Sunday, June 4, 2023

Kitab Sufi: Jami' Karamatil Auliyaa oleh An-Nabhani.

Kitab ini mengandungi 2 Jilid



Yusuf bin Ismail An-Nabhani pengarang kitab yang bertajuk " Jami' Karamatil Auliyaa", menulis dalam kitabnya mengenai keramat Ibn Arabi (yang disebutkan radhiallahu 'anhu):

اقتلع رأس الشريف بيده، وصار الشريف ينظر إلى جثة نفسه بلا رأس، ثم بعد ساعة قال الشيخ ـ ابن عربي ـ ولله رجال يقول أحدهم بسم الله الرحمن الرحيم هكذا، ورد رأس الشريف إلى جثته، فقال الشريف: أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمداً رسول الله، وأنك ولي الله

Beliau menyebutkan juga tentang karamat Abdullah bin Alwi Al-Haddad. Satu ketika dia dengan muridnya Syeikh Hussain bin Muhammad Bafadhal pergi haji di Kota Makkah, lalu muridnya itu jatuh sakit ketika di Kota Madinah. Sakit itu bersangatan hatta kelihatanlah dia akan mati. Abdullah bin Alwi Al-Haddad melalui kasyafnya melihat Syeikh Hussain akan mati lalu dia menghimpunkan teman-temannya dan meminta kepada mereka masing-masing memberikan sedikit umur mereka kepada Syeikh Hussain. Lalu, yang pertama berikan umurnya adalah Sayyid Umar Amin, iaitu diberikan umurnya 18 hari. Bila ditanya kenapa 18 hari, maka dikatakannya  baahawa ianya kerana tempoh musafir dari madinah ke makkah adalah 12 hari dan dicampur 6 hari bermuqim di sana. Ia juga adalah jumlah namanya. Kemudian yang lain-lain pun berikan bahagian dari umur masing-masing termasuklah Abdullah bin Alwi Al-Haddad yang diterjemahkan tentangnya oleh An-Nabhani dalam kitabnya itu. Semuanya dihimpunkan serta dicatat dan kemudian dibawa ke kubur Nabi SAW untuk diminta syafaat. Kemudian Abdullah bin Alwi Al-Haddad meninggalkan kubur nabi SAW dengan hati yang gembira dan mengatakan bahawa Allah telah menerima hajat mereka. Allah menghapus padam apa yang Dia mahu dan menetapkan apa yang Dia mahu. Syeikh Hussain pun sembuh dan hiduplah dia dalam tempoh umur yang telah ditambahkan. Hinggalah Abdullah bin Alwi Al-Haddad memaklumkan bahawa Syeikh Hussain akan mati tahun ini dan ketika itu Syeikh Hussain di kota Makkah, maka matilah Syeiklh Hussain.

Cerita sebegini dinukilkan oleh An-nabhani sebagai karamah kewalian yang ada pada Abdullah bin Alwi Al-Haddad. Cuma , timbul kemunykilan , bagaimana ajal yang telah sampai boleh ditangguhkan sedangkan Allah SWT telah menegaskan dalam Al-Quran, Surah Al-A'raf, ayat 34:


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ (34)

 Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.


Kitab yang menghimpunkan keramat para wali itu bukanlah kitab hadis yang saheh. Ia adalah koleksi kisah yang entah benar entahkan tidak. Sesiapa yang membacanya, hendaklah membacanya dengan akal yang sehat dan bukan dengan rasa ta'jub yang berbunga ta'sub. Kalau hadis yang disandarkan kepada nabi pun orang dustakan, apalah sangat dengan kisah-kisah keramat para wali ini!


Kalau anda baca buku hikayat Hang Tuah janganlah percaya terus. Ia sebuah buku hikayat. Ia cerita penglipur lara. Banyak buku hikayat bertebaran di Alam Melayu. Tambah dengan dengan hikayat Mahabrata dan Ramayana. Apakah anda akan percaya semua hikayat tersebut? Maka, samalah dengan kitab yang dinamakan Jami' Karamatul Auliyaa ini.


Baca dengan akal yang waras. Timbangkan dengan mizan Syarak dan bersihkan akar khurafat daripada menjulurkan hujungnya tunasnya di permukaan dataran akal sihat kita!




No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...