Thursday, February 12, 2026

Kisah yang tidak saheh: Seorang lelaki yang menepati janjinya

 Kononnya, berlaku di zaman Saidina Umar Al-Khattab. Datang tiga lelaki bersaudara membawa seorang pesalah yang telah membunuh ayah mereka. Mereka menuntut kepada khalifah agar si pembunuh itu dihukum Qisas. Kisahnya, dia adalah pengembala unta yang untanya masuk ke kawasan mangsa yang terbunuh, iaitu bapa 3 lelaki bersaudara. Unta itu makan tanaman milik si bapa. Dia pun hentam dengan batu hingga unta itu mati. Maka, sang lelaki yang memiliki unta itu membalas menghentam si bapa dengan batu yang sama lalu mati. Itulah kejadianya.

Maka lelaki itu dihukum bunuh balas. Dia minta tempoh 3 hari untuk pulang ke kampungnya buat menyampaikan wasiat dan segala urusan. Namun, khalifah beri syarat iaitu jika ada penjamin. Dalam kisah ini, sahabat nabi Abu Zar Al-Ghifari yang menawarkan diri sebagai jaminan. Ini membawa resiko Abu Zar sendiri akan dihukum ganti kalau lelaki itu mungkir janji dan tidak datang kembali. 

Namun, ketika hampir matahari tenggelam hari ke 3, abu Zar hampir dihukum bunuh sebagai ganti, lelaki itu muncul dengan tergesa-gesa. Dia hampir terlambat. Umar Al-Khatab heran dengan ketepatan janji orang itu.

Kata lelaki: Aku takut nanti orang akan mengatakan al-wafa'telah hilang

Keluarga mangsa yang menyaksikan tersentuh dengan sifat menunaikan janji si lelaki pembunuh itu. Mereka pun sepakat memaafkan. 

Ketika ditanya Khalifah kenapa mereka maafkan. Kata mereka:

" Kami tidak mahu kelak orang berkata "al-Afwu' telah hilang. 

Itulah kisahnya. 

Namun kisah ini adalah masalah dari segi kesahehannya. Tidak ada sanad cerita dan ia tidak memberi gambaran kefakihan yang benar daripada para sahabat. Kisah ini hanya ada dalam kitab-kita Al-Qisas dan Ahabun Nawadir seumpama Kita NAWADIRUL KHULAFAA' oleh Al-Itlidi di bawah tajuk Cerita Menegnai Peristiwa Barmaki dan Keluarga Bani Abbas (Ms 11)(  إعلام الناس بما وقع للبرامكة للاتليدي  )

Menurut Al-Itlidi dalam kitabnya, kisah ini diriwayatkan oleh Al-Qadhi Syarafuddin Hussain bin Rayyan sedangkan jarak masa antara Al-Itlidi dengan Al-Qadhi Syarafuddin Hussaian bin Rayyan adalah 400 tahun.. Kemudian, jarak masa antara Al-Qadhi Srafuddin itu dengan masa sahabat pula ialah 700 tahun dan dia menyebutkan cerita yang dia dengar (dikatakan Agrabu sami'tuhu) tanpa menyebutkan seorang pun perawinya.

Rujuk: Lamam Imam Al-Ajuri

Kisah ini  secara halus memberi persepsi bahawa Khalifah Umar tidak fakih dalam hukum. Bagaimana seorang penjamin boleh dihukum Qisas sebagai ganti   atas pemubunuh sebenar? Ini tidak ada dalam kaedah hukum Qisas ISlam!

Riwayat cerita ini adalah serampang dua mata. Dalam nak menggambarkan keadilan Umar Al-Khattab, ia menikam dari belakang keperibadian Umar. Macam kisah anak Umar Abu Syahmah yang dihukum kerana zina. Jika ditelusuri, kisah seperti ini adalah bikinan para pembenci Umar-Al-Khattab. Siapa lagi yang lebih membenci Umar selain golongan Syiah Rafidah???

Para Qussas bercerita dan cerita mereka kononya nak mengajar ornag nilai mulia. Tetapi, mereka berbohong dan menempelkan bohong itu kepada orang yang lain yang tidak boleh menafikan cerita itu kerana telah tiada. Para Qussos banyak melakukan jenayah akdemik. Hatta, mereka tidak segan-segan berbohomng atas nama Nabi SAW. 

Ada riwayat lain dalam Al-Qisas menyebutkan bahawa yang menjamin lelaki itu bukan Abu Zar tetapi Abu Hurairah.

Kerana itu , kita yang mendengar cerita mengenai Nabi, para sahabat hatta siapa sahaja, hendaklah ada sikap meneliti kesahehannya. Kitya tidak harus peprcaya bulat-bulat sehingga dibuktika melalui ilmu periwayatan!

No comments:

Post a Comment

Kisah yang tidak saheh: Seorang lelaki yang menepati janjinya

 Kononnya, berlaku di zaman Saidina Umar Al-Khattab. Datang tiga lelaki bersaudara membawa seorang pesalah yang telah membunuh ayah mereka. ...