Kita masih lagi mengimbau catatan-catatan dalam Kitab Al-Ibriz oleh Ahmad bin Mubarak. Ketika menggambarkan kehebatan wali yang dunamakan Al-Ghauth, Ahmad bin Mubarak meriwayatkan jawapan gurunya Ad-Dabbagh (Al-Ibriz : Ms 169):
وسألته مرة فقلت: إذا حضر الغوث فهل يقدر أحد على مخالفته فقال ـ رضي الله عنه ـ لا يقدر أن يحرك شفته السفلى بالمخالفة فضلًا عن النطق بها فإنه لو فعل ذلك لخاف على نفسه من سلب الإيمان فضلًا عن شيء آخر والله أعلم
"Aku bertanya dia (Ad-Dabbagh) pada satu kali: Apabila wali Al-Ghauth datang(ke dalam mesyuarat dewan), adakah boleh seseorang wali yang lain menyalahinya? Maka telah berkata Ad-Dabbagh: Tiada seorang pun yang mampu menggerakkan bibirnya yang bawah untuk menyalahinya, apalagi untuk menuturkannya. Jika seseornag wali melakukannya, maka dibimbangi atas dirinya , imannya akan dicabut..."
Nampaknya wali Al-Ghauth ini sangat power. Kuasanya mutlak. Keberadaannya di antara para wali lebi hebat daripada keberadaan nabi Muhammad SAW di antara para sahabatnya. Kita baca sirah, ada sahabat pertikaikan keputusan nabi SAW. Misalnya seorang sahabat bertanya nabi tentenag strategi nabi memilih lokasi dalam perang badar yang dirasakannya salah. Nabi SAW terima pandangannya dan laksanakan. Al-Quran mengajarkan konsep syura. Bukan Syura namanya jika tiada pendapat pro dan kontra dalam mesyuarat. Ini Wali Ghauth, dia menjadi mr Know dan tidak perlu pendapat lain. Apa lagi pendapat yang menyalahinya. Kalau demikian, apa guna jumpa di dewan para wali? Kalau nak dengar taklimat sahaja, pakai sahaja online. Bukankah para wali boleh bisikkan dari jauh tak perlu pakai HP atau gadjet? Apa sahaja arahan wali Ghauth, ilhamkan sahaja ke dada para wali lain. Buang masa jummpa di gua hirak atau di padang sahara Sudan , kalau datang hanya kena kunci mulut.
Itulah, kalau ceritanya khurafat....memang payah nak diterima akal. Kecuali oleh ornag yang tidak berakal!
No comments:
Post a Comment