Wednesday, May 3, 2023

Kezaliman datang membanteras kezaliman

 Firman Allah SWT:


وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضاً

" Demikianlah kami jadikan wali orang-orang zalim itu satu sama lain".
Surah Al-An'am: 129


Ibn Jarir At-Tobari membawakan beberapa khilaf di kalangan mufassirin tentang makna " nuwalli" dalam ayat di atas.

1) Kata Qotadah: Maksudnya ialah Kami (Allah) jadikan orang-orang zalim itu wali satu sama lain sebagaimana orang beriman itu wali sesama mereka.

2) Kami ikutkan satu sama lain ke dalam neraka.Yakni lepas satu orang zalim masuk neraka, maka menyusul pula ornag zalim yang lain jejaknya.

3) Menguasai satu sama lain. Yakni muncul ornag zalim, maka datang orang zalim laim yang menguasainya.

Abu Ja'far At-Tobari mentarjihkan pandangan pertama yang menyatakan bahawa orang zalim itu wali( rakan/karib/pembela/penolong ) antara sesama mereka. Ini kerana melihat kepada siyaqul ayat yang mana sebelum ayat ini adalah ayat-ayat menceritakan pertelagahan antara manusia yang mengikut telunjuk jin dalam dunia akan bersama para jin itu dalam neraka. Ayat sebelumnya menmberi gambaran jin dan manusia yang saling berkait dan berwala' dalam soal kesesatan.

Catatan: Menjadikan siyaaqul ayat sebagat alat pentarjihan khilaf pandangan mufassirin adalah salah satu cara bagi Imam At-Tobari.


Apa yang mahu saya timbulkan dari ayat ini ialah pandangan ketiga yang menyatakan bahawa kezaliman orang zalim itu dibalas dengan muncul penzalim lain yang membanteras kezalimannya. Pemahaman ini digunakan oleh sesetengah ulama ketika menceritakan bagaimana seorang gabenor Iraq di zaman khalifah Bani Umayyah, namanya Khalid bin Abdullah Al-Qasri. Dia seorang gabenor yang zalim. Namun, kezalimannya itu telah menjadi rahmat dan pembelaan kepada agama apabila dia yang mengambil tindakan membunuh kepala-kepala kesesatan pada zamannya iaitu Bayan bin Sam'an , Al-Mughirah bin Sa'id Al-'Ajli dan Al-Ja'du bin Dirham.

Baca: Hakikat Khalid Al-Qasri

Baca: Shamela

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...