Terdapat beberapa hadis yang diriwayatkan menggambarkan bahawa jasad Nabi Muhammad mengalami proses kerosakan selepas wafatnya (Rotten). Proses tersebut adalah lumrah bagi mayat-mayat manusia biasa. ianya seperti perut membesar, jari jemari melentur dan sebagainya. Namun, untuk jasad Nabi Muhammad SAW, bahkan nabi-nabi yang lain, terdapat hadis yang menegaskan tengang utuhnya jasad mereka selepas wafat.
Antaranya ialah:
1) Daripada Aus bin Aus r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
إن مِنْ أفضل أيامِكُم يومَ الجُمعة: فيه خُلِقَ آدَمُ ، وفيه قُبِضَ ، وفيه النَّفْخةُ ، وفيه الصَعقةُ ، فأكثروا على مِن الصلاةِ فيه ، فإن صلاتكم معروضة علىّ
قال: قالوا: يا رسولَ الله ، وكيفَ تُعرَضُ صلاتُنا عليك وقد أرَمْتَ؟ يقولون: بَلِيت ،
فقال: إن الله عز وجل حرَّم على الأرض أجساد الأنبياء
Hadis ini diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad (16162), Sunan Abu Daud (1047), Sunan An-Nasa'ei (1374)
Imam An-Nawawi dalam Khulasatul Ahkam menghukumkan hadis di atas sebagai Saheh.
Maka, ketahanan jasad para Nabi ini adalah khususiyyat mereka. Adapun jasad mereka yang selain nabi termasuk dalam maksud umum hadis yang ada dalam Saheh Bukhari dan Muslim yang berbunyi:
لَيْسَ مِنَ الإِنْسَانِ شَيْءٌ إِلَّا يَبْلَى ، إِلَّا عَظْمًا وَاحِدًا وَهُوَ عَجْبُ الذَّنَبِ ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الخَلْقُ يَوْمَ القِيَامَةِ
Hadis yang diriwayatkan tentang jasad nabi Muhammad mengalami proses merosak disebutkan dalam beberapa sumber:
1) Tabaqat Ibn Saad (2/271)
طريق عَبْد الْوَهَّابِ بْن عَطَاءٍ ، قال أَخْبَرَنِي عَوْفٌ ، عَنِ الْحَسَنِ ، قَالَ: " لَمَّا قُبِضَ رَسُولُ اللَّهِ صلّى الله عليه وسلم ائْتَمَرَ أَصْحَابُهُ فَقَالُوا: تَرَبَّصُوا بِنَبِيِّكُمْ صلّى الله عليه وسلم لَعَلَّهُ عُرِجَ بِهِ ، قَالَ: فَتَرَبَّصُوا بِهِ حَتَّى رَبَا بَطْنُهُ ، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ:" مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ
Hadis di atas adalah Mursal daripada Hasan Al-basri. Di kalangan ulama Muhaqqiqin, Mursal Hasan Al-Basri adalah Mursal yang paling Daif. Hasan Al-basri tidak pernah beertemu dengan sahabat.
2) Riwayat Ibn 'Adi dalam Al-Kamil (7/48 )
3) Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq (63/100)
Dalam dua sumber atas, disebutkan menerusi jalan Waki' bin Al-Jarrah daripada Ismail bin Abi Khalid daripada Abdullah Al-Buhhi katanya:
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا مَاتَ لَمْ يدفن حتى ربا بطنه وأنتنت خَنْصَرَاهُ
Hadis di atas adalah Munqati' dan Munkar. Abdullah Al-Buhhi adalah tabi'in dan tidak pernah bertemu dengan nabi SAW. Dia tidak pula menyebutkan riwayatnya diambil daripada siapa.
* Abdullah Al-Buhhi adalah Maula kepada Mus'ab bin Az-Zubair bin Al-Awwam. Disebut juga namanya Abdullah bin Yasar dan kunyahnya adalah Abu Muhammad. Dia meriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Az-Zubair, Abdullah bin Umar Al-Khattab, Abdul Khair Al-Hamdani, Urwah bin Az-Zibair, Abu Said Al-Khudri, Abu Abdullah As-Sonabahio, Aisyah Ummu Mukminin dan Fatimah bt Qais.
Khabar Saheh tentang kematian Rasulullah dalam Saheh Bukhari (No. 3667) tidak menyebutkan perihal sebagaimana dalam riwayat seperti riwayat Abdullah Al-Buhhi tersebut. Hadis riwayat Aisyah menyebutkan di dalamnya:
فَجَاءَ أَبُو بَكْرٍ " فَكَشَفَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَبَّلَهُ، قَالَ: بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي، طِبْتَ حَيًّا وَمَيِّتًا، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُذِيقُكَ اللَّهُ المَوْتَتَيْنِ أَبَدًا
Kemudian Abu Bakar datang dan menyingkap Rasulullah s.a.w, lalu menciumnya dan berkata: Demi bapaku . Kamu dan Ibuku, kamu telah diberkati hidup dan mati, Demi yang jiwaku dalam tanganNya, Tidak akan pernah Allah menjadikan kamu merasai dua kali kematian.
KESIMPULAN
Mengkaji hadis-hadis yang menyebutkan jasad Nabi SAW mengalami proses rotten adalah bertentangan dengan kenyataan dalam hadis yang saheh. Maka hadis yang sedemikian adalah tidak saheh dari sudut SANAD dan mungkar dari sudut MATAN.
No comments:
Post a Comment