Friday, September 9, 2022

CAMPURTANGAN WANITA DALAM PEMERINTAHAN

Campurtangan wanita dalam pemerintahan banyak mendatangkan musibah. Dalam rangkaian sejarah, banyak contoh yang boleh diangkat untuk mengiyakan dakwaan ini. Kali ini aku bawakan satu nama yang aku temui dalam pembacaanku  mengenai detik-detik kemusnahan kerajaan yang pernah melakar sejarah di bumi Andalus. Kerajaan bani Umayyah yang diasaskan oleh Abdurrahman Ad-Dakhil.

Alkisah, ketika Al-Hakam Al-Mustansir  menjadi khalifah Umayyah di tanah Andalusia yang beribukota di Cardoba, dia ada seorang hamba perempuan bernama Subuh dan digelar Subuh Basque ( Arabic: Subuh Al-Baskanjiyyah). Beliau juga dikenali dengan nama Aurora. Kerana kepintarannya, Khalifah Al-Hakam II yang digelar Al-Mustansir itu sayang kepadanya dan memberikan perhatian yang lebih kepadanya.

Aurora ini akhirnya banyak terlibat dalam soal pemerintahan. Atas nasihatnyalah, dilantik seornag bernama Al-Mansur bin Abi Amir untuk satu jawatan yang dinamakan HAJIB. Ia semacam wakil kepada khalifah dalam soal pemerintahan.

Dengan Subuh ini, Khalifah Al-Hakam dapat anak bernama Hisyam. Atas permintaan Subuh, pada usia seawal 11 tahun Hisyam sudah diangkat jadi putera mahkota. Ada kaloborasi yang kuat antara Subuh dengan Al-mansur yang menjawat jawatan HAJIB. Subuh membekalkan Al-Mansur dengan wewenang kewangan agar dengan itu posisi anaknya sebagai pengganti khalifat berjalan mulus. Akhirnya Al-Mansur jadi sangat berkuasa dan selepas kematiian Al-Hakam, Hisyam hanya jadi khalifah pada nama sahaja.  Jawatan HAJIB itu kemudian jadi warisan anaknya sendiri dan inilah yang membawa kepada muncul HAJIB yang meruntuhkan kerajaan Bani Umayyah di Andalusia, iaitu Abdurrahman Sanjul bin Almansur.

Meneliti kisah ini, amat disayangkan sekali. Sebuah kerajaan besar di Andalusia berakhir tragis. Mungkin ada banyak faktor yang boleh dipertanggungjawabkan. Namun, penglibatan Subuh pada saat akhir kerajaan ini menjadi asam garam yang menambahkan pedih luka. Ia menatijahkan persepsi bahawa perempuan kalau turun tangan dalam soal pemerintahan, akan menambahkan cepatnya hancur pemerintahan itu. 


Subuh Al-Baskanjiyyah adalah sebuah model musibah ini dalam sejarah!

No comments:

Post a Comment

Dengar Quran atau Nyanyian

Anda mintalah fatwa kepada hanti anda. Bagaiimana kedudukan iman anda. Jika hanti anda, sewaktu dengar nyanyian rasa bahagia dan senang seka...