Wednesday, September 2, 2026

FAQIH YANG SEBENAR

 Abu Hazim berkata: Seseorang itu tidak dinamakan faqih melainkan padanya ada tiga sifat iaitu: 

1) Tidak menghina keilmuan orang yang kurang daripadanya

2) Tidak dengki dengan orang yang lebih alim daripadanya

3) Tidak menjadikan ilmunya jambatan untuk meraih dunia.

Seorang Faqih juga hendaklah rajin dalam beribadah, zuhud dengan dunia dan berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah SAW.

Justeru, jika anda lihat orang itu tinggi ilmu agamanya, tapi segan beribadah, malas solat berjemaah di masjid, suka harta dunia dan memuji-mujinya, kekayaan jadi ukurannya, ditambah pula engkar dengan sunnah Rasulullah dan gemar melakukan bid'ah dalam agama, ketahuilah dia bukan faqih!

Demikian jika kau liha orang yang mahir dalam ilmu agama, tapi suka menempelak orang lain dengan kata-kata seumpamanya:
" kau belajar sampai mana?"

" Belajar tak habis!"

" Tak pandai baca kitab!" 

Pelbagai kata-kata perlecehan kepada orang lain yang dilihatnya tidak berilmu, ketahuilah bahawa orang itu tidak faqih. Faqih mesti merendah diri. Rasa orang lain lebih berilmu daripadanya. Itu sifat seorang faqih.

Kekadang, ada orang bila memperkatakan orang yang lebnih tinggi ilmunya, dia menyesatkan orang itu. Ulama itu salah. Ulama ini tak betul. Ulama itu mujassimah, wahabi dan tidak boleh diambil ilmunya. Hatta, dalam penyeliaan tesis pelajar sarjana, ada usaha menidakkan keilmuan dan rujukan ulama tertentu yang tidak disenanginya, miskipun keilmuan ulama itu semasa hayatnya diakui dan turas yang ditinggalkannya memenuhi khutubkhanah. sifat itu bukan mnelambangkan peribadi faqih.

Sufyan As-Tsauri menambah,  faqih hendaklah :


1) Memahami dan menganggap bala Allah itu nikmat, 

2) Kesenangan itu pula adalah musibah

3) Tidk berani mempersoalkan Allah atas alasan apapun. Umpamanya tidak berkata: Kenapa Allah susahkan aku? Kenapa Allah tidak hukum si zalim itu?

Abu Darda' menyebutkan bahawa seorang faqih itu, bila melihat orang ain melakukan sesuatu yang mengundang murka Allah SWT, dia tidak akan terfokus kepada pelaku nmaksiat itu. Sebaliknya, dia akan menjadikan dirinya sebagai subjek muhasabah. Orang itu buat maksiat mungkin kerana jahil atau mungkin nanti sebelum matinya, dia bertaubat dan mencapai husnuh khatimah. Kala itu, dia merisaukan dirinya sendiri. Apakah Allah tidak murka kepadanya kerana maksiat-maksiat batinnya? Entah hunuh khatimahkah dia kelaknya. Dia mencela dirinya ganti daripada mencela orang lain yang melakukan angkara murka itu.


Kalau demikian sikapnya, itu barulah faqih. Jangan asyik lihat diri sebagai bakal ahli syurga! Lihat orang lain bakal masuk neraka! Itu bukan faqih.Itu nak kena sekeh!



FAQIH YANG SEBENAR

 Abu Hazim berkata: Seseorang itu tidak dinamakan faqih melainkan padanya ada tiga sifat iaitu:  1) Tidak menghina keilmuan orang yang kuran...