Kata pujangga dari kalangan hukama:
القَليلُ الدَّائِمُ خَيرٌ مِنَ الكَثيرِ المُنقَطِعِ
" Sedikit yang berpanjangan lebih baik daripada banyak yang terputus".
أحب الأعمال إلى الله أدومها وإن قل
" Amalan yang paling disukai Allah ialah yang paling berlanjutan walaupun ianya sedikit".
Dalam soal ibadat, anda solat sunat 2 rakaat tahajjud di waktu dini, tetapi berterusan sehingga ke akhir hayatmu, lebih baik daripada solat sunat berbelas-belas rakaat tahajjud, hajat, taubat dan sebagainya tetapi hanya bertahan beberapa lama sebelum bosan menjelma.
Demikian tatkala anda menuntu ilmu, sedikit demi sedikit itu lebih baik asalkan berterusan. Hari ini baca selembar buku, esok selembar lagi. Ia berlanjutan hingga bertahun-tahun sehingga habislah sebuah buku dan disambungh dengan buku yang lain. Itu adalah lebih baik daripada anda pulun habis-habisan baca buku sehingga habis satu malam. Esok rehat duduk bersantai dan kemudian tidak lagi membaca sehinggalah entah tahun bila nak baca.
Demikian dalam soal perniagaan, mencari razeki kehidupan, pertanian, perikanan dan seabgainya. Buatlah sedikit-sedikit asal berpanjanghan. Tak guna untung seguni dalam sehari tapi rugi segudang dalam setahun. Biar untung secangkir sehari. Nanti setahun akan menjaid segudang.
Dalam menjaga kesihatan, orang akan berjoging, brisk walks, masuk gim, senaman zomba zambi dan sebagainya. Ramai orang rajin sekejap sahaja. Banguin pagi keliling taman perumahan, jalan , berlari dan merenggankan otot. Lama-lama bosan, malas dan kemduian pagi-pagi mula tidur lepas subuh. Aktiviti yang baik itu tak tahan lama. Kalau begitu , adalah lebih baik buat sedkit sahaja tapi berpanjangan.bangun pagi, buat senaman ringan dalam rumah, tapi biarlah berterusan sampai ke akhir hayat.
Kalau sedekah, tak perlu banyak sekaligus. Pergi masjid hari jumaat sumbang RM100. Dua kali Jumaat RM200. Dah sebulan jadi RM400. Kalau boleh istiqamah, setahun akan jadi RM4800. Itu kalau bertahan setiap minggu dalam setahun. Cuma bayangkan pula. Setiap jumaat sumbang dalam tabung masjid RM10 sahaja. Sebulan jadi RM40. Setahun jadi RM480. Kalau istiqamah selama 10 tahun, dapatlah sumbang sebanyak RM4800. Mana lebih baik. Sekali tengok macam cari pertama lagui bagus. Pecut dalam masa setahun. Tapi ada resikonya. Pertama sekali sumbang banyak dan bila banyak mula datang fikir yang macam-macam. Kedua, perasaan ikhlas selalu diganggu boleh sumbang banyak.
Banyak sedikit itu bergantung kepada status ekonomi. Kalau kaya raya, RM 100 satu jumaat itu biasa. Yang aku ceritakan kalau ornag hidup sederhana atau susah.
Maka, amal sedikit yang berpanjangan itu penuh keberkatan. Buatlah yang itu. Itu lebih baik.