Friday, September 29, 2023

Yahudi tidak sepakat

 Kalangan Yahudi yang kuat berpegang dengan agama tidak menyetujui pembentukan Negara Israil di Palastin kerana ia akan membawa kepada Dwi Kesetiaan (wala') dan Dwi Kewarganegaraan (muwatinah) bagi orang-orang Yahudi.Maka, ornag-orang Yahudi tidak bersatu pada sesama mereka. Sejak zaman dahulu lagi, mereka sering bercakaran satu sama lain. Bukankah ketika Yusuf bin Yaakob kecil, anak-anak nabi Yaakob (Israil) yang lain  tidak puas hati dengan Yusuf yang disayangi ayah mereka? Itulah pergeseran sesama Bani Israil yang berlanjutan ke masa-masa seterusnya. 

12 puak Bani Israil tidak boleh berkongsi laluan di laut yang terbelah. Tidak juga boleh berkongsi sumber mata pada batu mukjizat yang dipukul nabi Musa. Kemudian, setelah mereka dikurniakan negera pada zaman selepas Yusya' bin Nun, mereka berpecah dan bersengketa sehingga negera mereka diranapkan olehkuasa luar.

Pada zaman Rasulullah SAW, ada 3 kelompok Yahudi di Kota Madinah. Yahudi Bani Qainuqa', Yahudi Bani Nadhir dan Yahudi Bani Qairuzah. Ketiga-tiga puak ini menyimpan rasa permusuhan kepada Nabi Muhammad dan kaum Muslimin. Panah mereka dihalakan kepada Islam dan kaum Muslimin. Nampak macam mereka bersatu, tetapoi hakikatnya mereka berpecah belah.

Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT menerusi firmanNYa dalam Surah Al-Hasyar, ayat 14:

تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ


"Kalian menyangka mereka itu bersatu sedangkan hati mereka retak berpuing-puing. Demikian itu kerana mereka adalah kaum yang tidak berakal".


Saturday, September 23, 2023

KETIKA HAFSAH MENJADI JANDA

  أنَّ عُمَرَ بنَ الخَطَّابِ حِينَ تَأَيَّمَتْ حَفْصَةُ بنْتُ عُمَرَ مِن خُنَيْسِ بنِ حُذَافَةَ السَّهْمِيِّ -وكانَ مِن أصْحَابِ رَسولِ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قدْ شَهِدَ بَدْرًا، تُوُفِّيَ بالمَدِينَةِ- قالَ عُمَرُ: فَلَقِيتُ عُثْمَانَ بنَ عَفَّانَ، فَعَرَضْتُ عليه حَفْصَةَ، فَقُلتُ: إنْ شِئْتَ أنْكَحْتُكَ حَفْصَةَ بنْتَ عُمَرَ، قالَ: سَأَنْظُرُ في أمْرِي، فَلَبِثْتُ لَيَالِيَ، فَقالَ: قدْ بَدَا لي أنْ لا أتَزَوَّجَ يَومِي هذا، قالَ عُمَرُ: فَلَقِيتُ أبَا بَكْرٍ، فَقُلتُ: إنْ شِئْتَ أنْكَحْتُكَ حَفْصَةَ بنْتَ عُمَرَ، فَصَمَتَ أبو بَكْرٍ فَلَمْ يَرْجِعْ إلَيَّ شيئًا، فَكُنْتُ عليه أوْجَدَ مِنِّي علَى عُثْمَانَ، فَلَبِثْتُ لَيَالِيَ ثُمَّ خَطَبَهَا رَسولُ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فأنْكَحْتُهَا إيَّاهُ، فَلَقِيَنِي أبو بَكْرٍ فَقالَ: لَعَلَّكَ وجَدْتَ عَلَيَّ حِينَ عَرَضْتَ عَلَيَّ حَفْصَةَ فَلَمْ أرْجِعْ إلَيْكَ؟ قُلتُ: نَعَمْ، قالَ: فإنَّه لَمْ يَمْنَعْنِي أنْ أرْجِعَ إلَيْكَ فِيما عَرَضْتَ، إلَّا أنِّي قدْ عَلِمْتُ أنَّ رَسولَ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قدْ ذَكَرَهَا، فَلَمْ أكُنْ لِأُفْشِيَ سِرَّ رَسولِ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، ولو تَرَكَهَا لَقَبِلْتُهَا.

الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 4005 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

التخريج : من أفراد البخاري على مسلم



Suami Hafsah binti Umar Al-Khattab bernama Khunais bin Huzafah As-Sahmi Al-Qurasyi. Belia ikut serta dalam perang Badar dan Perang Uhud lalu mendapat luka yang mengakibatkan dia meninggal dunia. Kematiannya tidak dapat dipastikan oleh sejarawan , apakah selepas perang Badar atau Uhud. Dia meninggal di Madinah.

Selepas kematian suaminya, Umar Al-Khattab sebagai ayah cuba mencarikan suami baru buatnya. Mulanya ditawarkan kepada Uthman bin Affan. Uthman bin Affan minta berfikir sehari dan kemduiannya memberitahu Umar Al-Khattab keesokkan harinya bahawa dia tidak bersedia. Kemudian Umar Al-Khattab menawarkan pula kepada Abu Bakar As-Siddiq. Abu Bakar As-Siddiq hanya diam mendengar tawaran Umar itu. Tanpa memebrikan jawapan, Umar Al-Khattab berada dalam tandatanya dan agak marah dengan kesenyapan Abu bakar itu. Dalam keadaan demikian, beberapa hari kemudian, datang lamaran daripada Rasulullah SAW sendiri ke atas Hafsah. 

Maka Hafsah pun menjadi isteri Rasulullah SAW.


Ketika Abu Bakar bertemu dengan Umar Al-Khattab kemudiannya, Abu Bakar Assiddiq menyatakan kepada Umar sebab sikapnya itu. Katanya dia bersikap demikian kerana Rasulullah pernah meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar tentang Hafsah. Ia menjadi rahsia antara Abu Bakar dan Rasulullah SAW. Demi menjaga rahsia Rasulullah, Abu Bakar tidak menjawab. Dia menunggu masa yang sesuai. Apabila sudah nyata bahawa Hafsah menjadi isteri Rasulullah , baharulah Abu Bakar dedahkan perbualannya dengan Rasulullah SAW itu kepada Umar.

Pengajaran hadis ini buat kita semua, jangan lebih laju daripada lajak. Rahsia orang kena jaga. Kala orang beritahu sesuatu kepada kita satu rahsia, janganlah khabarkan rahsia itu kepada orang lain. Orang beritahu kepada kita tentang isi hatinya kepada seorang gadis, janganlah kita pergi dedahkan perkara itu kepada gadis itu atau kelaurganya, kecuali kalau disuruh. Rahsia kekal sebagai rahsia. Boleh jadi luahan itu hanya dorongan kegalauan fikiran yang berubah-ubah. Mungkin esok-esok tak jadi hendak meminang gadis itu. 

Apa akan berlaku kalau rahsia itu sudah dipecahkan??? Lelaki malu dan keluarga peempuan juga boleh mendapat malu.


Rujuk: Dorar

Tambahan: Shamela

MUNAJAT RASULULLAH KEPADA FATIMAH

 Erti munajat ataupun Najwa seperti yang disebutkan dalam Al-Quran, Surah Al-Mujadilah adalah seseornag berbisik secara rahsia dengan seseorang yang lain. Pada dasarnya, Islam melarang perbuatan tersebut dan menyifatkan sebagai perangai buruk. Ia menjadi kebiasaan golongan Yahudi dan Munafiq di Kota Madinah.

Namun, perbuatan munajat tersebut dibenarkan jika dalam pertemua yang terdapat 4 orang atau lebih dengan syarat yang melakukan munajat itu dua orang dan meningalkan dua yang lain tidak menyertainya. Andaikata 4 orang sekalipun, jika seornag terkabil-kabil dan menaggung tandatanya apa yang dibisikkan 3 orang lagi, maka hukumnya haram,

Hadis nabi SAW menyebutkan pengecualian terhadap larangan munajat tersebut:

إذا كنتم ثلاثة فلا يتناجى اثنان دون الآخر، حتى تختلطوا بالناس ، من أجل أن ذلك يحزنه

(Muttafaq Alaih)

Praktikal Rasululalh SAW sebagaimana riwayat Aisyah dalam hadis yang dikenali sebagai Hadis Musaarraturrasul Ma'a Fatimah ( Diriwayatkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim) dan lafaz di bawah ada dalam Saheh Muslim:


كُنَّ أَزْوَاجُ النبيِّ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ عِنْدَهُ، لَمْ يُغَادِرْ منهنَّ وَاحِدَةً، فأقْبَلَتْ فَاطِمَةُ تَمْشِي، ما تُخْطِئُ مِشْيَتُهَا مِن مِشْيَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ شيئًا، فَلَمَّا رَآهَا رَحَّبَ بهَا، فَقالَ: مَرْحَبًا بابْنَتي ثُمَّ أَجْلَسَهَا عن يَمِينِهِ، أَوْ عن شِمَالِهِ، ثُمَّ سَارَّهَا فَبَكَتْ بُكَاءً شَدِيدًا، فَلَمَّا رَأَى جَزَعَهَا سَارَّهَا الثَّانِيَةَ فَضَحِكَتْ، فَقُلتُ لَهَا: خَصَّكِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ مِن بَيْنِ نِسَائِهِ بالسِّرَارِ، ثُمَّ أَنْتِ تَبْكِينَ؟ فَلَمَّا قَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ، سَأَلْتُهَا ما قالَ لَكِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ؟ قالَتْ: ما كُنْتُ أُفْشِي علَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ سِرَّهُ، قالَتْ: فَلَمَّا تُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ قُلتُ: عَزَمْتُ عَلَيْكِ، بما لي عَلَيْكِ مِنَ الحَقِّ، لَما حَدَّثْتِنِي ما قالَ لَكِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ، فَقالَتْ: أَمَّا الآنَ، فَنَعَمْ، أَمَّا حِينَ سَارَّنِي في المَرَّةِ الأُولَى، فأخْبَرَنِي أنَّ جِبْرِيلَ كانَ يُعَارِضُهُ القُرْآنَ في كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً، أَوْ مَرَّتَيْنِ، وإنَّه عَارَضَهُ الآنَ مَرَّتَيْنِ، وإنِّي لا أُرَى الأجَلَ إلَّا قَدِ اقْتَرَبَ، فَاتَّقِي اللَّهَ وَاصْبِرِي، فإنَّه نِعْمَ السَّلَفُ أَنَا لَكِ قالَتْ: فَبَكَيْتُ بُكَائِي الذي رَأَيْتِ، فَلَمَّا رَأَى جَزَعِي سَارَّنِي الثَّانِيَةَ فَقالَ: يا فَاطِمَةُ أَما تَرْضِيْنَ أَنْ تَكُونِي سَيِّدَةَ نِسَاءِ المُؤْمِنِينَ، أَوْ سَيِّدَةَ نِسَاءِ هذِه الأُمَّةِ قالَتْ: فَضَحِكْتُ ضَحِكِي الذي رَأَيْتِ.
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم | الصفحة أو الرقم : 2450 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح] | التخريج : أخرجه البخاري (3623) مختصراً، ومسلم (2450).

Hadis di atas, Aisyah Isteri Nabi mengkhabarkan kejadian satu hari ketika dia dan para isteri Nabi sedang berkumpul. Tiba-tiba muncul Fatimah dan baginda Rasululah SAW menyambutnya dengan hangat. Fatimah duduk bersama Rasulullah SAW dan menceritakan sesuatu secara rahsia. Cerita Rasulullah SAW itu mengundang tangisan Fatimah yang amat sangat. Tetapi kemudian, setelah Rasulullah menceritakan sesuatu yang lain pula , Fatimah ketawa. 

Aisyah r.a yang melihat peristiwa itu kemudiannya bertanya kepada Fatimah r.a. Namun, Fatimah enggan menceritakannya selagi Rasulullah masih hidup. Bila Rasulullah sudah wafat, Aisyah pun bertemu Fatimah dan bertanyakan tenteang apa yang Rasulullah SAW bisikkan kepadanya. Ketika itu barulah Fatimah sudi menceritakan.

Kata Fatimah, Rasulullah memberitahunya bahawa pada tahun itu Jibrail telah mendatangi Nabi dan melakukan Mu'aradhoh ( Baca Quran berganti dengar) sebanyak dua kali. hal itu berbeza tahun-tahun sebelumnya di mana Jibril hanya melakukan sekali. Maka Rasulullah SAW merasakan itu petanda ajalnya telah sampai. 

Itu yang membuatkan Fatimah menangis.

Lalu, Rasulullah SAW memujuknya dengan mengatakan bahawa Fatimah perlu bergembira kerana Allah meredhainya sebagai penghulu wanita beriman dan ummat Muhammad. Kemudiannya dia akan menjadi orang pertama yang akan menyusul Rasulullah SAW ke alam baqa. 

Itu membuatkan Fatimah gembira dan ketawa kerananya.

Kejadian tersebut, selalin banyak pengajaran lain, menjadi dalil bahawa tidak mengapa melakukan Munajat atau disebut juga Musaarrat (bercakap dengan nada berbisik dan rahsia ketika bersama orang lain), asalkan kompisisi ornag ketika itu melebih 3 orang dan ada lebih dari seorang yang tidak mendengar bisikan tersebut.

Larangan Munajat ini adalah menunjukkan bagaimana Islam sangat menjaga jalan-jalan yang boleh membawa kepada perpecahan dan syak wasangka sesama muslim. 

Islam mahukan ummat Islam bersatu padu dan setiap perbuatan yang mengumpan kepada pertelingkahan sesama orang beriman adalah tercela.

Ibrah lain dari hadis:

1) Sesorang yang diberitahu rahsia oleh seseorang, maka dia hendaklah menjaga rahsia itu. Jika dia meminta akan merahsiakan selama-lamanya secara jelas, maka rahsiakan selama-lamanya. Jika tidak, maka jagalah rahsia itu sampai mati orang yang memberikan rahsia itu. Rahsia adalah amanah dan setiap amanah perlu dijaga. Dalam situasi ornag mengungkapkan satu-satu rahsia melarang daripada memberitahu rahsia itu kepada seseorang, maka kewajipan adalah menjaga rahsia itu semasa hidup. Selepas mati, terpulang. Boleh cerita sebagaimana kisah Fatimah . Dan boleh juga jaga rahsia itu dan tidak khabarkan sama sekali seperti hadis Anas bin Malik.

Disebutkan oleh Anas:


أَتَى عَلَيَّ رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ وَأَنَا أَلْعَبُ مع الغِلْمَانِ، قالَ: فَسَلَّمَ عَلَيْنَا، فَبَعَثَنِي إلى حَاجَةٍ، فأبْطَأْتُ علَى أُمِّي، فَلَمَّا جِئْتُ قالَتْ: ما حَبَسَكَ؟ قُلتُ: بَعَثَنِي رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ لِحَاجَةٍ، قالَتْ: ما حَاجَتُهُ؟ قُلتُ: إنَّهَا سِرٌّ، قالَتْ: لا تُحَدِّثَنَّ بسِرِّ رَسولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ أَحَدًا. قالَ أَنَسٌ: وَاللَّهِ لو حَدَّثْتُ به أَحَدًا لَحَدَّثْتُكَ يا ثَابِتُ.
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2482 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]


Faedah: Disebutkan dalam kisah sebahagian orang saleh (tiada kudapati namanya dalam sumber). Dia didatangi oleh seseorang mengatakan kepadanya: Aku akan beritahumu satu rahsia, jangan kau khabar seornag pun rahsia ini. Rahsianya ialah....Kemdian orang itu bertanya. Apakah rahsia yang telah kuberitahukan kepadamu? Jawap orang saleh itu: Aku tak dengar apapun! (kerana menjaga rahsia itu, maka kepada empunya cerita pun dia tidak mahu mengkhabarkkannya)


Bacaan Sokongan: Shamela


Friday, September 22, 2023

MAKNA ULIL AMRI

 Istilah Ulil Amri  membawa maksud tertentu dan ada beberapa pandangan ulama yang suka untuk saya angkat dalam penulisan ringkas ini:

1) Syeikh Muhammad Abduh mengatakan bahawa Ulil Amri pada zaman ini(zaman beliau) adalah ulama-ulama besar, ketua-ketua tentera, para hakim, tokoh-tokoh bidang perniagaan, pertanian, penggerak kebajikan rakyat, pemimpin pertubuhan dan syarikat, ketua-ketua parti, penulis-penulis besar, dan doktor pakar serta peguam-peguam yang kesemuanya masyarakat mengambil manfaat daripada mereka serta menjadi pihak penyelesai masalah.

2) Syeikh Muhammad Syaltut menakrifkan Ulil Amri itu sebagai Ahli Nazor yang dikenali kalangan masyarakat sebagai pakar dalam bidangnya. Bidang-bidang dalam kehidupan itu pelbagai. Ada bidang ketenteraan, ekonomi, siasah, agama dan seumpamanya. Dalam setiap bidang itu ada pakarnya. Maka pakar itulah yang dinamakan Ulil Amri.

3) Kata Rasyid Ridha, Ulil Amri itu adalah orang yang ahli dalam sesuatu ilmu dan punya kedudukan tinggi dalam satu-satu bidang.Mereka adalah para cendikiawan yang cukup menguasai bidang ilmunya dan pandangannya menjadi rujukan umum.

Pandangan-pandangan di atas mempunyai satu persamaan iaitu, seorang yang berada dalam satu bidang dan menonjol sebagai penguasa bidang tersebut, dialah Ulil Amri bagai ornag yang terjun ke bidang itu. Kita ambil contoh kisah nabi Musa dan Nabi Khidir. Dalam perjalanan yang diladeni oleh nabi Musa mengikut nabi Khidr, siapakah Ilil Amrinya. Adakah Musa? Dia Rasul dan Khidir itu adalah nabi sahaja( Mengikut pandangan majoriti ulama). Kalau ikut pangkat, Musalah yang layak diangkat sebagai Ulil Amri sebab dia Rasul. Manakan sama Nabi dengan Rasul. Namun, dalam perjalanan pengembaraan itu, Nabi Khidir adalah Ulil Amri yang wajib ditaati Musa.Apa yang diperintahkan Nabi Khidir, nabi Musa perlu taat. Itulah yang disebutkan dalam Quran, Surah Al-Kahfi. Jika kita baca dan fahami kisah ini, kita dapat ambil pelajaran bahawa dalam soal; Ulil Amri, ia terkait dengan bidang dan situasi. 

Maka, satu ulama besar yang menajdi rujukan ummat, katakanlah dia adalah Syeikh Ali Jumu'ah. Tatkala dia datang solat di sebuah masjid di Kampong Syiur Sebatang, dia perlu patuh kepada peraturan masjid tersebut. Imam Masjid itu adalah Ulil Amri dalam konteks pengurusan dan peraturan masjid itu. Berdosalah jika Syeikh Ali Jumua'ah tidak mengikut aturan oleh Ulil Amri Masjid Kampung Nyior Sebatang.

Demikian perlu difahami konsep Ulil Amri.

Ya...Sultan dalam negeri, dia adalah ulil Amri. Namun, andai kata Sultan itu pergi memancing di laut atas kapal milik seornag nelayan, maka pemilik kapal itulah Ulil Amri aktiviti memancing di laut itu. Bukan lagi Sultan yang memerintah negeri!

Dalam sebuah bas, Ulil Amri adalah pemandunya. Jika Perdana Menteri naik bas itu, dia tidak boleh melawan pemandu bas dalam hal kepemanduan. Tidak boleh PM kata kat pemandu bas di jalan selekoh. "Jalan luirus, jangan bengkok!". Apa jadi?? 

Kalangan ulama ada yang menghadkan Istilah Ulil Amri itu kepada para Ulama dan Para Pemimpin Politik( Hukkam). Namun, Ulama diletakkan sebagai Ulil Amri bagi para Hukkam. Kata Ibn Abidin dalam kitabnya Ad-durrul Muhtar fi Raddil Mukhtar.

وَالْمُعْتَمَدُ أَنَّ أُولِي الْأَمْرِ فِي قَوْله تَعَالَى – {أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ} (النساء 4/59)- هُمْ الْعُلَمَاءُ. لَيْسَ شَيْءٌ أَعَزُّ مِنْ الْعِلْمِ، الْمُلُوكُ حُكَّامٌ عَلَى النَّاسِ، وَالْعُلَمَاءُ حُكَّامٌ عَلَى الْمُلُوكِ. وَفِي مَعْنَاهُ قَوْلُ الشَّاعِرِ: إنَّ الْمُلُوكَ لَيَحْكُمُونَ عَلَى الْوَرَى … وَعَلَى الْمُلُوكِ لَتَحْكُمُ الْعُلَمَا


Ringkas kata, Ulil Amri itu difahami dalam satu kenyataan iaitu:

أصحاب الشأن في كل اختصاص

Ertinya: Tuan punya urusan dalam satu-satu pengkhususan.

Sebab itu, ketaatan kepada Ulil Amri ada syaratnya iaitu hendaklah perintahnya ke arah kebaikan. Jika tidak, tidak wajib taat sebagaimana wajib taat secara mutlak kepada Allah dan Rasul. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' ayat 59:

{أَطِيعُواْ اللَّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِى الاْمْرِ مِنْكُمْ} (النِّسَاء: 59)


Bacaan Sokongan: Hablullah




Tuesday, September 19, 2023

CUBAAN ABU BAKAR MENTA'BIR MIMPI

Teks hadis dipetik dari sumber: Dorar.net


  أنَّ رَجُلًا أتَى رَسولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ فَقالَ: إنِّي رَأَيْتُ اللَّيْلَةَ في المَنَامِ ظُلَّةً تَنْطُفُ السَّمْنَ والعَسَلَ، فأرَى النَّاسَ يَتَكَفَّفُونَ منها، فَالْمُسْتَكْثِرُ والمُسْتَقِلُّ، وإذَا سَبَبٌ واصِلٌ مِنَ الأرْضِ إلى السَّمَاءِ، فأرَاكَ أخَذْتَ به فَعَلَوْتَ، ثُمَّ أخَذَ به رَجُلٌ آخَرُ فَعَلَا به، ثُمَّ أخَذَ به رَجُلٌ آخَرُ فَعَلَا به، ثُمَّ أخَذَ به رَجُلٌ آخَرُ فَانْقَطَعَ ثُمَّ وُصِلَ. فَقالَ أبو بَكْرٍ: يا رَسولَ اللَّهِ، بأَبِي أنْتَ، واللَّهِ لَتَدَعَنِّي فأعْبُرَهَا، فَقالَ النَّبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: اعْبُرْهَا. قالَ: أمَّا الظُّلَّةُ فَالإِسْلَامُ، وأَمَّا الذي يَنْطُفُ مِنَ العَسَلِ والسَّمْنِ فَالقُرْآنُ؛ حَلَاوَتُهُ تَنْطُفُ، فَالْمُسْتَكْثِرُ مِنَ القُرْآنِ والمُسْتَقِلُّ، وأَمَّا السَّبَبُ الوَاصِلُ مِنَ السَّمَاءِ إلى الأرْضِ فَالحَقُّ الذي أنْتَ عليه، تَأْخُذُ به فيُعْلِيكَ اللَّهُ، ثُمَّ يَأْخُذُ به رَجُلٌ مِن بَعْدِكَ فَيَعْلُو به، ثُمَّ يَأْخُذُ به رَجُلٌ آخَرُ فَيَعْلُو به، ثُمَّ يَأْخُذُهُ رَجُلٌ آخَرُ فَيَنْقَطِعُ به، ثُمَّ يُوَصَّلُ له فَيَعْلُو به، فأخْبِرْنِي يا رَسولَ اللَّهِ -بأَبِي أنْتَ- أصَبْتُ أمْ أخْطَأْتُ؟ قالَ النَّبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: أصَبْتَ بَعْضًا وأَخْطَأْتَ بَعْضًا. قالَ: فَوَاللَّهِ يا رَسولَ اللَّهِ، لَتُحَدِّثَنِّي بالَّذِي أخْطَأْتُ، قالَ: لا تُقْسِمْ.

الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 7046 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

التخريج : أخرجه مسلم (2269) باختلاف يسير


  • Hadis di atas diriwayatkan dalam Saheh Bukhari.
  • Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW menceritakan mimpinya.

  • Dia bermimpi:
    • Melihat awan di langit yang menitiskan keju dan madu
    • Orang ramai mencedok dengan tangan masing-masing.
    • Ada yang ambil banyak dan ada yang ambil sedikit.
    • Kemudian dia nampak ada tali yang menghubungkan antara bumi dan langit
    • Nabi SAW memegang tali itu dan naik ke atas.
    • Kemudian ada 3 orang lain lelaki yang melakukan hal sama, cuma yang ke-3 itu talinya putus, namun kemudiannya dapat disambung kembali.

  • Abu Bakar minta izin daripada Nabu SAW untuk menta'birkannya dan dibenarkan .

  • Abu Bakar Menta'birkan mimpi itu:
    • Awan itu menunjukkan Islam
    • Madu dan keju yang menitis itu adalah Al-Quran
    • Orang ramai tak sama dalam mendapat manfaat daripadanya.
    • Adapun tali itu adalah kebenaran dan Haq.
    • Nabi dan 3 orang lelaki yang datang selepas baginda itu adalah pemegang kebenaran itu.

  • Abu Bakar bertanya nabi selepas dia menta'bir mimpi itu, apakah ta'birnya betul.
  • Nabi SAW mengatakan ada yang betul dan ada yang salah.
  • Abu Bakar bersumpah , minta nabi beritahu apa yang betul dan apa yang salah
  • Nabi SAW melarangnya bersumpah.
  • Tiada penjelasan daripada nabi SAW selepas itu , apa yang betul dan apa yang salah dalam ta'bir mimpi oleh sahabat akrabnya itu.
Kalangan ulama menghuraikan bahawa mimpi itu mengkhabarkan khalifah sesudah Nabi. Lelaki pertama adalah Abu Bakar. Lelaki kedua adalah Umar Al-Khattab. Lelaki ketiga adalah Uthman. Putusnya tali itu adalah fitnah yang berlaku di zamannya . Sambung semula itu adalah isyarat bahawa Uthman kemudiannya menjejaki 2 sahabat nabi sebelumnya apabila dia mendapat syahid.

Para ulama kemudiannya berbeza-beza tanggapan dalam memahami apakah yang betul dan salah dalam ta'bir mimpi yang dibuat oleh Abu Bakar As-Siddiq. 

Ada yang kata salahnya Abu Bakar adalah dalam meminta untuk menta'birkannya. Pendapat ini dikemukakan oleh Al-Isma'ili daripada Ibn Qutaibah. Imam Nawawi menolak pemahaman sebegitu kerana baginya Abu Bakar telah minta kebenaran dan nabi memberikan izin kepadanya.

Ada yang kata salahnya itu adalah ketika menjelaskan maksud "lalu tali itu disambung"

At-Tohawi mengatakan mengatakan kesalahan ta'bir Abu Bakar adalah bila menta'birkan keju dan madu dengan satu perkara sahaja iaitu Al-Quran. Sepatutnya dita'birkannya dengan dua perkara juga iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Ada yang mentafsirkan maksud kata-kata nabi itu bahawa apapun tafsir kamu mimpi yang dibuat seseorang, ia tidak mencapai darjat yakin. Ia adalah zan dan zan terdedah kepada kemungkinan salah.
Wallahu A'lam....

Sunday, September 10, 2023

MARTABAT ZUHUD

Ibn Qayyim dalam madarijus salikin membawa perumpamaan mengenai sekeping hati dalam perjalannya menuju Allah. Ia adalah umpama seekor burung. Kepala burung itu adalah mahabbatullah (cinta kepada Allah)dan  khauf (takut) serta raja' (harap) adalah dua sayapnya. Jika kepala dan sayap elok, maka eloklah terbangnya. Jika kepala putus, matilah burung itu. Jika mana-mana dua sayapnya patah, luka atau seumpamanya, maka tidaklah dapat ia terbang dan jadilah ia mangsa kepada buruan atau jatuh terhempap ke bumi.




Zuhud , sebagaimana didefinisikan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya madarijus Salikin (mengambil kalam gurunya Ibn Taimiyyah), ialah MENINGGALKAN APA YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT PADA HARI AKHIRAT. Manakala warak pula ialah MENINGGALKAN APA YANG DITAKUTI MEMBERI MUDHARAT PADA HARI AKHIRAT.

Ada yang mendefinisikan Zuhud itu ialah menjadikan dunia di tanganmu dan akhirat itu di hatimu.

Banyak kalangan ulama ahli dalam soal tarbiyyatul qulub memberikan definisi yang bermacam-macam dalam menjelaskan maksud kepada warak dan zuhud.  Apapun, yang jelas, zuhud itu bukanlah sekali-kali meninggalkan dunia sebagaimana kelakuan sesetengah orang. Mereka itu, yang memakai pakaian compang camping, tinggal di rumah-rumah terbiar dan menjauhi perkara-perkara yang baik , bukan sekali-kali dinamakan ornag zuhud. Hendaklah diperhatikan kezuhudan moidel nabi dan para sahabat. 

Nabi kemuncak kezuhudan dan dia menyukai pakaian yang cantik, kenderaan yang baik dan isteri-isteri. Demikian kalangan sahabat baginda, ada kalangan mereka adalah hartawan yang melimpah harta mereka dengan infaq fi sabilillah!

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, sifat Zuhud yang ada manusia itu boleh diklasifikasikan kepada tiga martabat iaitu:

1) Zuhud dengan meninggalkan yang haram. Inilah zuhud orang-orang awam.
2) Zuhud dengan meninggalkan berlebihan dalam menggunakan perkara yang halal. Inilah zuhud orang-orang khusus.
3) Zuhud dengan meninggalkan apa sahaja yang boleh menyibukkan diri daripada mengingati Allah SWT. Inilah zuhud orang-orang Arifin.


Bacaan: Khaledalsabt 


Friday, September 8, 2023

Ta'liq Talaq

 Seorang suami, entah dijangkirti virus apa, telah mengucapkan ta'liq talaq kepada isterinya:

"Aku ceraikan isteriku talak 3 jika PMX masih berkuasa sampai bulan 8",

Dia mengucapkan demikian pada tahun 2023 sebelum menjelang bulan 8. Maka qarinah menunjukkan bulan 8 yang dimaksudkan itu adalah bulan 8 tahun 2023..

Lafaz sedemikian disebut ta'liq talaq  atau disebut juga talaq mu'allaq. Ia bermaksud talak itu digantungkan dengan sesuatu syarat. 

Jumhur ulama (Mazhab Empat) berpandangan, apabila berlaku syarat, jatuhlah talak. Jika tidak, maka talaq tidak berlaku!

Namun ada pandangan kalangan ulama yang melihat masalah ini sebagai bergantung kepada niat suami. Jika niatnya untuk talak, maka berlakunya syarat adalah penentu. Namun, jika niatnya adalah untuk menggalakkan ssesuatu atau mencegah sesuatu, maka ia jatuh hukum sumpah. Pandangan ini diangkat dan disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan juga muridnya Ibn Al-Qayyim.

Ini bermaksud, atas suami hendaklah membayar kifarat sumpah iaitu:

a) Beri makan 10 orang miskin iaitu sekadar setengah cupak makanan ruji dalam sesebuah negeri( 1.5 Kg). Jika adat makan dalam negeri itu bersama lauk pauk, maka hendaklah bersama lauk pauk.

b) Beri pakaian 10 ornag miskin. Maksudnya pakaian yang jika dia solat dengannya, sah solatnya. 

c) Merdekakan seorang hamba.

d) JIKA TAK MAMPU mana-mana 3 perkara di atas, barulah digantikan dengan puasa 3 hari. 

Jumhur mengatakan beri makan itu tidak  boleh digantikan dengan beri duit untuk nilai makanan  tersebut. Ia tetap kifarat dalam bentuk makanan, kerana itulah yang disebutkan Allah SWT dalam perkara kifarat sumpah.

Kembali kepada masalah talaq mua'allaq tadi yang menurut sebahagian ulama jatuh hukum sumpah. Untuk memahami apakah niat suami sewaktu mengucapkannya, maka hendaklah dinilai antara dua perkara, mana yang menjadi tujuannya. Misalnya suami berkata:

" Jika kau balik rumah emak engkau, jatuh talak!", 

Lalu si isteri balik juga. Maka suami susah hati. Dia gembira kalau isterinya tidak balik ke rumah emaknya. Dia tidak suka ieterinya balik ke umah emaknya. Itu isunya. Dalam mas ayang sama, dia tidak suka bercerai dengan isterinya. Sebab itu, pelanggaran isterinya menimbulkan kedukaan dalam hatinya. Jadi masalah pula kalau kena bercerai dengan isterinya. 

Maka  dalam situasi di atas, nampaklah NIAT ucapan suami adalah Menghalang dan BUKAN talaq isterinya. Keika itu atasnya wajib membayar kifarat sumpah.

Inilah pandangan kedua dalam bab ini setelah pandangan pertama mengatakan NIAT tidak diambil kira. 

Bacaan sokongan: Islamonline

Thursday, September 7, 2023

KAEDAH MEMAHAMI SIFAT KETINGGIAN ALLAH (ULUW) ALLAH SWT

 Di petik dari intuisari kitab Jami'ul Masail oleh Ibn Taimiyyah:

1) Allah telah ada dan tiada apapun bersamaNya, lalu Dia menciptakan alam.

ان الله ولا شيء معه، ثمّ خلق العالم

Apabila alam itu dicipta, maka ada dua keadaan:

a) Alam itu dalam diriNya dan Dia bersatu atau bersamnbung dengan alam. Ini keadaan yang mustahil kerana Allah tidak mungkin bersatu dengan segala kenajisan dalam alam dan juga syaitan-syaitan yang termasuk dalam makna alam.

b) Allah menciptakan alam di luar diriNya dan kemudian Dia masuk ke dalam alam itu. Ini juga mustahil kerana Allah itu mahasuci daripada berhulul dalam alam.

Dua keadaan di atas tidak ada pertikaian di kalangan ornag Islam tentang mustahilnya buat Allah SWT.

Maka, Allah menciptakan alam dan alam itu berada di luar dariNya dan Allah tidak masuk berhulul yakni bertempat dalam alam itu. Inilah katakunci hujjah Imam Ahmad bin Hambal dalam mendepani pandangan-pandangan golongan Jahmiyyah pada zaman fitnah. 

Ibn Mubarak menjawab ketika ditanya soalan.
" Bagaimana kita hendak mengenal Tuhan kita?"
Katanya:
بأنه فوق سمواته على عرشه بائنٌ من خلقه 

"Kita kenal Dia bahawa Dia berada dia atas tujuh petala langit dan atas arasyNya tidak berada dalam ciptaanNya"

Rujuk: Shamela

Wednesday, September 6, 2023

RIJALUL GHAIB

Yang namanya manusia itu tidak ghaib. Manusia dalah makhluk yang boleh dilihat dengan mata kasar.Kecuali jika manusa itu mengamalkan sesuaitu ilmu yang dinamakan "ilmu ghaib" maka manusia itu boleh hilang daripoada pandangan mata. Namun , ilmu ghaib itu sangatlah memusykilkan. 

Kesimpulan yang ada padaku setakat ini, ilmu ghaib itu adalah sejenis sihir. Islam melarang kita mengamalkan ilmu sihir dan sihir adalah sal;ah satu dosa besar.

Seorang manusia yang terbentuk daripada daging, tulang darah, urat-urat serta pelbagai komponen dalam tubuh, perlu memecahkan dan menguraikannya untuk lenyap daripada pandangan mata. Kalau tidak, manusia perlukan sesuatu dinding mistik yang melingkunginya agar orang lain tidak nampak. Hal sedemikian adalah satu bentuk penyihiran mata.  

Namun, ada mahkluk manusia yang dipercayai oleh golongan tertentu sebagai makhluk ghaib yang digelar sebagai Rijalul Ghaib.  Golongan yang membawa terma ini adalah gilongan yang mengaku sebagai ahli sufi. Mereka percaya adalah manusia yang mencapai darjat tinggi mampu beraksi dalam dunia sebalik mata. Manusia itu adalah para wali yang terdiri daripada pelbagai tingkatannya. Merekalah yang dinamakan Rijalul Ghaib. Mereka disebut juga sebagai Ahlu Naubah.

Persoalannya, adalah kepercayaan tersebut benar atau ianya telah diperdaya ?????

Bukankah dalam Quran, Surah Al-Jin , Allah menamakan golongan dari jin sebagai rijal. Sebenarnya, mereka itulah rijalul Ghaib yang ditemui oleh ornag yang bertapa di gua, gunung ganang dan hutan belantara.

Firman Allah SWT:

وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادوهم رهقاً


Baca: Islamway

Tuesday, September 5, 2023

Memahami kaedah: Siapa yang tidak kafirkan orang kafir, maka dia menjadi kafir.

 Kaedah tersebut berbunyi:


من لم يكفِّر الكافر فهو كافر



"Sesiapa yang tidak mengkafirkan orang yang akfir, maka dia menjadi kafir"




Kaedah di atas telah menjadi kesepakatan kalangan ulama baik yang silam maupun kemudian. Ia berhubung dengan tidak mahu mengakui kekafiran orang yang kafir dengan nas yang sareh daripada Quran maupun diijmakkan. Penolakan kekafiran mereka membawa erti penolakan terhadap Quran dan nas Qat'i agama. 

Imam Nawawi menyebutkan dalam Raudhatut Tolibin:

مَنْ لَمْ يُكَفِّرْ مَنْ دَانَ بِغَيْرِ الْإِسْلَامِ كَالنَّصَارَى، أَوْ شَكَّ فِي تَكْفِيرِهِمْ، أَوْ صَحَّحَ مَذْهَبَهُمْ، فَهُوَ كَافِرٌ، وَإِنْ أَظْهَرَ مَعَ ذَلِكَ الْإِسْلَامَ وَاعْتَقَدَهُ

Al-Buhuti menyatakan dalam Kasyaful Qina':

فهُوَ كَافِرٌ؛ لِأَنَّهُ مُكَذِّبٌ لِقَوْلِهِ تَعَالَى: {وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ}

Kaedah dalam perkataan di atas terikat dengan 3 perkara:

1) Kekafiran orang yang wajib dikafirkan itu itu adalah Qat'i dengan nas-nas Al-Quran dan Hadis seperti kafirnya Yahudi, Nasrani dan agama-agama lain selain Islam.

2) Kekafiran orang yang dikafirkan itu  itu adalah pasti dengan sebab riddah seperti kafirnya mazhab Batiniyyah seumpama Ismailiyyah, Qoramitah,  Nusairiyyah , Druz dan Babiyyah.

3) Kekafiran orang yang wajib dikafirkan itu itu berlaku disebabkan melakukan perkara yang diijmakkan ulama tentang perlakuannya yang membatalkan Islam seperti mempersendakan Rasul atau mencelanya , menolak hukum yang bertaraf Idhtirari dalam Islam seperti zakat, solat dan sebagainya. Sesiapa yang enggan menkafirkan pelakunya dengan anggapan bahawa perkataan ornag itu atau perbuatannya tidak menjadikannya kafir, maka kafir samalah sesiapa yang memberi uzur kepada perlakuan jenayah itu.

Awas...Kaedah di atas tidak boleh diterapkan dalam situasi berikut:

1) Pada perlakuan yang menjatuhkan kafir pada sesetengah ulama dan tidak pada setengah yang lain sepeti perbuatan meninggalkan solat kerana malas. Maka, tidak boleh kita menghukumkan kafir sesiaoa yang tidak mahu kafirkan ornag yang tinggalkan solat kerana malas!

2) Apabila seseorang itu tidak mengengkari Taghut,maka tidak boleh hukumkan dia sebagai kafir. Ini kerana tentang siapa yang boleh dicop sebagai taghut itu adalah mahallul khilaf. 
3) Tidak boleh dikenakan kaedah ini ke atas orang yang enggan mengkafirkan secara ta'yin ke atas seseorang. Seorang yang melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menjatuhkannya ke dalam kekufuran ada hujjah yang pelbagai. Mungkin jahil, terpaksa, salah maklumat dan sebagainya. Jika sesiapa yang enggan mengkafirkannya  , maka ornag yang enggan itu tidka boleh dihukumkan kafir menerusi kaedah di atas.


Kaedah di atas telah membelit dan memerangkap dua jenis golongan orang :

1) Golongan yang menolaknya secara total. Mereka tidak berpegang dengannya. Mereka tidak mahu menghukumnkan kafir atas ornag yang jelas kafirnya. maka atas mereka mendapat tempias kekafiran itu sesuai dengan kaedah. Tidak kafirkan orang kafir, maka jadi kafir.

2) Golongan ekstrem dalam menggunakan kaedah ini. Mereka menghukumkan ornag Islam lain sebagai murtad dan kafir. Sesiapoa yang tidak mahu ikut hukum mereka itu dicop juga sebagai kafir.

 

Ingatlah bahawa takfir adalah satu istilah yang membawa implikasi yang pelbagai. Ia tidak hanya terhenti atas menuduh kafir seseorang itu. Ia memberi kesan hubungan suami isteri, putusnya hak pewarisan harta, hukum bunuh atas orang yang dituduh murtad ( jadi kafir), tidak boleh solat jenazahnya dan tidak boleh dikebumikan di perkuburan Islam dan sebagainya. Ia bukan individu muslim dalam masyarakat, sebaliknya ia hanyalah hak bagi orang yang ilmu dan ada hak menjatuhkan hukuman. Ornag biasa tiada kuasa memutuskan siyanu itu kafir kerana keputusannya tidak menatijahkan perlaksanaan sebaliknya hanya menatijahkan fitnah.

Imam Al-Ghazali, dalam kitabnya al-Iktisad fil i'tiqad menyebutkan:


ينبغي الاحترازُ من التكفيرِ ما وجدَ إليه سبيلاً، فإن استباحةَ الدماءِ والأموالِ من المصلين إلى القبلة المصرِّحين بقولِ لا إله إلا الله محمد رسول الله خطأ، والخطأُ في تركِ ألفِ كافرٍ في الحياةِ أهونُ من الخطأِ في سفكِ مِحْجَمَةٍ من دم مسلم

Imam As-Syaukani dalam As-Sailul Jarrar menyatakan:


اعلم أنَّ الحكمَ على الرجل المسلمِ بخروجه من دين الإسلام ودخولِه في الكفر لا ينبغي لمسلمٍ يؤمن بالله واليومِ الآخر أن يَقْدُمَ عليه إلاَّ ببرهانٍ أوضحَ من شمس النهار، فإنه قد ثبت في الأحاديث الصحيحة المروية عن جماعةٍ من الصحابة أنَّ: مَنْ قَالَ لأَخِيهِ يَا كَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا

Monday, September 4, 2023

KECENDERUNGAN KEPADA ORANG ZALIM

Pada saat ujian Allah datang, maka ketika itu anda akan melihat manusia terpecah kepada dua kelompok. Satunya adalah mereka yang tetap dengan pendiriannya, istiqamah dengan perinsipnya dan bersabar mendepani segala mehnah dan ujian. Inilah golongan yang disifatkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran:

{وما لنا ألا نتوكل على الله وقد هدانا سبلنا ولنصبرن على ما آذيتمونا وعلى الله فليتوكل المتوكلون} [إبراهيم:12].

Namun, di sana ada sekelompok lagi yang dalam mendepani ujian dna cobaan itu, mereka berubah. Mereka mencari keuntungan di sebalik penderitaan yang menimpa orang. Mereka bersekongkol dengan dengan orang zalim sama ada atas alasan takut ancaman atau kerana ingin memperolehi pamrih duniawi.


Golongan inilah yang diperingatkan Allah dalam Quran ayat 113 Surah Hud:

ولا تركنوا إلى الذين ظلموا فتمسكم النار وما لكم من دون الله من أولياء ثم لا تنصرون

Kalimah tarkanu bermaksud arrukun dan menurut para mufassirin, ia ditafsirkan sebagai:

 السكون إلى الشيء والميل إليه بالمحبة

Kecenderungan yang sedikit, itulah erti kepada kalimah Tarkanu. 

هو الميل اليسير، أدنى ميل،


Larangan cenderung kepada orang zalim membawa mesej hendaklah sentiasa bersama orang yang dizalimi, menjadi pembela mereka dan menentang kezaliman para penzalim. Orang zalim selalunya golongan atasan, para kapitalis dan para pembesar manakala yang menjadi mangsa kezaliman adalah golongan miskin dan marhaen.

Maka , Allah menghendaki kita menjadi pembela golongan marahaen dan bukan membela para kapitalis dalam masyarakat. 

Seorang lelaki bertanya kepada Imam Ahmad: Apakah kamu kira saya dari kalangan penolong ornag-orang zalim?
Imam Ahmad bertanya: Apa pekerjaanmu?
kata lelakinitu: Tukang jahi buat seornag yang zalim.
Imam Ahmad berkata: Kamu bukan penolong ornag zalim, tetapi kamu adalah sang penzalim. Penong ornag zalim adalah yang membekalkan kamu jarum dan benang!




Bacaan Tambahan:  Basaer online

Sejarah memperlihatkan kepada kita akibat yang menimpa mereka yang cenderung kepada orang zalim. Selain apa yang Allah janjikan dari azab di ahri akhirat, dalam dunia dia akan menempa kehinaan. Orang zalim hanya menunggangnya untuk kepentingan dirinya. Apabila telah tercapai maksudnya, maka kezaliman yang ditujukan kepada musuh para penzalim kemudiannya akan berpaling arah kepada para pembela kezaliman. Lihatlah bagaimana nasib mereka yang menjadi mata dan telinga ornag zalim dalam sejarah. Apakah nasib mereka pada akhirnya?  Mereka umpama ornag yang bermain api, akhirnya api itu menyambar dirinya!


PERKATAAN YANG MAJHUL DALAM KITAB SYAMSUL MA'ARIF AL-KUBRA

Disebutkan dalam Kitab Syamsul Ma'arif Al-Kubra mukasurat 124 mengenai satu doa untuk mendapatkan razeki. Dia tersebut tidaklah warid dalam hadis apa lagi Quran. ia adalah serangkai perkataan yang terdapat di dalamnya kalimah-kalimah pelik.



Nama-nama yang majhul (tidak diketahui maknanya) dalam doa di atas adalah satu bentul ilhad dalam berdoa. Perbuatan tersebut dilarang oleh Allah SWt sebagaimana firmanNya dalam ayat 180 Surah Al-A'raf:

وَلِلَّهِ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ



KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...