Wednesday, May 31, 2023

Abdul Aziz Ad-Dabbagh

Di kalangan orang yang diangkat dan dainggap wali besar ada yang Ummi, tidak tahu membaca dan menulis. Namun, riwayat-riwayat yang dinukilkan tentangnya menyebutkan karamah-karamah tentangnya  yang sangat banyak. Dia mempu mengkhabarkan peristiwa hari esok dan mendedahkan rahsia yang ada di alam janin. 

Orang yang dimaksudkan itu bernama Abdul  Aziz bin Mas'ud Ad-Dabbagh yang di kalangan orang sufi disebutkan sebagai Qutub.

Beliau berasal dan hidup di negara Morocco. Kuburnya hari ini ada di Kota Al-Fas menjadi tempat kunjungan orang yang mengikut alirannya berdoa memohon hajat.






Manaqib serta kisah mengenainya dihimpunkan dalam kitab Al-Ibriz oleh muridnya yang bernama Ahmad bin Mubarak.


Ahmad bin Mubarak meriwayatkan dalam Al-Ibriz,  kisah Abdul Aziz Ad-Dabbagh diuji gurunya Sidi Abdullah Al-Barnawi . Gurunya itu telah menjelma menjadi seorang perempuan sewaktu Ad-Dabbagh beradas di Pulau Ibn 'Amir. Perempuan yang cantik yang berpurdah dengan pakaian busana jilbab datang menggodanya dan mengajaknya berkhalwat. Ad-Dabbbagh lari dari satu tempat ke satu tempat. Setiap kali dia lari, wanita itu muncul di depannya. Sehnggalah gurunya menjelma semula dan menyatakan bahawa dia lulus ujian fitnah wanita.




Monday, May 29, 2023

Khatamul Auliyaa-Penutup para Wali

أبو عبد الله محمد بن علي الترمذي الحكيم

 Orang yang pertama menggunakan istilah ini ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ali At-Tarmizi Al-Hakim (meninggal: 285H). Dia terkenal dengan sebutan Al-hakim At-Tarmizi.


Dakwaan adanya penutup kewalian ini adalah didorong oleh salah faham bahawa keafdhalan itu ditentukan oleh keawalan atau keakhiran. paling awal atau paling akhir bukan ukuran kepada keutamaan. Nabi Muhammad SAW adalah yang terakhir antara semua nabi dan Rasul dan dia yang paling afdhal. Sibawaih adalah tokoh ilmu nahu yang awal dan selepasnya muncul para pakar nahu namun tidka dapat mengatasi keutamaan Sibawaih.

Justeru, menganggap yang paling akhul afdhal mukan kaedah yang terpakai pada semua. Bagi kontek para pengikut nabi-nabi, yang paling awal ikut nabi, itulah yang afdhal. Bukan yang terakhir.


Kalau hendak dikatakan adanya khatimul auliyaa, maka lebih tepat orang itu adalah Imam Al-mahdi. Pun begitu, Imam mahdi bukanlah orang beriman dan bertakwa yang terakhir hidup di muka bumi. Selepasnya ada lagi ornag beriman dan bertakwa. Mereka itu wali Allah. Sehingga dunia mendekati kiamat dan ornag beriman dan bertakwa yang terakhir hidp sebelum sangkakala ditiup ke atas orang-ornag yang tiada iman, maka ornag beriman dan bertakwa terakhir itu adalah khatamul auliyaa.

Ramai orang dakwa dirinya adalah khatamul auliyaa. Ibn Arabi ada dakwa dirinya sebagai Khatimul auliyaa. Ahmad Tijani, pengasas tariqat Tijani juga mengaku.

Sunday, May 28, 2023

Wali Al-Ghauth Sang Diktator

Kita masih lagi mengimbau catatan-catatan dalam Kitab Al-Ibriz oleh Ahmad bin Mubarak. Ketika menggambarkan kehebatan wali yang dunamakan Al-Ghauth, Ahmad bin Mubarak meriwayatkan jawapan gurunya Ad-Dabbagh (Al-Ibriz : Ms 169):

وسألته مرة فقلت‏:‏ إذا حضر الغوث فهل يقدر أحد على مخالفته فقال ـ رضي الله عنه ـ لا يقدر أن يحرك شفته السفلى بالمخالفة فضلًا عن النطق بها فإنه لو فعل ذلك لخاف على نفسه من سلب الإيمان فضلًا عن شيء آخر والله أعلم



"Aku bertanya dia (Ad-Dabbagh) pada satu kali: Apabila wali Al-Ghauth datang(ke dalam mesyuarat dewan), adakah boleh seseorang wali yang lain menyalahinya? Maka telah berkata Ad-Dabbagh: Tiada seorang pun yang mampu menggerakkan bibirnya yang bawah untuk menyalahinya, apalagi untuk menuturkannya. Jika seseornag wali melakukannya, maka dibimbangi atas dirinya , imannya akan dicabut..."

Nampaknya wali Al-Ghauth ini sangat power. Kuasanya mutlak. Keberadaannya di antara para wali lebi hebat daripada keberadaan nabi Muhammad SAW di antara para sahabatnya. Kita baca sirah, ada sahabat pertikaikan keputusan nabi SAW. Misalnya seorang sahabat bertanya nabi tentenag strategi nabi memilih lokasi dalam perang badar yang dirasakannya salah. Nabi SAW terima pandangannya dan laksanakan. Al-Quran mengajarkan konsep syura. Bukan Syura namanya jika tiada pendapat pro dan kontra dalam mesyuarat. Ini Wali Ghauth, dia menjadi mr Know dan tidak perlu pendapat lain. Apa lagi pendapat yang menyalahinya. Kalau demikian, apa guna jumpa di dewan para wali? Kalau nak dengar taklimat sahaja, pakai sahaja online. Bukankah para wali boleh bisikkan dari jauh tak perlu pakai HP atau gadjet? Apa sahaja arahan wali Ghauth, ilhamkan sahaja ke dada para wali lain. Buang masa jummpa di gua hirak atau di padang sahara Sudan , kalau datang hanya kena kunci mulut.

Itulah, kalau ceritanya khurafat....memang payah nak diterima akal. Kecuali oleh ornag yang tidak berakal!

Dewan para wali

Orang sufi yang hanyut dalam kesufiannya, yang baca kita-kitab orang sufi , tidak asing di kala disebutkan bahawa para wali bersidang dalam dewan para wali. Para wali akan membincangkan di dalamnya perkara-perkara yang berkaitan pentadbiran alam semesta ini dalam pertemuan dalam dewan tersebut. 

Di mana dewan itu? 

Dalam Kitab Al-Ibriz oleh Ahmad bin Mubarak, dewan itu dikatakan diadakan di gua hirak. Hadir dalam mesyuarat dewan tersebut para wali dan roh-roh serta malaikat. Nabi Muhammad SAW serta isteri-isteri baginda juga hadir. 

Dalam beberapa sumber lain disebutkan juga dewan itu kekadang dibuat di bukit Qaf. Tahukah kamu di mana bukit Qaf itu? Bukit Qaf tak ada dalam peta geografi. Ini bukit yang ada dalam alam batin. Alam yang para wali jadi pemerintahnya. Alam di mana manusia biasa jadi penguasa, gunung everestlah yang paling tinggi. Bukit Uhud, bukit Abu Qubais dan Jabal Rahmah di padang Arafah, itu biasa kita dengar. Kita boleh pergi . Di sana pun kekadang ditegakkan dewan mesyuarat para wali.

Ajaibnya, akal saintifik kita tidak dapat memikirkana bagaimana gua sempit seperti Hirak dapat memuatkan semua ahli mesyuarat yang demikian ramai. namun, seperti biasa, orang yang fikir logik dan saintifik tidak layak meladeni atau mengimani cerita-cerita mesyuarat di dewan para wali.

Ia hanya buat mereka yang cabut otaknya dan akalnya dan simpan dalam peti yang dinamakan peti ketaksuban dan kewalakan para muqallidul a'ma.


Bacaan Tambahan:Al-eman.com

Bacaan untuk bangun ibadat tengah malam.

 Ahmad Mubarak, murid kepada Ad-Dabbagh menukilkan satu faedah dalam kitabnya Al-Ibriz. Siapa yang baca sebelum tidurnya, ayat 107 hingga 110 Surah Al-Kahfi, maka dia akan dibangunkan pada jam berapa yang dia niatkan. 


Katanya, perkara ini telah dia tajarrubkan dan ramai orang mentajarrub amalan ini dan menjadi. (Maka apa yang disebutkan oleh Ahmad Mubarak ini adalah satu mujarrabat). Tidaklah akan kau temui dalam mana-mana petunjuk hadis maupun Quran. 


Pendapat saya dalam ini, tidak menajdi masalah untuk mengamalkannya. Mujarrabat, selagi tidak menyalahi syariat nabi, ia adalah maqbul. Sekadar mengamalkan untuk bangun tidur pada jam berapa di malam hari, silakan. Cubalah buat. Lagipun bacaannya adalah ayat Quran, bukan mantera yang tidak diketahui maknanya. 

Surah Al-kahfi ayat 107-110.


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا (107خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا (108) قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا (109قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (110)



Bahasa Dewan para Wali

Martabat Para Wali di sisi para Sufi.

Para wali yang digelar ghauth (1 orang pada satu zaman) , autad (4 orang dan berperanan pada setiap penjuru alam), qutub (7 orang pada 7 benua alam , abdal (40 orang yang hidup dalam dunia realiti-setiap mati seorang digantikan yang lain)dan nujaba' (300 orang dan mereka mentadbir urusan makhluk)

Para wali-wali itu sering bermesyuarat dan mesyuarat mereka dilakukan di dewan para wali. Bahasa mereka sewaktu mesyuarat itu adalah bahasa Suryani. Kecuali, semasa kehadiran nabi Muhammad SAW, maka bahasa Arab digunakan. 

Dakwaan seperti di atas boleh dirujuk dalam Kitab Al-Ibriz (ms 168) yang ditulis oleh seorang yang bernama Ahmad bin Mubarak. Teks daripada kitab tersebut menyebutkan:

سمعته ـ رضي الله عنه ـ يقول إن لغة أهل الديوان ـ رضي الله عنه ـ هي السريانية لاختصارها وجمعها المعاني الكثيرة ، ولأن الديوان يحضر الأرواح والملائكة ، والسريانية هي لغتهم ، ولا يتكلمون العربية إلا إذا حضر النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ أدبًا معه

"Aku mendengarnya ( Abdul Aziz Ad-Dabbagh R.A ?) berkata bahawa bahasa ahli dewan (redha Allah atas semuanya ?) adalah bahasa Suryani kerana ia merupakan bahasa yang menghimpunkan di dalam makna-makna yang banyak. Juga kerana dewa itu dihadiri oleh para ruh serta para malaikat. Bahasa mereka adalah bahasa suryani. Mereka tidak bercakap dengan bahasa Arab kecuali bila nabi Muhammad SAW hadir atas dasar menjaga adab dengan nabi SAW"


Beliau adalah Abu Al-Abbas Ahmad bin Mubarak bin Ahmad bin Ali bin Mubarak As-Sijilmasi Al-Lumti. Beliau adalah murid kepada Abdul Aziz Ad-Dabbagh dan menghimpunkan kalam gurung=ya itu dalam kitabnya yang bernama Al-Ibriz min kalami saidi Abdil aziz. Beliau hidup antara tahun 1090H hingga 1156H =1679 hingga 1743M


Contoh bahasa Suryani adalah seperti yang disebutkan dalam Hizib As-Soghir oleh Sidi Ibrahim Ad-Dusuqi. Dalam Hizib tersebut ada disebutkan:


أحمي حميثا أطمي طميثا
(Cara sebut: Ahma hamithan Atma Tomithan)


Ahmad bin Mubarak menyebutkan dalam kitabnya Al-Ibriz bahawa ada seorang pedagang dari Tilmisan, Maghribi, bernama Sidi Abdurrahman bin Ibrahim  menyebutkan bahawa saudaranya yang bernama Ahmad bin Ibrahim enggan mengamalkan doa yang diajarkan oleh Sidi Ibrahim Ad-Dusuqi kerana tidak memahami perkataan di atas. Lalu ditanya kepada Ahmad bin Mubarak dan dia pun bertanya kepada Abdul Aziz Ad-Dabagh. Maka diberitahu bahawa ia adalah bahasa Suryani yang bererti:

Ahma : Wahai raja 

-يا مالك الملك العظيم الأعظم الحي القيوم

Hamithan: (Menunjukkan kerajaan Allah)

يا مالك الأسرار، يا مالك الأنوار، يا مالك الليل والنهار، يا مالك السحاب المدرار، يا مالك الشموس والأقمار، يا مالك العطاء والمنع، يا مالك الخفض والرفع، يا مالك كل حي، يا مالك كل شيء، وفي هذا الإسم سر عجيب لا يطيق القلم ولا العبارة تبليغه أبدا.

Atma: Mewakili sifat keagungan. kibriya', Qahhar, Ghalib, Izzah dan Infirad Allah SWTdalam sifat-sifat tersebut. Diungkapkan untuk memaknainya dengan kata:

يا عالم كل شيء، يا قادرا على كل شيء، يا مريد كل شيء، ويا مدبر كل شيء، ويا قاهر كل شيء، ويا من لا يتطرق إليه عجز ولا يتوهم في تطرقه نقص.

 Manakala Tomithan pula bermaksud: ia merujuk kepada sesuatu yang Allah SWT tasarruf padanya dan segala mumkinat yang yang Allah SWT lakukan mengikut kehendaknya.

Pada nama-nama yang disebutkan dalam rangkai kata ini tidak mampu dakwat menulisnya kerana terlalu luas penngertiannya.

Catatan penulis: Makna-makna di atas adalah penjelasan oleh Abdul Aziz Ad-Dabbagh seperti yang direkodkan oleh Ahmad Mubarak dalam kitab Al-Ibriz. Perkatannya dalam bahasa Suryani. Ad-Dabbagh yang dicatatkan oleh sejaran sebagai seorang yang buta huruf tetapi ada karamah kewalian yang luar biasa menjelaskan erti daripada kata-kata Suryani itu. Siapa tahu? Siapa belajar bahasa Suryani. Bahasa klasik yang sudah tidak lagi dipertuturkan orang.

Mengikut rekod, bahasa ini sudah hampir pupus dan hanya ada sekitar 500 penutur yang kini menghuni satu kawasan di dalam negeri Syria. Sementelahan, bahasa Suryani menajdi bahasa yang popular di kalangan penyembah jin dan dan berhala serta bintang-bintang.

Kalau ada orang dakwa dia faham bahasa Suryani, bagaimana kita mahu mengesahkannya. Kalau dia berikan dia kata bahaw aperkataan ini bahasa Suryani dan maknanya begini dab begitu, apa daya kita untuk menjawabnya. Boleh jadi orang itu hanya bertaqawwul (ada-adakan cerita) dan apakah mungkin dia benar? Ini sangat sulit untuk ditetapkan.

Daripada kita sibu menghafal kata-kata Suryani, baik kita hafal kalam nabi SAW. Itu lebih selamat!








Siapakah golongan Al-Arisiyyun?

Nabi SAW , dalam suratnya kepada Heraklius menyebutkan kalimah " Al-Arisiyyun" Katanya, kalau Heraklius menolak dakwahnya, maka Heraklius bakal menanggung dosa  golongan Al-Arisiyyun. Siapakah mereka?

  1. Menurut Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, mereka adalah golongan petani.
  2. Ada pandangan lain menyatakan bahawa Al-Arisiyyun adalah nisbah kepada orang yang mengikut Abdullah bin Aris, satu orang yang diagungkan oleh orang-orang Nasrani. Dia banyak membuat bid'ah dalam agama Nabi Isa A.S.

Kata Imam Nawawi, maksud perkataan nabi kepada Heraklius itu ialah:

أن عليك إثم رعاياك الذين يتبعونك، وينقادون بانقيادك

Nasab Abu Sufyan

 Ketikan di tanya oleh Heraklius (Dalam hiwarnya dengan Ibu Sufyan bersama rombongannya):

أيكم أقرب نسباً بهذا الرجل الذي يزعم أنه نبي؟ 

"?Siapakah antara kalian yang paling delat nasabnya dengan ornag yang mengaku nabi ini"


Jawab Abu Sufyan:

أنا أقربهم نسباً

"Akulah yang paling dekat dari segi nasab degannya berbanding semua yang hadir ini".



Bangsa Arab sangat mengutamakan nasab. Sungguhpun kafir, kelestarian nasib merupakan hal yang penting di sisi mereka. Maka , nasab mulia menjadi kebanggaan buat mereka.

Abu Sufian ialah ABU SUFYAN SAKHAR BIN HARBIN BIN UMAYYAH BIN ABD SYAMS BIN ABD MANAF BIN QUSAI BIN KILAB BIN MURRAH BIN KAA'AB BIN LU'I BIN GHALIB BIN FAHAR BIN MALIK BIN NADHAR BIN KINANAH BIN KHUZAIMAH BIN MUDRIKAH BIN ILYAS BIN MADHAR BIN NIZAR BIN MA'AD BIN ADNAN




Jika dilihat nasab Abu Sufyan ini, maka nasabnya bertemu dengan nasab nabi SAW pada datuknya yang ketiga iaitu Abdul Manaf

Abdul Manaf adalah datuk nabi yang ke-3 iaitu:

Muhammad SAW bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab.

Maka, betullah dakwaan Abu Sufyan depan Heraklius itu, bahawa dia yang paling dekat hubungan nasabnya dengan nabi Muhammad SAW!

Friday, May 26, 2023

Zikir-zikir pelik Sufi

Di kalangan sesetengah tarikat sufi, ada zikir-zikir dan wirid yang diajarkan Syeikh. Murid tidak berhak untuk bertanya dari mana zikir itu di ambil. Hadis mana atau ayat Quran mana. Murid hendaklah jadi seperti mayat di depan Syeikh. Murid yang bertanya " kenapa?" atau " dari mana?", dia tidak layak jadi murid. 

Tidak perlu murid tahu apa maksud kata-kata yang diulangkannya sebagai zikri. Cukup percaya kepada syeikh  dan bertaqlid kepadanya.

Dalam Tariqat Al-Jilani diajarkan doa yang berbunyi:


وأسألك الوصول بالسر الذي تدهش منه العقول ، فهو من قربه ذاهل أتينوخ ب أملوخ ب ي وأمن آي وأمن مهباش الذي له ملك السماوات والأرض

Ada yang disebutkan Al-Wirdu Az- Zahirah yang dinamakan juga Al-Hizbu As-Suryani dan disandarkan kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dalamnya terkandung sebutan-sebutan berikut ( sebelah bacaan-bacaan ma'thur dan ayat Quran):

بِهُبوبٍ هُبوبٍ، بلُطْفِ خَفِيِّ يَا اللَّهُ يَا اللَّهُ يَا الله، بِصَعْصَعٍ صَعْصَعٍ، وَالبَهاءِ وَالنُّورِ التَّامِّ، بِسَهْسَهُوبٍ سَهسَهُوبٍ ذِي الْعِزِّ الشَّامِخ، بِطَهْطَهُوبٍ لَهُوبٍ يَا اللَّهُ، يَا اللَّهُ، يَا الله، حَم حَم، كَهُوْبٍ كَهُوْبٍ الّذي سَخَّرَ كُلَّ شَيْءٍ ...... بَسَوْسَمٍ سَوْسَمٍ دَوْسَمٍ حَوْسَمٍ يَراسُمٍ كَاهٍ بَرَكاهٍ أَهيَا شَراهيَا آدُونَايْ أَصْباؤُوتْ آلْ شْدَّاي، تَوَكَّلْ يَا عُنْقُود ويَنقودَ الْمَلِك، ويَا عَبدَ النّارِ بِعَقدِ أَلسِنَةِ النّاسِ أَجَمَعِينَ عَنِّي، بِسْمِ اللهِ أَلجَمتُ أَعْدَائِي

Dalam Tariqat Ad-Dasuqiyyah ada ada Al-Hizbul Kabir yang diwiridkan . Dalanya ada doa yang peilik seperti berikut:


اللهم آمني من كل خوف وهم وغم وكرب كدكد كردد كردد كردد كرده كرده ده ده ده الله رب العزة


Allahumma aminii min kulli khaufin wa hammin waghammin wakarbin kadin kadin kardadin kordadin kordadin kordadin kordahin kordahin dahin dahin dah dah Allahu Rabbu Izzah...

Dalam Tariqat Al-Burhaniyyah disebutkan zikir mereka:


احمى حميثا أطمى طميثا ..بها بها بهيا بهيا بهيات بهيات القديم الأزلي يخضع لي كل من يراني لمقفنجل يا أرض خذيهم

Dalam Tariqat Al-Kattaniah terdapat zikir berikut yang diangkat menjadi wirid:


يَا طَمُوشُ يَا طَمُوشُ يَا يَحُومُ يَا سَيْحُومُ يَا شَبْطُوشُ يَا سَيْطُوشُ يَا شَعْيَابُ يَا هَيْلُوتَا يَا شَيْلُوتَا يَا عَلْشَاقِشُ يَا مَهْرَاقِشُ يَا شَعْيُوبُ يَا شَرَاهَيَا أُدْنُ مِنِّي عَلَى سَطْحِ الشِّينِ فِي نَفْسِ التَّعَيُّنَاتِ العَدَمِيَّةِ المَوْجُودَةِ المَنْقُوشَةِ فِي يَاقُوتَةِ الذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ، حَتَّى أَغِيبَ عَنْكَ بِكَ فِي هُوِيَةِ إِجْمَالِ حَتَّى إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا، وَاجْذُبْنِي إِلَيْكَ جَذْبَةً لَهْوَانِيَةً فَهْوَانِيَةً حَتَّى أَنْبَسِطَ فِي مَيَادِينِ مَا عَلَى المُحْسِنِينَ مِنْ سَبِيلٍ


Mufti Mesir yang lepas iaitu Dr. Ali Jumua'ah mengajarkan satu zikir yang disebutkan  sebagai huruf-huruf Nurani yang disuruh ulangkankan sebaganyak 1111 kali setiap hari: Zikri itu ialah:

اهمن سقك حلع يص

Ahamun saqakun hala'un yassu


Kalimah di atas dikatakan punya maknanya sebagaimana huruf-huruf muqata'ah dalam Quran. Di kalangan orang Arab, mereka juga biasa bercakap dengan huruf-huruf  yang terpotong dan mewakili makna tertentu. Hal ini tidak dinafikan.

Namun, meletakkan fadhiilat menyebutkan kalimah tersebut dan menjadikannya amalan seumpama wirid dan zikir, ianya satu hal lain. Hal yang menyukarkan pengikut syariat Muhamamd untuk menerimanya.

Tambahan pula, kalau atas alasan huruf-huruf nuraniyyah, apa hendak kata katakan tentang doa burhutiyyah dan jaljalutiyyah yang tersebar di kalangan pengamalnya dan diambil dari kitab Manba'ul hikmah oleh Albuni? Akan terhentilah kita dalam memahmi perkataan-perkataan janggal dan pelik yang dikatakan nama-nama Allah Al-Husma.

Doa Burhutiyyah:

(Barhatihin2x-Karirin2x-Tatlihin2x-Turanin2x,-Mazjalin2x-Bazjalin2x-Tarqabin2x-Barhasyin2x-Ghalbasyin2x-Khuutiirin2x-Qalnahuudin2x-Barsyaanin2x-Kazhiirin2x-Namuusyalakhin2x-Barhayuula2x-Basykailakhin2x-Qazmazin2x-An ghala lii zin2x-Qobaraatin(Qobraatin)2x-Ghayaaha2x-Kaida huula2x-Syamkhaa hirin2x-Syamkhaahiirin2x-Syamhaa hii rin-Bikahtahau naihin2x-Basya risyin2x-Thunasyin2x-Syamkhaa baaruukhin2x

Ada 28 nama-nama pelik dalam doa ini-dikatakan nama-nama Allah!.

(Sambung)

Allahumma bihaqqi kahkahijin yaghtasyiyyin bilath  syagh-syagh wilin amwilin jaldamin mahjama hajlamiijin wardawiihin mahfayaajin

bi'izzatika illa ma akhazta sam'ahum wa absoorohum

subhana man laisa kamislihi syai wahuwas sami'ul basir.



Sumber: Islamway

Dasarnya tiada dalam Quran maupun Hadis. Ia adalah tajarrub syeikh atas konsep bahawa dalam Quran ada 14 huruf yang dinamakan huruf Nuraniyyah (bercahaya). Bakinya adalah huruf-haruf adalah huruh Zulmiyyah (gelap).

Dari mana datangnya ilmu membahagikan huruf-huruf Quuran kepada huruf cahaya dan huruf gelap. Adakah Islam mengajar tentang ilmu huruf. Apakah hadis tentang nabi Idris orang pertama yang menulis  dan sesiapa yang menulis lalu bertepatan dengan tulisan nabi Idris boleh difahami dalam konteks ilmu huruf???

Nabi SAW bersabda tentang nabi Idris:

كانَ نَبِيٌّ مِنَ الأنْبِيَاءِ يَخُطُّ، فمَن وافَقَ خَطَّهُ فَذَاكَ







Wednesday, May 24, 2023

Tuduhan bahawa Ibn Taimiyyah mendakwa neraka akhirnya musnah.

 Tokoh sebesar Ibn Taimiyyah itu , namanya disanjung pelbagai tokoh lain, tidak lepas dari serangan para musuhnya. Demikian sesama tokoh ulama, ada permusuhan. Ada kebencian dan bahkan ada fitnah menfitnah. Pada akhirnya, Allah akan mengadili masing-masing di akhirat. 

Antara tuduhan ke atas Ibn Taimiyyah adalah bahawa dia mengatakan neraka itu fana' dan itu bertentangan dengan nas-nas Quran yang banyak menegaskan tentenag keabadian neraka. 

Persoalan utama dan perlu diuraikan dalam permasalahan tuduhan ini ialah BENARKAH IBN TAIMIYYAH MENGATAKAN NERAKA ITU FANA?

Hal ini tidak boleh didirikan atas sangkaan pada pemahaman dari nukilan katanya. Ia juga tidak boleh disandarkan pada satu sumber karyanya sahaja kerna tokoh seunggul Ibn taimiyyah itu ada ratusan karya. Bahkan ada deretan murid-murid hebat. Semua itu perlu jadi bahan olah untuk mencari hakikat perkara.

Dalil-dalil kebadian neraka banyak dalam Quran dan hadis.

Ayat yang jadi perdebatan kalangan yang mengatakan neraka itu fana dan yang mengatakannya abadi adalah ayat  21-23 Surah An-Naba':

إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَاداً * لِلْطَّاغِينَ مَآباً * لَابِثِينَ فِيهَا أَحْقَاباً

 Kalimah Ahqaba membawa maksud tempoh yang panjang. Tempoh yang panjang itu menurut yang mengatakan neraka itu abadi, ialah tempoh yang tidak ada kesudahannya. Manakala uyang mengatakan neraka itu fana, tempoh panjuang itu akan berakhir juga. Itulag kefanaan neraka!

Beberapa sudut pandangan pelbagai dalam permasalahan ini:

1) Menurut Jaham bin Safwan, neraka itu musnah sendiri kerana ia adalah baharu dan setiap yang baharu ada tempoh ajalnya. Hal yang sama juga berlaku untuk syurga.

2) Menurut Abu Huzail Al-'Allaf, yang fana itu bukan neraka tetapi pergerakan neraka.  Maka,  Bila sampai masa fananya, ahli neraka pun menjadi benda-benda yang tidak hidup lagi dan tidak lagi merasai sengsara neraka.

7) Allah akan mengeluarkan sesiapa yang dikehendakiNya dari neraka dan membiarkan sesiapa yang Dia kehendaki dalam neraka. Kemudian, neraka itu pun dibinasakan.

4) Allah mengeluarkan sesiapa yang Dia kehendaki dari dalam neraka dan mengekalkan sesiapa yang dia kehendaki dalam neraka. Yang tinggal dalam neraka itu pun kekallah bersama dengan neraka.


Baca: Saaid .org

Wednesday, May 17, 2023

Dakwaan bahawa nabi Muhammad adalah awal kejadian.

Kalangan ahli Sufi banyak yang menaqalkan hadis batil tentang pertanyaan nabi SAW kepada malaikat Jibrail tentang umurnya. Hadis tentangnya ada dalam kitab-kitab maulid dan seorang tokoh Sufi dari Maghribi bernama Syeikh Abdullah bin Muhammad binAs-Sadiq Al-Ghimari (Meninggal 1413H) telah menghukumkan kebatilan hadis tersebut dalam kitabnya Mursyidul Ha-ir MS 5.


وروي في بعض كتب المولد النبوي عن أبي هريرة قال: " سأل النبيّ صلى الله عليه وسلم جبريل عليه السلام فقال: يا جبريل كم عمّرتَ من السنين؟

Lalu dia menyebut hadis yang dimaksudkan dan beliau membuat komentar:


وهذا كذب قبيح ، قبّح الله من وضعه وافتراه


Hadis yang dikatakan pertanyaan nabi SAW kepada Jibrail itu ditempelkan Abu Hurairah sebagai perawinya. Nabi bertanya Jibrail:

يا جبريل كم عمّرتَ من السنين؟ فقال: يا رسول الله لست أعلم ، غير أن في الحجاب الرابع نجمًا يطلع في كل سبعين ألف سنة مرة ، رأيته اثنتين وسبعين ألف مرة ، فقال النبيّ صلى الله عليه وسلم : ( وعزة ربي أنا ذلك الكوكب ) .

Wahai Jibrail, berapa tahunkan umurmu? Jawab Jibrail: Ya Rasulullah SAW, aku tidak tahu. tetapi, di lapisan hijab yang ke-4 ada satu bintang yang hanya terbit setiap 70 ribu tahun hanya sekali. Aku telah melihatnya terbit sebanyak 72 ribu kali. Lalu kata nabi SAW: Demi kemuliaan Tuhanku, akulah bintang itu!


Tudia aih....umur Jibrail kalau ikut hadis palsu ini adalah 5 billion 40 juta  tahun!


Ada dakwaan lain yang lebih dahsyat. Syeikh Al-Ghimari juga menyebutnya:

قال الغماري: وذكر بعض غلاة المتصوّفة أن جبريل - عليه السلام - كان يتلقّى الوحي من وراء حجاب وكُشف له الحجاب مرة فوجد النبيّ - صلى الله عليه وآله وسلم - يوحِي إليه، فقال جبريل: منك وإليك

قال الغماري: لعن الله من افترى هذا الهراء المخالف للقرآن فإن الله تعالى يقول لنبيّه: {وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ} (الشورى:٥٢).


Jibrail menerima wahyu untuk disampaikan kepada nabi dari balik hijab. Sekali diselaknya hijab, rupanya dibalik hijab adalah nabi SAW. Maka wahyu yang dibawa Jibrail itu adalah dari Muhammad kepada Muhammad.

Tuesday, May 16, 2023

Makna Al-Kauthar



Surah Al-Kauthar menjadi bukti kemukjizatan Al-Quran. Ia menyatakan khabar Ghaib yang kemudiannya menjadi kenyataan. Dari segi akar kata, kauthar terbit daripada kalimah kathrah yang bermaksud banyak. Allah menyatakan bahawa Dia telah brikan nabi SAW kauthar. Dari segi perkaitan dengan makna linguistik, kauthar membawa mesej banyak. Allah berikan nabi SAW banyak. Apa yang banyak? Auat ini diturunkan dalam masa nabi dan orang Islam ada kelompok minoriti. maka, banyak yang sesuai direlasikan adalah banyaknya pengikut. Maka, kemudiannya, janji Allah itu menjadi kenyataan. Pengikut nabi Muhammad pun bertambah dan terus bertambah hingga hari ini. Maka "kauthar" dalam pengertian pertama adalah pengikut yang ramai. 

Makna kedua bagi Al-Kauthar adalah sebuah telaga dalam syurga. Ia ditafsirkan oleh nabi SAW sebagaimana dinyatakan dalam Saheh Muslim dalam hadis riwayat Anas bin Malik:

بينا رسول الله ذات يوم بين أظهرنا إذ أغفى إغفاءة ثم رفع رأسه وقال: أنزلت علي آنفا سورة فقرأ بسم الله الرحمن الرحيم: (إنا أعطيناك الكوثر، فصل لربك وانحر، إن شانئك هو الأبتر) [الكوثر: 1- 3] ثم قال: أتدرون ما الكوثر؟ قلنا: الله ورسوله أعلم. قال: فإنه نهر وعدنيه ربي عز وجل، عليه خير كثير هو حوض ترد عليه أمتي يوم القيامة



Nabi SAW menyatakan bahawa Al-Kauthar itu adalah sungai dalam syurga yang dijanjikan Allah untuk nabi SAW.  Sungai tersebut mengandungi kebaikan yang banyak dan menjadi tempat minum ummat baginda pada hari kiamat.

Makna pertama, ramainya pengikut telah menjadi kenyataan. Maka, apalah alasannya makna kedua tidak menjadi kenyataan??


Monday, May 15, 2023

Hakikat hidup di dunia...

Hidup ini dirasakan bagaikan sekelip mata.

Di kala umur sudah mencecah 70 atahu 80 tahun kita tidak baru merasakan hidup yang kita lalui sangatlah singkat. Jika orang minta kita karangkan atau ceritakan riwayat hidup kita, kita boleh khatamkan hanya beberapa lembaran atau beberapa minit penceritaan.

Soalah-soalan yang patit ditanya

Apa tujuan hidup dalam umur yang dirasakan sekelip mata itu? Apa pula kesudahan selepas menamatkan umur?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada keimanan. Jawapan ornag yang kafir tidaklah sama dengan jawapan orang yang beriman!



 

Baca:

https://quran-m.com/%D8%AD%D9%82%D9%8A%D9%82%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%AD%D9%8A%D8%A7%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%AF%D9%86%D9%8A%D8%A7/

Thursday, May 11, 2023

Syair Li Khamsatun



لي خمسة أطفي بهم حر اللظى الحاميه
المصطفـى والمرتضى وابناهما وفاطمه


Rangkap Syair di atas dilantunkan oleh puak Sufi dan ia menjadi lambang kemelampauan mereka dalam menyanjung ahlil bait. Boleh dikatakan, ini antara susupan pengaruh Syiah dalam kesufian.

Bagaimana boleh didakwa ada sesuatu yang lain dapat menyelamatkan diri daripada panasnya Neraka Lazho? Bukankah Nabi SAW sendiri mengingatkan dalam hadis buat kaum keluarganya agar menyelamatkan diri mereka daripada api neraka dengan beriman kepadanya??


يا معشر قريش، أنقذوا أنفسكم من النار، يا عباس عم رسول الله، أنقذ نفسك من النار، يا صفية، أنقذي نفسك من النار، لا أغني عنكم من الله شيئًا

Ada orang, mengaku Ahlu Sunnah, namun, di tengah masyarakat, dia menyebarkan rangkap syair di atas dan mengatakan kelebihannya di musim wabak Covic 19. Dikatakan siapa membacanya berulang kali atau menulis dan menampalnya di pintu rumah, boleh menghalang wabak daripada menimpa dirinya dan ahli rumahnya

Dakwaan seperti ini tidak berasas!

Jemaah Barelwi adalah antara golongan yang mempopularkan amalan syair ini sebagai penangkal bala. Ini  menjadi batu tanda sikap melampau mereka dalam mengagungkan ahlil bait yang meletakkan mereka mirip dengan sikap syiah. Inilah yang membuatkan wujud andaian sebahagian pengkaji ajaran ini yang meletakkannya sebagai Syiah yang bertaqiyyah!

Orang yang mementingkan keaslian beragama tidak akan terpengaruh dengan dakwaan sedemikian. Namun, siapa yang mandom akalnya, akan mudah tertelan dakwaan tersebut sekalipun tiada dalil saheh yang boleh disandarkan.





 

Sunday, May 7, 2023

73 JALAN, HANYA SATU JALAN BAWA KE SYURGA

 Sabda Nabi SAW:

افترقتِ اليهودُ على إحدى وسبعين فرقة، وافترقتِ النَّصارى على ثِنتَين وسبعين فرقة، وستفترق هذه الأمَّةُ على ثلاث وسبعين فِرقة، كلُّها في النار إلاَّ واحدة؛ مَن كان على مِثْل ما أنا عليه اليومَ وأصحابي

" Kaum Yahudi telah berpecah belah kepada 70 golongan. Sementara Kaum Nasrani pula telah berpecah belah kepada 72 golongan . Ummatku pula akan berpecah belah kepada 72 golongan. Semuanya bawa ke neraka KECUALI satu sahaja. Yang satu itu adalah mereka yang mengikut jalanku hari ini dan jalan para sahabatku."

Kita amat bimbang, dalam beragama ini , kalau-kalau tersalah pilih jalan. Kita sangka berada di atas jalan kebenaran dan akan tergolong ornag yang selamat di akhirat, tetapi ternyata sebaliuknya. Wal Iyazu Billah.

Apakah jalan yang sedang kita tempuhi adalah jalan Nabi dan para sahabat baginda? Inilah persoalan penting kayu ukur yang perlu kita cermati dalam agama ini.

Wednesday, May 3, 2023

Kezaliman datang membanteras kezaliman

 Firman Allah SWT:


وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضاً

" Demikianlah kami jadikan wali orang-orang zalim itu satu sama lain".
Surah Al-An'am: 129


Ibn Jarir At-Tobari membawakan beberapa khilaf di kalangan mufassirin tentang makna " nuwalli" dalam ayat di atas.

1) Kata Qotadah: Maksudnya ialah Kami (Allah) jadikan orang-orang zalim itu wali satu sama lain sebagaimana orang beriman itu wali sesama mereka.

2) Kami ikutkan satu sama lain ke dalam neraka.Yakni lepas satu orang zalim masuk neraka, maka menyusul pula ornag zalim yang lain jejaknya.

3) Menguasai satu sama lain. Yakni muncul ornag zalim, maka datang orang zalim laim yang menguasainya.

Abu Ja'far At-Tobari mentarjihkan pandangan pertama yang menyatakan bahawa orang zalim itu wali( rakan/karib/pembela/penolong ) antara sesama mereka. Ini kerana melihat kepada siyaqul ayat yang mana sebelum ayat ini adalah ayat-ayat menceritakan pertelagahan antara manusia yang mengikut telunjuk jin dalam dunia akan bersama para jin itu dalam neraka. Ayat sebelumnya menmberi gambaran jin dan manusia yang saling berkait dan berwala' dalam soal kesesatan.

Catatan: Menjadikan siyaaqul ayat sebagat alat pentarjihan khilaf pandangan mufassirin adalah salah satu cara bagi Imam At-Tobari.


Apa yang mahu saya timbulkan dari ayat ini ialah pandangan ketiga yang menyatakan bahawa kezaliman orang zalim itu dibalas dengan muncul penzalim lain yang membanteras kezalimannya. Pemahaman ini digunakan oleh sesetengah ulama ketika menceritakan bagaimana seorang gabenor Iraq di zaman khalifah Bani Umayyah, namanya Khalid bin Abdullah Al-Qasri. Dia seorang gabenor yang zalim. Namun, kezalimannya itu telah menjadi rahmat dan pembelaan kepada agama apabila dia yang mengambil tindakan membunuh kepala-kepala kesesatan pada zamannya iaitu Bayan bin Sam'an , Al-Mughirah bin Sa'id Al-'Ajli dan Al-Ja'du bin Dirham.

Baca: Hakikat Khalid Al-Qasri

Baca: Shamela

KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...