Monday, November 27, 2023

KALILAH WA DHIMNAH

Failusuf India yang bernama Baidaba diminta raja Dabsyalin untuk menulis satu buku yang mengandungi hikmah buat generasi akan datang. Maka dikarangkan sebuah buku mengisahkan kisah-kisah yang wataknya adalah haiwan dan diberi nama PANCHA TANTRA. Di zaman Raja Anusyirwan dai Parsi, diprintahkan terjemah ke dalam bahasa Parsi. 

Raja Dabsyalin diangkat menjadi raja di India pada zaman Iskandar Al-Maqduni (Alexender The Great) sedang dalam rangka menawan India dan menjadikan ia di bawah kekuasaannya. Dabsyalin yang dipercayakan rakyatnya memimpin mereka menghadapi serangan Iskandar telah mengkhianati rakyatnya dan berubah menjadi raja yang zalim. Kezalimannya itulah yang membawa Failusuf Baidaba mendatanginya dan memberikan nasihat kepadanya dengan cara yang penuh bijaksana. Namun, Raja Dabsyalin merasa marah dan Baidaba memerintahkannya dipenjara dan disiksa. Kemudian, Dabsyalin merasa bersalah dan terkenang-kenag kata-kata Baidaba. Baidaba diperintahkan keluar penjara dan mengadapnya. Dabsyalin mahu melantiknya sebagai pembantunya mentadbir negeri. Walaupun ditolak, raja Dabsyalin memintanya menerima. Akhirnya Baidaba setuju dan dia menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman. Dabsyalin memintanya menulis buku yang menerangkan siasah politik dan akhlka-akhlak  yang perlu diikuti oleh para raja. Itulah kenapa Baidaba menulis buku yang kemduiannya kita kenali sebagai Kalilah Wa Dhimnah ini.


Rujuk: https://www.dotmsr.com/news/204/244719/%D9%85%D9%86-%D9%87%D9%88-%D8%A8%D9%8A%D8%AF%D8%A8%D8%A7-%D8%A7%D9%84%D9%87%D9%86%D8%AF%D9%8A



Terjemahan ke dalam bahasa parsi itu dititahkan oleh Anusyirwan untuk dilakukan oleh ketua Tabib Parsi bernama Bardawaih At-Tobib. Cuma, apabila penterjemahan dilakukan, Bardawaih tidak berpada dengan apa yang dicatat dalam Pancha Tantra. Dia menambahkan dari sumber lain seperti Mahabrata dan dia memasukkan muqaddimahnya yang menceritakan perjalanan ke bumi India.

http://kelileh-demneh.blogspot.com/2012/06/blog-post.html


Ibn Al-Muqaffa' menterjemahkan dan menamakan Kalilah Wa Dhimnah.


Kemudian datang seorang bernama Ibn Al-Muqaffa' yang mula seorang parsi Majusi dan kemudian memeluk Islam, menterjemahkan buku itu ke dalam bahasa Arab. Diberi nama Kalilah Wa Dhimnah.

Tentang Ibn Al-Muqaffa' itu, Imam Az-Zahabi ada menyebutkan menegenainya dalam Siyar A'lam An-Nubalaa:

عبد الله ابن المقفع...... أحد البلغاء والفصحاء ورأس الكتاب وكان من مجوس فارس فأسلم على يد الأمير عيسى عم السفاح.. وكان ابن المقفع يتهم بالزندقة وهو الذي عرب كليلة ودمنة

Abdullah bin Al-Muqaffa' adalah seorang ahli balaghah dan ahli fusaha' dan pengarang kitab. Dia berasal dari agama Majusi dan kemudiannya masuk Islam di tangan Amir Isa (bin Ali) yang merupakan pakcik kepada As-Saffah (Khalifah pertama Abbasiyyah). Ibn Al-Muqaffa' dituduh seabagai seorang yang Zindiq dan dialah yang menterjemahkan Kalilah Wa Dhimnah ke dalam bahasa Arab.

Tuduhan tersebut dipopularkan oleh Sufyan Al-Mahlabi yang telah membunuhnya dengan cara yang begitu kejam. Tuduhan bahawa dia seornag Zindiq itu dibangkang oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Wa-il Hafiz yang menulis dalam komentar tetang Kalilah Wa Dhimnah bahawa tuduhan tersebut adalah fitnah para musuhnya. Hal tresebut disebutkan juga oleh Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah.

Tatkala dibunuh Ibn Al-Muqaffa' itu, umurnya belum melewati 36 tahun. Pun begitu, karyanya yang banyak ditinggalkan buat kita menunjukkan kehebatannya dan kecerdikannya.

Kalilah dan Dhimnah adalah nama dua ekor anak singa


Nanti akan disambung lagi ....


Dipetik dari kisah SINGA DAN LEMBU dalam Kalilah Wa Dhimnah.

Berkata Kalilah: Ada 3 perkara yang tidak berani atasnya melainkan orang bodoh dan tidak selamat daripadanya kecuali sedikit:

3 perkara itu ialah:

1) Bekawan dengan raja

2) Mempercaya perempuan untuk jaga rahsia

3) Minum racun untuk mencuba.

Para ulama mengumpamakan para sultan itu seperti gunung yang tinggi, atasnya ada pokok-pokok buahan yang baik. Tapi dihuni oleh binatang buas yang menakutkan. Mendaki gunung itu amatlah sukar dan hendak tinggal di atasnya pula sangat menakutkan dan penuh kepayahan.

( Demikianlah ibarat berkawan dengan raja)



Video (Kisah Merpati, Musang  dan Burung Raja Udan)




Sunday, November 26, 2023

Hendaklah sentiasa merisaukan nasib keluarga di akhirat

 Allah SWT berfirman dalam Surah At-Toor, ayat 26-17:


{قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ * فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ} 


"Mereka(Yakni Ahli Syurga) berkata: Dulu kami masa di dunia, selalu merasa bimbang tentang ahlu keluarga kami. Maka Allah SWT mengnugerahkan kami nikmat syurga ini dan memeliara kami dari azab yang panas membakar",

Kalimah "  مُشْفِقِينَ    " membawa maksud "sentiasa takut kepada azab Allah".

Melihat isteri yang tidak menjalankan perintah Allah, maka hendaklah kita merasa tidak bimbang kalau dia akhirat kelak dia mendapat akibat yang buruk. Diazab oleh Allah SWT atas dosanya. Demikian, tatkala melihat anak-anak yang tidak solat, tidak menjalankan perintah Allah, sebagai bapa tidak boleh pandang sambil lewa.

Bapa calon syurga hendaklah senentiasa memantai ahli keluarganya agar berjalan di atas landasan perintah Allah dan menjauhi larangannya. 

Ini bermakna, syuga bukan dimasuki oleh orang yang selfish. Hanya jaga solat sendiri. Hanya jaga ibadat sendiri. Tidak. Calon ahli syurga mesti ada isyfaq (belas kasihan) yang tinggi atas keluarganya. Ertinya belas kasihan kalau kelak mereka terhumban ke neraka. Jika demikian, apa tindakannya?

Tindakannya, sentiasa mengingatkan isteri dan anak-anak agar solat. Kalau sudah solat, diperingatkan solat di awal waktu. Jika sudah, dibuat "checking" untuk meningkatkan kesempurnaan solat yang dilaksanakan.

Semua tindak tanduk itu adalah atas dorongan "isyfaq".

Orang beginilah kelak di akhirat akan memberi jawapan sepertimana yang dinyatakan dalam ayat di atas.

Maka, hendaklah sentiasa ingat bahawa perasaan "isyfaq" yakni bimbang dna takkut kepada Azab Allah SWT itu adalah antara sebab yang membawa pemilik perasaan itu amsuk syurga. 

Dalam ayat 35 Surah Al-Ma'arij Allah menyebutkan hal demikian:


{وَالَّذِينَ هُمْ مِنْ عَذَابِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ * إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ}


Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa seornag sahabat mendatangi Aisyah R.A, lalu didapatinya tengah berdiri dalam solat dan sedang membaca ayat:

((إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ * فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ * إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ)


Saidatina Aisyah mengulang-ulangkan ayat tersebut. Lalu sahabat tadi pun berlalu pergi ke pasar untuk keperluannya buat tempoh yang lama. Apabila dia kembali, dia mendapati Saidatina Aisyah masih lagi dalam keadaan berdiri solat dan membaca ayat yang sama serta mengulang-ulangkannya.

Tuesday, November 21, 2023

Riwayat Kera direjam kerana berzina

 

- عَنْ عَمْرِو بنِ مَيْمُونٍ، قَالَ: رَأَيْتُ في الجَاهِلِيَّةِ قِرْدَةً اجْتَمع عَلَيْهَا قِرَدَةٌ، قدْ زَنَتْ، فَرَجَمُوهَا، فَرَجَمْتُهَا معهُمْ.

الراوي : حصين بن عبدالرحمن السلمي | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري | الصفحة أو الرقم : 3849 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

 Daripada Amru bin Maimun katanya: Aku telah melihat pada amsa Jahiliyyah, seekor kera telah dihukum oleh para kera kerana zina. Mereka merejamnya, maka akupun turut merejam bersama mereka.

 Menuut Az-Zahabi, Amru bin Maimun adalah Imamul hujjah.

At-Tobari mengatakan bahawa Bukhari meriwayatkan perkataan Amru bin Maimun itu untuk menekankan bahawa dia sempat hidup di zaman jahiliyyah dan bukan soal apa yang menjadi anggapannya bahawa kera itu dihukum kerana berzina. Tobari menulis dalam Al-Jami' Li Ahkamil Quran:

إن صحت هذه الرواية فإنما أخرجها البخاري دلالة على أن عمرو بن ميمون قد أدرك الجاهلية ، ولم يبال بظنه الذي ظنه في الجاهلية


Imam Abdul Bar menolak kesahehan cerita zina direjam itu kerana kera adalah binatang dan mereka bukan meukallaf. Bagaimana dilarang berzina atas mereka dan direjam kerana kesalahan itu. Menurutnya, jika diandaikan riwayat tersebut benar, maka kera-kera itu adalah jin yang mana mereka termasuk dalam taklif.

Monday, November 20, 2023

Perumpamaan orang Syiah.

 As-Sya'bi adalah seorang tokoh Tabi'in yang paling mengenali golongan Syiah. Dia pernah berkata:

لَوْ كَانُوا مِنْ الْبَهَائِمِ لَكَانُوا حُمْرًا وَلَوْ كَانُوا مِنْ الطَّيْرِ لَكَانُوا رَخَمًا 


" Kalaulah Syiah itu binatang, nescaya merekalah para keldai. Kalau mereka burung, mereka adalah burung helang (Bald Eagle).



Baca: Saaid.org






Tuesday, November 14, 2023

Tasyrin Awwal

Istilah Tasyrin Al-Awwal adalah merujuk kepada nama bulan dalam bahasa Suryani. Ia menyamai bulan Oktober dalam kalender masehi.

Dalam masyarakat Arab, mereka mengira dalam setahun ada 4 episod atau masa. Setiap episod masa itu ada 3 bulan. Ia berdasarkan musim-musim dalam setahun.

Empat episod masa itu ialah:

  • Musim Panas

  • Musim bunga
  • Musim Luruh 
  1. Aulul
  2. Tasrin Awwal
  3. Tasyrin Tsani

  • Musim sejuk
  1. Kanun
  2. kanun 
  3. Subath

Friday, November 10, 2023

Apakah jatuh kafir orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi?

Ada ramai sekali yang mengakui atau yang dianggap sebagai Al-Mahdi. Jumlahnya tidak terhitung dari zaman dahulu hingga zaman sekarang. 

Di kalangan Syiah Imam 12, Muhammad bin Hasan Askari dianggap sebagai Imam Mahdi. Dia dikatakan hilang dalam sirdab( gua) sejak tahun 260H. Di sisi Syiah Imam 12, dia adalah imam ke-12 dan akan muncul di akhir zaman. Sehingga kini, telah lebih 1000 tahun dia hilang dalam sirdab.

Abdullah bin Saba' pernah mendakwa Saidina Ali sebagai Al-Mahdi Muntazor.

Muhammad bin Ubaid As-Tsaqafi pernah mendakwa bahawa Muhammad bin Al-Hanafiah, anak Saidina Ali , sebagai Imam Mahdi Al-Muntazor. Dakwaan tersebut kemudiannya jadi pegangan golongan Syiah Kaisaniyyah.

Pada masa Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur Al-Abbasi, muncul gerakan penentangan golongan 'Alawiyyin yang dipimpin oleh Muhammad bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali (Digelar An-Nafsu Az-Zakiyyah).Beliau dianggap sebagai Al-Mahdi, namun kemudiannya mati terbunuh dalam peperangan.

Ada seorang namanya Ubaidillah bin Maimun Al-Qoddah , dia mengakui sebagai Al-Mahdi dan menubuhkan kerajaan di Afrika Utara dan kemudiannya menjadi Kerajaan Fatimiyyah di Mesir. Dia mengaku keturunan Fatimah puteri Rasulullah, padahal para ulama menisbahkannya kepada keturunan Yahudi.

Ada pula seorang yang bernama Muhammad bin Ubaidillah Al-Barbari (Ibn Tumart), muncul di Maghribi dan para pengikutnya dinamakan Muwahhidun. Mereka membina kerajaan yang dinamakan dengan nama itu dan menumbangkan kerajaan Murabitun. Dia mengaku dan dipercayai pengikutnya sebagai Al-Mahdi. Dia memerangi pihak yang mendustakannya dan membunuh ramai orang .Banyak ekzaliman yang dilakukannya.

Ada seorang Ahli Sufi asal Sudan bernama Muhammad Ahmad bin Abdullah As-Sudani mengaku sebagai Mahdi. Ramai para syeikh berdatangan kepadanuya. Dia mengatakan sesiapa yang menafikan kemahdiannya, maka dia kafir. Dia meninggal pada tahun  1885M=1302H.

Tahun 1979, muncul aksi oleh Juhaiman Al-Otaibi di kota Mekah. Dia menawan para jemaah haji dalam Masjidil Haram dan mendakwa adik iparnya yang diberi nama Muhammad bin Abdullah Al-Qahtani sebagai Imam Al-Mahdi. Dia mengajak orang untuk membai'ahnya. Pihak berkuasa Arab Saudi telah mengambil tindakan membanteras kumpulan tersebut dan dalam upaya itu, terbunuhlah Muhammad bin Abdullah Al-Qohtani.

Macam-macam alasan untuk mewajarkan dakwaan mereka. 

Umpamanya ada seorang di zaman sekarang ini namanya Ahmad bin Ibrahim mengakui Imam Mahdi. Bila dipersoalkan tentang namanya yang tidak selari dengan apa yang dikhabarkan dalam hadis, lalau dikatakan nama Ahmad dan Muhammad adalah sama. Adapun nama Ibrahim sebagai ayah adalah sama dengan nama Abadullah kerana Ibrahim adalah datuk nenek kepada nabi Muhammad SAW.

Beberapa tahun lepas sehingga sekarang, ada seorang di Pakistan, namanya Muhammad Qasim didakwa sebagai Imam Mahdi. Dia menceritakan mimpi-mimpinya yang menyampaikan pesan kepada orang ramai. Para pendokongnya yang percaya kepadanya, menubuhkan kumpulan yang dinamakan GAZA( Gerakan Akhir Zaman). Ramai juga orang Indonesia yang mengangkat beliau sebagai Al-Mahdi.

Di Mesir, ramai juga muncul orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi. Ada yang merupakan guru, pemandu teksi dan ada yang seorang Azhari. 

Pada tahun 2000 ada 3 orang  yang mengaku sebagai Imam Mahdi. Ada seorang namanya Muhammad Abdun Nabi Uwais, dari Sinai. Dia menulis buku menjelaskan pengajarannya. Pada akhirnya, dia dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dalam tahun 2000 itu juga muncul seorang yang bermazhab Hanafi dari Bursaid.mengaku sebagai Al-Mahdi. Lalu ditangkap polis. Kemudian, ada pula seorang yang dinamakan Ahmad Abdul Mutajalli dari Kota Ismailiyyah mengaku sebagai Al-Mahdi. Dia mampu mengeluarkan jin dari badan orang.

Pihak Polis Mesir juga telah menangkap seorang warga Mesir di Iskandariah yang bernama Muhammad Mahmud yang mengaku sebagai Al-Mahdi Al-Muntazor. Lalu keluarganya mengesahkan bahawa dia mengalami gangguan jiwa.  

Di Iskandariah juga pernah muncul  seorang pembuat roti yang bernama Asyraf Abdul Hamid mendakwa dirinya seabagi Al-Mahdi.

Ramai lagi di Mesir sahaja yang mengakui diri sebagai Al-Mahdi.

Di Malaysia pun tidak kurang. Paling menonjol adalah dakwaan Abuya Ashaari bahawa gurunnya Syeikh Suhaimi yang sudah mati, akan muncul kembali sebagai Al-Mahdi.

Menanggapi semua dakwaan kemahdian tersebut, tidak pernah ada ulama yang menjatuhkan hukum kafir serta keluar daripada Islam terhadap mereka yang mengakui sebagai Imam Mahdi. Ia mungkin jatuh kepada pendustaan yang dikira dosa besar tetapi tidak sampai kepada keluar dari millah.

Namun, lain halnya jika ada yang mengaku sebagai آabi Isa. Mengaku nabi adalah menjatuhkan diri ke dalam kekafiran yang keluar daripada millah. Ini kerana orang yang mengaku nabi, secara tak langsuing mengakui dirinya menerima wahyu dari Allah SWT secara dusta. Perbuatan berdusta atas Allah adalah kafir.  Sedangkan Allah SWT telah menegaskan dalam Al-Quran:


وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَيْءٌ وَمَنْ قَالَ سَأُنْزِلُ مِثْلَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَوْ تَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنْتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ [الأنعام: 93]


Sungguhpun dakwaan sebagai Al-Mahdi itu terbit dari sifat jahil atau silap tanggapan konsep Al-Mahdi, keadaan itu adalah lebih baik daripada Al-Mahdi Syiah yang ditunggu-tunggu. Al-Mahdi mereka yang hilang ghuyub dalam sirdab. Kepercayaan Al-Mahdi Syiah lebih parah berbanding mempercaya Al-Mahdi palsu yang muncul sepanjang zaman. Bahana daripadanya tidak seteruk bahana mempercayaai Al-Mahdi versi Syiah itu.

Rujuk: Islamweb

Bacaan Tambahan: Islamqa

Monday, November 6, 2023

Umur Dunia 7 ribu tahun?

Nabi SAW dalam hadis yang saheh menyebutkan lebih 1400 tahun yang lau:


بعثت والساعة كهاتين وأشار بالسبابة والوسطى

" Aku dibangkitkan sebagai Rasul sedangkan hari kiamat tinggal seperti ini( Nabi memberi isyarat dengan jari tengah dengan jari telunjuk)


Antara telunjuk dan jari tengah?

Apa yang dimaksudkan oleh rasulullah dalam hadis ini adalah sangat dekatnya kiamat dan tiada lagi nabi sesudah baginda hingga berlakunya kiamat.

Ada kalangan ulama yang cuba menafsirkan hadis tersebut dengan mengatakan bahawa Nabi menginsyaratkan umur dunia.Antara jari tengah dan jari telunjuk adalah zzaman nabi SAW. Sebelum zaman nabi ada tujuh ruang antara jari(mengambil kira ruang-ruang antara jari kedua-dua belah tangan). Setiap satunya mewakili seribu. maka jadilah umur dunia 7 ribu tahun. tafsiran ini disandarkan kepada hadis marfu' daripada Ibn Abbas bahaw aumur dunia adalah 7000 tahun. Riwayat ini datang melalui jalan Kaab Al-Ahbar dan Wahab bin Munabbih. Ketiga-tiga mereka mereka mengambil qaul ini daripada Ahlil Kitab. 

At-Tobari mengatakan bahawa zaman ummat Muhammad tidka akan melebihi seribu. Apakala Tobari telah meninggal dan berlalu 1000 tahun, maka datang pula As-Suhaili dan mengatakan bahaw aia mungkin melebihi 1000 tahun.

Al-Qadhi Iyadh menempelak qaul-qaul yang cuba mengaitkan jarak antara telunjuk dan jari tengah itu sebaga perlambangan umur dunia.

Telah berlegar perkataan di kalangan sebilangan orang yang belajar agama, kiamat akan berlaku sebelum tahun 1500H. Sekarang sudah 1445H. Pendapat ini disandarkan kepada nukilan yang dititipkan oleh Imam As-Suyuthi dalam kitabnya Al-Hawi (Jil 2 Ms 249-256). Dalam kitab tersebut , Imam As-Suyuti menyebutkan bahawa umur dunia adalah 7 ribu tahun dan nabi Muhammad SAW diutruskan pada akhir alaf ke-6. Lalu berbaki umur dunia tidak lebih 1500 tahun sejak wafatnya nabi SAW.

Demikianlah perkataan yang dinukilkan oleh Imam As-Suyuti

Perkataan seperti ini diduga besar bersumberkan israiliyyat dan halk mengenai umur dunia itu adalah rahsia besar yang tidak boleh sama sekali diduga oleh sesiapapun.

Imam As-Suyuti juga bersandarkan hadis yang tidak saheh yang diriwayatkan oleh Ad-dhohak bin Zumal Al-Juhani

Imam At-Tobari adalah antara ulama yang berbuat silat dalam perkiraan umur dunia ini. Dia membawakan nas-nas yang mengarahkan kepada kesimpulannya bahawa umur dunia tidak akan melewati 900 tahun selepas kebangkitan nabi SAW.

Sekarang sudah lebih 1400 tahun? Ternyatalah bahawa Imam At-Tobari buat silap!

As-Suhaili cuba menerjah umur dunia dengan cara menghimpunkan huruf-huruf muqata'ah di awal surah lalu dia membuang mana-mana yang berulang. Lalu dikirakan jumlahnya untuk dikaitkan dengan umur dunia selepas kerasulan nabi SAW. Dia membuat kiraan jumlah adalah 930 huruf. Oleh itu dia menyebutkan bahawa umur ummat Muhamamd tidka akan mencapai 1000 tahun. 

Kiraan sebegini adalah berdasarkan nilai bagi sesuatu huruf. Di bawah ini adalah jadual nilai setiap hruf Abjad yang digunapakai.


Kaedah mengira huruf dengan cara di atas adalah salah satu bentukl sihir dan anggapan ini diriwayatkan daripada Ibn Abbas.

Nila di atas adalah berdasarkan kiraan orang Maghribi

Huruf sin=300  dan huruf Sad=60 (di sisi orang  Maghribi)

Huruf Sin=60 dan huruf Sad=90  (Di sisi orang sebelah Timur)


Ternyata perkiraannya salah. Kini sudah 1400 tahun lebih dan kiamat belum berlaku!


Rujuk: Islamqa



Para ahli naqal menyebutkan dengan sepakat bahawa umur kaum Yahudi sejak nabi Yaa'kob hinggalah ke masa kerasulan nabi Muhamamd SAW adalah lebih daripada 2000 tahun.

Umur kaum Nasrani pula adalah 600 tahun sehingga zaman kerasulan nabi Muhammad SAW.

Dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa umur Yahudi itu adalah umpama fajar hingga zawal. Manakala umur Nasarni antara Zawalm hingga asar. Manakal umur ummat Muhamma dpula umpama antara asar hingga maghrib.

Maka umur Yahudi adalah sama lamanya dengan gabungan umur Nasrani dan umur Umat Muhammad!

Baca: Kritikan ke atas pandangan Suyuthi


Ibn Qayyim dalam Al-Manarul Munif , ms 80 menyifatkan perkiraan mengenai umur berbaki sebelum kiamat itu , jika disebutkan dalam hadis, maka hadis itu adalah palsu. Kata Ibn Qayyim pada zamannya, jika diikut kiraan meraka, kiamat akan berlaku lagi 251 tahun. Ini bermakna kita mampu mengetahui tahun bila akan berlakunya kiamat. Ini merupakan dusta yang nyata.

Rujuk : Shamela

Penolakan yang sama juga dinyatakan oleh Ibn Kathir. Katanya, semua andaian yang dibuat mengenainya adalah menyalahi Quran dan Sunnah. Beliau menegaskan :

لا يعلم ما مضى إلا الله، أي: مقدار ما مضى من الدنيا.

Rujuk: Shamela







KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...