Istilah Tatbir ( تطبير ) merujuk kepada ritual golongan Syiah yang memukul kepala dan badan dengan alat besi sehingga keluar darah sambil mengungkap syair ratapan buat Hussain bin Ali r.a. ia dianggap sebagai salah satu syiar di antara syiar-syiar Hussainiyyah.
Orang Syiah melakukan beberapa Syiar Hussainiyyah . Antara adalah seperti berikut:
Amalan tatbir dilakukan pada 10 Muharam.
Para Fuqaha Syiah Ja'fari berbeza tentang hukum Tatbir.
Tonton amalan Tatbir: Youtube
Rujuk: Islam4U
Ini merupakan satu ibadah yang membawa ke syurga menurut ajaran Syiah. Cara Tatbir berbeza-beza ikut tempat. Ada yang guna tangan kosong pukul dada dan paha. Ada guna rantai balun ke belakang. Di iran guna senjata pukul kepala. ia diselikan dengan syair ratapa untuk Hussain dan laknat buat bani Umayyah.
Kata nas Syiah:
من بكى اوتباكى على الحسين وجبت له الجنة
" Sesiapa yang menangisi atau lakun menangis untuk Hussain, wajiblah baginya syurga".
pada asalnya Tatbir adalah tindakan penyesalan puak yang berkali-kali mengkhianati perjanjian dan kesetiaan kepada Ali dan juga Hussain. Mereka tidak mendokong seutuhnya Saidina Ali sehingga Ali bin Abi tali mengeluh perbuatan derhaka mereka. Ketika Muslim bin Aqil dikirimkan ke Iraq, mereka tidak membelanya dan biarkan dia dibunuh penguasa bani Umayyah. Bahkan ketika Hussain dikepung di Karbala, mereka tidak keluar membelanya. Lalu mereka menyesal atas perbuatan khianat mereka. Mereka meratap mensesali kelencongan mereka.Mereka azabkan diri kerana rasa berdosa. Harapan mereka, dengan memukul diri itu terzahirlah penyesalan dan Allah akan mengampunkan mereka.
Kemudian zaman bersilih, anak cucu mengikut amalan leluhur tetapi asas perbuatan mereka telah bertukar menjadi ibadat dan taqarrub. Itulah sejarah tatbir.
Pada tahun 1352H, seorang tokoh ulama Syiah yang bernama Sayyid Muhsin Al-Amin Al-'Amili cuba melarang amalan tatbir ini namun dia hampir dibunuh kerananya oleh para ulama syiah yang lain.
Baca kritikan atas amalan tatbir:
Fnoor
No comments:
Post a Comment