Saturday, May 4, 2024

ULAMA YANG DITOLAK DALAM SATU BIDANG, DITERIMA DALAM BIDANG LAIN

Seorang ulama yang ditolak periwayatannya dalam ilmu hadis, bukan bermakna  semua bidnag ilmu menolaknya. 

Misalnya IBN AL-KALBI, dia tidak diambil riwayatnya dalam ilmu hadis. Namun, dia jaguh dalam ilmu nasab. Kata Ibn Hajar:

وابن الكلبي يُرجَعُ إليه في النسب.

Al-Waqidi, dia dianggap daif dalam ilmu hadis, tetapi riwayat dalam sirah dan maghazi diterima.

Seorang bernama Abdul Malik bin Habib yang merupakan murid utama Imam Malik, dia mewarisi feqah Imam Malik dan dipercayai dalam ilmu feqah Maliki, namun dia tidak diterima periwayatan hadisnya.

No comments:

Post a Comment

Isu Tawassul-Pilih sahaja sikap anda!

Bertawassul dengan orang mati adalah isu yang diperdebatkan antara kelompok di kalangan Muslimin. Ada kalangan ulama menegaskan bahawa ia ad...