Keluarga Ba'lawi dengan pelbagai marganya di Indonesia mendakwa dan mengakui bahawa mereka adalah keturunan Rasulullah SAW dari jalur Saidina Hussain bin Ali.
Apa nak dihairankan. Telah banyak individu dan kelompok yang mendakwa sedemikian. Kita tidak harus mudah percaya dakwaan tersebut. Tambahan pula di kalangan warga sejati Indonesia sendiri sudah mula mempertikaikan keabsahan nasab Ba'lawi kepada Rasulullah SAW.
Di sepanjang sejarah, banyak orang atau pihak yang mendakwa mereke keturunan Rasulullah SAW, Dakwaan tersebut terkait dengan kelebihan keturunan Rasulullah SAW dalam pemikiran kaum Muslimin. Mungkin kita boleh senaraikan secara ringkas punca mengapa muncul dakwaan-dakwaan sedemikian:
1) Keinginan kepada tasyrif (Kemuliaan)
2) Keinginan kepada Riyasah
3) Kecintaan kepada kemewahan duniawi.
Ibn Tumart yang digelar sebagai Al-Mahdi, pengasas kepada kerajaan Al-Muwahhidun, juga mengakui keturunan Rasulullah daripada Saidina Hussain. Kalau ikut bigrafinya, namanya adalah Muhammad bin Tumart bin Abdullah bin Yamsol bin Tumart bin Harghah iaitu salah satu puak dalam kabilah Amazigh.
Ubadillah Al-Mahdi, khalifah Fatmiyyah pertama juga mendakwa keturunan Rasulullah . Puak Syiah Ismailiyyah dakwa keturunan mengikut jalur Muhammad bin Ismail bin Ja'far Sodik. Sejarawan Muslim seperti Ibn Hazmin dan As-Suyuti menyatakan penolakan mereka terhadap penunggangan nasab ini. Sumber-sumber luar dunia Syiah menyandarkan nasabnya kepada bangsa Parsi , bahkan Yahudi iaitu Maimun bin Qoddah. Penisbahandia kepada keturunan Yahudi ini disebutkan ramai ulama Islam
Ditambah pula catatan-catatan sejarah yang menyebutkan bahawa ISmail bin Jaafar Sodik itu wafat masa hayat ayahnya dan dia tidak meninggalkan keturunan. Cuma Maimun bin Qoddah sang Yahudi itu memandai-mandai mengakui dirnya sebagai Ismail kemudiannya dan mewarisakan kekhalifahan kepada anaknya Muhammad. Begitulah pintu pembohongan dibuka dan terbitlah dari situ cabang mazhab Syiah yang berpegang dan Nasab dusta ini pecahan daripada Mazhab Syiah Ismailiyyah seperti Ubaidiyyah/Hatimiyyah, Qoromitah, Hasy-Syashin, Ikhwan As-Sofa, Nusairiyyah, Bahaiyyah dan Buhriyyah. Begitulah disebutkan orang!
Rujuk Youm7
Dalam hadis Riwayat Turmizi, Abu Bakar As-Siddiq menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
من ادعى إلى غير أبيه ، أو انتمى إلى غير مواليه : فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين ، لا يقبل الله منه صَرفاً ولا عدلاً
Ada seorang ahli Tasawwuf, namanya Abu Hasan As-Syazili (Wafat 656H). Dia adalah pengasas kepada tariqat Syaziliyyah. Imam Az-Zahabi melaporkan dalam kitabnya Tarikhul Islam Jil 48 Ms 273-274 bahawa nasab Abu Hasan As-Syazili yang dihubungkan kepada Ali bin Abi Talib adalah tidak saheh. Dalam kitab-kitab tasawwuf tariqat ini diletak silsilahnya dengan menyebut Ibn Yusya' bin Ward bin Battol bin Muhammad bin Ahmad bin Isa bin Muhammad bin Hasan bin Ali bin Abu Talib.
Kata Imam Az-Zahabi:
هذا نسب مجهول لا يصح ولا يثبت ، وكان الأولى به تركه
Tidak dinafikan ada yang benar-benar keturnan Nabi SAW. Para ulama menetapkan kaedah dalam memastikan ketulinan Nasab kepada nabi SAW iaitu:
1) Catatan sejarah oleh sejarawan yang dipercayai (tsiqah)
2) Ada wasiqah (Sijil) yang diakui oleh lembaga yang diiktiraf kebolehpercayaannya.
3) Istifadhah (penerimaan umum)
4) Ada bayyinah yang adil berbentuk keterangan saksi lebih 2 orang.
Syaikh Muhammad bin Soleh Al-Othaiomin dalam kitabnya Syarah Al-Mumti' (6/257) menyebutkan bahawa antara yang diakui keabasahan nasabnya kepada Bani Hasyim adalah para pemerintah Yaman dahulu dari kalangan Zaidiyyah sebelum ditumbangkan oleh pemberontakan yang membawa kepada Kerajaan Republik (Kini Puak Haothi kembali menguasai Yaman dan pemimpin mereka adalah dari keluarga Zaidiyyah)
Dakwaan bernasab kepada Rasulullah SAW itu tidak membawa apa-apa kelebihan sekiranya tidak disertai dengan takwa. Midar kelebihan seseorang muslim adalah takwanya dan bukan nasabnya. Ya...nasab yang mulia itu ada kebaikannya. Namun ia sekadar fadhilat yang tidak boleh berdiri sendiri dan mesti didojong oleh akhlak, iman dan ketakwaan. Nabi SAW dalam hadis muttafaq alaih menyebutkan untuk puterinya Fatimah Az-Zahraa. Sabda Baginda:
يا فاطمة بنت محمد سليني ما شئت من مالي، لا أغني عنك من الله شيئا
No comments:
Post a Comment