Rasulullah SAW punya kedudukan istimewa dalam agama. Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang menghina buatnya. Sebutlah namanya dengan rasa takzim. Jangan buat perbandingan-perbandingan yang merendahkan baginda. Macam ada satu orang pernah berkata:
"Kalau saya hidup di zaman Nabi, saya tak sudi jadi isteri Nabi...." seorang perempuan muslimah kata demikian. Ini kerana dia sangat anti kepada poligami. Kata-kata macam ini merendahkan keperibadian Nabi SAW. Memperlecehkan baginda.
Kalau tak suka poligami, tak ada hal. Boleh sahaja. Katakan saya tak suka poligami. Orang lain nak poligami silakan. Saya tak benarkan suami saya poligami. Kalau nak poligami juga saya mahu saya diceraikan. Kata yang macam tu sahaja. Habis cerita.
Ini dok kaitkan dengan nabi SAW, apa cerita? Sebut nama Nabi kalau bernada menghina, sama ada tersurat atau tersurat, merupakan jenayah besar. Jenayah itu lebih besar dari jenayah murtad.Orang Murtad, kalau dia keluar islam kerana alasan nak cari keselamatan melalui Jesus Christ, silakan! Tapi kalau dia sampai menghina Nabi SAW, balasan Allah atasnya akan lebih cepat.
Ada cerita mengenai seorang yang mengucapkan kata-kata hina atas Nabi SAW pada zaman baginda. Seorang Nasrani dari Bani An-Najjar. Dia masuk Islam dan diberi tugas menulis wahyu. Kerana itu, dia pun jadi hafazlah Surah Al-Baqarah dan Ali Imran. Masa itu, kalau sudah hafaz dia surah ini, kira hebatlah. Kira orang dewasa dan matang. Boleh jadi pendakwah dan wakil Nabi SAW.
Tapi, orang itu dapat ujian perasaan. Satu hari ketika dia menulis wahyu Allah yang dibacakan Nabi SAW, dia cakap untuk kepastian. Kepastian antara dua nama Allah . Macam kata Sami'un Alim atau Sami'un hakim. Nabi mengiyakan apa yang ditanya lelaki itu. Itu menyebabkan dia rasa macam Nabi SAW ikut sahaja apa sahaja yang dia sebutkan. Lelaki itu pun tinggalkan Nabi SAW dengan ertikata murtad. Dia balik kepada kaumnya dan canang cerita dengan katanya:
ما يدري محمد إلا ما كتبت له
" Muhammad tak tahu apa-apa kecuali apa yang kutuliskan untuknya!"
No comments:
Post a Comment