Sebuah hadis diriwayatkan oleh imam Muslim dalam sahehnya:
Daripada Mustaurid bin Syaddad Al-Qarsyi
تَقومُ السَّاعةُ والرُّومُ أكثَرُ النَّاسِ. فقال له عَمرٌو: أبصِرْ ما تَقولُ، قال: أقولُ ما سَمِعتُ مِن رَسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم، قال: لَئِن قُلتَ ذلك إنَّ فيهم لَخِصالًا أربَعًا: إنَّهم لأحلَمُ النَّاسِ عِندَ فِتنةٍ، وأسرَعُهم إفاقةً بَعدَ مُصيبةٍ، وأوشَكُهم كَرَّةً بَعدَ فرَّةٍ، وخَيرُهم لمِسكينٍ ويَتيمٍ وضَعيفٍ، وخامِسةٌ حَسَنةٌ جَميلةٌ: وأمنَعُهم مِن ظُلمِ المُلوكِ.
“Kiamat akan berlaku ketika bangsa al-Rūm merupakan manusia yang paling ramai.”
Maka ʿAmr ibn al-ʿĀṣ berkata kepadanya:
“Perhatikan baik-baik apa yang kamu katakan.”
(Maksud kata-kata ini-nak cakap jangan sebarangan...betul ke Nabi cakap demikian???)
Dia menjawab:
“Aku mengatakan apa yang aku dengar daripada Rasulullah ﷺ.”
ʿAmr berkata:
“Jika benar demikian, sesungguhnya mereka mempunyai empat sifat:
Amru bin Al-'As menyebutkan 4 sifat mulia yang ada padda bangsa Rom iaitu:
- Mereka adalah manusia yang paling penyabar dan tenang ketika berlaku fitnah.
- Mereka paling cepat pulih dan kembali sedar selepas ditimpa musibah.
- Mereka paling cepat kembali menyerang selepas berundur.
- Mereka paling baik terhadap orang miskin, anak yatim dan orang yang lemah.
Setelah menyebutkan 4 sifat bangsa Rom , Amru bin Al-'As menambah sifat yang ke-5 menurutnya yang paling unggul antara semuanya iaitu:
5. "Mereka paling kuat menghalang raja-raja mereka daripada melakukan kezaliman".
Catatan Tambahan:
Al-Rūm (الروم) di sini merujuk kepada bangsa/masyarakat Byzantine-Rom Timur, yang pada zaman tersebut beragama Kristian. Syarah hadis menerangkan bahawa maksudnya ialah bahawa pada penghujung zaman mereka akan menjadi kelompok manusia yang paling ramai.
Mungkinkah “Rūm” akhir zaman bukan semata-mata kesinambungan genetik Byzantine, tetapi suatu kelompok masyarakat Kristian/Eropah yang berubah identitinya sepanjang sejarah — dan akhirnya sebahagian mereka menjadi Muslim?
Ibn Kathīr memang membuka ruang kepada kemungkinan tersebut.
No comments:
Post a Comment