Wednesday, March 15, 2023

Kisah Gharaniq

Kisah Al-Gharaniq dikaitkan dengan satu kejadian yang berlaku pada masa-masa awal dakwah nabi SAW di Kota Makkah. Tatkala nabi SAW membacakan  59 -62 Surah An-Najm, nabi pun sujud dan sujud bersamanya sekalian ornag yang beriman dan juga kafir. Hanya dua orang yang tidak sujud iaitu Umayyah bin Khalaf dan Al-Mutallib bin Wada'ah, 

Ayat  yang dibacakan nabi SAW itu ialah:

 أَفَمِنْ هَذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ . وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ . وَأَنْتُمْ سَامِدُونَ . فَاسْجُدُوا لِلَّهِ وَاعْبُدُوا

Kejadian ornag Islam dan kafir sujud bersama itu direkodkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, daripada Ibn Abbas (No. hadis 1071):

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: ( أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَجَدَ بِالنَّجْمِ، وَسَجَدَ مَعَهُ الْمُسْلِمُونَ وَالْمُشْرِكُونَ وَالْجِنُّ وَالإِنْسُ )

Juga dalam sebuah hadis lain dalam Saheh Bukhari dan Muslim:

وعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مسعود رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: ( أَوَّلُ سُورَةٍ أُنْزِلَتْ فِيهَا سَجْدَةٌ ( وَالنَّجْمِ ) قَالَ: فَسَجَدَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَسَجَدَ مَنْ خَلْفَهُ، إِلاَّ رَجُلاً رَأَيْتُهُ أَخَذَ كَفًّا مِنْ تُرَابٍ فَسَجَدَ عَلَيْهِ، فَرَأَيْتُهُ بَعْدَ ذَلِكَ قُتِلَ كَافِرًا، وَهُوَ أُمَيَّةُ بْنُ خَلَف ) 

رواه البخاري (3972) وأيضا برقم (4863) ورواه مسلم  (576)


Sumber kajian:https://islamqa.info/ar/answers/103304/%D9%82%D8%B5%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%BA%D8%B1%D8%A7%D9%86%D9%8A%D9%82


Saturday, March 11, 2023

Sedikit sahaja manusia masuk syurga.

 Ada sebuah hadis yang dikenali sebagai hadis" Bi'thunnar'. Hadisnya disebutkan dalam Saheh Bukhari. Teks hadisnya berbunyi:

كُنَّا مع النَّبيِّ في قُبَّةٍ، فَقالَ: أتَرْضَوْنَ أنْ تَكُونُوا رُبُعَ أهْلِ الجَنَّةِ؟ قُلْنَا: نَعَمْ، قالَ: أتَرْضَوْنَ أنْ تَكُونُوا ثُلُثَ أهْلِ الجَنَّةِ؟ قُلْنَا: نَعَمْ، قالَ: أتَرْضَوْنَ أنْ تَكُونُوا شَطْرَ أهْلِ الجَنَّةِ؟ قُلْنَا: نَعَمْ، قالَ: والَّذي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بيَدِهِ، إنِّي لَأَرْجُو أنْ تَكُونُوا نِصْفَ أهْلِ الجَنَّةِ؛ وذلكَ أنَّ الجَنَّةَ لا يَدْخُلُهَا إلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ، وما أنتُمْ في أهْلِ الشِّرْكِ إلَّا كَالشَّعْرَةِ البَيْضَاءِ في جِلْدِ الثَّوْرِ الأسْوَدِ، أوْ كَالشَّعْرَةِ السَّوْدَاءِ في جِلْدِ الثَّوْرِ الأحْمَرِ.
الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 6528 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

التخريج : أخرجه مسلم (221) باختلاف يسير



Hadis menyatakan satu hari Abdullah bin Mas'ud duduk bersama sahabat-sahabat nabi yang lain dalam satu khemah di Mina, ketika peristiwa haji widak, tahun ke-10H. Ketika itu, nabi melntarkan pertanyaan-pertanyaan yang mengandungi kadar nisbah ahli syurga berbanding ahli neraka kalangan ummatnya. 

1/4, 1/3 dan 1/2.

Nabi mengharapkan ummatnya akan menjadi 1/2 daripada ahli syurga. Separuh itu ummat Muhamamd dan separuh lagi ummat nabi-nabi terdahulu. Namun, keseluruhan ahli syurga berbanding seluruh manusia, cuma sedikit.

Ia diumpamakan bulu putih atas badan lembu yang bewarna hitam atau bulu hitam atas lembu yang bewarna kemerahan.

Ada hadis lain yang perlu dibaca bersama hadis ini. Jumlah ramai yang dilambangkan dengan bulu-bulu hitam atas badan lembu hitam itu adalah plus yakjuj dan makjuj. Yakjuj dan makjuj, jumlahnya adalah tidak terpermanai banyaknya. Bebrbanding manusia bukan yakjuj, yakjuj dan makjuj mencakupi nisbah 999:1

Dalam saheh Bukhari, riwayat oleh Abu Sa'id Al-Khudri r.a, Rasulullah SAW bersabda:

 يقولُ اللَّهُ تَعالَى: يا آدَمُ، فيَقولُ: لَبَّيْكَ وسَعْدَيْكَ، والخَيْرُ في يَدَيْكَ، فيَقولُ: أخْرِجْ بَعْثَ النَّارِ، قالَ: وما بَعْثُ النَّارِ؟ قالَ: مِن كُلِّ ألْفٍ تِسْعَ مِئَةٍ وتِسْعَةً وتِسْعِينَ، فَعِنْدَهُ يَشِيبُ الصَّغِيرُ، وتَضَعُ كُلُّ ذاتِ حَمْلٍ حَمْلَها، وتَرَى النَّاسَ سُكارَى وما هُمْ بسُكارَى، ولَكِنَّ عَذابَ اللَّهِ شَدِيدٌ. قالوا: يا رَسولَ اللَّهِ، وأَيُّنا ذلكَ الواحِدُ؟ قالَ: أبْشِرُوا؛ فإنَّ مِنكُم رَجُلًا، ومِنْ يَأْجُوجَ ومَأْجُوجَ ألْفًا. ثُمَّ قالَ: والذي نَفْسِي بيَدِهِ، إنِّي أرْجُو أنْ تَكُونُوا رُبُعَ أهْلِ الجَنَّةِ، فَكَبَّرْنا، فقالَ: أرْجُو أنْ تَكُونُوا ثُلُثَ أهْلِ الجَنَّةِ، فَكَبَّرْنا، فقالَ: أرْجُو أنْ تَكُونُوا نِصْفَ أهْلِ الجَنَّةِ، فَكَبَّرْنا، فقالَ: ما أنتُمْ في النَّاسِ إلَّا كالشَّعَرَةِ السَّوْداءِ في جِلْدِ ثَوْرٍ أبْيَضَ. أوْ كَشَعَرَةٍ بَيْضاءَ في جِلْدِ ثَوْرٍ أسْوَدَ.

الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري

الصفحة أو الرقم: 3348 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

 Allah menyatakan dalam hadis di atas bahawa dari setiap 1000 zuriat Adam, 999 daripadanya adalah Bi'thunnar. Bi'thunnar yakni habuan untuk neraka. Bermakna, hanya 1 sahaja yang selamat. Nisbah ini tentu membuatkan para sahabat terlopong. Kalau dari 1000 hanya satu sahaja selamat dari neraka, di manalah peluang mereka untuk masuk dalam jumlah yang satu itu? Kebrangkaliannya amat sedikit.

Maka, pemahaman tersebut dibetulkan oleh nabi SAW dengan menjelaskan hakikat angka itu. Dalam jumlah 999 itu ada Yakjuj dan Makjuj. Nabi SAW menjelaskan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu merupakan makhluk manusia yang paling ramai berbanding yang bkan Yakjuj dan Makjuj. Nabi menggambarkan dalam bentuk nisbah Yakjuj dan Makjuj dengan manusia yang bukan Yakjuj dan Makjuj iaitu 1000:1. 



Awas 3 jenis manusia, jangan anda tergolong kalangan mereka.

 Ada 3 jenis manusia yang mendahului orang lain masuk ke neraka. Mereka itu disebutkan dalam sebuah hadis Saheh Muslim. Teks hadisnya seperti berikut:

إنَّ أوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَومَ القِيامَةِ عليه رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ، فَأُتِيَ به فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَها، قالَ: فَما عَمِلْتَ فيها؟ قالَ: قاتَلْتُ فِيكَ حتَّى اسْتُشْهِدْتُ، قالَ: كَذَبْتَ، ولَكِنَّكَ قاتَلْتَ لأَنْ يُقالَ: جَرِيءٌ، فقَدْ قيلَ، ثُمَّ أُمِرَ به فَسُحِبَ علَى وجْهِهِ حتَّى أُلْقِيَ في النَّارِ، ورَجُلٌ تَعَلَّمَ العِلْمَ، وعَلَّمَهُ وقَرَأَ القُرْآنَ، فَأُتِيَ به فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَها، قالَ: فَما عَمِلْتَ فيها؟ قالَ: تَعَلَّمْتُ العِلْمَ، وعَلَّمْتُهُ وقَرَأْتُ فِيكَ القُرْآنَ، قالَ: كَذَبْتَ، ولَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ العِلْمَ لِيُقالَ: عالِمٌ، وقَرَأْتَ القُرْآنَ لِيُقالَ: هو قارِئٌ، فقَدْ قيلَ، ثُمَّ أُمِرَ به فَسُحِبَ علَى وجْهِهِ حتَّى أُلْقِيَ في النَّارِ، ورَجُلٌ وسَّعَ اللَّهُ عليه، وأَعْطاهُ مِن أصْنافِ المالِ كُلِّهِ، فَأُتِيَ به فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَها، قالَ: فَما عَمِلْتَ فيها؟ قالَ: ما تَرَكْتُ مِن سَبِيلٍ تُحِبُّ أنْ يُنْفَقَ فيها إلَّا أنْفَقْتُ فيها لَكَ، قالَ: كَذَبْتَ، ولَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقالَ: هو جَوادٌ، فقَدْ قيلَ، ثُمَّ أُمِرَ به فَسُحِبَ علَى وجْهِهِ، ثُمَّ أُلْقِيَ في النَّارِ.
الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 1905 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Hadis di atas menjelaskan tentang tiga jenis orang.
1) Orang yang gugur terkorban, disangka syahid tetapi rupanya matinya untuk tujuan yang lain. Tujuannya adalah supaya orang kenang dia sebagai sang gagah berani. Dia tidak ikhlas lilahi ta'ala dalam perjuangan yang mengorbankan dirinya itu.

2) Orang yang alim, ilmu banyak dan mengajar orang pula ilmunya. Dia mahir tentang Quran dan mengajar orang tentang Quran. Namun, apa yang dilakukannya adalah dengan tujuan nama. Dia mahu ornag kenal dia sebagai si alim, si Qari. Dia tidak ikhlas kerana Allah SWT.

3) Orang kaya raya. Hartanya banyak. Sudahlah banyak, suka menderma pula.  Tapi, disebalik dermanya ada telunjuk lurus kelingkin berkait. Ada motif tersembunyi, Dia mahu orang kenal dia sebagai sang dermawan. Itulah tujuannya. Bukan mencari redha Allah di sebalik derma dan sumbangannya.

Tiga jenis golngan di atas antara golongan terawal dihumbankan ke neraka,

Saturday, March 4, 2023

Ada apa dengan solawat Al-Fatih

Aku kerap kali dengar orang mengulang-ulangkan solawat yang dinamakan Solawat Al-Fatih. Ia dibacakan mereka selepas solat atau sebelum berdoa. Entahkan mereka mengamalkannya kerana dengar tentang kelebihan luar biasanya atau hanya sekadar ikut-ikutan? Apakah mungkin mereka yang mengamalkannya itu tahu sejarah terbitnya solawat yang dinamakan Al-Fatih itu?

Solawat Al-Fatih adalah sejenis solawat yang menjadi produk tarikat Tijaniyyah. Tarikat ini diasaskan oleh Ahmad bin Muhammad bin Almukhtar At-Tijani. At-Tijani itu adalah dinisbahkan kepada sebuah kota yang bernama Tujin di Magribi. Ahmad At-Tijani ini dilahirkan tahun 1150H/1737M. Mulanya dia mengikut tarikat Al-Khulwatiyyah. Kemudian, setelah dia menetap di Kota Fas, dia membentuk tarikat sendiri.

Solawat Al-Fatih adalah antara rekaan penting tarikat ini. Kononnya solawat ini dibawakan oleh malaikat kepada Ahmad Tijani dalam lembaran daripada cahaya. Kononnya, amalan ibadat jin , manusia dan malaikat sekaliannya tidak dapat menandingi hebatnya ganjaran pahala membaca solawat ini. Kononnya, baca sekali solawat ini lebih besar pahalanya berbanding baca quran 6 ribu kali. Ia lebih besar ganjaran dari semua zikir yang diungkapkan dalam al-kaun (alam yang meliputi di sekeliling kita).

Bagi peminat solawat Al-Fatih, seharusnya ambil tahu asal muasalnya. Apa kelebihannya yang dikatakan. Lebih penting, apakah ia kelebihan itu satu yang boleh dipercayai? Sampai membacanya lebih hebat daripada baca quran 6 ribu kali! Apakah muslihat di sebalik mengadakan kelebihan seperti ini? Apakah mahu menarik ummat agar baca solawat ini dan meninggalkan Quran. Al-Quran itu kalam Allah, tanpa ragu. Namun para pengikut tarikat Tijaniyyah menulis dalam karangan-karangan mereka perkataan-perkataan Syeikh Ahmad Tijani  mengenai  kehebatan Solawat Al-Fatih. Mereka menyebutkan bahawa solawat Al-Fatih ini adalah kalam Allah!

Dalam kitab seperti di atas, pada jil 2 muka surat 139, pengarangnya Al-Fauti menyebutkan:

"Dan wajiblah orang yang berzikir dengan solawat ini mengiktikadkan bahawa ia adalah dari kalam Allah".

(Umar bin Said Al-Fauti adalah seorang tokoh dalam tarikat Tijanjiyyah. Beliau juga terkenal sebagai tokoh pejuang Senegal dalam melawan hagemoni penjajah Prancis, Pertugis dan Belanda. Masyarakat di negera-negara Afrika seperti Chad, Mali, Senegal dan lain-lain memeluk Islam melalui penyertaan dalam tarikat. Tarikat adalah jambatan untuk masuk ke dalam Islam. Tarikat Tijaniyyah dan Qodiriyyah adalah antara tarikat yang tersebar di sana. Pada masa penjajah bermaharajalela di sana, maka penyertaan dalam tarikat menjadi medium dakwah dan gerakan kebangkitan rakyat. Antara tokoh tarikat yang berjuang melawan penjajah ialah Umar bin Said Al-Fauti yang dipanggil sebagai Khalifah Al-Muslimin. Beliau mengasaskan daulah Massena.


Berkenaan tariqat Tijani ini, dalam kitab Al-Fikr As-Sufi, oleh Abd Rahman Abd Khaliq, disenaraikan beberapa perkara yang menjadi pokok persoalan mengenai kemustaqiman tarikat ini di atas jalan sunnah nabi SAW:

1) Keyakinan mereka terhadap wuhdatul wujud dan kesatuan agama-agama( Liberalisma agama)

-Lihat Jawahirul Ma'ani oleh Ahmad bin Harazim (penulis terkenal dalam tarikat Tijani)

2) Melebihkan solawat fatih di atas Al-Quran.



-Lihat Jawahirul Ma'ani  Jil 1 ms 94- baca sekali Solawat Al-Fatih lebih baik dari baca 6 ribu kali Quran Al-Karim.

3) Dakwaan bahawa pengikut tarikat Tijani akan masuk syurga walaupun ahli maksiat.




4) Dakwaan bertemu Rasulullah secara Yaqazah dan mengambil ilmu dan ajaran daripadanya.


5) Kemelampauan dalam tawassul dan istighasah kepada kubur dan wali-wali keramat.

6) Mengangkat diri oleh Ahmad Tijani di atas semua para wali.

7) Zikir-zikir rekaan( Seperti zikir JAUHARATUL KAMAL)



Bagi penggemar solawat Al-Fatih, perlulah kenal dahulu tarikat Tijaniyyah dan segala kepincangan di dalamnya. Hendaklah mengkaji dan membaca sumber-sumber dalam tarikat itu sendiri atau merujuk kepada bahan-bahan yang telah dikeluarkan oleh para ahli dalam kajian . Kita tidak boleh menjadi burung tiung yang tidak mengerti apa yang dibicarakan. Fikiran kita hendaklah sentiasa aktif dan mencari kebenaran. Kita tidak mahu beragama dengan agama yang berbaur keruh di muara. Kita perlu sentiasa menoleh sejauh mungkin agama ini hatta ke zaman nabi dan para sahabat. Kita perlu menela'ah rantaian para ulama yang terpercaya di kalangan ummat ini. 

Ingatlah ...di wilayah utara Afrika itu, telah lahir pelbagai aliran sepanjang sejarah. Kelihatannya, buminya subur untuk para dajjal yang menyesatkan. Selamatlah siapa yang selamat dan sesatlah siapa yang sesat. Cuba baca tentang ajaran nabi palsu di sana yang bernama Saleh bin tarif. Demikian juga Hamin Ibn Mannallah. Betapa ajaran khawarij Sofariyyah pernah bersiponggang di sana. Betapa sukarnya sunnah nabi ditegakkan di sana pada zaman Murabitun. Dakwah di sana sentiasa berdepan dengan cabaran.

Jangan mudah tertarikh dengan cerita muluk dari Maghribi!



Friday, March 3, 2023

Sifat penuntut Ilmu

 


Para penuntut ilmu yang mutamakkin, mereka akan kurang sifat ingkar meeka terhadap ulama lain. Banyak hal yang boleh digolongkan dalam kategori khilafiyyah ijtihadiyyah. Perkara sebegini, di depan mata orang yang mendalam ilmunya, diterima sebagai khilaf dan ulama yang mengambil pendapat tertentu ada keuzurannya. 

Namun, kalangan penuntut ilmu yang mubtadi-in, mereka sangan banyak ingkarnya. Ulama itu tidak betul. Sesetengah ulama ditabdi'kan bahkan dikafirkan kerana pendiriannya yang berbeza daripada apa yang dipelajari oleh penuntut ilmu yang baru nak mula memanaskan badannya.

Kita saksikan bagaimana banyak berlaku pengingkaran dalam masalah fekah. Kalangan pentaksub mazhab mengengkari pegangan mazhab lain yang bersalahan dengannya. Masalah Qunut yang disunnahkan dalam solat subuh oleh mazhab Syafie, ada yang sangat mengengkarinya. Menganggapnya bid'ah dan tercela. Itu kerana kedangkalan ilmunya. Kalau ilmunya sedikit mendalam dan memahami istidlal para ulama mazhab Syafie, tentu dia akan terima perbezaan pandagan yang berbeza dengannya. Demikian hal sebaliknya. Bagi kalangan yang ta'sub dengan pendapat Syafie yang mensunnatkan qunut Subuh, mereka tidak boleh terima kalau solat Subuh tiada qunut. 

Dalam masalah aqidah, misalnya dalam memahami ayat musytabihat, ada yang sangat mengengkari cara pemahaman aliran yang berbeza. Golongan salafiyyah menyangkal Asya'irah. Demikian Asya'irah, menyangkal Salafiyyah. Ada yang sampai menyesatkan. Pengengkaran-pengengkaran dalam masalah ijtihadiyyah seperti ini (Furu' Masail Akidah) melambangkan kedangkalan ilmu sendiri. Kalau mendalam ilmunya, akan kuranglah pengengkarannya.

Cuba perhatikan apa sebab ada kalangan Tullab ilmu yang begitu keras mengengkari Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Padahal keilmuan dan ketokohan Ibn Taimiyyah itu diakui oleh sejumlah besar " Jamman Ghafir" dari kalangan tokoh ilmuan Islam , baik yang masa silam atau masa kini.

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...