Saturday, October 17, 2026

Isu nabi Khidr masih hidup

Ketahuilah bahawa Nabi Khidir dalam kisah pengembaraan Musa a.s, tidak melakukan apa yang dia lakukan dengan pa yang disebut sebagai kasyaf. Kasyaf apa sampai bunuh orang? Kalau kasyaf boleh sampai bunuh orang, cuba syteikh-syeikh sufi itu lakukan hal yang sama. Ada berani? Lalu, apa yang mendorong Nabi Khidir lakukan semua itu. Tidak lain adalah wahyu. Wahyulah yang ada kepastian sampai ke tahap itu. Kalau Syeikh-syeikh sufi kata mereka juga dapat wahyu, maka jadilah mereka dajal yang menipu.

Maka Khidir tidak tampil sebagai wali buat Nabi Musa. Khidir tampil selaku Nabi. Syariat Nabi Musa tidak ditimpakan buat Khidir. Demikian sebaliknya. Syariat nabi Musa hanya buat Bani Israil dan Khidir bukan Bani Israil. 

Dalil bahawa tindakan Khidir adalah berasaskan wahyu adalah firman Allah SWT:

وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي 

[الكهف: ٨٢]


Hanya Nabi Muhammad SAW sahaja yang syariatnya buat seluruh manusia dan jin. Tidak ada yang terkecuali. Kalau benar Khidir hidup masa nabi SAW masih hidup, tiada jalan buatnya melainkan mendatangi Nabi SAW dan beriman dengannya. Kalau Khidir yang sering diceritakan orang yang percaya hidupnya sampai kini boleh berkelana di laut, gunung ganang dan padang pasir serta bumi dilipatkan buatnya, apalah sangat untuk datang ke Kota Madinah bertemu Nabi SAW dan bersimpuh depannya serta beriman? Tapi itu tidak berlaku. Tiada riwayat saheh yang mengesahkannya terjadi. Riwayat palsu ada.


Syeikh Ibn Taimiyyah memang menolak dakwaan yang kata Nabi Khidr masih hidup dan bertemu dengan orang itu dan orang ini. Kalau andai benar orang itu dan ini bertemu yang dikatakan Khidir, siapa boleh mengesahkan yang ditemui itu Khidr? Sekadar dakwaan nabi Khidr itu bahawa dialah Khidr, tidak memustahilkan dia adalah gadungan. Syaitan boleh menjelma dan mengaku dia khidr. Jin juga boleh menjelma dan kata dia Khidr. Syeikh, oornag soleh setara manapun, apalah dia pasti selamat dari tipuan syaitan?? Apakah dia maksum? Hanya Rasulullah sahaja yang maksum. 






No comments:

Post a Comment

Isu nabi Khidr masih hidup

Ketahuilah bahawa Nabi Khidir dalam kisah pengembaraan Musa a.s, tidak melakukan apa yang dia lakukan dengan pa yang disebut sebagai kasyaf....