Perkataan yang disandarkan kepada Imam Malik:
من أحدث في هذه الأمة اليوم شيئا لم يكن عليه سلفها، فقد زعم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم خان الرسالة؛ لأن الله تعالى يقول: {حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ}. فما لم يكن يومئذ دينا، لا يكون اليوم دينا.
Perkataan di atas dinaqalkan oleh Abdul Malik bin Habib dan Ibn Al-Majisun , dua orang yang menjadi murid teras kepada Imam Malik.
Dalam perkataan di atas, terdapat kata penegasan bahawa yang bukan agama pada zamanRasulullah, ia tidka boleh ajdi agama pada zaman ini. Membuat sesuatu jadi agama pada zaman ini sedangkan ia tidak jadi agama di zaman nabi, itu disebut BID'AH. Membuat Bid'ah, secara tersirat menuduh nabi SAW telah tidak amanah dalam risalahnya. Ia menafikan sifat Amanah seorang Rasul bernama Muhammad SAW. Dengan kata lain, ia membawa mesej pengkhianatan nabi SAW.
Penegasan tuntas Imam Malik, apa yang tidak jadi sebahagian daripada amalan agama pada zaman Nabi SAW, maka jangan memandai-memandai mengatakan agama suruh ity dan ini pada zaman ini atau zaman mendatang. Agama sudah lengkap dan sempurna. Tiada yang namanya Bid'ah dalam agama sekalipun dipandang baik oleh orang yang melakukannya.
Betapa besarnya iftira' mereka yang menyimpan perasangka khianatnya nabi Muhammad SAW.
Perkataan Imam Malik di atas dinukilkan oleh Asy-Syatibi dalam beberapa tempat dalam kitabnya AL-I'TISOM.
Ibn Hazmin menyebutkan dalam Al-Ahkam Fi Usulil Ahkam.
Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 137:
فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ ۖ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (137)
Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment