Disebutkan dalam sebuah hadis:
عن أبي سعيد الخدْري رضي الله عنه:" أنَّهُ لَمَّا حَضَرَهُ المَوْتُ دَعَا بِثِيَابٍ جُدُدٍ فَلَبِسَهَا ثُمَّ قالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: إنَّ المَيِّتَ يُبْعَثُ في ثِيَابِهِ التي يَمُوتُ فيهَا
" Daripada Abu Sa'id Al-Khudri R.A pada saat dia hendak mati, dimintanya agar dia dipakaikan pakaian baru lalu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang mati itu akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan pakaian yang dia mati dengannya".
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan Al-Hakim dan dinilai Saheh oleh Al-Bani)
Hadis ini menimbulkan satu kemusykilan dalam memahaminya. Ini kerana terdapat hadis-hadis lain yang menyebutkan bahawa orang yang dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan berkaki ayam, telanjang dan tidak berkhatam seperti hadis riwayat Aisyah R.A dalam saheh Bukhari dan Muslim:
قالت: سَمِعْتُ رَسُول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: "يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً، عُرَاةً، غُرْلًا" قُلْتُ: يَا رَسُول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم النِّسَاءُ وَالرِّجَالُ جَمِيعًا يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ، قَالَ: "يَا عَائِشَةُ الْأَمْرُ أَشَدُّ مِنْ أَنْ يَنْظُرَ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ
Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa orang pertama yang diberikan pakaian adalah nabi Ibrahim A.S
وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم: "إِنَّكُمْ مَحْشُورُونَ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا ثُمَّ قَرَأَ ﴿ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ ﴾، وَأَوَّلُ مَنْ يُكْسَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِبْرَاهِيمُ
Maka itu memahami maksud hadis riwayat Abu Sa'id Al-Khudri tersebut , Imam Albaihaqi telah memberi 3 cara memahaminya iaitu:
1) Pakaian orang yang mati itu akan musnah bila mereka keluar dari kubur mereka dan mereka akan berada dalam keadaan telanjang sebelum diberikan pakaian dari syurga.
2) Mula-mula dibangkitkan mereka dalam keadaan telanjang, kemudian para nab-nabi diberikan pakaian. Setelah itu para Siddiqin dipakaikan pakaian mereka. Setiap orang dipakaikan pakaian mengikut martabatnya dengan pakaian yang dia mati dengannya. Kemudian barulah dipakaikan pakaian dari syurga.
3) Manusia dibangkitkan dalam keadaan telanjang. Maksud pakaian dalam hadis Abu Sa'id tersebut adalah amalan yang seseornag mati dengannya. Terdapat dalil-dalil al-Quran yang menyifatkan amalan sebagai pakaian seperti dalam Surah Al-A'raf: 26 dan Al-Mudassir:4.
No comments:
Post a Comment