Sunday, December 31, 2023

Siapakah Nu'aim bin Hammad?

Namanya ialah Nu'aim bin Hammad bin Mu'awiyah bin Al-Harith bin Hammam bin Salamah bin Malik Al-Khuza'i Al-Muruzi dan  AL-FARIDHI (Kerana kepakarannya dalam Ilmu Mawarith)

Beliau adalah seorang penuntut ilmu hadis yang banyak mengembara kerananya. Imam Az-Zahabi mengomentarinya dengan menyebutkan:

هو الإمام العلامة الحافظ أبو عبد الله المروزي الخزاعي صاحب التصانيف.

Imam Az-Zahabi juga menyebutkan tentangnya:

 نعيم فهو ثقة في نفسه،
لكنه لا تركن النفس إلى رواياته
Nu'aim itu Tsiqah dalam dirinya tetapi riwayatnya tidak diyakini

Beliau mengarang kitab "Al-Fitan" dan menyebutkan di dalamnya beberapa perkara yang ajaib dan riwayat mungkar.

Nu'aim bin Hammad meninggal tahun 223H dalam penjara berhubung isu Quran Makhluk yang dikembangkan oleh puak Muktazilah. Ketika matinya dia, dia dalam keadaan terbelenggu dan dia berwasiat agar dia dikebumikan dalam keadaan demikian kerana dia mahu berhujjah di akhirat dengan keadaannya itu.

Para ulama hadis berbeza sikap tentang dirinya. Sebahagian mendaifkannya dan sebahagian lain menganggapnya tsiqah.

Imam Bukhari mengambil riwayat daripadanya akan tetapi hanya jika disertai dengan riwayat lain bersamanya. Hanya dua hadith maqrunain (yakni disertai dengan jalan riwayat lain) yang dimasukkan Bukhari dalam sahehnya.

Kata Masalamah bin Al-Qasim: Bagi Nu'aim bin Hammad itu hadis-hadis munkar dalam bab Malahim dan dia banyak bersendirian dalam periwayatannnya.

(Dari sudut sifat tsiqah dirinya, tiada pertikaian. Hanya dari segi ihtijaj dengan hadis riwayatnya, ada pertikaian)

Kitab Al-Fitan sampai kepada kita hanya melalui satu jalan iaitu Abdurrahman bin Hatim Al-Muyradi. Siapakah dia?

Dia adalah seorang yang boleh dipercayai (ssaduq) tetapi dia melampau dalam tasyayyu'.

No comments:

Post a Comment

SYATAHAT SESAT AHLI SUFI

Syatahat adalah istilah yang digunakan di kalangan ahlu sufi merujuk kepada kalam yang diucapkan dengan lidah daripada  seorang yang telah d...