Ada 3 jenis manusia yang mendahului orang lain masuk ke neraka. Mereka itu disebutkan dalam sebuah hadis Saheh Muslim. Teks hadisnya seperti berikut:
إنَّ أوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَومَ القِيامَةِ عليه رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ، فَأُتِيَ به فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَها، قالَ: فَما عَمِلْتَ فيها؟ قالَ: قاتَلْتُ فِيكَ حتَّى اسْتُشْهِدْتُ، قالَ: كَذَبْتَ، ولَكِنَّكَ قاتَلْتَ لأَنْ يُقالَ: جَرِيءٌ، فقَدْ قيلَ، ثُمَّ أُمِرَ به فَسُحِبَ علَى وجْهِهِ حتَّى أُلْقِيَ في النَّارِ، ورَجُلٌ تَعَلَّمَ العِلْمَ، وعَلَّمَهُ وقَرَأَ القُرْآنَ، فَأُتِيَ به فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَها، قالَ: فَما عَمِلْتَ فيها؟ قالَ: تَعَلَّمْتُ العِلْمَ، وعَلَّمْتُهُ وقَرَأْتُ فِيكَ القُرْآنَ، قالَ: كَذَبْتَ، ولَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ العِلْمَ لِيُقالَ: عالِمٌ، وقَرَأْتَ القُرْآنَ لِيُقالَ: هو قارِئٌ، فقَدْ قيلَ، ثُمَّ أُمِرَ به فَسُحِبَ علَى وجْهِهِ حتَّى أُلْقِيَ في النَّارِ، ورَجُلٌ وسَّعَ اللَّهُ عليه، وأَعْطاهُ مِن أصْنافِ المالِ كُلِّهِ، فَأُتِيَ به فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَها، قالَ: فَما عَمِلْتَ فيها؟ قالَ: ما تَرَكْتُ مِن سَبِيلٍ تُحِبُّ أنْ يُنْفَقَ فيها إلَّا أنْفَقْتُ فيها لَكَ، قالَ: كَذَبْتَ، ولَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقالَ: هو جَوادٌ، فقَدْ قيلَ، ثُمَّ أُمِرَ به فَسُحِبَ علَى وجْهِهِ، ثُمَّ أُلْقِيَ في النَّارِ.
الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 1905 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
Hadis di atas menjelaskan tentang tiga jenis orang.
1) Orang yang gugur terkorban, disangka syahid tetapi rupanya matinya untuk tujuan yang lain. Tujuannya adalah supaya orang kenang dia sebagai sang gagah berani. Dia tidak ikhlas lilahi ta'ala dalam perjuangan yang mengorbankan dirinya itu.
2) Orang yang alim, ilmu banyak dan mengajar orang pula ilmunya. Dia mahir tentang Quran dan mengajar orang tentang Quran. Namun, apa yang dilakukannya adalah dengan tujuan nama. Dia mahu ornag kenal dia sebagai si alim, si Qari. Dia tidak ikhlas kerana Allah SWT.
3) Orang kaya raya. Hartanya banyak. Sudahlah banyak, suka menderma pula. Tapi, disebalik dermanya ada telunjuk lurus kelingkin berkait. Ada motif tersembunyi, Dia mahu orang kenal dia sebagai sang dermawan. Itulah tujuannya. Bukan mencari redha Allah di sebalik derma dan sumbangannya.
Tiga jenis golngan di atas antara golongan terawal dihumbankan ke neraka,
No comments:
Post a Comment