Monday, February 16, 2026

Tanduk Syaitan dari Timur

 Pihak yang menuduh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sebagai Khawarij dan penyebar fitnah dan perpecahan, antara lain berdalilkan hadis nabi yang menyebutkan bahawa "Tanduk Syaitan" yang nabi SAW maksudkan adalah Najad, tempat di mana bermulanya gerakan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. 

Mereka seolah-olah melupakan fakta geografi  yang menunjukkan bahawa TIMUR Madinah adalah Iraq dan bukan kawasan Najad di Arab Saudi. Kalimah "masyriq" yang sering disebutkan dalam hadis sebagai tempat terbitnya fitnah  adalah merujuk kepada sebelah Iraq dan seterusnya. 


Episod sejarah sesudah Nabi SAW wafat membuktikan  kemelut fitnah yang berlegar dan terbit dari sebelah Iraq. Perang Al-Jamal, Siffin kemunculan dajal . kedatangan tentera Moghol, kelahiran firqah sesat seperti Bahai, Qodyani, Druz, Ismailiyyah , Qoramitah dan lain-lainya banyak terpancar dari belahan bumi sebelah Timur.

Timur Madinah, bukan timur mengikut titik di mana kita letakkannya. Sebab nabi berkhutbah masa irtu dan menyebutkannya di kota madinah.

 Dalam Saheh Muslim, Abdullah bin Umar meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:

 إنَّ الفِتنةَ تَجيءُ مِن هاهنا -وأومَأ بيَدِه نَحوَ المَشرِقِ- مِن حَيثُ يَطلُعُ قَرنا الشَّيطانِ وأنتُم يَضرِبُ بَعضُكُم رِقابَ بَعضٍ، وإنَّما قَتَلَ موسى الذي قَتَلَ مِن آلِ فِرعَونَ خَطَأً، فقال اللهُ عزَّ وجلَّ له: {وقَتَلتَ نَفسًا فنَجَّيناك مِنَ الغَمِّ وفَتَنَّاك فُتونًا}.
“Sesungguhnya fitnah akan datang dari arah sana – Baginda memberi isyarat dengan tangannya ke arah timur (masyriq) – iaitu dari tempat terbitnya dua tanduk syaitan. Ketika itu, kamu akan saling memenggal leher antara satu sama lain. Dan sesungguhnya Musa telah membunuh seorang daripada kaum Fir‘aun tanpa sengaja. Lalu Allah عز وجل berfirman kepadanya: ‘Dan engkau telah membunuh satu jiwa, lalu Kami selamatkan engkau daripada kesusahan dan Kami uji engkau dengan pelbagai ujian.’

 Hadis-hadis yang menyebutkan fitnah terbit dari sebelah Masyriq adalah umum merujuk kepada rantau sebelah timur. Secara fakta sejarah, tragedi banyak berlegar di kawasan Iraq dan daerah Khurasan. Namun, kerana faktor politik, hadis itu ditafsirkan secara khusus ke pada daerah Najd dalam Atab Saudi dan dikaitkan dengan gerakan dakwah Muhammad bin Abdul Wahab. Ulama tanah Hijaz yang lahir selepas tragedi Tafif (1803)  dan penaklukan Makkah, mengingati paristiwa itu dan membina persepsi agama yang dipengaruhi politik. Sementelahan pengaruh Kerajaan Othmaniyyah sebagai kuasa dominan serantaui membentuk arus perdana pandangan politik dan membawa kepada penarikan takwilan hadis sesuai dengan kehendak.


















No comments:

Post a Comment

KERANA LIDAH TERHUMBAN KE NERAKA

 Lidah adalah anggota yang banyak manfaat tetapi banyak pula mudaratnya. Lidah boleh bawa kita ke syurga, namun ia juga boleh jadi punca ke ...