Saturday, December 13, 2025
Tariqat rosak kerana Ghuluy
Tuesday, November 26, 2024
Rijalul Ghaib
Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelaki-lelaki ghaib.
Kepercayaan kepada wujudnya Rijalul Ghaib ini selaras dengan kepercayan kepada wali-wali dan tingkatnya yang disebut sebagai Qutub, Autad, Ghaus, Abdal dan sebagainya. Pembahagian tingkat-tingkat wali ini tidak disepakati di kalangan masyayikh suffiyyah.
Kalau mengikut pandangan Ibn Taimiyyah, rijalul ghaib yang dipercayai oleh kalangan Sufi itu tidak lain hanyalah syaitan.
Bacaan: Safar Alhawali
Kepercayaan bahawa di kalangan manusia adala Rijalul Ghaib adalah kepercayaan yang dihembuskan oleh syaitan kepada para sufi untuk mentalbis mereka. manusia bukan makhluk ghaib, bahkan manusia diciptakan Allah sebagai makhluk alam syahadah.
Makhluk Ghaib itu malaikat atau jin.
Ingatlah, Allah menyatakan dalam Surah Jin:
Tuesday, October 8, 2024
Ahlul Khitwah
Ahlul Khitwah adalah orang-orang yang dikatakan mampu memendekkan jarak perjalanannya yang jauh hanya dengan selangkah atau sekelip mata. Ia juga mampu berada dalam beberapa tempat dalam masa yang sama. Mereka melakukan hal sedemikian dengan cara yang luar biasa. Nama Ahlu Khitwah berlegar di kalangan para Sufi. Ia dianggap sebagai sebuah karamah yang dikurniakan Allah kepada hambanya yang soleh. Dalam kebudayaan Jawa, orang yang ada kemapuan ini disebut sebagai pemilik Ajian Saipi Angin. Disebut juga di kalangan tertentu sebagai Ilmu Lipat Bumi.
Tidak terkecuali, dalam dunia perfilemen Barat, dimunculkan filem yang memebawa mesej yang serupa dengan nama filemnya "Jumper".
Menurut Ibn Baz, dakwaan memiliki kemampuan sedemikian , apa yang dinamakan Ahlu Khitwah itu adalah tidak berasas kerana tiada dalil yang membuktikannya. ia sekadar cerita.(Rujuk: Al-Fatawa)
Di kalangan para Sufi, terdapat kepercayaan bahawa para wali Qutub yang empat iaitu Abdul Qadir jailani, Ibrahim Ad-Dusuqi, Ahmad Ar-Rifa;i dan Ahmad Al-Badawi mempunyai kempampuan bergerak selangkah ini. Cerita-cerita diriwayatkan bahawa mereka dilihat berada di tempat yang jauh dalam sekelip mata.
Di Syria, orang-orang dulu bercerita tentang asal usul nama Kota Sarujah sebagai berasal dari seorang wali Allah asal di sana yang diceritakan pulang dari mekah sekelip mata untuk makan masakan ibunya.
Para pendokong cerita Ahlul Khitwah bersandarkan takwilan cerita dalam Quran. Umpamanya cerita kemampuan Asif bin Barkhia, menteri Nabi Sulaiman yang mampu memindahkan singgahsana ratu Saba dalam sekelip mata. Kisah Israk Nabi SAW juga menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah berada dalam ruang lingkup mungkin terjadi.
Tuesday, October 1, 2024
Ganti Nama Allah dikatakan sebahagian Asmaul Husna
Sekarang heboh diperdebatkan di media sosial mengenai zikir menggunakan ganti nama "huwa" atau diringkaskan menjadi Hu. Ada pihak yang mempertikaikan kewajaran atas alasan ia tidak warad dalam hadis sebagai petunjuk zikir darfipada nabi SAW. Ada pula pihak yang mempertahankan dan mewajarkannya atas alasan ia amalan kebanyakan tariqat serta diamalkan oleh para syeikh yang ramai.
Kita lihat penghujahan yang dibawakan oleh pihak yang mewajarkannya. Mereka mendakwa isim dhomir "huwa" disebutkan dalam banyak ayat Quran merujuk kepada Allah. Maka atas alasan ia merujuk kepada Allah dibawalah kalam beberapa tokoh yang menyatakan ia adalah nama Allah SWT.
Kritikan:
1) Zikir Huwa memang tiada nas soreh dalam hadis. Oleh kerana zikir adalah salah satu bentuk ibadat, maka ia perlu berdiri di atas dalil yang soreh dan tidak boleh zonni. Mentakwilkan nas dengan cara yang longgar tidak boleh menjadikan ia sebagai hujjah mewajarkan berzikir dengan "Hu".
2) Dhomir yang kembali kepada Allah dalam Quran bukan sahaja "Huwa". Ada juga Dhomir "Anta" dan ada juga Dhmir "Ana". Apa hendak dikataka jika satu masa nanti datang satu ornag melakukan zikir "anta...anta...anta...? Apa pula nak dikatakan jika satu masa nanti ada pula ornag datang berzikir dengan zikir Ana...ana...ana...? Nak bantah ? Dia akan berhujah, dalam Quran ada sebut ganti nama Allah sebagai Anta. Ada juga sebagai Ana. Parah agama kita kalau dibiarkan demikian ornag mebawa takwilannya.
Sunday, September 29, 2024
Hujah cacat menghalalkan syatahat Kesufian
Di kalangan ahli Sufi, diberitakan berlakunya syatahat iatu ungkapan yang diucapkan dlaam keadaan mabuk dan tidak sedar . Jika diambil kira ucapan itu dalam keadaan sedar, maka ucapan itu menjadi kafirlah penuturnya. namun, kerana sorang Sufi yang tenggelam dalam mabuknya cintanya kepada Allah SWT, maka kalam di waktu syatahat suffiyyah itu hendaklah diuzurkan.
Ia seumpama apa yang diriwayatkan tentang Abu Yazid Al-Butami yang pernah berkata : Subhani...subhani (maha suci aku maha suci aku).
dalil yang diguna pakai dalam bab ini ialah perkatan seorang yang mengembara di padang pasir dan hilang unta dan bekalannya. Di kala dia temui semula unta dan bekalan itu, lantara terlalu amat gembiranya , dia mengungkapkan kata-kata yang dinila kufur jika penuh kesedaran iaitu: Wahai Tuhan , engkaulah hambaku dan akulah Tuhanmu!
Cerita ini diriwayatan dalam hasdis Saheh ( Riwayat Muslim-Drpd Ibn Mas'ud) dan Nabi SAW menyatakan bahawa Allah lebih rasa gembira atas taubat seorang hamba berbanding gembirangnya sang pengembara yang hilang untanya dan menemuinya semua.
menjadikan hadis sebagai dalil memuji syatahat kesufian adalah pendalilan yang salah.
Nabi SAW dalam hadis menyatakan keuzuran bagi lelaki pengembara itu dengan mengatakan:
ثم قال من شدة الفرح اللهم أنت عبدي وأنا ربك أخطأ من شدة الفرح
Kata Nabi SAW, lelaki itu tersalah ucap kerana bersangatan gembira.Friday, August 2, 2024
Sufi dan kesesatan
Hendak mencari sufi yang ada hari ini berjalan di atas Sunnah, seperti mencari jarum yang jatuh di atas padang lalang yang luas. Rata-rata para Sufi yang ada di seluruh dunia, memperlihatkan kepincangan jalannya. Kita kehairanan, bagaimana mereka boleh mengambil jalan yang amat berbeza dengan apa yang kita dengar dari para Salafus Soleh. Kita tidak melihat nabi SAW di atas jalan yang sama dengan mereka.
Aku pernah dengar dalam Video. Sayyid Ramadhan Al-Buthi , seorang yang dilihat mesra Sufi pernah berkata:
" Tunjkkan kepadaku satu tokoh Sufi zaman ini yang menepati Sunnah, akan aku berguru dengannya dan menjadikan dia sebagai mursyid!" demikianlah lebih kurang masksud katanya yang dapat aku ingat.
Ertinya, mana ada ssufi yang benar hari ini.
Anda tengok sendiri dan tanyalah iman anda. Apakah anda sanggup menurut sufi yang berzikir dengan tarian, bersama pukulan rebana, mencipta bid'ah-bid'ah zikir yang pelik dan tiada dalam hadis. Di tambah pula membuat cerita dongeng yang tidak masuk di akal waras. Menunggang semahu-mahunya konsep karamah dan wali Allah!
Asal mula Sufi
Saya tidak mahu mencatat lagi tentang asal muasal kalimah Sufi atau Tasawwuf. Sila rujuk kitab yang panjang memngenainya.
Cuma apa yang mahu dicatatkan ialah mula muncul ahli Sufi adalah berawal dari pendekatan sebahagian salaf yang beruzalah atau mengasingkan diri dari konflik politik yang berlaku. Sejak Uthman bin Affan di bunuh dan berlaku pergaduhan zaman sahabat, telah ada ada kalangan sahabat yang menjalani cara mengasingkan dari daripada konflik.
Itulah percikan awal sikap uzlah. Ia kemduian berkembang dan berevolusi. Dari uzlah politik, tasawwur berubah menajdi uzlah dunia. Sementelahan wilayah Islam makin luas dan ummat ISlam makin kaya. Kalangan sufaha pula meneguk dunia semahu-mahunya. Maka, muncul kalangan ubbad (ahli ibadat ) yang menjauhkan diri dari semua itu.
Sikap uzlah ini subur pada mulanya di bumi konflik seperti Kufah dan Basrah.
Lebioh-lebih lagi orang di sana sudah ada pengalama dengan agama lama yang pernah mereka saksikan. Agama Zoraaster dan lebih jauh lagi ke asia Kecial, ada sami-sami yang menjalani uzlah duniawinya.
Kerencaman Akidah Sufi
1) Wehdatul wujud
2) Khaliq sebagai Ainul Makhluk
3) Makhluk sebagai Ainul Khaliq
4) Itiihadul Khlaiq Bil Makhluk
5) Para rasul tidak mencapai martabat ahli Tasawwuf
6) Nabi Muhammad adalah Qubbatul Kaun
7) Awal Kejadian adalah Nur Muhammad.
8 ) Yang angggap Nabi adalah manusia, berlebihan dalam menkultuskannya
9) Melebihkan Wali atas Nabi.
10) Wali diberikan hak Tasarruful alam
11) Wali ada kasta-kastanya
12) Jadikan wali sebagai perantara dengan Allah
13) Wali mesyuarat di dewan para wali
14) Menjauhkan ummat dari Quran dan hadis
15) Suka mentakwil secara Batini
16) Merobek akidah al-baidha' al-mahjah
17) Mendakwa nabi Muhammad boleh ditemui secara yaqazoh
18) Hubungkait dengan akidah syiah.
Ghalibnya, tariqat dan sufi zaman ini adalah sesat
Sila baca dan lihat bagaimana amalan sufi menguasai sebuah negara bernama Senegal...
Monday, June 10, 2024
Al-kisah wehdatul wujud.
Ada cubaan di kalangan asatizah tertentu yang cuba mewajarkan wehdatul wujud. Ia cuba digambarkan sebagai akidah yang benar dan tidak bermasalah. Ia tidak ada hubungkait dengan tahallul dan ittihad. Padahal, para ulama telah ramai tampil menjelaskan kebatilan akidah wehdatul wujud ini.
Jika anda faham sifat milal dan firaq yang muncul di garis zaman, ada masa ia menjengah kepalanya dan kemudian tenggelam Ada masa ia muncul menunjukkan watak dan jatidirinya lalu menguasai. Dulu, Muktazilah pernah jadi mazhab negara dan kemudian dikalahkan dan tenggelam.
Ajaran dari milal dan firaq yang pelbagai seperti kura-kura di kalangan manusia. Ada masa dia hulur kepala dan ada masa dia sembunyikan.
Wehdatul wujud ini diserang habis-habisan oleh ulama yang rasikh, lalu para peronggengnya terperosok dan alah. Kini, benihnya tak putus dan ada pula penerusnya.
Akidah ini diangkat oleh tokoh sufi seperti Ibn Arabi dan boleh disemak menerusi kitab-kitabnya seperti Al-Fusus dan Futuhat.
Para peronggeng wehdatul wujud cuba menghalalkannya dengan alasan yang kelasik yang dirintus oleh para pendahulu. Mereka mentakwilkan konsep wehdatul wujud agar kepada konsep yang leihatannya tidak bertentangan dengan akidah Islam dan menyepikan anasir-anasir dalamannya yang jelas kebatilannya. Mereka juga membezakan maqam orang makrifah dengan orang yang tidak makrifah lalu dikalungkan wehdatul wujud itu sebagai mukasyafat wali kalangan ahli makrifah.
Bacaan: https://www.islamweb.net
Monday, May 13, 2024
SYATAHAT SESAT AHLI SUFI
Syatahat adalah istilah yang digunakan di kalangan ahlu sufi merujuk kepada kalam yang diucapkan dengan lidah daripada seorang yang telah dikatakan mencapai tahap wujdan di mana mengalir ke dalam dirinya makna kalam itu dari sumbernya dan ia datang bersama dengan dakwaan wujdannya.
(Makna di atas diberikan oleh As-Siraj At-Tusi dalam Luma'nya.)
Dikatakan oleh setengah pengkaji bahaw aasal perkataan Syatah adalah Syahata yang bermaksud "jauh".
]Seseorang Sufi dikatakan telah Syatah apabila:
إذا تكلّم بكلام فيه بُعْد في الدلالة.
Ketika seorang sufi dalam Hadarat Uluhiyyah, dia menyatu bersama Tuhan dan tidak mampu menahannya, terungkap kata-katanya yang disifatkan sebagai syatahat.
Di kalangan ulama Islam ada dua jalan dalam meladeni apa yang dikatakan Syatahat ini.
1) Menerimanya sebagai satu yang ada dan benar serta cuba menafsirkannya
2) Menolaknya dan menganggapnta sebagai cetusan kezindikan, dan kekufuran.
Berikut adalah beberapa contoh kalam yang dianggag sebagai syatahat para sufi:
Kata As-Syibli (Meninggal 334H):
"Kalau seandainya terlintas dalam fikiranku bahawa neraka jahim itu, apinya dan hawanya boleh membakar sehelai rambutku, maka aku telah menjadi musyrik",(Rujuk Al-lama', Ms 479)
Dia juga berkata:
"Ada hamba Allah, jika dia meludah dalam neraka jahannam, padamlah api neraka jahannam".
Abu Yazid Al-Bistomi diriwayatkan pernah berkata:
سبحاني ما أعظم شأني
" Maha suci aku , alangkah agungnya aku".
Kata Imam Az-Zahabi:
ومن الناس من يصحح هذا عنه ويقول: قاله في حال سكره
Namun, Imam Al-Ghazali dalam Ehya (2/36) meyebutkan:
وأما أبو يزيد البسطامي ـ رحمه الله ـ فلا يصح عنه ما يُحكى، وإن سُمع ذلك منه؛ فلعله كان يحكيه عن الله ـ عز وجل ـ في كلام يردده في نفسه، كما لو سُمع وهو يقول: {إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لا إِلهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدْنِي} [سورة طه: 14] فإنه ما كان ينبغي أن يفهم منه ذلك إلَّا على سبيل الحكاية
Dengar ulasan Syeikh Kamal Haidar i( seorang Marja' Syiah Imamiyyah yang kontroversi di kalangan Syiah): Syatohat Sufi
Menurut Al-Badawi, seorang yang makrifah akan mencapai peringkat keluar daripadanya Syatahat dan ia akan melalui lima peringkat iaitu:
1) Al-Wujdan iaitu merasakan wujud Allah semata-mata dan dirinya menyatu bersama Allah.
2) Berlaku tajarrub Ittihad
3) Dalam keadaan mabuk
4) Mendengar bisikan ilahi yang membawa kepada Itiihad
5) Berlaku semua itu dalam keadaan sufi tak sedar
Rujuk: Neelwafurat
Tanggapan Penulis: Ringkasnya-Apa yang nak diberitahu, yang bercakap menerusi lidah sufi itu adalah Allah SWT. Itulah konsep yang sebenarnya nak disampaikan. Tapi ....berat lidah orang yang cuba nak jelaskan untuk mengatakan sedemikian kerana bimbang dituduh sesat, zindik dan sebagainya. Maka, begitulah caranya...menggunakan bahasa seperti budak-budak main aci-aci.
Kerana bimbang ditentang oleh para ulama dan fuqaha terhadap kontradiksi sang sufi itu, maka istilah ini dicipta untuk mengeksklusifkan situasi Sufi itu dan dikecualikan daripada hukum-hukum syariat yang melibat kata-kata tersebut.
Alasan Syatahat telah menjadi sandaran puak yang telah diittifaqkan oleh para ulama sebagai Zindik. Maka, menerima Syatohat akan membuka pintu kepada dakwaan para zindik yang merosakkan Islam.
(Masih dalam pemerhatian dan penambahbaikan)
Baca: Raseef22
Baca: Salafcenter
Saturday, February 24, 2024
GURU MURSYID
Istilah GURU MURSYID popular di kalangan para Sufi.
Disebutkan bahawa Syarat seorang Guru Mursyid itu ada lima iaitu(Dipetik daripada KItab As-Sairu Wal Masa'i". Ms 208) :
1) Alim dengan hukum hakam Syariat yang zahir.
2) Alim dengan hakikat yang punya kesinambungan melalui gurunya hingga kepada Rasulullah SAW.
3) Tawadhuk dan tidang meninggi diri atas golongan fuqara dan miskin.
4) Orang mulia dan tidak bakhil dan sentiasa manis muka buat para pengunjungnya yang mencari jalan kepada Tuhan.
5) Telah melalui pengalaman berjaya menbersihkan hatinya melalui gurunya sebelumnya.
Dalam Kitab Qolaidul Jawahir(MS 13), perkataan yang dinisbahkan kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani, ada 12 khaslah (Sifat/ciri) yang Guru Mursyid perlu ada iaitu:
- 1&2: Dua sifat Allah SWT iaitu : Sattar dan Ghaffar\
- 3:& 4: Dua Sifat Nabi SAW iaitu: Syafiq dan Rafiq
- 5 & 6: Dua Sifat Istimewa Abu Bakar As-Siddiq iaitu: Siddiq (benar) dan Mutasoddiq ( suka bersedekah)
- 7 & 8 : Dua sifat Umar Al-Khattab iaitu : Ammaran (suka menyuruh kebaikan ) dan Nahha-an ( pencegah kemungkaran).
- 9 &10 : Dua Sifat istimewa Usthman bin Affan iaitu: Suka beri makan dan suka qiamullail ketika orang niyam.
- 11 & 12: Dua sifat Ali bin Abi Talib iaitu Alim dan Syujak.
- Ilmu Ulama
- Hikmah Hukama'
- Siasah Umara'
Dr. Ali Jumuah menyebutkan dalam satu ucapannya, Solawat atas Nabi SAW sekurnag-kurangnya 1000 kali setiap hari menjadi GURU MURSYID buat yang mengamalkannya.
Sunday, December 24, 2023
Kisah wali bermaksiat tetapi murid sangka baik
Telah menulis oleh Ahmad bin Mubarak dalam kitabnya Al-Ibriz, ms 186, kisah yang didengarnya dari gurunya Abdul Aziz Ad-Dabbagh tentang kisahnya wali Nujaba' yang mempunyai beberapa murid. Hanya seorang muridnya yang lulus ujian. Demikian kerana pada satu ketika, saat dia dengan muridnya, masuklah ke bilik khulwatnya sorang wanita lalu syeikh wali guru itu masuk bersamanya. Maka para murid pun melihat kemungkaran itu , mereka lari meninggalkannya atas apa yang mereka saksikan daripada kemungkaran. Hanya seorang murid yang bertahan , bahkan dia mengangkut air untuk kegunaan gurunya mandi junub.
Apabila gurunya itu keluar dan bertanya kepadanya kenapa dia lakukan semua itu, maka dijawabnya bahawa dia berkhidmat untuk gurunya bukan atas anggapan gurunya itu nabi yang tiada dosa dan maksiat. Dia hanya meyakini bahawa gurunya ada lebih arif tentang jalan tarikat yang sedang diladeninya. Maka, oleh gurunya dipelawa masuk masuk ke dalam bilik khulwatnya tetapi tiada wanita tersebut. Dikhabarkanlah kepadanya oleh gurunya itu bahawa wanita yang dilihatnya itu adalah perumpamaan dunia yang dijelmakan untuk menguji murid-muridnya.
Kisah sebegini banyak diriwayatkan dalam kitab-kitab orang Sufi. Akhir kepada periwayatn ini membawa mesej bahawa para murid hendaklah sentiasa bersangka baik kepada murabbinya. Seolah-olah murabbi itu tidaklah melakukan dosa maksiat.
Ia akan menjelmakan anggapan kemaksuman guru dalam zihin para muridin.
Saturday, December 23, 2023
Bicara tentang Tariqat Kesufian
Apa itu Tariqat Sufi?
Ia adalah sesuatu yang dinisbahkan kepada seseornag Syeikh dalam bentuk jalan pendakian dalam bidang tasawwuf yang menjadikan syeikh itu sebagai syeikh berpangkat Murabbi sehingga menjadikan syeikh itu salah seoornag di antara wali-wali Allah sama ada namanya Qutub, Ghauth, Autad atau Abdal.
Syeikh yang menjadi wali itu hendaklah mempunyai karamah dan mukasyafat serta memiliki zikir-zikir khusus. Zikir itu sama ada datang langsung daripada Allah SWT terbenam dalam kepalanya atau mungkin dalam bentuk lembaran tertulis. Ia juga mungkin melalui Rasulullah samada ada secara mimpi atau yaqazah. Mungkin juga datang menerusi nabi Khaidhir.
Setiap tariqat akan mempunyai zikir khusus dengan kelebihan-kelebihan khusus.
Kemudian syeikh tariqat itu akan menjadi warisan keturunannya. Para pengikut akan bersedekah, menyumbang dan ambikl berkat.
Rata-rata syeikh tarikat akan menhubungkan nasabnya dengan Rasulullah SAW.
Antara Tariqat yang terkenal:
1) Tariqat Tijani-diasaskan oleh Ahmad bin Muhammad Al-Mukhtar At-Tijani yang lahir pada tahun 1150H dan dia berdomisil di Kota Fas, Maghribi.
-Pegangan dan dakwaan tentang kehebatannya boleh ditelah melalui kitab-kitab yang dikarnag oleh salah seorang muridnya yang bernama Ali Harazim Al-Arabi Baradatil Fasi antaranya dalam kitab yang dinamakan Jawahirul Ma'ani Wa Bulughul Amani Fi faidhi Saidi Abil Abbas At-Tijani.
Wednesday, June 7, 2023
Siapa wali Allah?
Satu ketika, seorang teman berkata kepadaku.
"Jom , hari ini kita pergi ziarah wali Allah!",
Seorang yang dikatakan orang sebagai wali Allah, tinggal di kampung antah berantah. Namanya siyanu. Aku menyahut ajakannya dan pergi. Ramai juga orang datang ke rumahnya, mendengar kalamnya. Namun, bila masuk waktu, sang wali Allah itu seperti tidak berhenti daripada menabur madah katanya. Sedangkan para muridin pun terus khusyuk mengutip mutiara katanya. Aku sendirian yang gelisah. Asar sudah makin senja. Aku ajak kawanku pulang. Kami minta diri.
" Inikah wali Allah?" tempelakku sewaktu dalam perjalanan balik dari rumah orang yang dikatakan wali Allah itu.
Sebenarnya , ramai kalangan orang Islam yang salah faham konsep wali Allah. Jika ada seorang yang mengalunkan zikir-zikir khusus , ada wirid yang diijazahkan, tasbih melengkar dilehernya, orang berdatangan mencium tangannya, boleh pula memetik kalam daripada kitab futuhat dan fusus, menghuraikan seni akidah wehdatul wujud, itulah Wali Allah. Bahkan, ada yang menganggap wali Allah seorang yang berjalan ke sana ke mari tidak berkaki ayam dengan pakaian yang comot dan kotor. Mereka mengatakan si fulan itu ada rahsia dengan Allah. Tambahan kalau ada hal Khawariqul 'Adah yang berlaku atasnya. Hatta, ada orang yang gila diangkat jadi wali Allah. Lalu diberi nama Majzub!
Di sisi orang yang karam dalam memahami maksud wali Allah sebegini tidak akan sekali-kali melihat satu orang yang rajin dan istiqamah solat berjemaah di masjid sebagai wali Allah. Tidaklah, pada mereka, seorang hartawan yang banyak menderma dan infaq untuk ummat dan agama itu wali Allah. Bukanjuga seoang mujahid yang berjuang di medan jihad itu wali Allah!. Haiha...
Itulah rumusan para sufahaa ahlam yang acap kali berlaku.
Siapa sebenarnya wali Allah?
Untuk jawab pertanyaan ini, kita memang wajib kembali kepada Quran dan hadis. Apa kata kedua-dua sumber ini. Kita tidak mahu tersilap. Wali Syaitan dikata wali Allah! Alangkah malang dan rugi kalau sampai demikian yang terjadi.
Monday, June 5, 2023
Sayyid Ahmad Al-Badawi watak samar
Nama ini popular di kalangan sufi di Mesir. Ada kuburnya yang menajdi tempat ziarah.
Namun, ada satu mengganjal dalam hati tentang hakikat kewujudannya.
Allamah Badruddin Al-Aini Al-Hanafi (762-855H) yang menjawat jawatan sebagai Qadhi Negeri Mesir dan penulis kitab Umdatul Qari Fi Syarhi Saheh Al-Bukhari dan juga menulis kitab sirah yang masyhur bernama Aqdul Juman Fi Tarikh Ahli Zaman tidak menyebut langsung tentang orang yang bernama Ahmad Al-Badawi. Hinggakan, seorang yang bernama Dr Syamsuddin As-Salafi Al-Afghani yang merupakan pengasas kepada Madarasah Athariyyah di Afghanistan melahirkan kecurigaannya tentang kewujudan manusia yang namanya Ahmad Al-Badawi. Katanya , dia merasakan bahawa Ahmad Al-Badawi itu alah watak rekaan khurafat yang sebanarnya tidak pernah wujud. Kalau wujud, sudah tentu direkodkan namanya dalam kitab-kitab ulama seperti Badruddin Al-Aini yang menulis biografi tokoh-tokoh yang ada di Mesir. Imam Az-Zahabi (637H-748H) dan As-Sofadi juga tidak menyebutkan tentang Ahmad Al-Badawi.
Apabila datang zaman Imam As-Suyuti (Meninggal: 911H) barulah ada disebutkan dalam karyanya. Penulis bidang rijal sebelumnya tidak menyebutkan mengenainya. Maka dari mana Imam As-Sayuti mengambil maklumat?
Riwayat seperti ini disebut Mursal.
Ia tidak datang daripada sumber primer. Zaman hidupnya Al-Badawi sebagaimana yang direkodkan oleh orang yang merekodkannya adalah antara tahun 600H hingga 750H. Maka jarak masa dengan As-Suyuti lama sekali. padahal tokoh sebelum As-Suyuti sepeti Badruddin. Az-Zahabi dan As-Sofadi tidak rekodkan!
Boleh baca analisa kajian dari: Salafcenter
PERKATAAN IBRAHIM AD-DUSUQI
Walau telah mati bergalang tanah, apa yang mereka tinggalkan dari perkataan-perkataan yang "teruk} (Syani'ah) menjadi bahan tafakkur kita. Apakah benar wali yang mengucapkan kata ini? Kata yang meremangkan bebulu roma orang yang beriman!
Ibrahim Ad-Dusuqi itu seorang ahli sufi yang diangkat oleh pengikutnya sebagai wali besar, seorang Qutub, disebutkan manaqibnya oleh Sya'rani dalam Tobaqat Al-Kubra. Satu perkataan yang disandarkan oleh Sya'rani dalam Tobaqat, Jil 1, ms 181, bahawa Ibrahim Ad-Dusuqi menyebutkan:
أنا موسى عليه السلام في مناجاته، أنا علي رضي الله عنه في حملاته، أنا كل ولي في الأرض خلعته بيدي ألبس منهم من شئت، أنا في السماء شاهدت ربي، وعلى الكرسي خاطبته، أنا بيدي أبواب النار غلقتها، وبيدي جنة الفردوس فتحتها، من زارني أسكنته جنة الفردوس
Dianggap wali tapi tak solat!
Di kalangan Sufi, ada yang beranggapan bahawa seorang wali Abdal bila sudah mendaki darjat Qutbaniyyah, maka tidaklah wajib lagi baginya solat. Hal ini banyak disebutkan dalam sumber-sumber rujukan Sufi seumpama Tobaqat oleh As-Sya'rani. Namun, isu meninggalkan solat, solat jemaah dan jumaat ini dipejamkan mata oleh kalangan Sufi dengan tidak membuat bantahan. Kejadian itu didiamkan dengan alasan BELUM SAMPAI MMAQAM. Paling tidak, ada yang cuba mengaitkan cerita itu dengan MADSUS.
Ada yang mendakwa solat wali Abdal adalah Khafifah.
Dalam Kitab Tobaqat Sya'rani, ketika menyebutkan tentang Sayyid Ahmad Al-Badawi diceritakan tentang riwayat yang menyebutkannya meninggalkan solat.
Sunday, June 4, 2023
Kisah Keramat Ahmad Al-Badawi: Penentang maulidnya dicabutkan iman!
As-Sya'rani menukilkan dalam At-Tabaqat Al-Kubra Jil 1 ms 162:
Ada seorang telah mengingkari apa yang berlaku dalam majlis maulid Sayyid Ahmad Al-Badawi yang saban tahun diraikan di Tonta daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, maka lelaki itu telah dicabutkan iman dari dalam hatinya. Dia merasakan tiada iman walau sebesar sehelai rambut ada padanya. Dia pun pergi minta tolong kepada Sayyid Ahmad Al-Badawi. lalu dipulangkan iman ke dalam hatinya dengan syarat dia tidak lagi mengingkari maulid Ahmad Al-Badawi. Ahmad Al-Badawi menempelaknya dengan mengatakan bahawa bagaimana dia boleh mengengkari apa yang dilihatnya dalam maulidnya sedangkan dia tidak mengingkari apa yang dilihat semasa tawaf di Kaabah.
Berkata Sayyid Ahmad Al-Badawi:
" Tiada seorang pun yang derhaka dalam maulidku melainkan dia akan bertaubat dan menjadi eloklah taubatnya. Dan apabila aku mampu menjaga binatang buas dan ikan-ikan di laut serta melindungi mereka agar satu sama lin hidup mengikut aturannya, apakah Tuahanku membiarkan aku lemah untuk menjaga mereka yang hadir ke majlis maulidku?"
Baca: Shamela
Kitab Sufi: Jami' Karamatil Auliyaa oleh An-Nabhani.
![]() |
| Kitab ini mengandungi 2 Jilid |
Yusuf bin Ismail An-Nabhani pengarang kitab yang bertajuk " Jami' Karamatil Auliyaa", menulis dalam kitabnya mengenai keramat Ibn Arabi (yang disebutkan radhiallahu 'anhu):
اقتلع رأس الشريف بيده، وصار الشريف ينظر إلى جثة نفسه بلا رأس، ثم بعد ساعة قال الشيخ ـ ابن عربي ـ ولله رجال يقول أحدهم بسم الله الرحمن الرحيم هكذا، ورد رأس الشريف إلى جثته، فقال الشريف: أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمداً رسول الله، وأنك ولي الله
Friday, June 2, 2023
MUKASYAFAH TIDAK TERJAMIN BENAR
Istilah Mukasyafah adalah antara istilah yang berlegar di kalangan agli tasawwuf. Para wali Allah diberikan mukasyafah sebagai karamah buat mereka. Beberapa hal yang tergolong dalam hal-hal ghaib dibukakan buat mereka. Hal ini berlalu ke atas para sahabat dan tokoh-tokoh berikutnya. Hatta, jadi syiar ketinggian maqam seseorang salik itu apabila dia mendapat mukasyafah. Ada yang menjalani latihan-latihan kesufiannya untuk mendapat mukasyafah tersebut.
Namun, bagaimana berhadapan dengan mukasyafah ini? Bagaimana kalau mukasyafah itu muncul pada seseorang dalam bentuk yang menyalahi Al-Quran dan Hadis? Apakah mukasyafah itu masih boleh diterima? Apakaha ia masih layak dinamakan mukasyafah atau sebaliknya hanya sejenis wahyu syaitoniyyah?
Berkaitan masalah ini, telah dinaqalkan perkatan Abu Hasan As-Syazili (meninggal : 622H):
إذا عارض كشفُك الكتابَ والسنة فتمسَّك بالكتاب والسنة، ودعِ الكشف، وقل لنفسك: إنّ الله تعالى قد ضمِن لي العصمةَ في الكتاب والسنة، ولم يضمنها لي في جانب الكشف ولا الإلهام ولا المشاهدة
" Apabila berlawanan kasyafmu dengan Kitab dan Sunnah, maka hendaklah kamu berpegang dengan apa yanga da dalam Kitab dan Sunnah. Tinggalkan kasyafmu dan bisikan buat dirimu bahawa Allah SWT telah menjamin 'Ismah terhadap Kitab dan Sunnah tetapi tidak menjamin 'Ismah terhadap kasyaf, ilham dan Musyahadah".
(Rujuk At-Tobaqatul Kubra oleh As-Sya'rani MS 2 Jil 4)
- lham
- Dakwaan yaqazoh dengan nabi Muhammad SAW
- Dakwaan bertemu dengan nabi Khidir.
- Mimpi-mimpi yang disebut sebagai Ar-Ru'ya As-Sodiqah.
- Firasat
- Hawatif-Dengar suara-suara ghaib.
- Israk dan Mikraj Rohani
Wednesday, May 31, 2023
Abdul Aziz Ad-Dabbagh
Di kalangan orang yang diangkat dan dainggap wali besar ada yang Ummi, tidak tahu membaca dan menulis. Namun, riwayat-riwayat yang dinukilkan tentangnya menyebutkan karamah-karamah tentangnya yang sangat banyak. Dia mempu mengkhabarkan peristiwa hari esok dan mendedahkan rahsia yang ada di alam janin.
Orang yang dimaksudkan itu bernama Abdul Aziz bin Mas'ud Ad-Dabbagh yang di kalangan orang sufi disebutkan sebagai Qutub.
Beliau berasal dan hidup di negara Morocco. Kuburnya hari ini ada di Kota Al-Fas menjadi tempat kunjungan orang yang mengikut alirannya berdoa memohon hajat.
Monday, May 29, 2023
Khatamul Auliyaa-Penutup para Wali
أبو عبد الله محمد بن علي الترمذي الحكيم
Orang yang pertama menggunakan istilah ini ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ali At-Tarmizi Al-Hakim (meninggal: 285H). Dia terkenal dengan sebutan Al-hakim At-Tarmizi.
Dakwaan adanya penutup kewalian ini adalah didorong oleh salah faham bahawa keafdhalan itu ditentukan oleh keawalan atau keakhiran. paling awal atau paling akhir bukan ukuran kepada keutamaan. Nabi Muhammad SAW adalah yang terakhir antara semua nabi dan Rasul dan dia yang paling afdhal. Sibawaih adalah tokoh ilmu nahu yang awal dan selepasnya muncul para pakar nahu namun tidka dapat mengatasi keutamaan Sibawaih.
Justeru, menganggap yang paling akhul afdhal mukan kaedah yang terpakai pada semua. Bagi kontek para pengikut nabi-nabi, yang paling awal ikut nabi, itulah yang afdhal. Bukan yang terakhir.
Kalau hendak dikatakan adanya khatimul auliyaa, maka lebih tepat orang itu adalah Imam Al-mahdi. Pun begitu, Imam mahdi bukanlah orang beriman dan bertakwa yang terakhir hidup di muka bumi. Selepasnya ada lagi ornag beriman dan bertakwa. Mereka itu wali Allah. Sehingga dunia mendekati kiamat dan ornag beriman dan bertakwa yang terakhir hidp sebelum sangkakala ditiup ke atas orang-ornag yang tiada iman, maka ornag beriman dan bertakwa terakhir itu adalah khatamul auliyaa.
Ramai orang dakwa dirinya adalah khatamul auliyaa. Ibn Arabi ada dakwa dirinya sebagai Khatimul auliyaa. Ahmad Tijani, pengasas tariqat Tijani juga mengaku.
Berdikit-dikit dalam ilmu
Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat...
-
Siapakah orang yang layak disebut orang agama? Atau dipanggil sebagai Rijaluddin! Apakah orang yang solat, puasa , haji dan berpakaian denga...
-
Sifat Qudrat dan Iradat Allah tidak berta'alluq melainkan dengan apa yang baharu pada aqal (Mumkin=bukan mustahil (mustahil lizatih). Ol...
-
1) Syiah menamakan para ulama yang datang dari kalangan Ahli Sunnah sebagai Ulama Fitnah. Siapa mereka, tidak kira sehebat mana, mereka dil...




