Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Sunday, December 1, 2024

Kumpulan Al-Manawiyyah

Kumpulan ini membentuk ajaran yang tersendiri. Ia dipanggil Al-Manawiyyah kerana dinisbah kepada Mani bin Fatik Al-Hakim yang hidup pada zaman Kisra Sabur bin Ardasyir. Bahram bin Hurmuz bin Sabur telah membunuhnnya. Kejadian itu terjadi selepas zaman Nabi Isa. Mani bin Fatik itu telah merekacipta satu agama yang menggabungkan antara Nasrani dengan Majusi.

Dia mengakui kenabian Isa dan tidak mengakui kenabian Musa.

Mani Lahir pada tahun 216M

Beliau mengajarkan bahawa alam ini ditadbir oleh dua kekuatan ilahiyyah yang mana satunya Cahaya dan satu lagi kegelapan.

Sumber wiki menceritakan bahawa Mani itu adalah seorang nabi yang berlaku pertembungan antara Manawiyyah dengan Zardasyiyah. Apabila Zardasyiaah dianuti oleh pemerintah Parsi, maka manawiyyah ditindas dan mani sendiri dibunuh dengan disalib.

Baca: Wiki


Mani bin Fatik mengakui nabi utusan terakhir. Agamanya, Manawiyyah adalah salah satu agama yang muncul daripada orang yang mengakui nabi dari tanah Babylon. Atau disebut sebagai salah satu agama Babylon.

Mani menolak penyembahan berhala, melarang minum arak, tidak percaya bahawa Nabi Isa disalib, bahkan dia akan kembali semula (macam kepercayaan Islam).

Ada 4 waktu solat dan sebelum solat ada ritual wuduk. Puasa pula 7 hari setiap bulan.

Wednesday, June 14, 2023

Dakwaan kapal Nabi Nuh dibuat dariapda kayu kokka tidak berasas

Demikianlah, permainan mengaut keuntungan yang dijalankan oleh orang-orang yang menunggang agama. Dakwaan bahawa kapal nabi Nuh A.S dibina dengan pokok kokka dibuat oleh para peniaga kayu yang memproduksi daripadanya pelbagai bahan. Ada yang buat tasbih, tongkat, sarung senjata dan sebagainya. Ditambah pula khasiat-khasiat perubatan yang diceritakan tentang kayu kokka. Tidak ada nas  dalam teks Turas Islam  untuk mengaitkan kayu kokka dengan kapal nabi Nuh. Tidak juga terkait dengan tongkat nabi Musa A.s.

Bahkan, bagi sesiapa yang meneliti dengan cermat kita-kitab tafsir, akan menemui riwayat yang diriwayatkan bahawa kapal nabi Nuh A.S dibuat dari kayu Saj. Saj dalam bahasa Inggeris disebutkan "teak wood". 

Baca: https://sunshinemobilya.com/ar/%D9%85%D8%A7-%D9%87%D9%88-%D8%AE%D8%B4%D8%A8-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D8%A7%D8%AC-teak-wood-%D8%9F




Kalau dalam bahasa melayu namanya kayu Jati.

Boleh rujuk Tafsir Al-Qurtubi  ketika menafsirkan ayat 38 Surah Hud:

﴿وَيَصْنَعُ الْفُلْكَ وَكُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ مَلَأٌ مِنْ قَوْمِهِ سَخِرُوا مِنْهُ قَالَ إِنْ تَسْخَرُوا مِنَّا فَإِنَّا نَسْخَرُ مِنْكُمْ كَمَا تَسْخَرُونَ﴾


Maka disebutkan dalam tafsir Al-Qurtubi:

واختلفوا في طولها وعرضها ; فعن ابن عباس - رضي الله عنهما - ( كان طولها ثلاثمائة ذراع ، وعرضها خمسون ، وسمكها ثلاثون ذراعا ; وكانت من خشب الساج



Sunday, May 28, 2023

Nasab Abu Sufyan

 Ketikan di tanya oleh Heraklius (Dalam hiwarnya dengan Ibu Sufyan bersama rombongannya):

أيكم أقرب نسباً بهذا الرجل الذي يزعم أنه نبي؟ 

"?Siapakah antara kalian yang paling delat nasabnya dengan ornag yang mengaku nabi ini"


Jawab Abu Sufyan:

أنا أقربهم نسباً

"Akulah yang paling dekat dari segi nasab degannya berbanding semua yang hadir ini".



Bangsa Arab sangat mengutamakan nasab. Sungguhpun kafir, kelestarian nasib merupakan hal yang penting di sisi mereka. Maka , nasab mulia menjadi kebanggaan buat mereka.

Abu Sufian ialah ABU SUFYAN SAKHAR BIN HARBIN BIN UMAYYAH BIN ABD SYAMS BIN ABD MANAF BIN QUSAI BIN KILAB BIN MURRAH BIN KAA'AB BIN LU'I BIN GHALIB BIN FAHAR BIN MALIK BIN NADHAR BIN KINANAH BIN KHUZAIMAH BIN MUDRIKAH BIN ILYAS BIN MADHAR BIN NIZAR BIN MA'AD BIN ADNAN




Jika dilihat nasab Abu Sufyan ini, maka nasabnya bertemu dengan nasab nabi SAW pada datuknya yang ketiga iaitu Abdul Manaf

Abdul Manaf adalah datuk nabi yang ke-3 iaitu:

Muhammad SAW bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab.

Maka, betullah dakwaan Abu Sufyan depan Heraklius itu, bahawa dia yang paling dekat hubungan nasabnya dengan nabi Muhammad SAW!

Wednesday, May 3, 2023

Kezaliman datang membanteras kezaliman

 Firman Allah SWT:


وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضاً

" Demikianlah kami jadikan wali orang-orang zalim itu satu sama lain".
Surah Al-An'am: 129


Ibn Jarir At-Tobari membawakan beberapa khilaf di kalangan mufassirin tentang makna " nuwalli" dalam ayat di atas.

1) Kata Qotadah: Maksudnya ialah Kami (Allah) jadikan orang-orang zalim itu wali satu sama lain sebagaimana orang beriman itu wali sesama mereka.

2) Kami ikutkan satu sama lain ke dalam neraka.Yakni lepas satu orang zalim masuk neraka, maka menyusul pula ornag zalim yang lain jejaknya.

3) Menguasai satu sama lain. Yakni muncul ornag zalim, maka datang orang zalim laim yang menguasainya.

Abu Ja'far At-Tobari mentarjihkan pandangan pertama yang menyatakan bahawa orang zalim itu wali( rakan/karib/pembela/penolong ) antara sesama mereka. Ini kerana melihat kepada siyaqul ayat yang mana sebelum ayat ini adalah ayat-ayat menceritakan pertelagahan antara manusia yang mengikut telunjuk jin dalam dunia akan bersama para jin itu dalam neraka. Ayat sebelumnya menmberi gambaran jin dan manusia yang saling berkait dan berwala' dalam soal kesesatan.

Catatan: Menjadikan siyaaqul ayat sebagat alat pentarjihan khilaf pandangan mufassirin adalah salah satu cara bagi Imam At-Tobari.


Apa yang mahu saya timbulkan dari ayat ini ialah pandangan ketiga yang menyatakan bahawa kezaliman orang zalim itu dibalas dengan muncul penzalim lain yang membanteras kezalimannya. Pemahaman ini digunakan oleh sesetengah ulama ketika menceritakan bagaimana seorang gabenor Iraq di zaman khalifah Bani Umayyah, namanya Khalid bin Abdullah Al-Qasri. Dia seorang gabenor yang zalim. Namun, kezalimannya itu telah menjadi rahmat dan pembelaan kepada agama apabila dia yang mengambil tindakan membunuh kepala-kepala kesesatan pada zamannya iaitu Bayan bin Sam'an , Al-Mughirah bin Sa'id Al-'Ajli dan Al-Ja'du bin Dirham.

Baca: Hakikat Khalid Al-Qasri

Baca: Shamela

Saturday, March 4, 2023

Ada apa dengan solawat Al-Fatih

Aku kerap kali dengar orang mengulang-ulangkan solawat yang dinamakan Solawat Al-Fatih. Ia dibacakan mereka selepas solat atau sebelum berdoa. Entahkan mereka mengamalkannya kerana dengar tentang kelebihan luar biasanya atau hanya sekadar ikut-ikutan? Apakah mungkin mereka yang mengamalkannya itu tahu sejarah terbitnya solawat yang dinamakan Al-Fatih itu?

Solawat Al-Fatih adalah sejenis solawat yang menjadi produk tarikat Tijaniyyah. Tarikat ini diasaskan oleh Ahmad bin Muhammad bin Almukhtar At-Tijani. At-Tijani itu adalah dinisbahkan kepada sebuah kota yang bernama Tujin di Magribi. Ahmad At-Tijani ini dilahirkan tahun 1150H/1737M. Mulanya dia mengikut tarikat Al-Khulwatiyyah. Kemudian, setelah dia menetap di Kota Fas, dia membentuk tarikat sendiri.

Solawat Al-Fatih adalah antara rekaan penting tarikat ini. Kononnya solawat ini dibawakan oleh malaikat kepada Ahmad Tijani dalam lembaran daripada cahaya. Kononnya, amalan ibadat jin , manusia dan malaikat sekaliannya tidak dapat menandingi hebatnya ganjaran pahala membaca solawat ini. Kononnya, baca sekali solawat ini lebih besar pahalanya berbanding baca quran 6 ribu kali. Ia lebih besar ganjaran dari semua zikir yang diungkapkan dalam al-kaun (alam yang meliputi di sekeliling kita).

Bagi peminat solawat Al-Fatih, seharusnya ambil tahu asal muasalnya. Apa kelebihannya yang dikatakan. Lebih penting, apakah ia kelebihan itu satu yang boleh dipercayai? Sampai membacanya lebih hebat daripada baca quran 6 ribu kali! Apakah muslihat di sebalik mengadakan kelebihan seperti ini? Apakah mahu menarik ummat agar baca solawat ini dan meninggalkan Quran. Al-Quran itu kalam Allah, tanpa ragu. Namun para pengikut tarikat Tijaniyyah menulis dalam karangan-karangan mereka perkataan-perkataan Syeikh Ahmad Tijani  mengenai  kehebatan Solawat Al-Fatih. Mereka menyebutkan bahawa solawat Al-Fatih ini adalah kalam Allah!

Dalam kitab seperti di atas, pada jil 2 muka surat 139, pengarangnya Al-Fauti menyebutkan:

"Dan wajiblah orang yang berzikir dengan solawat ini mengiktikadkan bahawa ia adalah dari kalam Allah".

(Umar bin Said Al-Fauti adalah seorang tokoh dalam tarikat Tijanjiyyah. Beliau juga terkenal sebagai tokoh pejuang Senegal dalam melawan hagemoni penjajah Prancis, Pertugis dan Belanda. Masyarakat di negera-negara Afrika seperti Chad, Mali, Senegal dan lain-lain memeluk Islam melalui penyertaan dalam tarikat. Tarikat adalah jambatan untuk masuk ke dalam Islam. Tarikat Tijaniyyah dan Qodiriyyah adalah antara tarikat yang tersebar di sana. Pada masa penjajah bermaharajalela di sana, maka penyertaan dalam tarikat menjadi medium dakwah dan gerakan kebangkitan rakyat. Antara tokoh tarikat yang berjuang melawan penjajah ialah Umar bin Said Al-Fauti yang dipanggil sebagai Khalifah Al-Muslimin. Beliau mengasaskan daulah Massena.


Berkenaan tariqat Tijani ini, dalam kitab Al-Fikr As-Sufi, oleh Abd Rahman Abd Khaliq, disenaraikan beberapa perkara yang menjadi pokok persoalan mengenai kemustaqiman tarikat ini di atas jalan sunnah nabi SAW:

1) Keyakinan mereka terhadap wuhdatul wujud dan kesatuan agama-agama( Liberalisma agama)

-Lihat Jawahirul Ma'ani oleh Ahmad bin Harazim (penulis terkenal dalam tarikat Tijani)

2) Melebihkan solawat fatih di atas Al-Quran.



-Lihat Jawahirul Ma'ani  Jil 1 ms 94- baca sekali Solawat Al-Fatih lebih baik dari baca 6 ribu kali Quran Al-Karim.

3) Dakwaan bahawa pengikut tarikat Tijani akan masuk syurga walaupun ahli maksiat.




4) Dakwaan bertemu Rasulullah secara Yaqazah dan mengambil ilmu dan ajaran daripadanya.


5) Kemelampauan dalam tawassul dan istighasah kepada kubur dan wali-wali keramat.

6) Mengangkat diri oleh Ahmad Tijani di atas semua para wali.

7) Zikir-zikir rekaan( Seperti zikir JAUHARATUL KAMAL)



Bagi penggemar solawat Al-Fatih, perlulah kenal dahulu tarikat Tijaniyyah dan segala kepincangan di dalamnya. Hendaklah mengkaji dan membaca sumber-sumber dalam tarikat itu sendiri atau merujuk kepada bahan-bahan yang telah dikeluarkan oleh para ahli dalam kajian . Kita tidak boleh menjadi burung tiung yang tidak mengerti apa yang dibicarakan. Fikiran kita hendaklah sentiasa aktif dan mencari kebenaran. Kita tidak mahu beragama dengan agama yang berbaur keruh di muara. Kita perlu sentiasa menoleh sejauh mungkin agama ini hatta ke zaman nabi dan para sahabat. Kita perlu menela'ah rantaian para ulama yang terpercaya di kalangan ummat ini. 

Ingatlah ...di wilayah utara Afrika itu, telah lahir pelbagai aliran sepanjang sejarah. Kelihatannya, buminya subur untuk para dajjal yang menyesatkan. Selamatlah siapa yang selamat dan sesatlah siapa yang sesat. Cuba baca tentang ajaran nabi palsu di sana yang bernama Saleh bin tarif. Demikian juga Hamin Ibn Mannallah. Betapa ajaran khawarij Sofariyyah pernah bersiponggang di sana. Betapa sukarnya sunnah nabi ditegakkan di sana pada zaman Murabitun. Dakwah di sana sentiasa berdepan dengan cabaran.

Jangan mudah tertarikh dengan cerita muluk dari Maghribi!



Friday, January 6, 2023

Nabi berpesan, ambil iktibar.

 Bukankah Nabi SAW ada bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud (No Hadis:4302):

دعوا ­­­الحبشة ما ودعوكم، واتركوا الترك ما تركوكم

" Biarkan Habsyah selama mana mereka tidak ganggu kamu. Tinggalkan Turki selama mana mereka tinggalkan kamu".

Namun, pesanan ini tidak menjadi pedoman bagi penguasa Islam ddalam kerajaan Khawarizmi. Sejak awal penubuhan kerajaan ini, sudah ada pergeseran dengan bangsa Turk dari wilayah Mongol hinggalah apa yang berlaku pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Khawarizmi Syah. Ina menjadi kemuncak yang menyebabkan bangsa Mogol melancarkan serangan ke wilayah Khawarizmi dan kemudiannya menyaksikan jatuhnya satu demi satu kota-kota orang Islam, hatta ke Baghdad!

Renungkanlah perinstiwa sejarah dan hisablah kecuaian sendiri. Pada peristiwa sedemikian adalah iktibar yang boleh kita jadikan sempadan dalam mendepani tribulasi di depan kita, pada hari-hari mendatang.




Saturday, October 15, 2022

DARI ADAM A.S HINGGA MUHAMMAD SAW

Berapa ribu tahun masanya antara Nabi Adam hingga nabi Muhammad SAW? Itu mungkin pertanyaan yang melintas dalam fikiran kita. 

Untuk menetapkan secara tepat memang sukar. Namun, menggabungkan beberapa riwayat soheh, kita akan mendapat gambarannnya.

Tempoh antara Adam hingga Nuh.

روى الحاكم والطبراني عن أبي أمامة رضي الله عنه: أن رجلاً قال: يا رسول الله! أنبي كان آدم؟ قال: "نعم، مُعلَّمٌ مُكلَّمٌ ". قال: كم بينه وبين نوح؟ قال: " عشرة قرون ". قال: كم كان بين نوح وإبراهيم؟ قال: " عشرة قرون ". قالوا: يا رسول الله! كم كانت الرسل؟ قال: "ثلاث مئة وخمسة عشر، جمّاً غفيراً".

 صححه الألباني.

Hadis menyebutkan tempoh masa antara Nabi Adam hingga Nuh ialah 10 kurun.

Persoalannya, 10 kurun itu bersama dengan berapa tahun? Apakah satu kurun bersamaan 100 tahun? Apakah perkataan kurun yang seringkali disebutlan dalam kurun difahami dengan tempoh amsa 100 tahun?

Tempoh masa antara Nabi Isa A.S dengan nabi Muhammad SAW:

روى البخاري عن سلمان الفارسي قال: 
فترة بين عيسى ومحمد عليهما الصلاة والسلام ستمائة سنة.

Dijelaskan dalam hadis ini bahawa tempoh antara nabi Isa ke zaman nabi Muhammad SAW adalah 600 tahun.

Sekarang , tingga lagi kita mencari riwayat-riwayat yang menyebutkan tempoh masa antara zaman Nuh ke zaman nabi Ibrahim, Zaman nabi Ibrahim ke zaman Nabi Musa dan zaman nabi Musa ke zaman nabi Isa. Jika tempo tiga fasa ini selesai, dapatlah kita rumuskan tempoh amsa antara Adam hingga nabi Muhammad SAW.

Itulah masalahnya. Hendak mencari fakta yang tepat dan meyakinkan, memang sukar. Namun sekadar anggaran yang menghampiri ketepatan bersandarkan sumber, boleh rujuk perkataan Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya:

فَذَكَرَ مُحَمَّدُ بْنُ سَعْدٍ فِي كِتَابِ "الطَّبَقَاتِ" عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كَانَ بَيْنَ مُوسَى بْنِ عِمْرَانَ وَعِيسَى بْنِ مَرْيَمَ عَلَيْهِمَا السَّلَامُ أَلْفُ سَنَةٍ وَسَبْعُمِائَةِ سَنَةٍ، وَلَمْ يَكُنْ بَيْنَهُمَا فَتْرَةٌ، وَأَنَّهُ أُرْسِلَ بَيْنَهُمَا أَلْفُ نَبِيٍّ مِنْ بني إسرائيل سِوَى مَنْ أُرْسِلَ مِنْ غَيْرِهِمْ. وَكَانَ بَيْنَ مِيلَادِ عِيسَى وَالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُمِائَةِ سَنَةٍ وَتِسْعٌ وَسِتُّونَ سَنَةً، بُعِثَ فِي أَوَّلِهَا ثَلَاثَةُ أَنْبِيَاءَ، وَهُوَ قَوْلُهُ تَعَالَى:" إِذْ أَرْسَلْنا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُما فَعَزَّزْنا بِثالِثٍ" [يس: 14] وَالَّذِي عُزِّزَ بِهِ" شَمْعُونُ" وَكَانَ مِنَ الْحَوَارِيِّينَ. وَكَانَتِ الْفَتْرَةُ الَّتِي لَمْ يَبْعَثِ اللَّهُ فِيهَا رَسُولًا أَرْبَعَمِائَةِ سَنَةٍ وَأَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ سَنَةً. وَذَكَرَ الْكَلْبِيُّ أَنَّ بَيْنَ عِيسَى وَمُحَمَّدٍ عَلَيْهِمَا السَّلَامُ خمسمائة سنة وتسعا وستين، وَبَيْنَهُمَا أَرْبَعَةُ أَنْبِيَاءَ، وَاحِدٌ مِنَ الْعَرَبِ مِنْ بَنِي عَبْسٍ وَهُوَ خَالِدُ بْنُ سِنَانَ. قَالَ القشيري: ومثل هذا مما لم لَا يُعْلَمُ إِلَّا بِخَبَرِ صِدْقٍ. وَقَالَ قَتَادَةُ: كَانَ بَيْنَ عِيسَى وَمُحَمَّدٍ عَلَيْهِمَا السَّلَامُ سِتُّمِائَةِ سنة، وقاله مقاتل، والضحاك، ووهب بن مُنَبِّهٍ، إِلَّا أَنَّ وَهْبًا زَادَ عِشْرِينَ سَنَةً. وَعَنِ الضَّحَّاكِ أَيْضًا أَرْبَعُمِائَةٍ وَبِضْعٌ وَثَلَاثُونَ سَنَةً. وَذَكَرَ ابْنُ سَعْدٍ عَنْ عِكْرِمَةَ قَالَ: بَيْنَ آدَمَ وَنُوحٍ عَشَرَةُ قُرُونٍ، كُلُّهُمْ عَلَى الْإِسْلَامِ. قَالَ ابْنُ سَعْدٍ: أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ وَاقِدٍ الْأَسْلَمِيُّ عَنْ غَيْرِ وَاحِدٍ قَالُوا: كَانَ بَيْنَ آدَمَ وَنُوحٍ عَشَرَةُ قُرُونٍ، وَالْقَرْنُ مِائَةُ سَنَةٍ، وَبَيْنَ نُوحٍ وَإِبْرَاهِيمَ عَشَرَةُ قُرُونٍ، وَالْقَرْنُ مِائَةُ سَنَةٍ، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى بْنِ عِمْرَانَ عَشَرَةُ قُرُونٍ، وَالْقَرْنُ مِائَةُ سَنَةٍ، فَهَذَا مَا بَيْنَ آدَمَ وَمُحَمَّدٍ عَلَيْهِمَا السَّلَامُ مِنَ الْقُرُونِ وَالسِّنِينَ. 
وَاللَّهُ أَعْلَمُ.

Sumber ini menyatakan:

  • Antara nabi Musa hingga nabi Isa ialah: 1700 tahun
  • Antara kelahiran nabi Isa hingga dan kelahiran nabi SAW ialah 569 tahun ( Kurang 31 tahun berbanding riwayat dalam Saheh Bukhari)
  • Antara Adam hngga Nuh 10 kurun dan 1 kurun itu ditetapkan 100 tahun. Bermakna 1000 tahun.
  • Sementara antara Nuh hingga Ibrahim adalah 10 kurun dan 1 kurun menyamai 100 tahun. Bermakna ianya 1000 tahun.
  • Demikian pula zaman antara Ibrahim hingga Musa adalah 10 kurun iaitu 1000 tahun.


Jadi kesimpulannya:


1000 tahun (Adam-Nuh) + 1000 tahun (Nuh-Ibrahim) + 1000 tahun (Ibrahim ke Musa) + 1700 tahun (Musa ke Isa) + 600 tahun (Isa - Muhammad SAW) = 5300 tahun.


Apa yang disebut tentang angka-angka di atas, mungkin tidak termasuk umur yang nabi-nabi itu hidup. Tempoh antara mereka itu kita andaikan antara matinya yang sebelumnya dan lahirnya yang berikut.

Nabi Adam sendiri umurnya disebutkan 1000 tahun. Hanya ada hadis yang menyebutkan potong 40 tahun kerana bagi kepada nabi Daud a.s.

Hadisnya:

إن الله عز وجل لما خلق آدم مسح ظهره فأخرج منه ما هو من ذراري إلى يوم القيامة، فجعل يعرض ذريته عليه فرأى فيهم رجلا يزهر، فقال: أي رب من هذا؟ قال: هذا ابنك داود، قال: أي رب كم عمره؟ قال: ستون عاما، قال رب: زد في عمره. قال: لا، إلا أن أزيده من عمرك، وكان عمر آدم ألف عام. فزاده أربعين عاما، فكتب الله عز وجل عليه بذلك كتابا وأشهد عليه الملائكة، فلما احتضر آدم وأتته الملائكة لتقبضه قال: إنه قد بقي من عمري أربعون عاما، فقيل إنك قد وهبتها لابنك داود قال: ما فعلت، وأبرز الله عز وجل عليه الكتاب وشهدت عليه الملائك

رواه أحمد واللفظ له عن ابن عباس والترمذي، وصححه عن أبي هريرة. ورواه ابن خزيمة وابن حبان والحاكم، وقال الحاكم: صحيح على شرط مسلم. ووافقه الذهبي.


Nabi Nuh disebutkan dalam Quran bahawa dia tinggal bersama kaumnya (berdakwah ) selama 950 tahun. Mungkin umurnya 1000 tahun. Kepastian muktamad tentang umur Nuh ini tidak dapat dibuktikan dengan dalil. Ada pendapat yang berbeza. Berikut adalah pandnagan yang dinukilkan tentang umur Nuh Alaihissalam.

a) Perkataan Qotadah sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya: 950 tahun
(Sebelum jadi nabi 300 tahun. Bedakwah 300 tahun. Selepas banjir 350 tahun.

b)  Pendapat Ibn Abbas seperti dinukilkan oleh As-Suyuthi dalam Ad-Durrul Manthur: 1050 tahun.
( Allah mengutuskan Nuh nadi rasul pada usia 40 tahun kemduian dia berdakwah selama 950 tahun dan selepas banjir dia hidup selama 60 tahun)

c) Perkataan Ka'ab Al-Ahbar sepertimana dinukilkan oleh Ibn Abi hatim dalam tafsirnya: 1020 tahun.
(Nabi Nuh hidup bersama kaumnya-Termasuk sebelum jadi nabi hingga banjir selama 950 tahun dan selepas banjir dia hidup lagi 70 tahun)

d) Perkataan Wahab bin Munabbih yang menyandarkannya kepada Ibn Abbas: 1400 tahun

d) Pendapat Aun bin Abi Syaddad: 1650 tahun.
( Nuh jadi nabi masa umurnya 53 tahun lalu berdakwah selama 950 tahun dan hidup selepas banjir selama 350 tahun)

e) Pendapat Ikrimah: 1700 tahun.

Ibn Kathir ketika membawa pelbagai pendapat tersebut mengatakan ianya ganjil dan yang paling dekat denagn kebenaran adalah pendapat Ibn Abbas iaitu 1050 tahun.


Nabi Ibrahim pula hidup selama 120 tahun.

Nabi Musa juga hidup selama 120 tahun.

Nabi Isa sewaktu diangkat naik ke langit berumur 33 tahun.

Jika dihitung umur semua nabi-nabi yang berada di antara tempoh tadi jadilah tahunnya sebanyak:

1000+1000+120+120 +33 =2273 tahun

Maka anggaran masa antara Adam hingga nabi Muhammad SAW andalah:

5300 tahun + 2273 tahun =7573 tahun.

Maka ditambah dengan tempoh masa dari zaman nabi Muhammad ke zaman kita  ini pula ialah:

1444 tahun ( tahun hijrah nabi) + 53 (umur nabi masa hijrah)=1497 TAHUN.

Maka, tempoh habitat manusia di muka bumi setakat tahun ini adalah  baru 9070 tahun sahaja!


Kiraan tempoh-tempoh di atas adalah sebuah anggaran. Tidaklah tepat setepatnya.  Namun, tidaklah lari jauh. Tidak logik kalau hendak dikatakan manusia hidup di bumi sudah 40 ribu tahun lebih sepertimana satu qaul yang pernah saya dengar.

Ada beza antara anggaran tahun berdasarkan teks-teks agama dengan apa yang diteorikan oleh para arkeologis. kalau ikut teks-teks agama, umur manusia di bumi tidak lebih 10 ribu tahun.

Namun, ada kajian yang menyebutkan teori bahaw aumur mansuia di bumi telah menjangkau jutaan tahun. Kajian atas kesan kapal nabi Nuh di gunung Ararat, Turki mengandaikan usianya adalah 90 ribu tahun.

Setinggi-tinggi  pandangan ulama Islam tentang umur manusia di bumi adalah 40 ribu tahun.

Monday, September 12, 2022

AL-MA'MUN BIN ZINNUN

Matinya Al-Ma'mun bin Zinnun raja kerajaan Tulaitilah pada tahun 467H dan dia digantikan dengan cucunya iaitu Yahya bin Ismail bin Yahya bin Zinnun dan menggunakan gelaran Al-Qadir Billah. Namun cucunya ini adalah seorang yang keji dan buruk wawasannya. Beliau kurang pengalaman  pemerintahan , maka bagaimana dia hendak meneruskan legasi datuknya.

Al-Ma'mun masa pemerintahannya, dia punya dua wazir yang cekap iaitu Ibn Al-Faraj dan Ibn Al-Hadidi. Kedua-dua mereka mempunyai potfolia masing-masing. Urusan ketenteraan berada di bawah Ibn Al-Faraj sementara Ibn Al-Hadidi menguruskan soal mesyuarat dan pandangan-pandangan pemerintahan. 

Namun Al-Qadir Billah banyak dipengaruhi oleh khadam-khadamnya serta wanita-wanita istana. Mereka menghasutnya agar menyingkirkan Ibn Al-Hadidi maka Al-Qadir Billah pun merencana satu rancangan jahat ke atasnya. Dia mengeluarkan sejumlah banduan yang dulu, zaman datuknya dipenjara atas nasihat Ibn Al-Hadidi. Dia membawa mereka ke dalam majlisnya dan dijemput juga Ibn Al-Hadidi bersama. Ketika melihat para banduan tersebut, sedarlah Ibn Al-Hadidi mengenai musibah yang bakal menimpanya. Dia cuba minta minta perlindungan daripada Al-Qodir Billah, namun dia tidak mempedulikannya. Dia biarkan para banduan itu membunuhnya  dan selepas itu dia memerintahkan agar harta-harta dan rumahnya dirampas. Kejadian ini direkodkan berlaku pada awal bulan Zulhijjah tahun 468H.

Bak kata pepatah, bagai melepas anjing tersepit, itulah yang berlaku kepada Al-Qadir Billah. Para banduan yang mulanya menjadi orang yang menyokongnya kemudian bertukar jadi musuhnya. Mereka masih menyimpan dendam kepada datuk Al-Qadir Billah yang memenjarakan mereka pada masa lalu. Lalu kebencian itu tidak dapat mereka padamkan untuk cucunya pula.

Dalam pada itu negeri yang dulunya bawah kekuasaan Tulaitilah mula mengistharkan kemerekaan masing-masing. Negeri Sarqutas (Zaragoza) yang diperintah oleh Ibn Hud tidak lagi mahu berada di bawah Tulaitilah. Demikian pula raja Balansah (Valencia), Abu bakar bin Abdul Azizi juga istiharkan kemerdekaannya. Raja kerajaan Kristian pula sedang menanggk di air keruh. Al-Qadir Billah mencari sekutu dengan raja-raja Kristian untuk melaan raja-raja yang sama agama dengannya.


Ya wailah!

Raja-raja muslim yang berwalakkan orang Nasrani....akhirnya menanggung akibat terburuk dalam sejarah.

Sunday, September 11, 2022

Kejatuhan kerajaan Bani Umayyah di Andalus

Islam bertapak di Andalusia apabila Toriq bin Ziyad yang merupakan panglima tentera gabenor Musa bin Nusair di Afrika Utara, menyemberang selat Gibraltar dan mula menguasai tanah Andalusia pada tahun 92H. Tentera Islam melebarkan kekuasaan dan menguasai banyak wilayah di Andalusia sehinggalah tahun 114, apabila berlaku perang Bilatus Syuhadaa yang menyaksikan kekalahan tentera Islam di tangan tentera Perancis.

Maklumat dirujuk kepada: 

Kebangkitan dan Kejatuhan Dinasti Umayyah di Andalus


Kerajaan Bani Umayyah di Andalusia secara rasminya berlansung sampai tahun 422H=1031M. Sejak ia diasaskan pada tahun 138H=756M oleh Abdurrahman Ad-Dakhili, ia telah mencipta banyak kemajuan dan sejarah yang gemilang. Para pemerintah Andulusia bertahta di Qardoba dan memakai gelaran amir. Hingga masa pemerintahan Abdurrahman An-Nasir, beliau menggunakan gelaran amirul mukminin dan mengasaskan pemerintahan berbentuk khilafah.


Para ulama Sunni yang ada di Andalus ketika itu menfatwakan keharusan ada 2 khalifah  dengan syarat negara mereka jauh dan tidak berlaku pertembungan. Keperluan wujudnya khalifah di Andalus pada masa itu juga didorong oleh kelemahan Daulah Abbasiyyah di Baghdad dan ditambah pula dengan kemunculan Daulah Fatimiyyah Syiah Ismailiyyah yang menggenderang selogan atas nama pemerintahan khilafah Fatimiyyah.

Friday, September 9, 2022

WANITA DESIGNER KERAJAAN MURABITUN

Kehebatan kerajaan Murabitun tidak dapat diceraikan dengan watak Amirul Muslimin Yusuf bin Tasyafin.  Namun, kehebatan Yusuf bin Tasyafin tidak harus dibangunkan atas peribadinya sendiri semata-mata. Ada seorang wanita hebat di belakangnya yang menajdi penasihatnya dan penyalur inspirasi buatnya. Wanita itu bernama Zainab An-Nafzawiyyah

Siapakah Zainab An-Nafzawiyyah?

Baca: https://www.aljazeera.net

Seorang ahli sejarah Maghribi bernama Ahmad bin Khalid An-Nasiri menyebutkan bahawa Zainab An-Nafzawiyyah  telah berkawin dengan 3 orang pemimpin sebelum kali ke-4 dengan Yusuf bin Tasyaffin. Dia punya pengalaman dan ilmu yang luas dalam politik hasil pergaulannya dengan suami-suaminya. Pemimpin-pemimpin yang pernah jadi suaminya ialah:

  1. Ali bin Abdurrahman bin Wattasy
  2. Luqut bin Yusuf bin Ali Al-Maghrawi, pemguasa di Aghmat.
  3. Abu Bakar bin Umar Al-Lamtuni
  4. Yusuf bin Tasyafin

Kemunculan Murakesh sebagai ibu kota pemerintahan kerajaan Murabitun adalah cetusan idea dan pelan serta  nasihat daripada Zainab An-Nafzawiyyah. Hal ini diakui oleh Yusuf bin Tasyafin dalam beberapa kenyataannya yang direkodkan di hadapan para pemuka kerajaan Murabitun.Zainab An-Mafzawiyyah juga amat cemerlang dan berwawasan jauh ketika menasihati suaminya Yusuf bin Tasyafin tentang bagaimana cara berdepan dengan Abu Bakar bin Umar Al-Lamtuni yang pulang daripada misinya di gurun Afrika sehingga keinginan Abu Bakar bin Umar Al-Lamtuni untuk menyingkirkan Yusuf bin Tasyafin dari posisinya sebagai pemimpin Murabitin dipadamkan.



CAMPURTANGAN WANITA DALAM PEMERINTAHAN

Campurtangan wanita dalam pemerintahan banyak mendatangkan musibah. Dalam rangkaian sejarah, banyak contoh yang boleh diangkat untuk mengiyakan dakwaan ini. Kali ini aku bawakan satu nama yang aku temui dalam pembacaanku  mengenai detik-detik kemusnahan kerajaan yang pernah melakar sejarah di bumi Andalus. Kerajaan bani Umayyah yang diasaskan oleh Abdurrahman Ad-Dakhil.

Alkisah, ketika Al-Hakam Al-Mustansir  menjadi khalifah Umayyah di tanah Andalusia yang beribukota di Cardoba, dia ada seorang hamba perempuan bernama Subuh dan digelar Subuh Basque ( Arabic: Subuh Al-Baskanjiyyah). Beliau juga dikenali dengan nama Aurora. Kerana kepintarannya, Khalifah Al-Hakam II yang digelar Al-Mustansir itu sayang kepadanya dan memberikan perhatian yang lebih kepadanya.

Aurora ini akhirnya banyak terlibat dalam soal pemerintahan. Atas nasihatnyalah, dilantik seornag bernama Al-Mansur bin Abi Amir untuk satu jawatan yang dinamakan HAJIB. Ia semacam wakil kepada khalifah dalam soal pemerintahan.

Dengan Subuh ini, Khalifah Al-Hakam dapat anak bernama Hisyam. Atas permintaan Subuh, pada usia seawal 11 tahun Hisyam sudah diangkat jadi putera mahkota. Ada kaloborasi yang kuat antara Subuh dengan Al-mansur yang menjawat jawatan HAJIB. Subuh membekalkan Al-Mansur dengan wewenang kewangan agar dengan itu posisi anaknya sebagai pengganti khalifat berjalan mulus. Akhirnya Al-Mansur jadi sangat berkuasa dan selepas kematiian Al-Hakam, Hisyam hanya jadi khalifah pada nama sahaja.  Jawatan HAJIB itu kemudian jadi warisan anaknya sendiri dan inilah yang membawa kepada muncul HAJIB yang meruntuhkan kerajaan Bani Umayyah di Andalusia, iaitu Abdurrahman Sanjul bin Almansur.

Meneliti kisah ini, amat disayangkan sekali. Sebuah kerajaan besar di Andalusia berakhir tragis. Mungkin ada banyak faktor yang boleh dipertanggungjawabkan. Namun, penglibatan Subuh pada saat akhir kerajaan ini menjadi asam garam yang menambahkan pedih luka. Ia menatijahkan persepsi bahawa perempuan kalau turun tangan dalam soal pemerintahan, akan menambahkan cepatnya hancur pemerintahan itu. 


Subuh Al-Baskanjiyyah adalah sebuah model musibah ini dalam sejarah!

Berdikit-dikit dalam ilmu

Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat...