Firman Allah SWT dalam surah Saba', ayat 52:
وَقَالُوا آمَنَّا بِهِ وَأَنَّىٰ لَهُمُ التَّنَاوُشُ مِن مَّكَانٍ بَعِيدٍ
" Dan mereka berkata:Kami telah beriman dengannya -Allah, kitabNya dan RasulNya( setelah mereka melihat azab di depan mata mereka di akhirat kelak), dan bagaiamanlah mungkin mereka menggapai iman itu dari tempat yang jauh.
Tanawusy bermaksud mencapai sesuati dari jarak jauh. Umpamanya dua pasukan tentera bertanawusy apabila mereka saling melempar panah antara satu sama lain.
Maka ketika di hari akhirat, seseorang yang tidak beriman semasa hidup lampau dalam alam dunia, mahu mengatakan dia beriman atau dia bertaubat dari kekufurannya, perbuatan itu adalah tanawusy. Di akhirat bukan medan menyatakan iman. Bukan masa untuk bertaubat. Kedudukannay jauh sekali dari alam dunia. jauh-jauh antara Hawaii dengan Pulau Langkawi, jauh lagi antara dunia dan akhirat. Kalau sekadar sejauh Hawai dan Langkawi, kedua-duanya amsih dalam dunia. Bahkan kedua-duanya masih dalam sistem masa yang sama.
Namun, akhirat dan dunia adalah dua alam yang berbeza dan tidak akan bertemu. Seorang yang telah pergi meninggalkan alam dunia dan berada di alam akhirat tidak akan pernah kembali lagi.
Anda terbang di angkasa dalam kapal terbang. Nampak laut di bawah. Anda mahu sentuh kapal laut di permukaan laut. Anda tanawusy.
Anda nempak buah durian tinggi di dahan. Ana di bawah pokok. Anda tanawusy.
Pokoknya, semua kelakuan nak menggapai sesuatu atau berada dekat dengan sesuatu, sedangkan berjarak yang tidak sampai dengan tangan, itulah tanawusy.
Bila Allah SWT menyatakan " Anna lahumut Tanawusy!", maksudnya Allah menyindir orang kafir yang nak capai keimanann atau taubat di akhirat. " Macam manalah kalian nak dapat barang yang sudah jauh dari anda?? Angan-angan kosong. uma berharap.
lihatlah! kenangkanlah! gapaikanlah!
Tapi kalian tidak akan menyentuhnya. Kalian hanya tanawusy.
Anda sudah tua. Terkenang masa muda remaja. Kalau boleh nak buat itu ini seperti mana yang pernah dibuat masa muda remaja. Anna lakumuttanawusy!
Faham makna tanawusy?