Friday, February 13, 2026

Akhlak itu mutiara angerah Tuhan.

Aku terfikir...

Apakah dakwaan kita bahawa kita beriman kepada Allah dan Rasulnya cukup menjadi kuci penyelamat buat kita di akhirat?

Betapa ramai kalangan kita yang menjalani jalan hidup orang yang hina dalam akhlak dan pergaulan. Sedangkan Nabi kita datang membawa misi menyempurnakan akhlak.

Mengaku Islam dan beriman...tetapi lidah yang dimiliki adalah lidah para syattan( pencela). Itulah kita ummat Muhammad hari ini.

Mengaku Islam, tetapi tanpa segan-segan membuat pendustaan di sosial dan menabur fitnah dan umpat keji kepada orang Islam yang lain. Itulah perangai ramai kalangan kita. Orang lain buruk di mata kita sedangkan kita rasa diri kita baik. Ya wailah...

Bermusuh dalam politik begitu dahsyat. Dalam agama juga bermusuh. Orang itu salah, yang betul adalah kiat dan perkataan kita. Kita hilang akhlak mulia yang diajarkan nenek moyang dan dihiasi dengan ajaran Nabi.

Kalau Abu Jahal bangkit lihat akhlak kita ini, dia pun keheranan. Kalau Abu Sufyan masih ada dan melihat akhlak kita ini, dia pun terkesima!

Ada cerita Abu Jahal masa kepung rumah Nabi SAW dalam misi nak bunuh Nabi. 40 orang pemuda pilihan di bawah seliaannya bersedia untuk misi pembunuhan itu. Mereka kepung menjelang malam dan tunggu hingga menjelang pagi. Mereka tidak menerobos masuk. Seorang pemuda mengusulkan kepada Abu Jahal agar mereka pecah masuk sahaja rumah Nabi. Tendang pintu , geledah dan jumpa Nabi di dalamnya, bunuh sahaja. Habis cerita. Selesai misi dengan cepat. Apa nak buang masa kepung dan tunggu masa? Alang-alang biar pongah. Alang-alang mandi biar basah. 

Tahu apa jawab Abu Jahal di Musuh Allah? Lelaki yang digelar Firaun ummat Muhammad. Jawapannya buat kita tersandar ke dinding dan mengerut dahi.

أتريد أن تقول العرب عنا أنا تسورنا الحيطان وهتكنا ستر بنات محمد؟ 


 Adakah anda mahu orang Arab mengatakan tentang kami bahawa kami memanjat dinding dan melanggar kesucian anak-anak perempuan Muhammad?

Begitu tinggi himmah Abu Jahal. Lebih tinggi himmahnya berbanding orang Islam yang menceroboh rumah orang. Orang Islam yang skodeng rumah orang. Ceh...buat malu perangai lebih rendah daripada Abu Jahal! 

Ironinya...penguatkuasa agama yang menyerbu rumah orang atas sangkaan bermaksiat, apakah dasar akhlak yang digunapakai. Tidakkah mereka belajar dari Abu Jahal?Banyaklah orang menceritakan kecerobohan mereka dalam memecahkan privasi yang tertuduh.Aku rasa tidak dapat menyetujui langkah menyerbu maksiat peribadi yang dibuat secara bersembumnyi oleh pelaku maksiat. Lainlah jika maksiat itu dibuat beramai-ramai dan diketahui masssa. Serbulah majlis gay, rumah pelacuran dan sebagainya yang menjadi syiar kemaksiatan!

Abu Jahal itu juga pernah tanpar Asma' bt Abu Bakar ketika dia tak puas hati dengan jawapan Asma' bila ditanya ke mana ayahnya dan Muhammad pergi bersembunyi. Dalam rumah Muhammad hilang dan Abu Jahal serta gerombolannya percaya Abu Bakar bersama Muhammad. Kerana menapar perempuan, Abu Jahal rasa bersalah dan dia mengikuti Asmak dan memujuknya agar jangan ebritahu orang. Dia malu kalau orang tahu Abu Jahal menampar perempuan.

Siapa kata orang Arab Jahiliyyah merendahkan perempuan? Ya ....dalam beberapa hal mungkin. Tapi perangai Abu Jahal ini menunjukkan dan sangat menjaga harga dan maruah merempuan. Hari ini, ada suami, muslim bahkan kononnya ustaz, tapi tangan selalu melayang pukul isteri. Apa ni? Apakah tidak m alu kepada Abu Jahal?

Itu Akhlak Abu Jahal. BUkan dia sahaja. Kita lihat pula Abu Sufyan. Ada kisah ketinggian himmahnya. Tatkala raja Heraklius tanya soalan kepadanya tentang Nabi Muhammad, dia menjawab dengan jujurnya Dia tidak menipu kepada Heraklius. Padahal ketika itu dia sangat berhajat memburukkan Muhammad SAW. Dia memusuhi Nabi. Apa kata Abu Sufyan???


فو الله، لولا الحياء أن يأثروا عليّ الكذب لكذبته

Demi Allah, kalaulah bukan kerana malu dituduh berbohong, nescaya aku berbohong.


Para Cybertropper banyak berbohong membela ibu susu politiknya. Ahli politik sendiri tak segan berbohong. Pembohongan dalam politik tak kenal medan dan parti. Parti Sekular maupun parti bernuansa Islam, terjerumus dalam pembohongan. Bohong kalau beri maileage kepada wadahnya, akan jadi halal. Ghayah yang baik dilalui atas jalan yang keji, tidak salah kata mereka. Sudah jadi macam kaedah Machiavelli

Akhlak itu mutiara dan bukan semua orang dapat mutiara dalam hidupnya. Untunglah kalau anda ada mutiara akhlak. Itu anugerah Allah buat anda dan anda akan punyak kedudukan terhormat dalam dunia setelah anda mati. Itu adalah ziyadah. baik muslim dan kafir akan menikmati ziadah dalam dunia. Bagi yang mukmin, akan mendapat Alfauz di akhirat.




No comments:

Post a Comment

Akhlak itu mutiara angerah Tuhan.

Aku terfikir... Apakah dakwaan kita bahawa kita beriman kepada Allah dan Rasulnya cukup menjadi kuci penyelamat buat kita di akhirat? Betapa...