Friday, May 26, 2023

Zikir-zikir pelik Sufi

Di kalangan sesetengah tarikat sufi, ada zikir-zikir dan wirid yang diajarkan Syeikh. Murid tidak berhak untuk bertanya dari mana zikir itu di ambil. Hadis mana atau ayat Quran mana. Murid hendaklah jadi seperti mayat di depan Syeikh. Murid yang bertanya " kenapa?" atau " dari mana?", dia tidak layak jadi murid. 

Tidak perlu murid tahu apa maksud kata-kata yang diulangkannya sebagai zikri. Cukup percaya kepada syeikh  dan bertaqlid kepadanya.

Dalam Tariqat Al-Jilani diajarkan doa yang berbunyi:


وأسألك الوصول بالسر الذي تدهش منه العقول ، فهو من قربه ذاهل أتينوخ ب أملوخ ب ي وأمن آي وأمن مهباش الذي له ملك السماوات والأرض

Ada yang disebutkan Al-Wirdu Az- Zahirah yang dinamakan juga Al-Hizbu As-Suryani dan disandarkan kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dalamnya terkandung sebutan-sebutan berikut ( sebelah bacaan-bacaan ma'thur dan ayat Quran):

بِهُبوبٍ هُبوبٍ، بلُطْفِ خَفِيِّ يَا اللَّهُ يَا اللَّهُ يَا الله، بِصَعْصَعٍ صَعْصَعٍ، وَالبَهاءِ وَالنُّورِ التَّامِّ، بِسَهْسَهُوبٍ سَهسَهُوبٍ ذِي الْعِزِّ الشَّامِخ، بِطَهْطَهُوبٍ لَهُوبٍ يَا اللَّهُ، يَا اللَّهُ، يَا الله، حَم حَم، كَهُوْبٍ كَهُوْبٍ الّذي سَخَّرَ كُلَّ شَيْءٍ ...... بَسَوْسَمٍ سَوْسَمٍ دَوْسَمٍ حَوْسَمٍ يَراسُمٍ كَاهٍ بَرَكاهٍ أَهيَا شَراهيَا آدُونَايْ أَصْباؤُوتْ آلْ شْدَّاي، تَوَكَّلْ يَا عُنْقُود ويَنقودَ الْمَلِك، ويَا عَبدَ النّارِ بِعَقدِ أَلسِنَةِ النّاسِ أَجَمَعِينَ عَنِّي، بِسْمِ اللهِ أَلجَمتُ أَعْدَائِي

Dalam Tariqat Ad-Dasuqiyyah ada ada Al-Hizbul Kabir yang diwiridkan . Dalanya ada doa yang peilik seperti berikut:


اللهم آمني من كل خوف وهم وغم وكرب كدكد كردد كردد كردد كرده كرده ده ده ده الله رب العزة


Allahumma aminii min kulli khaufin wa hammin waghammin wakarbin kadin kadin kardadin kordadin kordadin kordadin kordahin kordahin dahin dahin dah dah Allahu Rabbu Izzah...

Dalam Tariqat Al-Burhaniyyah disebutkan zikir mereka:


احمى حميثا أطمى طميثا ..بها بها بهيا بهيا بهيات بهيات القديم الأزلي يخضع لي كل من يراني لمقفنجل يا أرض خذيهم

Dalam Tariqat Al-Kattaniah terdapat zikir berikut yang diangkat menjadi wirid:


يَا طَمُوشُ يَا طَمُوشُ يَا يَحُومُ يَا سَيْحُومُ يَا شَبْطُوشُ يَا سَيْطُوشُ يَا شَعْيَابُ يَا هَيْلُوتَا يَا شَيْلُوتَا يَا عَلْشَاقِشُ يَا مَهْرَاقِشُ يَا شَعْيُوبُ يَا شَرَاهَيَا أُدْنُ مِنِّي عَلَى سَطْحِ الشِّينِ فِي نَفْسِ التَّعَيُّنَاتِ العَدَمِيَّةِ المَوْجُودَةِ المَنْقُوشَةِ فِي يَاقُوتَةِ الذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ، حَتَّى أَغِيبَ عَنْكَ بِكَ فِي هُوِيَةِ إِجْمَالِ حَتَّى إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا، وَاجْذُبْنِي إِلَيْكَ جَذْبَةً لَهْوَانِيَةً فَهْوَانِيَةً حَتَّى أَنْبَسِطَ فِي مَيَادِينِ مَا عَلَى المُحْسِنِينَ مِنْ سَبِيلٍ


Mufti Mesir yang lepas iaitu Dr. Ali Jumua'ah mengajarkan satu zikir yang disebutkan  sebagai huruf-huruf Nurani yang disuruh ulangkankan sebaganyak 1111 kali setiap hari: Zikri itu ialah:

اهمن سقك حلع يص

Ahamun saqakun hala'un yassu


Kalimah di atas dikatakan punya maknanya sebagaimana huruf-huruf muqata'ah dalam Quran. Di kalangan orang Arab, mereka juga biasa bercakap dengan huruf-huruf  yang terpotong dan mewakili makna tertentu. Hal ini tidak dinafikan.

Namun, meletakkan fadhiilat menyebutkan kalimah tersebut dan menjadikannya amalan seumpama wirid dan zikir, ianya satu hal lain. Hal yang menyukarkan pengikut syariat Muhamamd untuk menerimanya.

Tambahan pula, kalau atas alasan huruf-huruf nuraniyyah, apa hendak kata katakan tentang doa burhutiyyah dan jaljalutiyyah yang tersebar di kalangan pengamalnya dan diambil dari kitab Manba'ul hikmah oleh Albuni? Akan terhentilah kita dalam memahmi perkataan-perkataan janggal dan pelik yang dikatakan nama-nama Allah Al-Husma.

Doa Burhutiyyah:

(Barhatihin2x-Karirin2x-Tatlihin2x-Turanin2x,-Mazjalin2x-Bazjalin2x-Tarqabin2x-Barhasyin2x-Ghalbasyin2x-Khuutiirin2x-Qalnahuudin2x-Barsyaanin2x-Kazhiirin2x-Namuusyalakhin2x-Barhayuula2x-Basykailakhin2x-Qazmazin2x-An ghala lii zin2x-Qobaraatin(Qobraatin)2x-Ghayaaha2x-Kaida huula2x-Syamkhaa hirin2x-Syamkhaahiirin2x-Syamhaa hii rin-Bikahtahau naihin2x-Basya risyin2x-Thunasyin2x-Syamkhaa baaruukhin2x

Ada 28 nama-nama pelik dalam doa ini-dikatakan nama-nama Allah!.

(Sambung)

Allahumma bihaqqi kahkahijin yaghtasyiyyin bilath  syagh-syagh wilin amwilin jaldamin mahjama hajlamiijin wardawiihin mahfayaajin

bi'izzatika illa ma akhazta sam'ahum wa absoorohum

subhana man laisa kamislihi syai wahuwas sami'ul basir.



Sumber: Islamway

Dasarnya tiada dalam Quran maupun Hadis. Ia adalah tajarrub syeikh atas konsep bahawa dalam Quran ada 14 huruf yang dinamakan huruf Nuraniyyah (bercahaya). Bakinya adalah huruf-haruf adalah huruh Zulmiyyah (gelap).

Dari mana datangnya ilmu membahagikan huruf-huruf Quuran kepada huruf cahaya dan huruf gelap. Adakah Islam mengajar tentang ilmu huruf. 

Apakah hadis tentang nabi Idris orang pertama yang menulis  dan sesiapa yang menulis lalu bertepatan dengan tulisan nabi Idris boleh difahami dalam konteks ilmu huruf???

Nabi SAW bersabda tentang nabi Idris:

كانَ نَبِيٌّ مِنَ الأنْبِيَاءِ يَخُطُّ، فمَن وافَقَ خَطَّهُ فَذَاكَ

Imam An-Nawawi dalam mengomentari hadis ini menyatakan:

اختلف العلماء في معناه فالصحيح أن معناه من وافق خطه فهو مباح ، ولا طريق لنا إلى العلم اليقيني بالموافق فلا يباح

Para ulama berkhilaf tentang maknanya. Apa yang jelas ialah maknanya , sesiapa yang menepati garisan yang dibuatkan oleh nabi itu, maka ia menjadi harus. Namun, tiada jalan untuk kita mengetahui dengan yakin ketepatan garisan yang kita buat dengan garisan nabi tersebut. Maka hukum membuat garisan atas pasir itu menjadi haram.

Kata Al-Khitabi: Hadis ini membawa fahaman ke arah pengharaman perbuatan membuat garisan atas pasir (tujuan meramal)

Maka, perkataan nabi Muhammad" siapa yang menepati garisan nabi itu" memberi isyarat kemustahilan. Lalu, perbuatan menggaris atas pasir buat menerjah hal ghaib itu adalah kemukjizatan nabi itu dan ia tidak diharuskan bagi orang lain. Baca: Fatawa.com







No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...