Thursday, May 16, 2024

Salafi dan Muzik

Mereka mengharamkan muzik.Titik. 

Hadis nabi sebutkan muzik haram!

Empat mazhab kata haram!

Saya tidak tertarik dengan jalur pemikiran demikian. Bukan kerana saya sukakan muzik. Bukan kerana saya idolakan mana-mana ahli muzik. Tidak!

Ianya kerana jalur pemikiran sedemikian menyisihi fitrah. Ini alasan pertama. Dunia dari Timur ke Barat penuh dengan bunyi-bunyian. Manusia fitrahnya suka kepada bunyi-bunyian. Melarang orang mendengar bunyian yang indah melawan fitrahnya. Muzik adalah salah satu dari bunyian indah. Hanya, ia dibuat oleh ornag bukan terbtan alam semulajadi.

Kumpulan yang mengharamkan muzik mendakwa mereka adalah Salafi. Benarkah? 

Cuba kita renung jawapan Imam Ahmad bin Hambal ketika ditanya oleh anaknya  tentang nyanyian.

 عن عبدالله بن الإمام أحمد قال: سألت أبي عن الغناء فقال: لا يعجبني

" Aku tidak merasa tertarik".

Jawapan ini adalah jawapan seornag Imam Ahli Sunnah yang amat berhati-hati. Dia tidak mengharamkan sesuatu yang tidak ada dalil muktamad. Dia takut untuk bertaqawwul. Apa yang haram adalah yang diharamkan Allah SWT.

Demikian, tatkala Imam Ahmad ditanya tentang mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk matawang. Apakah sah atau tidak. Imam Ahmad tidka mengatakan ianya tidak sah dan zakat itu tidak diterima. Apa jawapannya?

أخاف ألا يجزئه
" Aku takut kalau-kalau tidak sah".

Apakah mereka yang menghalalkan muzik dengan syarat-syaratnya bukan Salafi. Kumpulan Salafi yang mengatakan haram Muzik itu menyimpan dalam diri mereka beberapa rasa tidak senang kepada tokoh yang tidak sefikrah dengan mereka dalam isu-isu seperti ini, Dr. Yusuf Al-Qardhawi bukan Salafi kata mereka. Dia Ahlu Bid'ah. Al-Qardhawi tidak mengharamkan muzik.

Alangkah jauhnya perangai dan sikap generasi salaf dengan So Call Salafi dewasa ini. Dengan lancangnya mereka menyebutkan Ini haram! Ini Halal!

Cara demikian bukan cara Salaf. Mereka takut untuk merampas hak Allah dalam mengharamkan sesuatu dan menghalalkan sesuatu. Kecuali ada dalil yang jelas dan tiada lagi pertikaian para ahli ilmu dalam hal tesebut, barulah hukum boleh ditetapkan. Haram biar jelas haramnya. Bukan sangkaan, fahaman dan ijtihad dari dalil-dalil yang Zanni.

Baca : Jawapan Qardhawi atas Manhaj Salafi Mu'asarah

Lebih jauh, ada kritikan ditimpakan atasnya dalam isu-si berkaitan Kebangkitan Arab. Juga isu relasinya dengan Ikhwanul Muslimin . Isu Palestin dan Isu Fatwa Mu'asarahnya. Al-Qardahwi telah pun wafat dan meninggalkan jasanya.

Soal muzik haram, apa sandarannya?

Istilah Muzik adalah istilah baru yang tidak dikenal dalam isilah hadis dan juga dalam kitab-kita feqah mazhab. Itu istilah zaman moden. 

Apakah semua ciri muzik adalah dalam istilah berkaitan yang diharamkan dalam hadis dan dalam feqah Qudama?

Namun, kalangan yang katanya mengamalkan manhaj Salafi, membuatkan kesimpulan pramatang dengan mabakulkan apa yang diharamkan dalam turath ke dalam bakul yang bernama muzik!

Setiap zaman ada cirinya. Masalah di zaman lampu hendaklah difahami dalam kontek zaman itu dan jangan bawa ke zaman ini. Ada perbazaan amalan orang dulu dengan orang kini.

Dalam Isu ini, saya tidak boleh mengambil jalan kalangan Salafi yang pada saya pongah, tergesa, anti ijtihad, tidak mesra fitrah dan pramatang.

Saya berbeza. Saya lebih percaya feqah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi....

No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...