Showing posts with label Hukum. Show all posts
Showing posts with label Hukum. Show all posts

Thursday, December 5, 2024

SYARAT-SYARAT SESUATU BANGUNAN DINAMAKAN MASJID

 Mengetahui sesuatu bangunan itu masjid atau tidak , penting untuk menjelaskan kekeliruan mengenai status surau yang berlembak dalam negara kita. Masalahnya, ada pihak yang mengatakan surau bukan masjid kerana namanya surau dan bukan namanya masjid. Justeru, perlu diketahui oleh semua orang bahawa istilah surau adalah istilah dalam masyarakat Melayu sahaja. Apakah surau itu masjid mengikut perbahasan feqah, perlu dilihat kepada syarat-syarat masjid:

Berikut adalah syarat- syarat satu bangunan untuk jadi masjid:

1) Tanah tapak dan bangunan itu adalah berstatus waqaf yakni bukan milik individu. Ia milik orang ramai melalui kaedah waqaf dan ia adalahg waqaf selama-lamanya.


2) Terdapat keizinan mutlak untuk solat di dalamnya kepada semua orang dengan erti tidak ada seorang pun yang dilarang solat di dalamnya.


3) Ia disediakan untuk soat lima waktu di dalamnya secara berteruskan dan solat lima waktu itu berlaku di dalamnya secara berterusan.


Baca: Islamqa


Maka, melihat kepada syarat-syarat di atas, terkeluarlah musollah yang ada di premis perniagaan, pejabat kerajaan dan di mana sahaja yang tidak memiliki 3 ciri di atas.

Sehubungan dengan itu, terkaitlah hukum berkenaan masjid dalam kes ini. Di masjid, disunatkan solat sunat tahiyyatul masjid, iktikaf dan dilarang masuk masjid bagi yang berjunub.

Jika surau melengkapi ciri-ciri  di atas, bolehlah iktikaf di dalamnya pada 10 malam akhir Ramadhan. Boleh solat sunat tahiyyatul masjid dan diberi ganjaran atasnya.

Sekalipun surau itu tiada solat jumaat di dalamnya. Asalkan ada solat 5 waktu yang berterusan.



Tuesday, June 11, 2024

Tambatan dalam hukum takfir

Asas dalam menjatuhkan hukum kafir kepada seseorang:

1)Ada dalil yang jelas dari Al-Quran dan As-Sunnah

2) Orang yang dituduh kafir mencukupi syarat untuk dikatakan kafir dan tiada mani'( halangan)


Berikut adalah syarat-syarat untuk mentakfirkan seseorang:

1) Orang tersebut tahu bahawa pa yang dilakukannya menjatuhkannya dalam kekafiran. Seandainya dia jahil disebabkan baru masuk Islam atau tidak sampai kepadanya ilmu mengenai perkara itu, maka dia diberi keuzuran.

Antara Mani' pula ialah:

1) Ada unsur dipaksa

2) Hilang kawalan perasaaan kerana faktor emosi samada marah atau terlalu gembira.

3) Salah dalam mentakwil nas-nas.


Perhatian: Kekadang, menjelaskan mengenai sesuatu perbuatan itu boleh membawa kepada kekafiran disalahanggapi oleh orang lain dengan menganggap bahawa dia dituduh kafir. Hal ini sering terjadi. Seperti halnya orang apabila dituduh sebagai ahli bid'ah maka difahami perkataan orang itu bahawa dia dinerakakan. Itu kerana dalam hadis disebutkan semua bid'ah sesat dan semua yang sesat dalam neraka. Cara memahami pperkaitan sedemikian dalah salah.

Bila seorang berkata kepada seseorang: 

Jangan kamu meminta kepada orang mati dalam kubur. Itu Syiirik! Mintalah kepada Allah!

Maka yang diberi teguran janganlah faham bahawa dia dituduh syirik. Ia menyambungkan dua perkaitan yang sebenarnya berbeza-beza!


Friday, November 10, 2023

Apakah jatuh kafir orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi?

Ada ramai sekali yang mengakui atau yang dianggap sebagai Al-Mahdi. Jumlahnya tidak terhitung dari zaman dahulu hingga zaman sekarang. 

Di kalangan Syiah Imam 12, Muhammad bin Hasan Askari dianggap sebagai Imam Mahdi. Dia dikatakan hilang dalam sirdab( gua) sejak tahun 260H. Di sisi Syiah Imam 12, dia adalah imam ke-12 dan akan muncul di akhir zaman. Sehingga kini, telah lebih 1000 tahun dia hilang dalam sirdab.

Abdullah bin Saba' pernah mendakwa Saidina Ali sebagai Al-Mahdi Muntazor.

Muhammad bin Ubaid As-Tsaqafi pernah mendakwa bahawa Muhammad bin Al-Hanafiah, anak Saidina Ali , sebagai Imam Mahdi Al-Muntazor. Dakwaan tersebut kemudiannya jadi pegangan golongan Syiah Kaisaniyyah.

Pada masa Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur Al-Abbasi, muncul gerakan penentangan golongan 'Alawiyyin yang dipimpin oleh Muhammad bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali (Digelar An-Nafsu Az-Zakiyyah).Beliau dianggap sebagai Al-Mahdi, namun kemudiannya mati terbunuh dalam peperangan.

Ada seorang namanya Ubaidillah bin Maimun Al-Qoddah , dia mengakui sebagai Al-Mahdi dan menubuhkan kerajaan di Afrika Utara dan kemudiannya menjadi Kerajaan Fatimiyyah di Mesir. Dia mengaku keturunan Fatimah puteri Rasulullah, padahal para ulama menisbahkannya kepada keturunan Yahudi.

Ada pula seorang yang bernama Muhammad bin Ubaidillah Al-Barbari (Ibn Tumart), muncul di Maghribi dan para pengikutnya dinamakan Muwahhidun. Mereka membina kerajaan yang dinamakan dengan nama itu dan menumbangkan kerajaan Murabitun. Dia mengaku dan dipercayai pengikutnya sebagai Al-Mahdi. Dia memerangi pihak yang mendustakannya dan membunuh ramai orang .Banyak ekzaliman yang dilakukannya.

Ada seorang Ahli Sufi asal Sudan bernama Muhammad Ahmad bin Abdullah As-Sudani mengaku sebagai Mahdi. Ramai para syeikh berdatangan kepadanuya. Dia mengatakan sesiapa yang menafikan kemahdiannya, maka dia kafir. Dia meninggal pada tahun  1885M=1302H.

Tahun 1979, muncul aksi oleh Juhaiman Al-Otaibi di kota Mekah. Dia menawan para jemaah haji dalam Masjidil Haram dan mendakwa adik iparnya yang diberi nama Muhammad bin Abdullah Al-Qahtani sebagai Imam Al-Mahdi. Dia mengajak orang untuk membai'ahnya. Pihak berkuasa Arab Saudi telah mengambil tindakan membanteras kumpulan tersebut dan dalam upaya itu, terbunuhlah Muhammad bin Abdullah Al-Qohtani.

Macam-macam alasan untuk mewajarkan dakwaan mereka. 

Umpamanya ada seorang di zaman sekarang ini namanya Ahmad bin Ibrahim mengakui Imam Mahdi. Bila dipersoalkan tentang namanya yang tidak selari dengan apa yang dikhabarkan dalam hadis, lalau dikatakan nama Ahmad dan Muhammad adalah sama. Adapun nama Ibrahim sebagai ayah adalah sama dengan nama Abadullah kerana Ibrahim adalah datuk nenek kepada nabi Muhammad SAW.

Beberapa tahun lepas sehingga sekarang, ada seorang di Pakistan, namanya Muhammad Qasim didakwa sebagai Imam Mahdi. Dia menceritakan mimpi-mimpinya yang menyampaikan pesan kepada orang ramai. Para pendokongnya yang percaya kepadanya, menubuhkan kumpulan yang dinamakan GAZA( Gerakan Akhir Zaman). Ramai juga orang Indonesia yang mengangkat beliau sebagai Al-Mahdi.

Di Mesir, ramai juga muncul orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi. Ada yang merupakan guru, pemandu teksi dan ada yang seorang Azhari. 

Pada tahun 2000 ada 3 orang  yang mengaku sebagai Imam Mahdi. Ada seorang namanya Muhammad Abdun Nabi Uwais, dari Sinai. Dia menulis buku menjelaskan pengajarannya. Pada akhirnya, dia dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dalam tahun 2000 itu juga muncul seorang yang bermazhab Hanafi dari Bursaid.mengaku sebagai Al-Mahdi. Lalu ditangkap polis. Kemudian, ada pula seorang yang dinamakan Ahmad Abdul Mutajalli dari Kota Ismailiyyah mengaku sebagai Al-Mahdi. Dia mampu mengeluarkan jin dari badan orang.

Pihak Polis Mesir juga telah menangkap seorang warga Mesir di Iskandariah yang bernama Muhammad Mahmud yang mengaku sebagai Al-Mahdi Al-Muntazor. Lalu keluarganya mengesahkan bahawa dia mengalami gangguan jiwa.  

Di Iskandariah juga pernah muncul  seorang pembuat roti yang bernama Asyraf Abdul Hamid mendakwa dirinya seabagi Al-Mahdi.

Ramai lagi di Mesir sahaja yang mengakui diri sebagai Al-Mahdi.

Di Malaysia pun tidak kurang. Paling menonjol adalah dakwaan Abuya Ashaari bahawa gurunnya Syeikh Suhaimi yang sudah mati, akan muncul kembali sebagai Al-Mahdi.

Menanggapi semua dakwaan kemahdian tersebut, tidak pernah ada ulama yang menjatuhkan hukum kafir serta keluar daripada Islam terhadap mereka yang mengakui sebagai Imam Mahdi. Ia mungkin jatuh kepada pendustaan yang dikira dosa besar tetapi tidak sampai kepada keluar dari millah.

Namun, lain halnya jika ada yang mengaku sebagai آabi Isa. Mengaku nabi adalah menjatuhkan diri ke dalam kekafiran yang keluar daripada millah. Ini kerana orang yang mengaku nabi, secara tak langsuing mengakui dirinya menerima wahyu dari Allah SWT secara dusta. Perbuatan berdusta atas Allah adalah kafir.  Sedangkan Allah SWT telah menegaskan dalam Al-Quran:


وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَيْءٌ وَمَنْ قَالَ سَأُنْزِلُ مِثْلَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَوْ تَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنْتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ [الأنعام: 93]


Sungguhpun dakwaan sebagai Al-Mahdi itu terbit dari sifat jahil atau silap tanggapan konsep Al-Mahdi, keadaan itu adalah lebih baik daripada Al-Mahdi Syiah yang ditunggu-tunggu. Al-Mahdi mereka yang hilang ghuyub dalam sirdab. Kepercayaan Al-Mahdi Syiah lebih parah berbanding mempercaya Al-Mahdi palsu yang muncul sepanjang zaman. Bahana daripadanya tidak seteruk bahana mempercayaai Al-Mahdi versi Syiah itu.

Rujuk: Islamweb

Bacaan Tambahan: Islamqa

Sunday, June 4, 2023

Berdoa minta diberikan karamah wali

Karamah adalah hal luar biasa yang Allah kurniakan kepada para walinya. Kewujudan karamah itu tidak diingkari oleh mereka yang berjalan di atas manhaj Ahlu Sunnah Wal Jama'ah. Karamah adalah perkara yang waqi' dan terdapat dalil-dalil yang banyak menegaskan ianya berlaku. Dalam Quran menyebutkan mengenainya, demikian dalam hadis nabi SAW.

Ada para wali yang Allah kurniakan karamah dan ada yang tidak. Maka karamah bukanlah syarat kewalian. malah, ada yang lebih mahal buat seorang wali dari karamah-karamah luar biasa yang dikatakan orang, iaitu istiqamah dalam agama. Sebenarnya, jika mahu dilebelkan, istiqamah itulah karamah paling besar dan yang paling didambakan oleh para auliya Allah .

Namun, ramai yang berharap karamah zahir muncul dalam hidupnya. Ia sebagai wahana memperkuatkan imannya dan juga memudahkan jalan dakwahnya.  Maka, untuk itu ada yang berdoakan kepada Allah agar dimuliakan dirinya dengan karamah kewalian itu. Apakah permohonan sedemikian dibolehkan?

Jawapan bagi persoalan ini ialah BOLEH. Doa sedemikan bukanlah satu yang dilarang dan bukan perbuatan i"tida' (melampau) dalam doa yang ditegah. 

Berikut adalah hujah-hujah keharusan berdoa dengan doa sedemikian:

1) Tidak ada tegahan berdoa seperti itu dalam nas.

2) Penzahiran karamah bukanlah hal yang mustahil

3) Hadis saheh  dalam Bukhari yang menceritakan kisah 3 orang yang terkurung dalam gua, lalu berdoa dan bertawassul dengan amal soleh mereka agar dibukakan pintu gua adalah contoh keharusan berdoa minta karamah.

4) Demikian hadis yang diriwayatkan dalam Saheh Bukhari mengenai seornag yang berhutang lalu sampai tempoh dan dia terhalang balik membayar hutang, maka dimasukan bayarannya dalam kayu dan memohon Allah sampaikan bayarannya kepada pemberi hutang. Ia adalah satu bentuk permohonan karamah .

5) Cerita-cerita Karamah yang dinukilkan oleh Al-Lalaka-i dalam Karamatul Auliyaa menunuukkan keharusnnya seperti kisah sahabat nabi bernama Al-'Ala' bin Al-hadhrami yang meminta doa supaya diturunkan hujan dan minta dibekukan sungai untuk tenteranya melintas. Ia menunjukkan keharusan mohon hal-hal yang luas biasa yang disebut sebagai karamah.

Maka, hujjah-hujjah di atas menjadi dalil keharusan minta karamah. Inilah kaedah asasnya. Minta karamah adalah dibenarkan. Namun, perlu diperhatikan syarat-syaratnya agar permohonan itu berada dalam ruang lingkup keharusan. Jika tidak, ia menjadi perkara yang dilarang. Syarat-syaratnya ialah:

1) Niatnya adalah agar Allah menjadikan dirinya wali-waliNya yang dikasihi.

2) Karamah yang diminta adalah ikhlas kerana Allah dan bukan untuk menyombong diri(mufakharah), nak lebih (Mukasarah) dan menang dalam persaingan(munafasah) dan jauh daripada riyak.

3) Ada keperluan dalam permohonan karamah itu untuk agama dan dunia. Ia bukan suka-suka dan bukan sekadar nak seronak. Bukan nak isi masa lapang dan bukan nak hiburkan hati orang atau melakukan sayembara yang mengundang sorakan khalayak.


Meminta keramat dalam bentuk yang mustahil pada adat adalah dilarang dan ia menjadi buruk adab dengan Allah. Demikian disebutkan oleh Al-Qarafi dalam Anwarl Buruq Fi Anwa'il Furuq Jil 4, Ms 268.  Contohnya adalah meminta supaya boleh bernafas tanpa oksigen, dapat anak tanpa jimak dengan isteri, berbuah tanpa menanam pokok dan lain-lain perkara yang mustahil pada adat.

Misalnya juga, yang pernah aku dengar tentang dakwaan keramat ialah boleh hidup tanpa adanya jantung, nak islamkan orang yang mati kafir di alam kubur, nak jumpa nabi SAW secara live (yaqazoh) dan banyak lagi dakwaan dan perminta yang tak masukdek akal kerana melanggar hukum adat @ mustahil pada adat. Kalau harus pada adat, okeyla....

Wednesday, February 1, 2023

URUSAN FATWA TIDAK DIKATAKAN MENGUMPAT


Sungguhpun Ghibah adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam, ada beberapa situasi ia diharuskan. Situasi yang membawa kepada keharusan Ghibah telah dihimpunkan dalam sebuah Syair iaitu:

الذَّمُّ ليس بغِيبةٍ في سِتَّةٍمُتَظَلِّمٍ ومُعَرِّفٍ ومُحَذِّرِ
ولمُظْهِرٍ فِسْقًا ومُسْتَفْتٍ ومَنْطَلَبَ الإعانة في إزالة مُنْكَرِ
Di antara keadaan yang diharuskan mengumpat yang dinyatakan dalam syair di atas adalah umpatan oraang yang minta fatwa (Mustaftin). Hal ini boleh difahami daripada hadis-hadis berikut:

عنْ فَاطِمةَ بنْتِ قَيْسٍ رَضِيَ اللَّه عَنْها قَالَتْ: أَتيْتُ النبيَّ ﷺ، فقُلْتُ: إنَّ أَبَا الجَهْمِ ومُعاوِيةَ خَطباني؟ فَقَالَ رسُولُ اللَّهِ ﷺ: أمَّا مُعَاوِيةُ، فَصُعْلُوكٌ لاَ مالَ لَهُ، وأمَّا أَبُو الجَهْمِ فَلاَ يضَعُ العَصا عنْ عاتِقِهِ 
متفقٌ عَلَيْهِ


عن زيْد بنِ أرْقَمَ  قَالَ: خَرجْنَا مَعَ رسولِ اللِّهِ ﷺ في سفَرٍ أصَابَ النَّاس فيهِ شِدةٌ، فقال عبدُاللَّه بنُ أبي لأصحابه: لاَ تُنْفِقُوا عَلَى منْ عِنْد رسُولِ اللَّه حَتَّى ينْفَضُّوا، وقال: لَئِنْ رجعْنَا إِلَى المدِينَةِ ليُخرِجنَّ الأعزُّ مِنْها الأذَلَّ، فَأَتَيْتُ رسُولَ اللَّه ﷺ، فَأَخْبرْتُهُ بِذلكَ، فأرسلَ إِلَى عبدِاللَّه بن أُبَيِّ فَاجْتَهَد يمِينَهُ: مَا فَعَل، فقالوا: كَذَب زيدٌ رسولَ اللَّه ﷺ، فَوقَع في نَفْسِي مِمَّا قالوهُ شِدَّةٌ حَتَّى أنْزَل اللَّه تَعَالَى تَصْدِيقي: إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ ثُمَّ دعاهُمُ النبيّ ﷺ، لِيَسْتغْفِرَ لَهُمْ فلَوَّوْا رُؤُوسَهُمْ. 
متفقٌ عَلَيهِ


عنْ عائشةَ رضي اللَّه عنها قالتْ: قالت هِنْدُ امْرأَةُ أَبي سُفْيانَ للنَّبيِّ ﷺ: إنَّ أَبَا سُفيانَ رجُلٌ شَحِيحٌ ولَيْس يُعْطِيني مَا يَكْفِيني وولَدِي إلاَّ مَا أخَذْتُ مِنه، وهَو لا يعْلَمُ؟ قَالَ: خُذِي مَا يكْفِيكِ ووَلَدَكِ بالمعْرُوفِ 
متفقٌ عليه.


Tuesday, January 10, 2023

NUKILAN IBN ABIDIN TENTANG HUKUM BELAJAR SIHIR

 Menurut Ibn Abidin dalam hasyiahnya, (Raddul Mukhtar 'Ala Ad-Durril Mukhtar) belajar ilmu sihir dibenarkan. Katanya:

 تعلمه فرض لرد سحر أهل الحرب، وحرام ليفرق بين المرأة وزوجها، وجائز ليوفق بينهما


"Mempejarinya (ilmu sihir) adalah fardu untuk melawan sihir orang kafir harbi, tetapi haram jika hendak memisahkan seseorang wanita daripada suaminya dan harus jika hendak menyatukan suami suami dengan isterinya"

Pandangan yang mengharuskan belajar sihir bertentangan dengan pandangan ramai kalangan ulama yang mengharamkan berdasarkan dalil-dalil Quran. 
Umpamanya menerusi firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 102:


وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ 


Dalam ayat di atas , Allah menyifatkan belajar sihir itu sebagai kufur. Kata Al---Baji dalam Syarah Muwatto'': "Maka jangan kamu kufur" maksudnya kufur dengan sebab belajar sihir. 

Ibn Qudamah dalam Al-Mughni menjelaskan maksud ayat itu dengan katanya: Sesungguhnya kami ini ujian buat kamu , maka janganlah kamu kufur, yakni jangan kamu belajar sihir, kelak kamu akan jadi kufur disebabkan mempelajari ilmu sihir.


Catatan:

Nama penuh Ibn Abidin ialah Muhammad Amin bin Umar bin Abdul Aziz Abidin Ad-Damsyiqi (1158-1252H) merupakan seorang ulama fekah negeri Syam dan tokoh besar dalam Mazhab Hanafi pada zamannya. Beliau juga pengikut Tariqat Naqsyabandi melalui gurunya yang bernama Khalid Naqsyabandi. Pada hari gurunya meninggal, dia yang mengimamkan solat jenazahnya dna beliau telah menulis satu risalah memuji gurunya itu yang dinamakan "Sallul Husam Al-Hindi"

Beliau mulanya bermazhab Syafie, tetapi kemudiannya bertukar kepada mazhab Hanafi

RUMUSAN KITAB: PERBEZAAN ANTARA DUA WALI

Bukan semua wali itu wali Allah. Ada juga wali syaitan. Pembahagian dua jenis wlai inu bukan rekayasa Ibn taimiyyah atau sesiapa. Memang All...