhammad SAW itu bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.


Adnan dari keturunan nabi Ismail, bukan sepakat bahawa dia anak Ismail.


Sepakat mereka bahawa nasab Nabi Muhammad SAW itu bersambung sampai nabi Ibrahim melalui anaknya Nabi Ismail. Cuma selpas Adnan, para ulama Nasab berkhilaf.Kata Al-Baghawi dalam "Syarah Sunnah" berkata:

إنه لا يصح حفظ النسب فوق عدنان

Sesungguhnta tidak saheh nasab-nasab yang dirangkai atas daripada Adnan

Demikian juga dijelaskan oleh Al-Mubarakfuri dalam Ar-Raheequlmakhtum. Beliau mengklasifikasikan nasab Nabi Muhammad SAW kepada 3 peringkat iaitu 
  1. Antara Ibrahim hingga Adam, 
  2. Antara Adnan hingga Nabi Ismail 
  3. Antara Nabi Muhammad SAW hingga Adnan.
Nasab daripada Ibrahim hingga nabi Adam tidak disebutkan sumber-sumber Islam dan jika dinukilkan, itu adalah dari sumber Ahlil Kitab. Sementara antara Adnan hingga Ismail, banyak khilaf antara ahli nasab. Hanya yang disepakati oleh para ulama nasab adalah antara Nabi SAW hingga Adnan. Itulah sahaja yang boleh kita pegang. Apabila kita menyebut silsilah nabi SAW, maka kita rangkaikan sampai Adnan sahaja, kerana itulah yang disepakati.

Namun, ijmak ulama nasab bahawa silsilah nabi SAW sampai kepada nabi Ibrahim. Hadis-hadis yang saheh pun menyebutkan demikian. Malahan ayat-ayat Quran pun menjelaskan demikian. Hanya jalan nasab itu yang tidak dapat dibuktikan secara autentik.

Friday, September 30, 2022

Firasat

 Disebutkan dalam Al-Mustaqsi fi Amsalil Arab oleh Zamakhsyari:


من لم ينْتَفع بظنِّه،لم ينْتَفع بيقينه. يُضْرب في حَمْد الفِرَاسَة


"Sesiapa yang tidak dapat dimanfaatkan pada sangkaannya, maka tiadalah manfaat yang diperolehi pada keyakinannya-Kata-kata ini adalah untuk memuji kehebatan firasat".


Semak: Dorar

SYIAH RAFIDHAH JADI KAFIR SEBAB BENCI SAHABAT NABI

Golongan Syiah Rafidhah yang hari ini menyimpan kebencian kepada para sahabat nabi SAW, tidakkah mereka perhatikan bagaimana Allah menyifatkan orang yang membenci sahabat dalam Al-Quran, Surah Al-Fath, Ayat 29?

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

 Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

Mafhum daripada ayat di atas, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Malik rahimahullah:

مَنْ أصبح مِنَ الناس في قلبه غيظ على أحد من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فقد أصابته هذه الآية 

" Sesiapa yang mendapati dalam hatinya rasa jengkel(benci) kepada mana-mana salahs seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, maka dia terkena apa yang disebutkan oleh ayat ini (di atas)!"


Ayat di atas menyebutkan bahawa para sahabat nabi SAW itu akan dibenci oleh orang kafir. Maka sesiapa yang benci sahabat nabi, jadilah dia kafir!


KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...