Showing posts with label Nasab Nabi. Show all posts
Showing posts with label Nasab Nabi. Show all posts

Saturday, June 22, 2024

FAEDAH NASAB DI HARI KIAMAT

 Ayat Al-Quran menegaskan bahawa hubungan nasab seseorang tidak akan memberi faedah antara mereka pada hari kiamat.

Firman Allah SWT:

 فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلَا أَنسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَتَسَاءلُونَ


Allah juga menyebutkan dalam Surah Abasa, ayat 34-35:

يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ . وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ


Kerana itu, ketika membicarakan hadis mengenai terputusnya semua faedah nasab pada hari kiamat kecuali nasab yang digubungkan dengan nabi SAW seperti dalam hadis:

كُلُّ سَبَبٍ وَنَسَبٍ مُنْقَطِعٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلاَّ سَبَبِي وَنَسَبِي


Maka, para ulama punyai beberapa pandangan:

1) Hadis berkenaan adalah Daif

2) Hadis berkenaan adalah Hasan dan ada yang menyifatkannya Saheh. Namun maknanya perlu diperjelaskan. Mereka berbeza pemahaman tentang maknanya:

Maksudnya mengikut perbezaan pandangan tersebut adalah seperti berikut:

a) Nasab yang dimaksudkan itu adalah nasab biologi yang diperolehi melalui kelahiran.
b) Nasab yang dimaksudkan adalah nasab keagamaan dengan erti kata menjشdه ummat dan pengikut Nabi Muhammad

Walaupun diperbincangkan tentang faedah nasab yang bersambung dengan nabi Muhammad SAW dan ada kalangan ulama menyatakan bahawa hubungan nasab dengan Nabi SAW ada faedah ekslusif berbanding nasab-nasab yang lain, ia terikat dengan iman dan takwa. Ia tertambat dengan amal soleh. Tanpa itu, hubungan nasab dengan nabi SAW tidak juga memberi faedah. 

Ini dهtegaskan dalam hadis nabi SAW sebagaimana riwayat Muslim dalam sahehnya:

يَا فَاطِمَةُ بِنْتَ مُحَمَّدٍ لَا أُغْنِي عَنْك مِنْ اللَّهِ شَيْئًا ، يَا صَفِيَّةُ عَمَّةَ رَسُولِ اللَّهِ لَا أُغْنِي عَنْك مِنْ اللَّهِ شَيْئًا ، يَا عَبَّاسُ عَمَّ رَسُولِ اللَّهِ لَا أُغْنِي عَنْك مِنْ اللَّهِ شَيْئًا


Demikian, ditegskan lagi dalam hadis yang lain, dalam  saheh Muslim juga:

مَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَله لَمْ يُسْرِع بِهِ نَسَبه 




Monday, October 3, 2022

Siapa nenek moyang Nabi SAW di atas Adnan?

Silsilah leluhur Nabi SAW sampai ke Adnan adalah disepakati para ahli nasab.  

Maka Nabi Muhammad SAW itu bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.


Adnan dari keturunan nabi Ismail, bukan sepakat bahawa dia anak Ismail.


Sepakat mereka bahawa nasab Nabi Muhammad SAW itu bersambung sampai nabi Ibrahim melalui anaknya Nabi Ismail. Cuma selpas Adnan, para ulama Nasab berkhilaf.Kata Al-Baghawi dalam "Syarah Sunnah" berkata:

إنه لا يصح حفظ النسب فوق عدنان

Sesungguhnta tidak saheh nasab-nasab yang dirangkai atas daripada Adnan

Demikian juga dijelaskan oleh Al-Mubarakfuri dalam Ar-Raheequlmakhtum. Beliau mengklasifikasikan nasab Nabi Muhammad SAW kepada 3 peringkat iaitu 
  1. Antara Ibrahim hingga Adam, 
  2. Antara Adnan hingga Nabi Ismail 
  3. Antara Nabi Muhammad SAW hingga Adnan.
Nasab daripada Ibrahim hingga nabi Adam tidak disebutkan sumber-sumber Islam dan jika dinukilkan, itu adalah dari sumber Ahlil Kitab. Sementara antara Adnan hingga Ismail, banyak khilaf antara ahli nasab. Hanya yang disepakati oleh para ulama nasab adalah antara Nabi SAW hingga Adnan. Itulah sahaja yang boleh kita pegang. Apabila kita menyebut silsilah nabi SAW, maka kita rangkaikan sampai Adnan sahaja, kerana itulah yang disepakati.

Namun, ijmak ulama nasab bahawa silsilah nabi SAW sampai kepada nabi Ibrahim. Hadis-hadis yang saheh pun menyebutkan demikian. Malahan ayat-ayat Quran pun menjelaskan demikian. Hanya jalan nasab itu yang tidak dapat dibuktikan secara autentik.

Berdikit-dikit dalam ilmu

Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat...