Saturday, May 11, 2024

Abu Lahab merdekakan Tsuwaibah Al-Aslami

Ketika berita kelahiran Nabi SAW disampaikan oleh hamba Abu Lahab yang bernama Tsuwaibah kepada tuannya, maka saking gembiranya Abu Lahab, dimerdekakannlah Tsuwaibah itu. Tsuwaibah Al-Aslami, itulah gelarannya.

Kegembiraan Abu Lahab hingga dia merdekakan hambanya yang menyampaikan khabar kelahiran itu disebutkan oleh para ulama Sirah. Antaranya Imam As-Suhaili yang menitipkannya dalam Kitabnya Ar-Raudhul Unuf.

Berkenaan Tsuwaibah ini, Imam ukhari menukilkan sebagai ta'liq bagi nama Tsuwaibah dalam Sahehnya:

قال عروة: وثويبة مولاة لأبي لهب، وكان أبو لهب أعتقها، فأرضعت النبي – صلى الله عليه وآله وسلم-، فلما مات أبو لهب أريه بعض أهله بشر حيبة قال له: ماذا لقيت؟ قال أبو لهب: لم ألق بعدكم، غير أني سقيت في هذه بعتاقتي ثويبة


Ibn hajar dalam Fathul Bari ketika mensyarahkan hadis Saheh Bukhari yang menyebutkan bahawa Imam As-Suhaili berkata:


لما مات أبو لهب رأيته في منامي بعد حول، في شرّ حال، فقال: ما لقيت بعدكم راحة، إلاّ أنّ العذاب يخفّف عني كل يوم اثنين، قال: وذلك أنّ النبيّ ولد يوم الاثنين، وكانت ثويبة بشرت (أبا لهب) بمولده فأعتقها، وأشار إلى النّقرة التي تحت إبهامه وفي ذلك إشارة إلى حقارة ما سقي من الماء


Rujuk: masrawy.com



Dalil Quran menegaskan bahawa azab orang kafir dalam neraka tidak diringankan. Ini disebutkan dalam Surah Fatir ayat 36:


وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لا يُقْضَى عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ مِنْ عَذَابِهَا 


Demikian disebutkan dalam Ghafir, ayat 49-50:


وَقَالَ الَّذِينَ فِي النَّارِ لِخَزَنَةِ جَهَنَّمَ ادْعُوا رَبَّكُمْ يُخَفِّفْ عَنَّا يَوْماً مِنَ الْعَذَابِ . قَالُوا أَوَلَمْ تَكُ تَأْتِيكُمْ رُسُلُكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا بَلَى قَالُوا فَادْعُوا وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلالٍ

Riwayat yang disebut oleh Bukhari dalam sahehnya adalah Hadis Mursal dan bagaimana hadis Mursal boleh membatalkan nas saheh daripada Al-Quran? Ianya riwayat Urwah bin Az-Zubair, seorang Tabi'in dan apa yang dia katakan itu bukan kalam nabi Muhammad SAW, bahkan ianya mimpi Abbas bin Abdul Mutalib yang besar kemungkinan ketika itu belum masuk Islam.


* Hadis Mursal ialah hadis yang  diriwayatkan secara sanad oleh Tabi'in tidak melalui sahabat tetapi terus lompat kepada nabi SAW. Hadis Mursal tergolong dalam kumpulan hadis Daif mengikut Jumhur Muhadisin














No comments:

Post a Comment

Rijalul Ghaib

 Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelalki...