Showing posts with label Kepercayaan Syiah. Show all posts
Showing posts with label Kepercayaan Syiah. Show all posts

Wednesday, January 7, 2026

AKIDAH AL-BADA' DI SISI SYIAH

 Al-Bada' (   ) adalah salah satu akidah teras dalam ajaran Syiah Imam 12. Maksud Al-bada' ialah zahior selepas tersembunyi. Ia difahami bahawa ada pandangan baru yang mana sebelumnya tiada. Apabila keadaan ini dikaitkan dengan ilmu Allah, ia memberi implikasi bahawa ilmu Allah SWT itu didahului dengan kejahilan. Dengan kata lain, dulunya Allah tidak tahu, kemudian setelah berlalu masa, baru Allah tahu. 

Ini mustahil bagi Allah SWT.

Akidah Al-Bada' ini disebutkan oleh Al-Kulaini dalam Usulul Kafi. Maka ini menunjukkan bahawa akidah ini adalah antara pokok akidah yang dianuti oleh Syiah.

Syiah mendakwa bahawa berlaku Al-bada' atas Allah dalam soal perlantikan Imam-imam mereka. Allah baru tahu bahawa Imam selepas Abu Jaafar adalah Abu Muhammad. Demikian keimaman Musa Al-kazim adalah baru setelah sebelumnya Ismail adalah imam yang ditentukan. 

Syiah ingat Allah macam manusia ada pendapat Qodim dan pendapat Jadid. 

Namun, ilmuan Syiah cuba menjelaskan bahawa Al-bada' di sisi mereka bukanlah sebagaimana yang digambarkan. Ia tidak menisbahkan kejahilan buat Allah. Ia hanya seperti konsep nasakh yang banyak berlaku dalam syariat Allah SWT.

Al-Bada' itu adalah proses dalam Alam Takwin sebagaimana Nasakh itu berlaku di alam Tasyri'-katanya.


Mempertahankan akidah Al-bada', dikatakan bahawa ia adalah akidah yang mengangkat kebebasan Allah dalam iradatnya. Allah bebas melakukan apa sahaja sesuai dengan kehendaknya.


Jawapan Ahlu Sunnah:

1) Al-bada' tidak sama denagn nasakh. Nasakh itu telah pun dikhabarkan Allah SWT. ia sudah ada dalam ilmu Allah SWT. Cuma masa nasakh itu sahaja yang belum sampai. 

Perhatikan Firman Allah SWT:

وما ننسخ من اية او ننسها ناتي بخير منها او مثلها 

Tapi Al-Bada' itu, ia ....


Rujuk Hiwar antara Syiah dan Sunni di: Faisol Nur

Sunday, May 5, 2024

Tatbir ibadat rekaan Syiah

Istilah Tatbir ( تطبير   ) merujuk kepada ritual golongan Syiah  yang memukul kepala dan badan dengan alat besi sehingga keluar  darah sambil mengungkap syair ratapan buat Hussain bin Ali r.a. ia dianggap sebagai salah satu syiar di antara syiar-syiar Hussainiyyah. 

Orang Syiah melakukan beberapa Syiar Hussainiyyah . Antara adalah seperti berikut:


Amalan tatbir dilakukan pada 10 Muharam.

Para Fuqaha Syiah Ja'fari berbeza tentang hukum Tatbir. 

Tonton amalan Tatbir: Youtube

Rujuk: Islam4U

Ini merupakan satu ibadah yang membawa ke syurga menurut ajaran Syiah. Cara Tatbir berbeza-beza ikut tempat. Ada yang guna tangan kosong pukul dada dan paha. Ada guna rantai balun ke belakang. Di iran guna senjata pukul kepala. ia diselikan dengan syair ratapa untuk Hussain dan laknat buat bani Umayyah.


Kata nas Syiah:


من بكى اوتباكى على الحسين وجبت له الجنة



" Sesiapa yang menangisi atau lakun menangis untuk Hussain, wajiblah baginya syurga".



pada asalnya Tatbir adalah tindakan penyesalan puak yang berkali-kali mengkhianati perjanjian dan kesetiaan kepada Ali dan juga Hussain. Mereka tidak mendokong seutuhnya Saidina Ali sehingga Ali bin Abi tali mengeluh perbuatan derhaka mereka. Ketika Muslim bin Aqil dikirimkan ke Iraq, mereka tidak membelanya dan biarkan dia dibunuh penguasa bani Umayyah. Bahkan ketika Hussain dikepung di Karbala, mereka tidak keluar membelanya. Lalu mereka menyesal atas perbuatan khianat mereka. Mereka meratap mensesali kelencongan mereka.Mereka azabkan diri kerana rasa berdosa. Harapan mereka, dengan memukul diri itu terzahirlah penyesalan dan Allah akan mengampunkan mereka.

Kemudian zaman bersilih, anak cucu mengikut amalan leluhur tetapi asas perbuatan mereka telah bertukar menjadi ibadat dan taqarrub. Itulah sejarah tatbir.

Pada tahun 1352H, seorang tokoh ulama Syiah yang bernama Sayyid Muhsin Al-Amin Al-'Amili cuba melarang amalan tatbir ini namun dia hampir dibunuh kerananya oleh para ulama syiah yang lain.


Baca kritikan atas amalan tatbir: Fnoor


Friday, October 13, 2023

An-Nutaqa' As-Sab'ah (Tujuh jurucakap)

Istilah ini adalah istilah yang berlegar di kalangan pengikut Syiah Ismailiyyah. Apa yang dimaksudkan dengan TUJUH JURUCAKAP tersebut adalah:

1) Adam A.S

2) Nuh A.S

3) Ibrahim A.S

4) Musa A.S

5) Isa A.S

6) Muhammad SAW

7) Al-Qaim

Tujuh orang , di sisi Ismailiyyah adalah bilangan Imam dalam satu Daur (pusingan) Daur bagi Nutaqa' As- Sab'ah di atas dinamakan Daur As-Sitr (Pusingan Rahsia).

Ada Daur dinamakan Daur Az-Zohir. Ia disi oleh imam-imam mereka yang dikenali dan masyhr seperti khalifah-khalifah mereka pada zaman Fatimiyyah berkuasa di Mesir. Antara Al-Mu'iz Lidinilah.yang diletakkan sebagai Imam ke-4 Dalam daur Az-Zohir.

Wednesday, October 4, 2023

KITAB-KITAB UTAMA SYIAH

 Dalam agama Syiah Imamiyah, ada 4 buah kitab rujukan utama mereka iaitu:

1) Al-Kafi oleh Al-Kulaini

2) Man La Yahdhuruhul Faqih oleh Ibn Babawaih Al-Qumi

3) Tahzibul Ahkam oleh Syeikh Abu Jaafar bin Muhammad Al-Hasan At-Tusi yang digelar  Syeikhut Taifah.

4)Al-Istibsor Fi Ma Ikhtalafa Minal Akhbar juga oleh  Syeikh Abu Jaafar bin Muhammad Al-Hasan At-Tusi

Selain itu ada beberapa lagi kitab yang tidak kurang pentingnya iaitu:

1) Al-Wafi Lil Faidh  Al-Kasyani oleh Muhammad Al-Murtadha yang terkenal dengan gelaran Mulla Muhsin.

2)   Biharul Anwar oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi

3) Wasailus Syi'ah Ila Tahsili Masailis Syari'ah oleh Muhammad bin Al-hasan Al-Hurr Al-'Amili

4) Mustadrak Al-Wasail oleh Hussain An-Nuri At-Tabrasi

 Lapan buah kitab di atas di sebut sebagai " Al-Kutubus Tsamaniyyah" ( Lapan Kitab utama ) di kalangan Syiah Imamiyyah.

Rujuk: Ketabonline.com

Friday, July 21, 2023

5 Perkara Sebelum Munculnya Imam Mahdi

Ini menurut kepercayaan dalam Ajaran Syiah. Sebelum munculnya Imam yang ke-12 yang dinamakan mereka sebagai Al-Qaim, iaitu Muhammad bin Hasan Askari yang ghaib dalam Sirdab di Samanraa, Iraq, akan terjadi 5 perkara. 5 Perakara itu ialah:

1) Al-Yamani

2) As- Sufyani

-Riwayat Syiah menyebutkan bahawa Sufyani itu adalah dari keturunan Abu Sufyan dan kemunculannya adalah di Syam dan lebih tepat lagi di tempat bernama Wadi Yabis (Lembah Kontang)

-Ada riwayat menyebutkan bahaw anamanya adalah Uthman bin 'Ambathah.

-Riwayat dalam sumber Sunnah menyebutkan:

روى أبو هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( يخرج رجل يقال له السفياني في عمق دمشق ، وعامة من يتبعه من كلب ، فيقتل حتى يبقر بطون النساء ويقتل الصبيان ، فتجمع لهم قيس فيقتلها حتى لا يمنع ذنب تلعة ، ويخرج رجل من أهل بيتي في الحرة فيبلغ السفياني فيبعث إليه جنداً من جنده فيهزمهم ، فيسير إليه السفياني بمن معه ، حتى إذا صار ببيداء من الأرض خسف بهم ، فلا ينجو منهم إلا المخبر عنهم )

Mustadrak Al-Hakim


3) As-Soihah

-Menurut kepercayaan Syiah. Soihah (jeritan/gempita dari langit) itu ada dua kali.

-Kali Pertama adalah Soihah Jibrail  yang memaklumkan kemunculan Al-Qaim. Ianya gempita dari langit.

-Kali Kedua adalah Soihah Iblis yang cuba mengelirukan ke atas Soihah Jibrail. Ianya gempita dari bumi.

-Sumber Syiah menyebutkan bahawa 2 bulan selepas kemunculan Sufyani, dan 5 bulan sebelum kemunculan Al-Qaim, terjadilah Soihah Jibrail.

-Riwayat Syiah yang disandarkan kepada Muhammad Al-Baqir menyebutkan secara spesifik bahawa gempita tersebut terjadi pada malam Jumaat di bulan Ramadhan dan pada malam ke-23 Ramadhan.Lalu, mejelang siangnya kedengaranlah gempita Iblis yang cuba mengelirukan gempita Jibrail. Gempita Jibrailmenyebutkan dalamnya nama Al-Qaim , tetapi gempita Iblis menyatakan bahawa si fulan telah dibunuh dengan zalim.


4) Terbunuhnya An-Nafsu Az-Zakiyyah

-Peristiwa ini berlaku pada zaman Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur. An-Nafsu Az-Zakiyyah adalah Muhammad bin Abdullah bin Hasan 2 bin  Hasan 1 bin Ali bin Abi Talib. Ia terjadi dalam peperangan yang dinamakan Perang Al-Fakh.

-Menurut Syiah, terbunuhnya An-Nafsu Az-Zakiyyah itu disebutkan dalam riwayat yang disandarkan perkataan Jaafar As-Sodiq:

ليس بين قيام قائم آل محمد وبين قتل النّفس الزكية إلاّ خمسة عشر ليلة

"Antara kemunculan Al-Qaim dari keluarga Muhammad dengan terbunuhnya An-Nafsu Az-Zakiyyah ada 15 hari".

Baca: https://attawarikh-almukhtarat.blogspot.com/2023/05/peperangan-al-fakh.html


5) Khasaf( jerlus ) ke dalam bumi di Baidaa.


Berdikit-dikit dalam ilmu

Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat...