Sunday, December 31, 2023

Siapakah Nu'aim bin Hammad?

Namanya ialah Nu'aim bin Hammad bin Mu'awiyah bin Al-Harith bin Hammam bin Salamah bin Malik Al-Khuza'i Al-Muruzi dan  AL-FARIDHI (Kerana kepakarannya dalam Ilmu Mawarith)

Beliau adalah seorang penuntut ilmu hadis yang banyak mengembara kerananya. Imam Az-Zahabi mengomentarinya dengan menyebutkan:

هو الإمام العلامة الحافظ أبو عبد الله المروزي الخزاعي صاحب التصانيف.

Imam Az-Zahabi juga menyebutkan tentangnya:

 نعيم فهو ثقة في نفسه،
لكنه لا تركن النفس إلى رواياته
Nu'aim itu Tsiqah dalam dirinya tetapi riwayatnya tidak diyakini

Beliau mengarang kitab "Al-Fitan" dan menyebutkan di dalamnya beberapa perkara yang ajaib dan riwayat mungkar.

Nu'aim bin Hammad meninggal tahun 223H dalam penjara berhubung isu Quran Makhluk yang dikembangkan oleh puak Muktazilah. Ketika matinya dia, dia dalam keadaan terbelenggu dan dia berwasiat agar dia dikebumikan dalam keadaan demikian kerana dia mahu berhujjah di akhirat dengan keadaannya itu.

Para ulama hadis berbeza sikap tentang dirinya. Sebahagian mendaifkannya dan sebahagian lain menganggapnya tsiqah.

Imam Bukhari mengambil riwayat daripadanya akan tetapi hanya jika disertai dengan riwayat lain bersamanya. Hanya dua hadith maqrunain (yakni disertai dengan jalan riwayat lain) yang dimasukkan Bukhari dalam sahehnya.

Kata Masalamah bin Al-Qasim: Bagi Nu'aim bin Hammad itu hadis-hadis munkar dalam bab Malahim dan dia banyak bersendirian dalam periwayatannnya.

(Dari sudut sifat tsiqah dirinya, tiada pertikaian. Hanya dari segi ihtijaj dengan hadis riwayatnya, ada pertikaian)

Kitab Al-Fitan sampai kepada kita hanya melalui satu jalan iaitu Abdurrahman bin Hatim Al-Muyradi. Siapakah dia?

Dia adalah seorang yang boleh dipercayai (ssaduq) tetapi dia melampau dalam tasyayyu'.

Friday, December 29, 2023

Solat Sunat Sebelum Subuh

Solat Sunat Sebelum Subuh dilakukan sebanyak 2 rakaat.

Ia merupakan antara solat Sunat yang amat besar kelebihannya dan ia disunatkan sama ada dalam keadaan musafir atau bermuqim. Ianya sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Mukminin Aisyah R.A, terdapat dalam Saheh Muslim:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
"Dua rakaat Fajar itu lebih baik daripada dunia dan isinya"

Saidatina Aisyah juga meriwayatkan hadis dengan katanya:

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صلى الله عليه وآله وسلم عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَي الْفَجْرِ

" Tiada solat sunat yang lebih dipelihara oleh nabi SAW berbanding solat 2 rakaat Sunat Fajar".
( Hadis Muttafaq alaih)

Ibn Qoyyim menyebutkan dalam Zadul Ma'ad bahawa "asyaddu ta'ahudan" bermaksud  besangatan menjaganya dan baginda sangat menjaga dua jenis solat sunat samada dalam keadaan hadir atau musafir iaitu Solat Sunat Fajar dan dalam Solat Sunat Witir.Tidak dinaqwalkan daripada Rasulullah bahawa baginda menjaga sedemikian atyas solat-solat sunat rawatib yang lain di kala musafir sebagaimana baginda menjaga sunat fajar dan witir

BACAAN SUNNAH DALAM SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH

Disunatkan selepas membaca Surah Fatihah dalam rakaat perrtama, dibacakan Surah Al-Kafirun atau potongan daripada Surah Al-Baqarah, ayat 136 iaitu:


قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Selepas bacaan Surah Fatihah Rakaat Kedua, disunatkan membaca Surah Al-Ikhlas atau potongan daripada Surah Ali Imran ayat 64 iaitu:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً وَلا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ


Sunday, December 24, 2023

Kisah wali bermaksiat tetapi murid sangka baik

Telah menulis oleh Ahmad bin Mubarak dalam kitabnya Al-Ibriz, ms 186, kisah yang didengarnya dari gurunya Abdul Aziz Ad-Dabbagh tentang kisahnya wali Nujaba' yang mempunyai beberapa murid. Hanya seorang muridnya yang lulus ujian. Demikian kerana pada satu ketika, saat dia dengan muridnya, masuklah ke bilik khulwatnya sorang wanita lalu syeikh wali guru itu masuk bersamanya. Maka para murid pun melihat kemungkaran itu , mereka lari meninggalkannya atas apa yang mereka saksikan daripada kemungkaran. Hanya seorang murid yang bertahan , bahkan dia mengangkut air untuk kegunaan gurunya mandi junub. 


Apabila gurunya itu keluar dan bertanya kepadanya kenapa dia lakukan semua itu, maka dijawabnya bahawa dia berkhidmat untuk gurunya bukan atas anggapan gurunya itu nabi yang tiada dosa dan maksiat. Dia hanya meyakini bahawa gurunya ada lebih arif tentang jalan tarikat yang sedang diladeninya. Maka, oleh gurunya dipelawa masuk masuk ke dalam bilik khulwatnya tetapi tiada wanita tersebut. Dikhabarkanlah kepadanya oleh gurunya itu bahawa wanita yang dilihatnya itu adalah perumpamaan dunia yang dijelmakan untuk menguji murid-muridnya.

Kisah sebegini banyak diriwayatkan dalam kitab-kitab orang Sufi. Akhir kepada periwayatn ini membawa mesej bahawa para murid hendaklah sentiasa bersangka baik kepada murabbinya. Seolah-olah murabbi itu tidaklah melakukan dosa maksiat.

Ia akan menjelmakan anggapan kemaksuman guru dalam zihin para muridin.


Saturday, December 23, 2023

Bicara tentang Tariqat Kesufian

 Apa itu Tariqat Sufi?

Ia adalah sesuatu yang dinisbahkan kepada seseornag Syeikh dalam bentuk jalan pendakian dalam bidang tasawwuf yang menjadikan syeikh itu sebagai syeikh berpangkat Murabbi sehingga menjadikan syeikh itu salah seoornag di antara wali-wali Allah sama ada namanya Qutub, Ghauth, Autad atau Abdal.

Syeikh yang menjadi wali itu hendaklah mempunyai karamah dan mukasyafat serta memiliki zikir-zikir khusus. Zikir itu sama ada datang langsung daripada Allah SWT terbenam dalam kepalanya atau mungkin dalam bentuk lembaran tertulis. Ia juga mungkin melalui Rasulullah samada ada secara mimpi atau yaqazah. Mungkin juga datang menerusi nabi Khaidhir.

Setiap tariqat akan mempunyai zikir khusus dengan kelebihan-kelebihan khusus. 

Kemudian syeikh tariqat itu akan menjadi warisan keturunannya. Para pengikut akan bersedekah, menyumbang dan ambikl berkat. 

Rata-rata syeikh tarikat akan menhubungkan nasabnya dengan Rasulullah SAW.

Antara Tariqat yang terkenal:

1) Tariqat Tijani-diasaskan oleh Ahmad bin Muhammad Al-Mukhtar At-Tijani yang lahir pada tahun 1150H dan dia berdomisil di Kota Fas, Maghribi.

-Pegangan dan dakwaan tentang kehebatannya boleh ditelah melalui kitab-kitab yang dikarnag oleh salah seorang muridnya yang bernama Ali Harazim Al-Arabi Baradatil Fasi antaranya dalam kitab yang dinamakan Jawahirul Ma'ani Wa Bulughul Amani Fi faidhi Saidi Abil Abbas At-Tijani.

Wednesday, December 20, 2023

Hitungkan 6 tanda kiamat.


 Hadis di atas diriwayatkan dalam Saheh Bukhari. Ia menceritakan perkataan nabi SAW kepada Auf bil Malik ketika dalam perjalanan pulang dari Perang Tabuk. Baginda nabi SAW menyebutkan 6 petanda yang berlaku sebelum kiamat iaitu:

1) Kematian nabi SAW.- Sudah berlaku.

2) Pembukaan Baitul Maqdis-Sudah berlaku berulang kali dan kali ini ia di bawah kekuasaan Israel dna akan kembali berlaku.

3) Kematian yang begitu banyak seperti kematian kambing kerana penyakit 'Qas'anul Ghanam'-selepas zaman nabi, sudah berlaku wabak-wabak yang membunuh kaum Muslimin, antaranya zaman Umar Al-Khattab di mana Abu Ubaidah mati kerana wabak itu.

4) Banyak harta sehingga seseorang lelaki diberikan 100 dinar namun dia masih juga marah.

5) Fitnah yang akan memasuki rumah-rumah orang- Fitnah melalu internet dan media sosial pada hari ini mungkin menepati gambaran ini.Ianya sedang berlaku. 

6) Berlakunya perjanjian damai antara kaum Muslimin dengan Bangsa Rom lalu bangsa Rom Rom khianat dan kembali menyerang kaum Muslimin di bawah 80 ketumbukan dan setiap satunya ada 12 ribu tentera- Yang ini belum berlaku rasanya.



Tuesday, December 19, 2023

Ayyub As-Sakhtiyani

Kata Said bin Amir meriwayatkan perkataan Salam: Adalah Ayyub As-Saktiyani itu qiamullail sepanjang malam dan dia menyembunyikannya. Apabila malam menjelang Subuh, dia pun menguatkan suaranya seolah-olah di baru bangun ketika itu( Sumber: Hilyatul Auliya: 3/8)


Demikianlah contoh ibadat para Salafus Soleh. Mereka menyembunyikannya. Ibadat mereka hanya semata-mata kerana Allah SWT. Mereka tidak mahu menzahirkannya kepada manusia lain.

Alangkah berbeza dengan kita. Ada kalangan kita banguin malam bertahajjud, sanggup pula buat live tahajjudnya. Kononnya buat merangsang orang lain agar bangun tahajjud juga. Didalilkan dengan ayat terakhir surah Ad-Duha:
" Adaun nikmat Tuhanmu hendaklah kau ceritakan".

Ayyub As-Sakhtiyani itu adalah seorang pemuka Tabi'in. Beliau lahir tahun 66H dan wafat tahun 131H. Namun kata Imam Az-Zahabi, dia lahir tahun di mana Ibn Abbas wafat iaitu tahun 68H. Walaupun dia sempat hidup sezaman dengan Anas bin Malik dan umurnya 20 tahun lebih ketika itu, namun, tiada riwayat dia mengambil hadis daripada Anas bin Malik.

Nama penuhnya adalah Abu Bakar Ayyub bin Abi Tamimah Kaisan As-Sakhtiyani Al-Anazi Al-Basri.

Gelaran As-Sakhtiyani merujuk kepada pekerjaan yang dijalaninya iaitu menyertu kulit kambing ataupun menjualnya. Ia adalah kalimah yang berasal daripada bahasa Parsi atau dikatakan asalnya Yunani.

Ayyub As-Sakhtiyani adalah seornag yang sangat mengagungkan Sunnah dan anti kepada Ahlul Bid'ah. Dia diriwayatkan pernah berkata:

" Tidaklah sampai khbat kepadaku mengenai matinya seorang Ahli Sunnah melainkan ia umpama jatuhlah salah satu anggota tubuhku!"


Beliau wafat di Basrah pada zaman taun sedang merajalela pada usia 63 tahun pada tahun 131H.

Sunday, December 10, 2023

Syubhat dalam Istikharah

Bila kita hendak buat pilihan antara dua perkara atau beberapa perkara, maka solatlah Sunat Istikharah. Itulah Sunnah.

Namun, ada kaedah Istikharah yang netah daripada mana datangnya dan diamalkan sesetengah orang.

Anataranya: 

1) Istikharah denagn Mashaf Al-Quran

Buka Quran mana-mana muka surat. Ambil sebelah kanan. Tinggalkan 7 baris dari atas dan baca. Jika maknanya bagis mengandungi perngertian galakan terhadap sesuatu yang hendak dubuat, maka teruskan. Jika sebaliknya, tinggalkan.

Baca: FB


2) Istikharah dengan biji tasbih.

Ambil secara rawak biji tasbih kemudian sebutkan  secara urutan : Allah, Muhammad, Ali, Abu Jahal. Jika bilangan berhenti pada Allah, Muhammad atau Ali, ia baik. Jika berhenti pada Abu Jahal, petanda tidak baik dan jangan diteruskan.

Ada juga kaedah yang digunakan dengan biji tasbih ini dengan memilih secara rawak jumlahnya dan kemuduian disebutkan secara bergilir: Aku nak buat dan Aku tak nak buat! Tengok yang mana jadi tasbih terakhir. Kalau jatuh pada Aku akan buat, maka eloklah buat...demikianlah sebaliknya....


KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...