Berkata Abdullah bin Al-Mubarak sebagaimana dinaqalkan dalam Al-Bidayah Wan Nihayah (8/139) oleh Ibn Kathir:
"Mu'awiyah menurut kami merupakan cubaan (Mehnah). Barangsiapa kami lihat dia berpandangan keji terhadap Mu'awiyah, kami tuhmah dia sebagai pembenci sahabat nabi".
Dinaqalkan juga perkataan Ar-Rabi' bin Nafi' Al-Halbi dalam Al-bidayah Wan Nihayah (8/139) oleh Ibn Kathir:
"Mu'awiyah itu adalah tirau buat sahabat-sahabat Muhammad SAW. Apabila ada seseorang berani menyelak tirai itu, dia akan jadi berani ke atas apa yang ada dibelakang tirai itu".
KISAH DUSTA ATAS MUA'WIYAH
Terdapat riwayat dalam beberapa sumber bahawa Mua'wiyah melantik anaknya Yazid sebagai Khalifah sesudahnya atas usulan Al-Mughirah bin Syu'bah. Al-Mughirah bin Syu'bah lakukan bai'ah atas Yazid kerana Muawiyah bercadang memecatkan daripada jawatan gabenor Kufah dan menggantikannya dengan Sa'ad bin Al-As. Kerana melihat Al-Mughirah membawa fikrah melantik anaknya sebagai khalifah sebagai idea cemerlang, maka Mua'wiyah pun mengembalikan posisi Al-Mugirah sebagai gabenor Kufah.
Cerita ini diriwayat menerusi jalan sanad yang sangat daif.
Al-Mughirah disifatkan sebagai pencetus kepada fikrah yazid sebagai pengganti Mu'awiyah. Padahal, semasa Hasan bin Ali menyerahkan kekhilafahan kepada Mu'awiyah, Mua'wiyah telah menyetujui untuk menyerahkan semula sesudahnya kepada Hasan. Apabila hasan meninggal, kedudukan dan tumpuan Mua'wiyah buat anaknya Yazid pun bertambah kuat. Dalam keadaan itu datanglah fikrah Al-Mughirah bin Syu'bah buat melantik Yazid. Perlu diketahui bahawa hasan meninggal pada tahun 50H.
No comments:
Post a Comment