Tatkala kamu sudah berjalan di atas jalan hidayah, ia bukan jaminan kamu akan tetap di ats jalan itu selamanya. Berapa ramai orang yang sedang meniti di atas permatang hidayah dengan yakin, tiba-tiba tergelincir jatuh ke jurang gelap.
Orang yang tergelincir disebut sebagai muntakisin.
Ada sebilangan sebab yang menimpa orang muntakksin iaitu:
i) Tidak mementingkan aspek doa agar hati tetap dari taqallubat.
ii) Tak minta hidayah kerana merasa diri sudah berada dalam hidayah
iii) Suka mencari jalan beruzlah
iv) Mengikut nafsu syahwat.
v) Merindui masa lalu yang penuh dengan maksiat dan tidak menghapuskan kesan-kesannya.
vi) Tidak ikhlas dan dan benar-benar dalam iltizam dengan kebaikan.
vii) Menyimpan nifaq dalam hati
viii) Tinggalkan iltizam kerana penderian yang salah
Rujuk Kitab: Min Akhbar Al-Muntakisin oleh Abdul Ilah Soleh bin Muqbil Al-Usoimi
No comments:
Post a Comment