Hari ini, keturunan Bani Hashim merasakan diri sebagai paling utama dalam Islam. Mereka menamakan diri mereka sebagai Saadahg. Apa maksud Saadah? Ia adalah kelompok para pemimpin. Maka yang bukan bani Hashim adalah yang dipimpin?
Persoalajn yang harus kita renungkan, apakah konsep Saadah berdasarkan keturunan itu ada dalam Islam?
Menoleh ke belakang, zaman sebelum Islam, memang diakui bahawa Bani Hashim itu adalah Saadah di Kota Makkah. Lihatlah bagaimana sejarah memberitahu anda tentang kepimpinan dalam kalangan Butun Quraisy. Ada persaingan antara anak-anak Abdul Manaf. Hashim muncul dengan Saadahnya. Saadah itu dilanjutkan oleh Abdul Mutallib. Setlah itu diteruskan oleh Abu Talib. Abu Talib meninggal dalam hayat nabi dan di zaman ISlam. Dia tidak masuk Islam dan dia mati sebagai saadah Quraisy. Lepas Meninggal Abu Talib, saadah Bani Hasyim dipegang oleh Abu Lahab.
Islam pun kian kuat dan pengaruh saadah Bani Hasyim sudah tiada makna lagi. Saadah atau kepimpinan seklepas nabi berada di tangan manusia terbaik selkepas Nabi iaitu Abu Bakar As-Siddik. Selanjutnya Umar Al-Khattab dan seterusnya Uthman bin Affan. Pergolakan politik dan fitnah terjadi. Ali diangkat jadi penrus. Ketika ini mula timbul pecahan dan hizib dalam Islam.
Tambahan pula ada keluarga dari cabang Bani Abdus Syams bin Abdul Manaf yang juga menginginkan kepimpinan.
Perkembangan zaman menjadikan semangat saadah kembali mekar. Ia disiram dan disuburkan kembali. Sayangnya sejarah tidka memihak kepada Bani Hasyim. Bani Umayyah berkuasa hampir seratus tahun dan beraksi cemerlang di persada sejarah. Jihad, dakwah dan pelestarian negara di bawah kendali bani Umayyah.
Bani Hashim pula berpecah kepada dua cabang utama dan menonjol
Bani Alwiyyah dan Bani Abbas.
Tahun 130H Bani Umayyah ditumbangkan . Bani Abbasiyyah mengambil alih tampuk kepimpinan. Daulah dibina dan bertahun lebih 500 tahun. Bani Alawiyyah mencari-cari ruang untuk beraksi di panggung sejarah.
Dapatlah dibina kerajaan berorintasikan alirah Syiah di sana sini. Sementara pengaruh Syiah telah menguasai Bani Alawiyyah.
Konsep Saadah kemudian dimonopoli oleh Bani Alawiyyah dan ia didoktrinkan dalam dada para pengikut yang percaya.
Saadah bukan cetusan Islam. Ia konsep zaman Jahiliyyah yang hanyut tenggelam timbul dan cuba menjengah di saat tekanan politik di sana sini.
Imbas kembali semula....semasa nabi SAW berhempas pulas menyampaikan dakwah, berapa ramai bani Hashim yang masuk Islam? Pakciknya sendiri tidka mahu, sungguhpun dia membela. Sehingga fathu Makkah, berapa kerat sahaja yang masuk Islam. Tak sampai 12 orang. Antaranya ialah Hamzah bin Abdul Mutalib, Jaafar bin Abu Talib, Ali bin Abu Talib, Safiyyah bt Abdul Mutallib. Yang lain ambil pendirian tunggu dan lihat Mereka adalah Saadah dan saadah mereka tidak berpaut kepada Islam. Mungkin itulah anggapan majoriti Bani Hasyim saat itu.
Konsep Saadah yang ditempelkan kepada Bani Hasyim tiada dalam Islam. Ia adalah dorongan kemahuan politik , kekasaan dan pamrih dunia. Bukan demi pembelaan agama Islam. Bani Hasyim bukan barisan depan perjuangan ISlam sejak awal dakwah nabi SAW. Barisan depan Islam adalah manusia bertyakwa yang Allah pilih dari pelbagai puak dan qabilah.
JIka kita buat anggaran, paling maksima jumlah bani Hasyim pada hari pembukaan Kota Makkah ialah 100 orang. Ini adalah mengambil kira 4 keturunan Bani Hashim iaitu Keturunan Ali, Keturunan Jaafar, Keturunan Aqil dan Keturunan Abbas. Bandingkan dengan jumlah ummat Islam pada masa itu. Kita dasarkan kepada jumlah tentera kaum Muslimin dalam Perang Tabuk iaitu 30 ribu personal. Di masa itu juga pendukan jJazirah Arabiyyah ramai yang sudah memeluk Islam, termasuk dari Yaman,dan lain-lain yang tidak ikut serta dalam ketumbukan itu kerana jauh. Kita anggarkan jumlah semua Umat Islam mencapai 500 ribu orang. Maka, berapa peratuskah Bani Hasyim berbanding keseluruhan Ummat Islam? Iainya tidak sampai 0.02%
Ironinya, mereka yang mendakwa sebagai Bani Hashim di zaman ini , jumlahnya dianggarkan 40 juta.iaitu 2% daripada anggaran keseluruhan umat Islam seluruh dunia pada tahun 2017 yang mencapai 1.8 billion.Jika pertumbuhan biasa, Bani Hashim tidak akan men capai jumlah itu. Hanya jika berkembang biak sebagaimana serangga berkembang, baru mungkin!
Sumber Kajian:: https://almashhadalkhaleeji.com/art1151.html
No comments:
Post a Comment