Friday, September 30, 2022

Firasat

 Disebutkan dalam Al-Mustaqsi fi Amsalil Arab oleh Zamakhsyari:


من لم ينْتَفع بظنِّه،لم ينْتَفع بيقينه. يُضْرب في حَمْد الفِرَاسَة


"Sesiapa yang tidak dapat dimanfaatkan pada sangkaannya, maka tiadalah manfaat yang diperolehi pada keyakinannya-Kata-kata ini adalah untuk memuji kehebatan firasat".


Semak: Dorar

SYIAH RAFIDHAH JADI KAFIR SEBAB BENCI SAHABAT NABI

Golongan Syiah Rafidhah yang hari ini menyimpan kebencian kepada para sahabat nabi SAW, tidakkah mereka perhatikan bagaimana Allah menyifatkan orang yang membenci sahabat dalam Al-Quran, Surah Al-Fath, Ayat 29?

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

 Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

Mafhum daripada ayat di atas, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Malik rahimahullah:

مَنْ أصبح مِنَ الناس في قلبه غيظ على أحد من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فقد أصابته هذه الآية 

" Sesiapa yang mendapati dalam hatinya rasa jengkel(benci) kepada mana-mana salahs seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, maka dia terkena apa yang disebutkan oleh ayat ini (di atas)!"


Ayat di atas menyebutkan bahawa para sahabat nabi SAW itu akan dibenci oleh orang kafir. Maka sesiapa yang benci sahabat nabi, jadilah dia kafir!


Wednesday, September 28, 2022

GELARAN HASYAWIYYAH

Ulama-ulama Mazhab Hambali serta mereka yang punya kecenderungan dalam bidang hadis serta aliran Salaf, pada masa lalu digelar dengan "hasyawiyah". Pihak yang melemparkan gelaran ini adalah tokoh-tokoh 'Asyairah yang di antara mereka banyak melibatkan diri dengan ilmu kalam dan ilmu falsafah.

Dikatakan orang pertama gunakan istilah ini ialah Amru bin Ubaid. Dia menyagatakan : Abdullah bin Umar itu adalah hasyawi.Apa yang dimaksudkannya adalah orang awam sebagaimana Syiah namakan ahli sunnah sebagai Jumhur.

Mazhab Aya'irah dan Maturidiyyah melebelkan golongan Athariyyah sebagai Musyabbihah dan Mujassimah.

PANTUN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Ikan Kelah sedap dimakan
Dimasak berkuah bercampur rempah
Di Kota Makkah nabi dilahirkan
Ayahnya Abdullah ibunya Aminah


Sungai mengalir dari Sedim
Pohon cengal tumbuh menjulang
Nabi lahir sebagai yatim
Ayahnya meninggal di rantau orang.

Saturday, September 24, 2022

SYAITAN ADALAH PENGHULU MUWAHHIDIN?

Allahu akbar!

Apa sikap anda jika anda dengar ada orang  mengatakan makhluk yang paling sempurna ketauhidannya adalah Iblis? Di kala Allah perintahkan dia sujud kepada Adam a.s, dia enggan. Dia tidak mahu sujud kerana  sujud itu adalah sebuah penyembahan. Penyembahan adalah manifestasi tauhid seorang hamba yang sewajibnya hanya buat Khaliq. Iblis hanya mahu sujud kepada Allah SWT dan tidak mahu sujud kepada selainNya!

Itulah tanda kesempurnaan tauhid Iblis. Para malaikat semua yang sujud kepada Adam telah cacat tauhid mereka. Allah perintahkan sujud kepada Adam hanyalah untuk menguji dan Iblis lulus ujian. Maka iblis digelar Saidul Muwahhidin.

Hatta, diceritakan bahawa ketika Iblis berdailog dengan nabi Musa A.S, dia mengatakan bahawa dia di kala Alalh suruh sujud kepada Adam dia enggan. Itu kerana dia bertauhid. Padahal Musa dikala minta untuk lihat Allah, dia melihat ke gunung. Seolah-olahnya teruknya Musa A.S nak dibandingkan dengan Iblis. Nabi Musa "fail" ujian dan Iblis juga yang "pass".

Orang yang menghubung-hubungkan kisah ini dan mencungkil iktibar palsu seperti ini memang kelihatan cerdik. Pintar dan cerdas. Tapi cerdas di luar petunjuk yang benar dari ajaran Nabi SAW. Tiada guna!

Apa sikap anda jika anda dengar ada orang dakwa demikian?

Anda letakkan Iblis itu hina atau mulia?

Kalau sudah diangkat jadi Sayyid, itu sudah satu kemuliaan. Digandingkan pula dengan hal yang paling penting iaitu tauhid.  Maka siapa yang kata demikian, dia dah muliakan Iblis. 

Apakah anda sudi muliakan Iblis atau anda berpendirian Iblis adalah makhluk yang hina?

Siapa yang pernah berkata demikian?

Terdapat manqulat-manqulat yang diabadikan dalam karya pemiliknya perkataan sedemikian. Itulah manqulat perkataan seorang tokoh sufi lagi wa'iz yang diberi nama Abu Al-Futuh Ahmad bin Muhammad Al-Ghazali, abang kepada Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali rahimahullah.

Katanya:

إن إبليس سيد الموحدين , وأنه من لم يتعلم التوحيد من إبليس فهو زنديق , أمِـر أن يسجد لغير الله فأبي


"Sesungguhnya Iblis adalah penghulu segala orang yang bertauhid. Sesungguhnya sesiapa yang tidak ambil ilmu tauhid daripada Iblis, maka dia akan menjadi Zindik. Dia diperintahkan Sujud selain Allah maka enggan ia".

(Rujuk Syarah Nahjul Balaghah oleh Ibn Al-Hadid, Jil 1, ms 107)

Siapakah orang yang beriman yang boleh menelan kata-kata ini?

Seorang Sufi bernama Hallaj mengungkatkan kata-kata memuji Iblis dengan pujian yang tidak ada orang berikan kepada Jbrail sekalipun:

كان أعلمهم بالسجود وأقربهم إلى الموجود , وأوفاهم بالعهود , وأدناهم للمعبود , سجدوا لآدم , وإبليس جحد السجود

Syaitan adalah musuh kita semua. Bila disebut musuh, maka hendaklah kita menjauhinya dan minta Allah lindungkan kita daripadanya. Bukanlah orang yang bersyariat dengan betul kalau tahu bahawa syaitan itu musuh, lalu menyanjungnya.Bahkan lebih pelik kalau menjadikannya sebagai contoh dalam bertauhid!

Lihat bagaimana para penganut Yazidiyyah terpesong dalam soal ini. Mereka sedar kejahatan iblis tetapi mereka mengambil pendekatan memuja iblis agar mereka selamat daripada kejahatannya. Penyimpangan ini kemudiannya mewariskan kepada para pengikut Yazidiyyah penyembahan mutlak kepada Syaitan.

Mula dengan berfalsafah tentang panasnya api kemudian akhirnya bersedap-sedap mendiangkan diri dengan haba api. Begitulah perumpamaannya.

Hubaya!






Tuesday, September 20, 2022

BACAAN WIRID YANG MENJADI "AHDUN" (PERJANJIAN) ANTARA HAMBA DENGAN ALLAH SWT

Dibaca pagi dan petang sebagai wirid.

Hadis Marfu' riwayat Al-Hakim dalam Mustadrak, daripada Ibn Ma'sud:

Ibn Mas'ud berkata kepada murid-muridnya:

 أيعجز أحدكم أن يتخذ كل صباح ومساء عند الله عهدا



Apakah tidak mampu antara kalian mengambil perjanjian dengan Allah di pagi harinya dan petang harinya?


اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ إِنِّي أَعْهَدُ إِلَيْكَ فِي هَذِهِ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا أَنِّي أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ فَإِنَّكَ إِنْ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي تُقَرِّبْنِي مِنْ الشَّرِّ وَتُبَاعِدْنِي مِنْ الْخَيْرِ وَإِنِّي لَا أَثِقُ إِلَّا بِرَحْمَتِكَ فَاجْعَلْ لِي عِنْدَكَ عَهْدًا تُوَفِّينِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ


Kelebihan mengamalkan wirid ini disebutkan dalam riwayat Ibn Mas'ud tersebut ialah:

إِلَّا قَالَ اللَّهُ لِمَلَائِكَتِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ عَبْدِي قَدْ عَهِدَ إِلَيَّ عَهْدًا فَأَوْفُوهُ إِيَّاهُ فَيُدْخِلُهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ


Allah akan berfirman kepada para malaikatnya pada hari kiamat: Sesungguhnya hambaku itu telah membuat perjanjian denganku , maka sempurnakanlah perjanjiannya dengan itu. Lalu Allah pun masukkan dia ke dalam syurgaNya
.

NAJA-IB ADALAH KENDERAAN DALAM SYURGA

 Apa itu najaib syurgawi? Itulah kenderaan yang membawa ahli syurga bergerak dalam syurga. Kenderaan itu adalah kenderaan yang penuh dengan kemuliaan. Menaikinya tidak memenatkan. Dalam dunia, sehebat-hebat kenderaan, untuk mengenderainya ada kepenatan. Dalam syurga yang sifatnya tiada penat lelah maupun sekelumit kepayahan. Allah berfirman dalam Surah Fatir, Ayat 35:


الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِن فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ


Ahli Syurga menaiki untuk ke sana ke mari, ke pasar syurga (Suuqul Jannah), membeli belah dan melihat Allah SWT pada hari yang dinamakan Yaumul Mazid. Itulah hari yang seumpama di dunia hari Jumaat.


Hidup penuh kemuliaan dalam syurga!

KITAB DURRATUN NASIHIN


Ini merupakan sebuah kitab yang membicarakan tentang nasihat-nasihat buat hati , melembutkannya dan menginsafkannya. Ia ditulis oleh Uthman bin Hasan bin Ahmad Syakir Al-Khaubawim seorang ulama kurun ke-13H.

Kitab ini dinilai oleh para nuqqad sebagai sebuah kitab yang mencampuradukkan di dalamnya hadis-hadis yang pelbagai termasuk daif dan juga hadis maudhuk. Maka kitab ini hendaklah diujuk kepada ahli dalam hadis jika hendak mendapat faedah daripadanya.

Antara hadis maudhuk yang disebut dalam kitab ini ialah hadis mengenai awal penciptaan makhluk yang merangkumkan dalamnya konsep nur muhammad.

 Pun begitu, kitab ini boleh dimabil faedah daripadanya setelah ditapis hadis-hadis yang palsu dalamnya. Pengarang kita ini beradadalam bidang "Al-Wa'zhu " dan semoga Allah mengampunkan atas khilafnya dan memberikan kita faedah apa yang didatangkannya dari riwayat sahahe dalam agama.

Rujuk: Republika


Rujuk : fatwa, Islamweb

KONSEP DUNIA SYURGA ORANG KAFIR DAN NERAKA ORANG MUKMIN

Kisah mengenainya diriwayatkan oleh Al-Manawi dalam Faidhul Qadir mengenai perkataan Al-Hafiz Ibn Hajar pada ketika dia menjawat jawatan sebagai Ketua Hakim, kepada seorang Yahudi. 


 حكى المناوي في فيض القدير، قال: ذكروا أن الحافظ ابن حجر لما كان قاضي القضاة، مر يومًا بالسوق في موكب عظيم، وهيئة جميلة، فهجم عليه يهودي يبيع الزيت الحار، وأثوابه ملطخة بالزيت، وهو في غاية الرثاثة والشناعة، فقبض على لجام بغلته، وقال: يا شيخ الإسلام، تزعم أن نبيكم قال: الدنيا سجن المؤمن، وجنة الكافر. فأي سجن أنت فيه، وأي جنة أنا فيها؟ فقال: أنا بالنسبة لما أعد الله لي في الآخرة من النعيم، كأني الآن في السجن، وأنت بالنسبة لما أعد لك في الآخرة من العذاب الأليم، كأنك في جنة، فأسلم اليهودي.

MANUSIA KELAK AKAN DIBANGKITKAN DENGAN PAKAIAN YANG DIKAFANKANNYA

Disebutkan dalam sebuah hadis:

عن أبي سعيد الخدْري رضي الله عنه:" أنَّهُ لَمَّا حَضَرَهُ المَوْتُ دَعَا بِثِيَابٍ جُدُدٍ فَلَبِسَهَا ثُمَّ قالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: إنَّ المَيِّتَ يُبْعَثُ في ثِيَابِهِ التي يَمُوتُ فيهَا

" Daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A pada saat dia hendak mati, dimintanya agar dia dipakaikan pakaian baru lalu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang mati itu akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan pakaian yang dia mati dengannya".
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan Al-Hakim dan dinilai Saheh oleh Al-Bani)

Hadis ini menimbulkan satu kemusykilan dalam memahaminya. Ini kerana terdapat hadis-hadis lain yang menyebutkan bahawa orang yang dibangkitkan pada hari kiamat  dalam keadaan berkaki ayam, telanjang dan tidak berkhatam seperti hadis riwayat Aisyah R.A dalam saheh Bukhari dan Muslim:

قالت: سَمِعْتُ رَسُول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: "يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً، عُرَاةً، غُرْلًا" قُلْتُ: يَا رَسُول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم النِّسَاءُ وَالرِّجَالُ جَمِيعًا يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ، قَالَ: "يَا عَائِشَةُ الْأَمْرُ أَشَدُّ مِنْ أَنْ يَنْظُرَ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ

Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa orang pertama yang diberikan pakaian adalah nabi Ibrahim A.S

وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم: "إِنَّكُمْ مَحْشُورُونَ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا ثُمَّ قَرَأَ ﴿ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ ﴾، وَأَوَّلُ مَنْ يُكْسَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِبْرَاهِيمُ



Maka itu memahami maksud hadis riwayat Abu Sa'id Al-Khudri tersebut , Imam Albaihaqi telah memberi 3 cara memahaminya iaitu:

1) Pakaian orang yang mati itu akan musnah bila mereka keluar dari kubur mereka dan mereka akan berada dalam keadaan telanjang sebelum diberikan pakaian dari syurga.

2) Mula-mula dibangkitkan mereka dalam keadaan telanjang, kemudian para nab-nabi diberikan pakaian. Setelah itu para Siddiqin dipakaikan pakaian mereka. Setiap orang dipakaikan pakaian mengikut martabatnya dengan pakaian yang dia mati dengannya. Kemudian barulah dipakaikan pakaian dari syurga.

3) Manusia dibangkitkan dalam keadaan telanjang. Maksud pakaian dalam hadis Abu Sa'id tersebut adalah amalan yang seseornag mati dengannya. Terdapat dalil-dalil al-Quran yang menyifatkan amalan sebagai pakaian seperti dalam Surah Al-A'raf: 26 dan Al-Mudassir:4.

 


Tuesday, September 13, 2022

MELIHAT PEMIKIRAN LIBERALISME SEBAGAI PELUANG

Ummat yang merdeka dalam berfikir adalah wahana subur untuk dakwah. Kerana itu Allah pilih bangsa Arab untuk diutuskan kalangan mereka nabi akhir zaman. Bangsa Arab adalah kelompok merdeka dan tidak dikuasai oleh pemimpin politik dan agama. Kehidupan mereka tidak seperti rakyat Romawi dan Parsi yang menjadi budak suruhan kepada pemimpin politik dan pendeta agama mereka.


Dalam konteks zaman sekarang, kita hendaklah melihat kelompok liberal sebagai wahana dakwah dan bukan musuh yang perlu dibenci dan dimusnahkan. Islam akan hidup subur dalam kelompok yang sebegini jika mereka menerima dakwah. ISlam akan mandom dan "unfunsional" dalam masyarakat yang takut kepada kuaa politik dan fatwa mengikat agamawan yang berlagak mewakili Tuhan.


Kebangkitan Islam dapat digarap daripada pembebasan pemikiran dari kongkongan agamawan oppurtunis dan politikus yang menindas.


Ayuh...lihat perkembangan liberalisme hari ini sebagai peluang dan bukan ancaman.



AMALAN HADIAH RATIB TAHLIL 7 LAKSA UNTUK SI MATI

 Orang-orang tua sebut 7 laksa. Ia bermaksud 70 ribu. Tersebar masyhur di kalangan orang mengaji kitab, amalan untuk si mati iaitu meratib 7 laksa untuk membantu di alam sana. Sesiapa yang ada zikir tahlil sebanyak itu, maka selamatlah dia di alam sana. Kononnya kelebihannya disebutkan dalam hadis. 


Namun hadis yang dimaksudkan itu bukan Saheh dan bukan pula Daif. Jadi, kalau bukan kedua-duanya, ia jatuh kepada maudhuk. Hadis yang dimaksudkan itu adalah riwayat Ibn Arabi  dalam kitabnya Al-Futuhat Al-Makkiyyah. Beliau mengatakan dia mendapat hadis itu saheh berdasarkan kasyafnya. Seorang anak muda kematian ibu bermimpi melihat ibunya dalam azab , lalu selepas dia menghadiahkan jumlah tahlil sebanyak yang tersebut, dia pun bermimpi melihat ibunya dalam nikmat. 

Kerana berpegang dengan riwayat inilah, maka timbul pula amalan upah meratib di kalangan orang kampung. Mereka pergi kepada tuan guru dan lebai minta hadiahkan pahala 70 laksa itu kepada si mati dengan bayarn tertentu. Hasya Lillah...agama nabi Muhammad jadi sumber upah.  Ibadat berdasarkan upah, manalah ganjaran pahalanya untuk dihadiahkan kepada si mati.

Yang dikatakan hadis itu berbunyi:



من قال : لا إله إلا الله سبعين ألفاً ؛ فقد اشترى نفسه من الله تعالى

" Sesiapa yang berkata La Ilaha Illallah 70 ribu kali, dia telah membeli dirinya daripada Allah SWT".

Ibn Hajar menyatakan pendiriannya mengenai hadis ini:

ليس بصحيح ولا حسن ولا ضعيف ، بل هو باطل موضوع ، لا تحل روايته إلا مقروناً ببيان حاله

"Bukan saheh, bukan Hasan dna bukan pula daif, tetapi ianya maudhuk, tidak halal meriwayatkannya melainkan disertai dengan penerangan mengenai kepalsuannya.
Pun begitu seorang Sufi bernama Muhamamd bin AHmad Najmuddin Al-Ghaiti dalam kitabnya Al-Ibtihaj fil Kalam 'Ala Israk wal mikraj (1/5)  menyarankan agar amalan itu diteruskan  kerana mengikut syeikh sufi terdahulu dan wasiat mereka serta mengambil berkat. 

Jika anda ingin mengambil agama anda dengan jalan tersebut, apa boleh buat. Namun, agama dengan jalan ahli hadis akan menapis mana benar daripada  Rasulullah dan mana kebohongan manusia di atas dada sejarah!


Kalimah la Ilaha Illalah sekali sahaja sekalipun, cukup membebaskan seorang daripada neraka. Riwayat saheh banyak menyebutkannya. Cukuplah dengan riwayat saheh tersebut dan tidak perlu targhib-targhib palsu yang tidak  lulus dalam ilmu sanad para muhaddisin.


Sekian...inilah pendirianku.

BEZA NATARA KALIMAH SARMADI, AZALI, ABADI DAN AMADI.

Azali: membawa maksud sesuatu yang tiada permulaan.

Abadi: Iaitu sesuatu yang tiada kesudahannya.

Sarmadi: Sesuatu yang tiada permulaan dan tiada kesudahannya.

Amadi: Sesuatu yang ada permulaan dan ada kesudahannya.


Yang Azali itu hanya  Allah. Selain Allah, semua ada permulaan Maka Azali itu sifat khusus hanya untuk Allah.

Selain bersifat Azali, Allah juga abadi. namun ada makhluk yang diciptakan untuk abadi, yakni tidak musnah sela-lamanya. Misalnya alam akhirat. Termasuk  yang abadi adalah neraka dan syurga. Roh-roh juga abadi.

Menghimpunkan kedua-dua keadaan itu, Sarmadi, tentunya semata-mata Allah SWT. 

Sementara yang dinamakan Amadi itu, dunia inilah. Ia diciptakan ada pemulaan dan ada kesudahannya. Tidak Kekal. Dulu tiada kemudian ada dan nanti akan jadi tiada semula. Itulah Sifat perkara yang Amadi.

Monday, September 12, 2022

ASAL SEORANG MUSLIM ADALAH BEBAS DARIPADA SEBARANG SANGKAAN BURUK

 Pada saat tertentu, datanglah syak wasangka anda terhadap seseorang Muslim. Ketika anda melihatnya dalam keadaan yang mecurigakan, janganlah anda ikut hasutan kecurigaan anda ke atasnya. Anda mencurigainya terlibat dengan maksiat tertentu, maka jangan kecurigaan itu jadi asas untuk anda mentajrihkannya. Seseornag muslim tidak boleh hilang keislamannya hanya berdasarkan faktor-faktor yang samar. Seorang muslim telah jadi muslim dengan lafaz agong kalimah tauhid. Maka untuk keluarkannya dari wilayah Islam hendaklah dengan bukti-bukti dan dalil yang jelas, sejelas matahari di siang bolong!

Demikian halnya dalam soal-soal lain seperti soal akhlak, soal melebelkannya dengan lebel-lebel tertentu. Tidak harus melebelkan sesorang itu sebagai Syiah jika hanya berdasarkan kata-katanya yang mewakili syiar-syiar tertentu kaum Syiah. Misalnya bila sebut Ali disambungkan dengan "alaihissalam". Tidak harus kita cap seorang muslim sebagai muktazilah jika dia banyak mengeluarkan pendapatnya dan kurnag menerbitkan dalil Quran dan Hadis. Demikian, tidaklah patut menuduh seornag muslim itu WAHABI hanya kerana doa solat Subuh tidak baca Qunut atau dia enggan sertai majlis tahlil, bacaan Yasin malam Jumaat dan seumpamanya.

Asal Seorangf Muslim adalah Bara'atuZzimmah. Apa pun yang dilakukan oleh seornag muslim, yang sedap dipandang mata, kita cuba cari alasan dna keuzuran buatnya. Itulah langkah pertama Tujuan adalah untuk membersihkan dirinya daripada sebarang syak wasangka.

AL-MA'MUN BIN ZINNUN

Matinya Al-Ma'mun bin Zinnun raja kerajaan Tulaitilah pada tahun 467H dan dia digantikan dengan cucunya iaitu Yahya bin Ismail bin Yahya bin Zinnun dan menggunakan gelaran Al-Qadir Billah. Namun cucunya ini adalah seorang yang keji dan buruk wawasannya. Beliau kurang pengalaman  pemerintahan , maka bagaimana dia hendak meneruskan legasi datuknya.

Al-Ma'mun masa pemerintahannya, dia punya dua wazir yang cekap iaitu Ibn Al-Faraj dan Ibn Al-Hadidi. Kedua-dua mereka mempunyai potfolia masing-masing. Urusan ketenteraan berada di bawah Ibn Al-Faraj sementara Ibn Al-Hadidi menguruskan soal mesyuarat dan pandangan-pandangan pemerintahan. 

Namun Al-Qadir Billah banyak dipengaruhi oleh khadam-khadamnya serta wanita-wanita istana. Mereka menghasutnya agar menyingkirkan Ibn Al-Hadidi maka Al-Qadir Billah pun merencana satu rancangan jahat ke atasnya. Dia mengeluarkan sejumlah banduan yang dulu, zaman datuknya dipenjara atas nasihat Ibn Al-Hadidi. Dia membawa mereka ke dalam majlisnya dan dijemput juga Ibn Al-Hadidi bersama. Ketika melihat para banduan tersebut, sedarlah Ibn Al-Hadidi mengenai musibah yang bakal menimpanya. Dia cuba minta minta perlindungan daripada Al-Qodir Billah, namun dia tidak mempedulikannya. Dia biarkan para banduan itu membunuhnya  dan selepas itu dia memerintahkan agar harta-harta dan rumahnya dirampas. Kejadian ini direkodkan berlaku pada awal bulan Zulhijjah tahun 468H.

Bak kata pepatah, bagai melepas anjing tersepit, itulah yang berlaku kepada Al-Qadir Billah. Para banduan yang mulanya menjadi orang yang menyokongnya kemudian bertukar jadi musuhnya. Mereka masih menyimpan dendam kepada datuk Al-Qadir Billah yang memenjarakan mereka pada masa lalu. Lalu kebencian itu tidak dapat mereka padamkan untuk cucunya pula.

Dalam pada itu negeri yang dulunya bawah kekuasaan Tulaitilah mula mengistharkan kemerekaan masing-masing. Negeri Sarqutas (Zaragoza) yang diperintah oleh Ibn Hud tidak lagi mahu berada di bawah Tulaitilah. Demikian pula raja Balansah (Valencia), Abu bakar bin Abdul Azizi juga istiharkan kemerdekaannya. Raja kerajaan Kristian pula sedang menanggk di air keruh. Al-Qadir Billah mencari sekutu dengan raja-raja Kristian untuk melaan raja-raja yang sama agama dengannya.


Ya wailah!

Raja-raja muslim yang berwalakkan orang Nasrani....akhirnya menanggung akibat terburuk dalam sejarah.

MULIAKAN SAHABAT NABI BERNAMA MUA'WIYAH

Berkata Abdullah bin Al-Mubarak sebagaimana dinaqalkan dalam Al-Bidayah Wan Nihayah (8/139) oleh Ibn Kathir:

"Mu'awiyah menurut kami merupakan cubaan (Mehnah). Barangsiapa kami lihat dia berpandangan keji terhadap Mu'awiyah, kami tuhmah dia sebagai pembenci sahabat nabi".


Dinaqalkan juga perkataan Ar-Rabi' bin Nafi' Al-Halbi dalam Al-bidayah Wan Nihayah (8/139) oleh Ibn Kathir:

"Mu'awiyah itu adalah tirau buat sahabat-sahabat Muhammad SAW. Apabila ada seseorang berani menyelak tirai itu, dia akan jadi berani ke atas apa yang ada dibelakang tirai itu".


KISAH DUSTA ATAS MUA'WIYAH

Terdapat riwayat dalam beberapa sumber bahawa Mua'wiyah melantik anaknya Yazid sebagai Khalifah sesudahnya atas usulan Al-Mughirah bin Syu'bah. Al-Mughirah bin Syu'bah lakukan bai'ah atas Yazid kerana Muawiyah bercadang memecatkan daripada jawatan gabenor Kufah dan menggantikannya dengan Sa'ad bin Al-As. Kerana melihat Al-Mughirah membawa fikrah melantik anaknya sebagai khalifah sebagai idea cemerlang, maka Mua'wiyah pun mengembalikan posisi Al-Mugirah sebagai gabenor Kufah.

Cerita ini diriwayat menerusi jalan sanad yang sangat daif.
Al-Mughirah disifatkan sebagai pencetus kepada fikrah yazid sebagai pengganti Mu'awiyah. Padahal, semasa Hasan bin Ali menyerahkan kekhilafahan kepada Mu'awiyah, Mua'wiyah telah menyetujui untuk menyerahkan semula sesudahnya kepada Hasan. Apabila hasan meninggal, kedudukan dan tumpuan Mua'wiyah buat anaknya Yazid pun bertambah kuat. Dalam keadaan itu datanglah fikrah Al-Mughirah bin Syu'bah buat melantik Yazid. Perlu diketahui bahawa hasan meninggal pada tahun 50H.

Sunday, September 11, 2022

Kejatuhan kerajaan Bani Umayyah di Andalus

Islam bertapak di Andalusia apabila Toriq bin Ziyad yang merupakan panglima tentera gabenor Musa bin Nusair di Afrika Utara, menyemberang selat Gibraltar dan mula menguasai tanah Andalusia pada tahun 92H. Tentera Islam melebarkan kekuasaan dan menguasai banyak wilayah di Andalusia sehinggalah tahun 114, apabila berlaku perang Bilatus Syuhadaa yang menyaksikan kekalahan tentera Islam di tangan tentera Perancis.

Maklumat dirujuk kepada: 

Kebangkitan dan Kejatuhan Dinasti Umayyah di Andalus


Kerajaan Bani Umayyah di Andalusia secara rasminya berlansung sampai tahun 422H=1031M. Sejak ia diasaskan pada tahun 138H=756M oleh Abdurrahman Ad-Dakhili, ia telah mencipta banyak kemajuan dan sejarah yang gemilang. Para pemerintah Andulusia bertahta di Qardoba dan memakai gelaran amir. Hingga masa pemerintahan Abdurrahman An-Nasir, beliau menggunakan gelaran amirul mukminin dan mengasaskan pemerintahan berbentuk khilafah.


Para ulama Sunni yang ada di Andalus ketika itu menfatwakan keharusan ada 2 khalifah  dengan syarat negara mereka jauh dan tidak berlaku pertembungan. Keperluan wujudnya khalifah di Andalus pada masa itu juga didorong oleh kelemahan Daulah Abbasiyyah di Baghdad dan ditambah pula dengan kemunculan Daulah Fatimiyyah Syiah Ismailiyyah yang menggenderang selogan atas nama pemerintahan khilafah Fatimiyyah.

Saturday, September 10, 2022

KHUTBATUL HAJAH

Khutbah Hajat (Khutbatul Hajah) adalah serangkai kata yang mengawali ucapan atau penulisan. Ia menjadi identiti para ulama dalam menyampaikan ucapan ataupun menulis bahan mereka berupa kitab, risalah dan sebagainya. Khutbatul Hajah bukanlah hal yang diwajibkan, namun ia menjadi pembeza antara ucapan atau penulisan para ulama dan yang bukan. 


Salah satu khutbatul hajah yang selalu dikumandangkan ialah:


إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدًا عبده ورسوله.

 

إن أصدق الحديث كتاب الله، وأحسن الهدي هدي محمد، وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار


Friday, September 9, 2022

WANITA DESIGNER KERAJAAN MURABITUN

Kehebatan kerajaan Murabitun tidak dapat diceraikan dengan watak Amirul Muslimin Yusuf bin Tasyafin.  Namun, kehebatan Yusuf bin Tasyafin tidak harus dibangunkan atas peribadinya sendiri semata-mata. Ada seorang wanita hebat di belakangnya yang menajdi penasihatnya dan penyalur inspirasi buatnya. Wanita itu bernama Zainab An-Nafzawiyyah

Siapakah Zainab An-Nafzawiyyah?

Baca: https://www.aljazeera.net

Seorang ahli sejarah Maghribi bernama Ahmad bin Khalid An-Nasiri menyebutkan bahawa Zainab An-Nafzawiyyah  telah berkawin dengan 3 orang pemimpin sebelum kali ke-4 dengan Yusuf bin Tasyaffin. Dia punya pengalaman dan ilmu yang luas dalam politik hasil pergaulannya dengan suami-suaminya. Pemimpin-pemimpin yang pernah jadi suaminya ialah:

  1. Ali bin Abdurrahman bin Wattasy
  2. Luqut bin Yusuf bin Ali Al-Maghrawi, pemguasa di Aghmat.
  3. Abu Bakar bin Umar Al-Lamtuni
  4. Yusuf bin Tasyafin

Kemunculan Murakesh sebagai ibu kota pemerintahan kerajaan Murabitun adalah cetusan idea dan pelan serta  nasihat daripada Zainab An-Nafzawiyyah. Hal ini diakui oleh Yusuf bin Tasyafin dalam beberapa kenyataannya yang direkodkan di hadapan para pemuka kerajaan Murabitun.Zainab An-Mafzawiyyah juga amat cemerlang dan berwawasan jauh ketika menasihati suaminya Yusuf bin Tasyafin tentang bagaimana cara berdepan dengan Abu Bakar bin Umar Al-Lamtuni yang pulang daripada misinya di gurun Afrika sehingga keinginan Abu Bakar bin Umar Al-Lamtuni untuk menyingkirkan Yusuf bin Tasyafin dari posisinya sebagai pemimpin Murabitin dipadamkan.



CAMPURTANGAN WANITA DALAM PEMERINTAHAN

Campurtangan wanita dalam pemerintahan banyak mendatangkan musibah. Dalam rangkaian sejarah, banyak contoh yang boleh diangkat untuk mengiyakan dakwaan ini. Kali ini aku bawakan satu nama yang aku temui dalam pembacaanku  mengenai detik-detik kemusnahan kerajaan yang pernah melakar sejarah di bumi Andalus. Kerajaan bani Umayyah yang diasaskan oleh Abdurrahman Ad-Dakhil.

Alkisah, ketika Al-Hakam Al-Mustansir  menjadi khalifah Umayyah di tanah Andalusia yang beribukota di Cardoba, dia ada seorang hamba perempuan bernama Subuh dan digelar Subuh Basque ( Arabic: Subuh Al-Baskanjiyyah). Beliau juga dikenali dengan nama Aurora. Kerana kepintarannya, Khalifah Al-Hakam II yang digelar Al-Mustansir itu sayang kepadanya dan memberikan perhatian yang lebih kepadanya.

Aurora ini akhirnya banyak terlibat dalam soal pemerintahan. Atas nasihatnyalah, dilantik seornag bernama Al-Mansur bin Abi Amir untuk satu jawatan yang dinamakan HAJIB. Ia semacam wakil kepada khalifah dalam soal pemerintahan.

Dengan Subuh ini, Khalifah Al-Hakam dapat anak bernama Hisyam. Atas permintaan Subuh, pada usia seawal 11 tahun Hisyam sudah diangkat jadi putera mahkota. Ada kaloborasi yang kuat antara Subuh dengan Al-mansur yang menjawat jawatan HAJIB. Subuh membekalkan Al-Mansur dengan wewenang kewangan agar dengan itu posisi anaknya sebagai pengganti khalifat berjalan mulus. Akhirnya Al-Mansur jadi sangat berkuasa dan selepas kematiian Al-Hakam, Hisyam hanya jadi khalifah pada nama sahaja.  Jawatan HAJIB itu kemudian jadi warisan anaknya sendiri dan inilah yang membawa kepada muncul HAJIB yang meruntuhkan kerajaan Bani Umayyah di Andalusia, iaitu Abdurrahman Sanjul bin Almansur.

Meneliti kisah ini, amat disayangkan sekali. Sebuah kerajaan besar di Andalusia berakhir tragis. Mungkin ada banyak faktor yang boleh dipertanggungjawabkan. Namun, penglibatan Subuh pada saat akhir kerajaan ini menjadi asam garam yang menambahkan pedih luka. Ia menatijahkan persepsi bahawa perempuan kalau turun tangan dalam soal pemerintahan, akan menambahkan cepatnya hancur pemerintahan itu. 


Subuh Al-Baskanjiyyah adalah sebuah model musibah ini dalam sejarah!

RATU ELIZABETH II KETURUNAN RASULULLAH?

Ratu Elizabeth II yang meninggal semalam pernah disebarkan khabar bahawa salasilah keturunannya sampai kepada Rasululllah SAW. Akhbar Daily Mail pernah mengeluarkan lakaran salasilah ratu Elizabeth tersebut. Bekas Mufti Mesir, Dr. Ali Jumu'ah mengakuinya kebenaran dakwaan tersebut dalam satu kuliahnya.

Orang Islam diajar bahawa keturunan nabi tidak memberikan apa-apa kelebihan jika tidak disertai dengan keimanan. Allah menafikan anak nabi Nuh dinisbahkan kepada Nuh lantara keengganannya untuk beriman dengan agama yang dibawa oleh nabi Nuh. Salasilah biologi tidak memberikan apa-apa manfaat jika terputus salasilah maknawi iaitu hubungan keimanan yang sama.

Ratu Elizabeth II, sekalipun seorang yang mulia peribadinya, disanjung ramai orang, namun dia dinyatakan meninggal bukan sebagai orang Islam. Maka, hubungan darah yang didakwa sampai kepada nabi Muhammad SAW itu tidaklah memberikan apa-apa manfaat kepadanya. Dia tidak akan mendapat keringanan azab neraka sebagaimana yang diperolehi oleh bapa saudara nabi SAW Abu Talib. Perlu diingatkan keringanan azab Abu Talib bukan kerana hubungan darahnya dengan nabi, tetapi kerana budi dan jasanya buat nabi yang membuatkan nabi berdoa mohon syafaat buatnya. Lagi pula, soal keringanan azab buat Abu talib dalam neraka itu dinyatakan dalam hadis dan ia menjadi dalilnya.

Tiada dalil manfaat diperolehi oleh orang yang ada hubungan darah dengan nabi SAW, terlebih pula jika menyalahi akidah nabi SAW.

Perbuatan mengaitkan Elizabeth II dengan nabi SAW itu untuk mengangkat darjat nabi SAW atau memperlecehkan nabi?Apakah nabi SAW perlu disokong dengan kemasyhuran ratu tersebut? Apaklah ratu itu punya kehebatan unggul sehingga jika mengaitkannya dengan nabi, reputasi nabi dan Islam akan turut menjadi unggul? Atau....apakah tidak membawa kepada perlecehan ke atas nabi. Sepertinya para pendakwa yang menceritakan pokok salasilah tersebut ingin menyiratkan kata: Lihat, keturunan nabi kalian pun tidak ikut leluhurnya. Maka tidak salah keturunan Muhammad tidak menyusul jalan agamanya!.

Cukuplah nabi Muhammad dibanggakan dengan ummatnya yang beriman. Ummatnya yang mencontohinya dan menganut dengan setia agama yang didakwahkannya!

Ulasan hubung kait salasilah:

Baca:https://www.thevocket.com/konspirasi-ratu-elizabeth-ii-adalah-keturunan-nabi-muhammad-kembali-tersebar-ini-penjelasannya/

Berawal dari Zaida dari Seville yang murtad dan berkahwin dengan Alfonso VI. Itulah jambatan penting yang menjadi pokok dakwaan menyemberangnya salasilah Elizabeth II kepada zuriat-zuriat nabi Muhammad SAW. Namun, berkenaan Zaida itu, apakah benar dia dari keturunan nabi Muhammad SAW adalah satu kenyataan yang tidak dapat dibuktikan secara tuntas.


Screenshoot Whatsapp


Salasilah keturunan Ratu Ellizabeth yang ditularkan dan tidak dapat dibuktikan kesahehannya.

Rajah 1


Rajah 2

Mari kita semak juga siapakah Muhammad bin 'Ubbad yang terkenal sebagai Al-Mu'tamid raja Seville itu.
محمد بن عباد بن محمد بن إسماعيل بن قريش بن عباد بن عمر بن أسلم بن عمرو بن عطاف بن نعيم اللخمي أبو القاسم المعتمد على الله

Nama Nu'aim Al-Lakhmi yang menjadi leluhur kepada Ibn 'Ubbad itu adalah keturunan An-Nu'man bin Al-Munzir Al-Lakhmi  (582-609 M)  raja terakhir kerajaan Hirah yang digelar Abu Al-Qabus. Demikian disebutkan dalam Wafyatul A'yan karya Ibn Khalikan.

نسبه الكامل هو محمد بن عباد بن محمد بن إسماعيل بن قريش بن عباد بن عمر بن أسلم بن عمرو بن عطاف بن نعيم اللخمي أبو القاسم المُلقّب بالمعتمد على الله.[2] ينتمي المعتمد بن عباد إلى أسرة بني عباد، وهم سلالة عربية تعود أصولها الى قبيلة لخم اليمنية الكهلانية السبئية، وهم يُنسبون إلى النعمان بن المنذر حاكم الحيرة قبل النبوة. قدم جد بني عباد إلى الأندلس مع طالعة بلج في بداية القرن الثاني الهجري. وفي مطلع القرن الخامس الهجري (الحادي عشر الميلادي)، استقلَّ أبو القاسم محمد بن عباد اللخمي بإشبيلية، فبرع في الفقه والقضاء، وحكم إشبيلية لفترة، ثم خلفه فيها ابنه أبو عمرو المعتضد عباد، وأخيراً حفيده المعتمد

Sumber-sumber Andalus menyebutkan bahawa Zaida itu adalah menantu kepada Al-Mu'ta'tamid Ibn Al-Ubbad (pemerintah Seville pada zaman kerajaan-kerajaan Tawaif) kerana dia telah dikahwini oleh Abu Nasr Al-Fath bin Al-Mu'tamid. Apabila kerajaan Murabitun menguasai Seville, Zaida lari bernaung di bawah Raja Alfonso VI dari Castella dan dia menjadi gundik Alfonso VI. Beliau kemudiannya dibaptis dan menukarkan agamanya kepada kristian dan menggunakan nama Isabel. Alfonso VI mendapat anak lelaki satu-satunya dengannya dan diberi nama Sancho. Namun Sancho mati dalam peperangan yang dinamakan " Battle of Ucles" iaitu peperangan antara tentera Castella dan Leon yang dipimpin oleh AlfonsoVI melawan pasukan Kerajaan Murabitun. Para sejarawan punya khilaf pandangan tentang watak Zaida yang kemudiannya dinamakan Isabel kerana Anfonso VI juga ada permaisuri bernama Isabel. Ada kemungkinan Sancho dan seorang lagi anak perempuan Alfonso VI bernama Elvira adalah anak permaisuri Isabel. Mungkin juga anak Zaida. Sebab itu, perkara  ini tidak jelas. 

Salasilah Zaida yang dikatakan jambatan penghubung kepada nabi Muhammad SAW juga tidak jelas. Sumber Kristian mengatakan Zaida anak Ibn Ubbad dan Ibn Ubbad itu keturunannya bersambung sampai kepada Rasulullah SAW. Namun, jika berpegang kepada sumber Andalus yang menyebutkan Zaida adalah menantu, maka tiada apa-apa kaitan Zaida dengan keturunan nabi SAW. Anak-anak Alfonso VI yang dikatakan dari ibunya bernama Zaida juga tidak jelas. Mungkin dari isteri yang lain yang juga namanya Isabel.

Elvira itulah yang kemudiannya berkahwin dengan Roger II, raja Sicily. Perkahwinan mereka melahirkan 5 anak iaitu:

1)Roger

2) Tancred

3) Alfonso

4) William

5) Henry (mati Kecil)



Wednesday, September 7, 2022

KHAWAATIR QOMARULLAH

Sebagai melunaskan rasa minat menulis, maka aku wujudkan satu medan aku melimpahkan khawatirku. Khawatir adalah apa yang dibisikkan hatiku. Ia adalah seni halus yang bersiponggang dalam hati dan aku cetuskan ke alam nyata. Bukanlah khawatirku ini satu ladunni yang dimasyhurkan oleh para ahli sufi melainkan ia adalah percampuran antara ilham suci dan was-was syaitaniyyah. Kerana kitra insan tidak pernah suci dari salah dan silap, maka aku letakkan dua kemungkinan itu dalam khawatirku.

Jika ia benar, menepati Quran dan Sunnah, itulah khawatir ilahiyyah. Namun jika sebaliknya, ialah khawatir syaitaniyyah!

Maka tidaklah aku mensucikan diriku. Seperti halnya aku tidak suka mensucikan orang lain. Hanya yang suci dari dosa itu para nabi-nabi. Sekalipun para auliyaa Allah, tidaklah mereka itu menjadi insan muqaddas pada pandanganku.

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...