Sunday, April 30, 2023

MARTABAT SABAR

 Ibn Al-Qayyimm dalam Madarijus Salikin menyebtkan 3  martabat sabar iaitu:

1) Sabar Billah

Iaitu sabar dalam mohon pertolongan Allah SWT.. Orang yang memiliki sabar jenis ini melihat bahawa Allah sahaja yang boleh buatkan dia sabar. Jika Allah tidak jadikan dia sabar, maka tiadalah mampu dia bersabar.

Inilah yang digahami daripada firman Allah dalam Surah An-Nahlu: Ayat 127:

وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّ

" Dan bersabarlah dan sabarmu itu tidak berlaku melainkan kekrana Allah mahu menjadikanmu sabar".


2) Sabar Lillah

 Sabar jenis ini adalah sabar yang didorong oleh cintanya kepada Allah SWT dan mahukan redhaNya. Bukan kerana hendak memenangkan dirinya sendiri.  Inilah sabar kerana Allah. Kerana mahu medapat redha Allah!


3)Sabar Ma'allah

Sabar jenis jenis ini adalah atas dorongan menjalankan hukum hakan agama.


Saturday, April 29, 2023

Maksud kalimah Ummah dalam Quran

Kalimah ummah yang disebutkan dalam Al-Quran datang dengan beberapa makna. 

1) Waktu atau tempoh

Contoh:

Firman Allah SWT:

ولئن أخَّرنا عنهم العذابَ إلى أمَّةٍ معدودةٍ


2) Imam atau pemimpin yang membawa kepada petunjuk

Contoh:

Firman Allah SWT tentang nabi Ibrahim A.S:


إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا للهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ


3) Jalan/tariqat yang diikuti

Contoh:

Firman Allah SWT:


إنا وجدنا آباءنا على أمَّة

3) Mana-mana kumpulan manusia

Contoh:
Firman Allah SWT:

وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ

4 ) Satu kumpulan orang yang bersama dalam satu agama

Contoh: 

Firman Allah SWT:


وَلَوْ شَاءَ اللهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً

5) Satu kumpulan daripada kumpulan yang besar yang seagama

Contoh: 

Firman Allah SWT:


وَلْتَكُن مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ



Baca: Islamonline , Islamweb Islamqa







Thursday, April 20, 2023

Apa ada dalam lubang biawak?

Biawak binatang yang buat lubang dalam tanah. Lubang biawak  tiada lubang keluar kecuali pintu masuknya. Kalau musuh menunggu di lubang masuk, bagaimana biawak mahu keluar semula? Maka terperangkaplah biawak dalam lubangnya. Dalam lubang itu, biawak berak dan biawak tidur. Kotorlah lubangnya. Busuklah lubangnya.

Bodoh juga biawak ini. Kenapa buat lubang untuk masuk dan tinggal di dalamnya lalu tiada luabang keluar lain?

Lubang biawak itulah yang ditamsilkan oleh nabi SAW dalam sebuah hadis riwayat Abu Sa'id Al-Khudri yang berbunyi:

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُم شِبْرًا بشبْر، وذراعًا بذراع، حتَّى لو سَلَكُوا جُحْر ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ؛ قلنا: يا رسول الله؛ اليهودُ والنَّصارى؟ قال النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم: فَمَن؟!

 رواه الشيخان

Lubang biawak itu umpamanya sunnah Yahudi dan Nasrani. Siapa masuk dalam kebiasaan dan sunnah  dua kelompok itu, dia umpama masuk lubang biawak. Kotornya sunnah Yahudi dan Nasrani umpama kekotoran lubang biawak. Perangkap jalan mati dalam sunnah Yahudi dan Nasrani itu umpama lubang biawak.Kebodohan orang yang mengambil tradisi Yahudi dan Nasrani itu umpawa kebodohan biawak. Perangai biawak yang suka menggali cacing di sana sini, itu peranagi penganut fikrah Yahudi dan Nasrani. Biawak yang lidahnya bercabang itu umpama mereka yang memuja dan menyanjung budaya Yahudi dan Nasrani.

Tuesday, April 18, 2023

TARIQAT BAWA KEPADA HAKIKAT DAN HAKIKAT ITU APA PULA?

 Seorang Sufi yang meladeni tariqat, untuk apa? 

Dia mahu menuju hakikat! Bila dia dikatakan sampai kepada hakikat?

Bila dia telah dapat menanggalkan selipar al-kaun( alam semesta) dan melihat al-kaun ini tidak lain melainkan al-mukawwin (pencipta al-kaun), atau dengan kata lain dia telah sampai kepada maqam fana dan al-kaun menjadi tidak wujud lagi, itulah hakikat dan itulah tujuan bertariqat.

Konsep seperti ini dinyatakan oleh Ibn 'Ayyad As-Syafie dalam Al-Mafakhir Al-'Aliyyah (ms 184):



Maka, menurut apa yang dijelaskan oleh Ibn 'Ayyad tersebut, jelaslah bahawa ghayah dalam bertasawwuf adalah mencapai hakikat dan hakikat itu ialah apabila seseorang sufi melihat  segala yang ada dalam alam semesta ini adalah khaliq belaka. 

Itulah yang dikatakan maqam wehdatul wujud!

Pemuka-pemuka sufi mengeluarkan kata-kata yang membawa maksud bahawa tafsiran Sufi itu adalah Allah. Itulah matlamat bertasawwuf. tasawwuf itu  hendak bersihkan diri dari kekotoran dunia. Besrsihkan diri dari sifat-sifat kemanusiaan dan memakai sifat-sifat ketuhanan. Seorang yang sudah mencapai maqam wehdatul wujud, dia tidak lagi melihat segala sesuatu melainkan ia adalah Allah semuanya.Yang banyak jadi satu.  Seperti kata Al-Ghazali dalam Misykatul Anwar (ms 80):


Kerana tasawwuf itu ada dua sisi yang berbeza, sisi gelap dan sisi terang, maka ramai yang menyanjung ilmu tasawwuf sebagai yang paling tinggi . Ya...pada sisi ia sebagai ilmu penyucian diri dari sifat-sifat mazmumah, maka ia adalah wajah cerahnya. Namun, tasawwuf yang membawa pengamalnya kepada menakah rasa ketuhanan, ini adalah sisi gelap dan berlenangan dengan kumbahan busuk para failusuf.

Apabila kita mendengar pujian-pujian muluk kepada para ahli tasawwuf tanpa mendetailkannnya, maka ia adalah cetusan dari mereka yang jahil hakikat yang telah mebarah dalam jasad ilmu tasawwuf ummat Islam. Mungkin juga cetusan itu daripada mereka yang bermaksud memperbodohkan ummat dengan watak-watak zindiq mereka.

Pada dasarnya, tasawwuf yang ditambat dengan Quran dan Sunnah, ia adalah maqbul dan elok. Akan tetapi tasawwuf yang bergelumang dengan fikrah falsafah, ia adalah tasawwuf yang menjadi racun kepada jantung hati ummat ini.

Ia merosakkan konsep iman yang datang dari nabi SAW. Lihat apa kata An-Nablusi dalam kitabnya Hukum Syathul Wali (ms 196):


"Mengembalikan penampakan wujud yang banyak kepada wujud yang satu, itulah tauhid yang sebanar dan itulah Iman yang sempuna".

Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Wehdatul Wujud menjadi agama anutan bagi para Sufi berteraskan falsafah ini.

Berkata Ali Wafa, sebagaimana dinukilkan dalam Tobaqat Sya'rani (jil 2, ms 44):


"Selama mana seseorang itu berlegar dalam daerah PERBEZAAN, maka tidak dapat tidak, dia terkat dengan Syirik dan perbuatan mensyirikkkan".

Ertinya, kita perlu keluarkan dari minda membezakan antara makhluk dan khaliq. Kedua-duanya adalah satu dan tiada beza . kalau masih berfikir dalam acuan membezakan antara keduanya, itu masih syirik. Kenapa? Kerana melihat ada da wujud!

Dalam satu kata-kata ibarat yang dilontarkan oleh Al-Mustaghanimi dalam Al-Manhul Qudsiyyah( ms 99-100):



Kata-kata di atas bermaksud hakikat itu umpama  air mutlak, syariah itu umpama demu tanah. Siapa yang tiada air mutlak bolehlah bertayammum. Seperti, siapa yang tidak faham hakikat, bolelah bersyariat sahaja. Tapi, sepertimana seseorang yang ada air mutlak, kalau masih bertayammum, maka solatnya batal, demikianlah halnya bagi seornag yang telah mencapai hakikat, kalau masih berpegang dengan syariat, batallah imannya. Mungkin termasuklah maksudnya , syiriklah dia! Kalau dan wehdatul wujud, masih lagi nampak wujud lain, rosaklah imannya. 

Pentaksub wehdatul wujud memandang rendah kepada rukun Islam dan melebihkan wehdatul wujud itu. 

Disebutkan dalam Risalah Al-Qusyairiyyah (ms 480):



Jilsah itu lebih baik daripada seribu haji

Apa itu Jilsah? Ia adalah proses menfokuskan rasa tentang kesatuan wujud. Itulah maksud Jilsah. Seorang sufi yang berzikir, merenung dan bertafakkur mengolahkan rasa bahawa yang wujud hanya satu dan yang lain ma'dum belaka, maka ketika itu dia sedang ber'JILSAH'.

Satu tariqat yang dinamakan tariqat Al-Khatmiyyah menjadikan zikir "LA MAUJUD ILLALLAH" SEBAGAI ZIKIR MEREKA.


Sunday, April 16, 2023

BEBERAPA HAKIKAT DAN TIMBANGAN DALAM AGAMA

 1) Apa yang dinamakan hidayah itu ialah apa yang datang dari Allah dan RasulNya semata-mata. Dua jalan ini sahaja menjadi sumber hidayah. Hidayah yang membawa ke jalan syurga dan menjauhkan dari terhumban ke dalam neraka. Tiada jalan hidayah ketiga atau atau seterusnya. Tiada jalan hidayah daripada pemimpin kumpulan, syeikh tariqat, tok guru atau seumpamanya. Mereka bukan penebar hidayah. Apa sahaja yang datang daripada selain Allah dan rasul, hendaklah diermati dan dipadankan dengan Al-Quran dan hadis. Jika menepati keduanya, maka diterima sebagai hidayah. Jika tidak, dilemparkan sahaja di kumbahan.


2) Akidah yang menyalahi Quran dan hadis adalah akidah batil yang wajib diperangi.


3) Semua penambahan atau pengurangan daripada apa yang ada dalam Quran dan Hadis dalam soal ibadat atau jalan taqarrub kepada Allah maupun proses islah diri hendaklah dilihat sebagai bid'ah yang tertolak. Tidak kira ia datang daripada sesiapapun, sekalipun dari seornag yang dilihat sebagai tokoh dalam Islam.


4) Sesiapa yang mendakwa mengetahui hal-hal ghaib samada dengan jalan khabar jin, al-faidh atau al-fath maupun mendapat talian dari langit, maka dakwaan itu adalah dakwaan penderhaka agama lagi pembohong.


5) Pendapat-pendapat para ulama hendaklah tidak diterima secara mutlak sehingga dipadankan dengan Quran dan Hadis. Sementara kita tidak tahu membezakannya atau mencari kebenarannya, kita boleh berpegang dengannya. Bila telah datang kepada kita pengetahuan yang benar, hendaklah tinggalkannya dan berpegang dengan kebenaran yang kita dapat itu.


6) para sahabat adalah manusia yang paling benar dalam soal ibadat mereka. Merekalah paling bertakwa selepas nabi.  Merekalah cerminan kepada hakikat Quran dan Sunnah. Sesiapa yang mengikuti jalan mereka, itulah ornag yang mendapat hidayah. Siapa yang mereng ke kiri atau kanan, itulah orang yang sesat!

Saturday, April 15, 2023

CERITA DONNGENG BERKISAR TENTANG NABI KHIDIR

Dakwaan-dakwaan berhubung masih hidupnya nabi Khidir hingga zaman kini dihiasi dengan pembohongan yang pelbagai. Akan percayalah mereka yang akalnya telah dimandulkan dan tidka boleh berfikir dengan waras. Antara dakwaan yang menampakkan kebohongannnya bagi orang yang berakal ialah apa yang disebutkan oleh Ahmad Al-Faruqi As-Sirhindi dalam kitabnya AL-MUNTKHABAT. Menurutnya, satu ketika Nabi Khidr dan nabi Ilyas telah hadir dan ketika itu dia dalam halaqah pengajiannya. Dikatakan kepadanya oleh Khidr bahawa dia dan Ilyas boleh menjelma rupa apa sahaja yang mereka kehendaki. Lalu, ditanyakan kepada nabi Khidir apakah dia solat mengikut mazhab Syafie? Jawab nabi Khidir, dia tidak dibebankan dengan hukum Syariat dan jika dia solat dia akan solat dengan mengikut Mazhab Syafie kerana Imam Syafie adalah Qutub zaman itu. Maka As-Sirhindi pun membuat cerita dengan mengatakan bahawa kesempurnaan kewalian adalah mengikut Mazhab Syafie manakala kesempurnaan kenabian mengikut Mazhab Hanafi. Kerana itu katanya, kelak bila nabi Isa turun, dia akan solat mengikut Mazhab Hanafi. 


Tulisan di atas perlu KIV kerana Ahmad Al-Faruqi As-Sirhindi yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut, dikenali sebagai seorang pembela sunnah dan penentang bid'ah yang tangguh dari tanah India. Bagaimana cerita Khuza'balat sedemikian boleh disandarkan kepadanya oleh pengarang Kitab Al-Fikrus Sufi, Abdurrahman bin Abdul Khaliq???

Siapa Ahmad Al-Faruqi As-Sirhindi?


Namun, adalah satu biasa terjadi, seorang yang terkenal dengan membanteras Bid'ah. dia sendiri membuat bid'ah. Demikian disebutkan mengenai As-Sirhidi ini dalam: https://al-maktaba.org/book/31616/20378#p57. Ini kerana dalam Al-Maktubat Al-Imam Ar-Rabbani, kedapatan banyak perkara yang mengarut. Antaranya cerita tentang Khidr bermazhab Syafie tersebut.

Abdul Wahab As-Sya'rani dalam kitabnya Ma'arijul Albab menyebutkan bahawa Nabi Khidir bermazhab Hanafi. Dia meriwayatkan daripada sebahagian gurunya kisah nabi Khidir belajar dengan Imam Hanafi sehingga meninggal Imam Hanafi. Kerana belum khatam ilmu mazhab Hanafi, dia minta kepada Allah agar dia dapat belajar dengan Imam hanafi dalam kubur. Maka selama 15 tahun pula dia belajar dengan imam Hanafi.

Friday, April 14, 2023

Hubungkait Kesufian dengan Syiah.

 Ada pembuktian yang dibuat oleh para penggaji aliran-aliran dalam Islam, bahawa antara Syiah dan Kesufian ada persamaan. Berikut adalah senarai pokok persamaannya:

1) Masing-masing mendakwa ada ilmu khusus untuk Imam atau Syeikh.

2) Konsep keimaman dalam Syiah dan Kewalian kalangan Sufi ada kemiripan.

3) Dakwaan bahawa agama ada Zahir dan Batin dan inilah yang membawa kepada masyhurnya ilmu hakikat di kalangan Sufi.

4) Masing-masing gemar membangunkan kubur, mengagungkannya  dan menjadikan ziarah kubur satu ibadat khusus serta gemar beristighasah dengan ahli kubur tersebut.

5) Sama-sama terlibat dalam kerja-kerja subversif meruntuhkan daulah Islam.

6) Akar kemunculan tariqat dalam Syiah bersambung dengan tariqat dalam kesufian.

-Kaji kemunculan tariqat Bakhtasyiyyah dan Rifa'iyyah.


Rujuk Kitab:  As-Silah Baina At-tasawwuf Wat Tasyayyu' oleh Dr. Kamil As-Syaibi. 

Bagimana mencintai nabi ?

Memang diakui bahawa cintakan nabi itu tanda keimanan seseorang. Tidak beriman seseorang sehinggalah cintanya kepada nabi SAW melebihi cintanya kepada ayahnya, anaknya dan seluruh manusia yang lain. Hal ini ditegaskan sendiri oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahehnya:


لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين 

Tidaklah beriman seseorang kamu sehingga aku ini lebih dia ciontai berbanding ayahnya, anaknya dan manusia semuanya".

Maka, untuk menjadi pencinta nabi SAW, ramai orang mengambil jalannya sendiri. Apa yang difahami tentang cintanya kepada seseorang, itu yang dia cuba lakukan dalam konteks cintanya kepada Nabi. Jika dia cintakan isteri, dia sanggup buat apa sahaja demi isterinya. Dia belikan rumah baru, kereta baru, barang kemas dan melayannya dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang. Itul;ah manifestasi cintanya kepada isteri. Maka, apakah cinta kepada nabi SAW demikianlah pula halnya. 

Seseorang yang selalu bersolawat kepada nabi, meraikan kelahirannya saban tahun, mengagungkan nabi sehingga atas daripada batas kemanusiaan, menganggapnya cahaya sempurna ketuhanan, menyandarkan sifat-sifat Tuhan ke atasnya, beristighasah dengan menyerunya serta melampau-lampau dalam mempamer cinta kepadanya. Apakah semua bentuk luahan cinta itu boleh dianggap sebagai Hubbun Nabi?

Untuk memahami bagaimana jalan cinta nabi, fahamilah apa yang Allah SWT sebagai Tuhan yang mengutuis nabi SAW katakan. Dalam Surah Ali-Imran , ayat 31, Allah berfirman:

‏قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ‏ 


" Katakanlah wahai Muhamamd, jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah akan mencintai kalian dan Dia akan mengampunkan dosa-dosa kalian. Ketahuilah Allah itu maha pengampun lagi penyayang".

Maka, cerminan cinta nabi bukan pada tafsiran anda. Bukan pada rasa anda. Kalau anda rasa anda cinta nabi, tanyakan diri, sejauh mana anda ta'asub dalam mengikut nabi. Tak mungkin menjadi pencinta nabi kalau memandai-memandai melakar sendiri agama dan syariat yang nabi ajar. Menyalahi sunnah nabi adalah jenayah dalam agama dan menghambat gelaran pencinta nabi. 

Bagaimana para sahabat nabi memanifestasikan cinta mereka, demikianlah kita harus lakukan. Apa yang mereka tidak lakukan ke atas nabi, demikianlah kita berusaha tidak melakukannya!

Ingat...CINTA nabi bukan macam kau cinta isteri. Kau cinta anak. kau cinta kereta. Cinta nabi berbeza. Ia berteraskan ikutan. Ittiba'. Sebanyak mana ittiba'mu kepada sunnahnya, sebesar itulah cintamu. 




Solawat Al-Azimiyyah

 Dinamakana Solawat Al-Azimiyyah. Ia merupakan solawat yang terbit daripada Tarikat Syaziliyyah. Disebutkan oleh Soleh Muhammad Al-Jufri dalam kitabnya yang bernama :

مفاتيح كنوز السماوات والأرض المخزونة التي أعطاها صلى الله عليه وسلم لشيخ الطريقة الإدريسية المصونة



Bahawa, Sidi Ahmad telah menceritakan bahawa apada satu ketika dia bertemu dengan nabi SAW secara Suriyyah (gambaran) dan bersamanya ada nabi Khidr. Maka dalam pertemuan itu, nabi menyuruh Khidr mengajarkan kepadanya zikir Tariqat Syaziliyyah. Maka Khidir pun mengajarkankepadanya zikir yang dinamakan Solawat Al-'Azimiyyah:

Begini bunyinya:

بسم الله الرحمن الرحيم ، اللهم إني أسألك بنور وجه الله العظيم ، الذي ملأ أركان عرش الله العظيم ، وقامت به عوالم الله العظيم ، أن تصلي على مولانا محمد ذي القدر العظيم ، وعلى آل نبي الله العظيم ، بقدر عظمة ذات الله العظيم ، فى كل لمحة ونفس ، عدد ما فى علم الله العظيم ، صلاة دائمة بدوام الله العظيم ، تعظيما لحقك يا مولانا يا محمد ، يا ذا الخلق العظيم ، وسلِّم عليه وعلى آله مثل ذلك ، واجمع بيني وبينه كما جمعت بين الروح والنفس ظاهرا وباطنا ، يقظة ومناما ، واجعله يا رب روحا لذاتي من جميع الوجوه ، في الدنيا قبل الآخرة ، يا عظيم


Beberapa fahdhilat yang disandarkan kepada yang membacanya ialah:

1) Siapa yang membacanya 70 kali sebelum fajar, dia akan bermimpi melihat Rasulullah SAW. 

2) Ia menjadi pedang yang memutuskan segala masalah apapun, bagi sesiapa yang membacanya sebanyak 92 kali.


Syeikh Abdurrahman Al-Khaliq dalam Al-Fikrus Sufi mengkritik solawat rekaan ini dari segi perkataannya. Katanya solawat ini ada rakakah. Katanya, disebutkan bahawa arasy ada rukun sedangkan dalam hadis saheh dinyatakan bahaw arasy itu ada tiang( Saq). Ia juga salah dari segi khitab pada perkataan : wajhillahil 'azim. Sepatutnya Wajhikal 'azim sebab solat ii diucapkan dalam kenadaan munajat kepada Allah maka hendaklahlah digunakan gantinama kedua, bukan ketiga.


Sementara, cerita Sidi Ahmad bertemu dengan nabi SAW dan mengajarkannya zikir , tidak boleh diterima. Agama sudah sempurna dan tidak menerima sebarang tambahan. Tambahan pula, cerita pasal Khidr yang mengajarnya. Apa hak dia atas syariat nabi Muhammad SAW??? Masa hayat nabi pun dia tidak munculkan diri, kenapa selepas nabi meninggal namanya disebut ganding bersama nabi SAW???




Wednesday, April 12, 2023

Jalan hidayah Kesufian -Kritikan ke atas kisah Ibrahim bin Adham

Dari Kitab "Al-Fikru As-Sufi" oleh Abdurrahman Abdul Khaliq, beliau menyebutkan bagaimana kalangan Sufi menyifatkanb seseorang mendapat hidayah kesufian. Katanya, berdasarkan hikayat-hikayat yang dinisbahkan kepada Ibrahim bin Adham, seorang tokoh Sufi awal, diambil pengajaran oleh para sufi bagaimana seseorang boleh mendapat hidayah kesufiannya:


1) Melalui bisikan atau suara-suara ghaib. Inilah yang menjadi titik awal peralihan jalan hidup Ibrahim bin Adham.Ini disebutkan sebagai hatif. Ini berbeza dengan cetusan hidayah mengikut Quran dan Sunnah yang berpaksikan kepada hujjah dan keterangan.


2) Sifat hidayah itu sendiri sebagaimana digambarkan dalam kisah Ibrahiom bin Adham ialan menanggalkan pakaian asal dan memakai pakaian berbulu, tinggalkan ibu bapa dan kampung halaman dan bahkan tinggalkan dunia dan kecintaannya.


3) Dalam kisah Ibrahim bin Adham, dikatakan bahawa dia bertemu dengan seornag lelaki ketika dalam perjalanan menuju Makkah. Lelaki itu mendapat makanan dari alam ghaib dan dia ajarkan kepada Ibrahim Ismullah A'zom. Bila Ibrahim bin Adham membacanya, muncul nabi Khidr di depannya dan dia yang beruitahu Ibrahim bin Adham bahawa lelaki yang dia berteman dalam musafirnya itu adalah nabi Daud.


4) Dalam kisah Ibrahim bin Adham juga disiratkan sati konsep bahawa ilmu dapat dicapai dengan mujahadah , tinggalkan dunia dan  bersabar atasnya. Jika seseornag lakukan hal tersebut, dia akian mendpaat cahaya dalam hatinya hingga dapat mengetahui nasikh dan mutasyahihat. Ini berbeza dengan konsep Islam yang menetapkan ilmu itu dicapa dengan ta'allum.

5) Dorongan buat IBrahim bin Adham untuk mengambil jalannya adalah Athratullah yang ditafsirkan dalam kitab-kitab Sufi sebagai Al-Fana bersama Allah dan beribadat bukan mahu syurga atau takut neraka. Dari sini, ia berkembang dan membangun menjadi fikrah wehdatul wujud yang meletakkan makhluk dan khaliq adalah ain yang sama.


6) Wali Allah perlu disakiti dan dipukul. Demikianlah apa yang difahami dari kata-kata Aslam bin Yazid Al-Juhani kepada orang sekelilingnya tentang Ibrahim bin Adham. Demi mengesahkan kewalian Ibrahim bin Adham, disuruhnya orang memukul Ibrahim bin Adham dan demikian para wali akan menjalani kesusahan. Apakah demikian kedudukan wali dan ornag kita katakan wali. Mereka perlu kita pukul? Bukankah pukul wali itu ertinya memusuhinya. Siapa yang memusuhi para wali, dia berperang dengan Allah!


7) Aslam bin Yazid Al-Juhani, ketika menasihati Ibrahim bin Adham, menyatakan bahawa dia akan berteman dengan orang--orang baik tetapi dia kena sabar bila mereka memukulnya, mentohmahnya , dan mencelanya.

Apakah demikian perangai kawan-kawan yang baik? Ini tidak boleh diterima akal. 

Sebenarnya manhaj ini dipersiapkan untuk menerbit furu' yang kelak kita akan tahu asal- muasalnya.


Friday, April 7, 2023

Martabat Yakin

Al-Imam Ibn Qayyim membahagikan martabat Yakin sebagaimana disebutkannya dalam Kitabnya Madarijus Salikin (Jil 3, Ms 403) kepada 3 iaitu:

1) Ilmul Yakin

2) Ainul Yakin

3) Haqqul Yakin

Bila kita tahu dan yakin tentang syurga dan neraka dari sumber-sumber yang saheh, itu dinamakan Ilmul Yakin.

Kelak di akhirat, nampaklah syurga dan neraka di depan mata kita, maka itu dinamakan ia Ainul Yakin.

Bila seseorang sudah masuk syurga atau neraka dan merasakan nikmatnya atau azabnya, ketika itu dinamakan Haqqul Yakin.

Misalan lain:

Seorang yang kita percaya  beritahu kita bahawa buah mangga di dusun Pak Leman masam. Ketika kita pecaya khabarnya, kita dikatakan ada ilmul yakin. Ketika lihat orang lain makan dan memek muka orang itu menunjukkan mangga itu masam, kita dikatakan sudah ada ainul yakin. Lalu, kalau kita sendiri merasainya dan mendapatinya masam, maka kala itu dikatakan kita mendapat Haqqul Yakin.


Wednesday, April 5, 2023

BEZA ANTARA JAZA' DAN IJZA'

Ketika nabi SAW sebutkan bahawa sesiapa yang membaca sekali Surah Al-Ikhlas, ia menyamai  sepertiga Al-Quran, persamaan itu adalah dari segi Al-Jaza', iaitu ganjaran. Amal sedikit tetapi pahala berlipatganda adalah antara kelebihan ummat nabi Muhamamd SAW. Maka sekali baca surah Al-Ikhlas menyamai sepertiga Al-Quran itu hendaklah difahami dari sudut ganjaran bukan persamaan mutlak. 

Tidaklah boleh difahami bahawa baca 3 kali dalam solat, tidak perlu lagi baca surah Fatihah kerana 3 kalinya sudah melengkapi seluruh Al-Quran dan fatihah adalah satu surah daripada Al-Quran. Maka yang nabi sebutkan itu adalah Al-jaza' buka Ijza'. Ijza' boleh difahami dengan maksud perlaksanaan atau keabsahan.

Sesiapa yang bernazar akan mengkhatamkan Quran , tidak sah melunaskan nazarnya dengan membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Tidak Ijza' namanya bila nazar ditunaikan dengan cara berbuat demikian.

Sama halnya bila nabi kata solat satu rakaat di Masjidil Haram menyamai 100 ribu kali solat di masjid lain. Itu adalah ganjaran (Al-Jaza') dan bukan Ijza'. TIDAK BOLEH seseorang mengatakan bahawa dia tidak payah solat lima waktu lagi kerana dia telah solat  di Masjidil Haram selama seminggu dalam umrahnya. Dia sudah mengumpul beberapa ratus ribu solat yang mencakupi jumlah solat dalam hidupnya. Tidak boleh digahami begitu kerana gandaan ganjaran itu bukan Ijza'. Ia hanya al-Jaza'.

Al-Jaza' bukan Ijza'. Jangan samakan Al-Jaza' dengan Ijza'.

Perumpamaannya, jika seorang ada duit RM1000, dan seornag yang lain ada makanan dan pakaian bernilai RM1000 ringgit, maka kedua-duanya tidak sama. Yang ada duit tidak boleh berkata: Tak apa, aku tak pelu apa-apa dah. Aku ada RM 1000. Demikian pula yanga da makanan, dia tidak boleh dan tidak akan berpada dengan apa yang dia ada itu Masing-masing memerlukan yang lain.


Fahami istilah Arab ini baik-baik sebelum menggunakan dalil-dalil agama secara semberono.

Tuesday, April 4, 2023

Sebab-sebab intikas

 1) Meninggalkan doa agar ditetapkan pendirian.

Seperti doa:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ


2) Tidak minta hidayah daripada Allah SWT.

3) Kecenderungan untuk beruzalah (menyendiri)

4) Mengikut syahwat

-Kisah yang diriwayatkan oleh Imam Qurtubi dalam kitabnya "At-tazkirah"-seorang lelaki  muazzain di negeri Mesir. Satu hari naik menara dan dari sana nampaklah rumah seorang Nasrani Zimmi.Dia terpandang anak peempuan tuan rumah rumah Nasrani itu lalu hatinya pun terpaut. Dia turun dari menara dan pergi ke rumah itu dan bertemu dengan gadis Nasrani itu. Diluahkan perasaannya dan gadis itu pun menyatakan halangan perbezaan agama mereka. Lelaki itu sanggu masuk nasrani demi melunaskan hajatnya. Ketika majlis pernikahan akan berlangsung sang lelaki itu naik atas sukuf rumah dan malangnya dia terjatuh . Dia tidak sempat kahwin dan dia hilang agamanya. Matilah dalam agama nasrani! Matilah dengan Suul khatimah.

-Alangkah jauhnya beza lelaki itu dengan Nabi Yusuf A.s.
-Bahkan jauh juga bezanya dengan Muhammad Al-Miski (Kisah seorang lelaki penjual barang yang hampir diperangkap oleh seorang wanita kaya)-Kisah ini disebutkan oleh Ibn Al-jauzi dalam kitab "ZAMMUL HAWA".

5) Mengenang keindahan zaman lepas yang bergelumang lazat kemaksiatan. Dengan kata lain, masih berhubung dengan teman-teman bejat yang lalu.

6) Terjun ke medan dakwah tetapi tidak bersedia menanggung Ibtilak. Apabila ditimpa Ibtilak, tidak sabar dan mudah berpaling.

7) Su'uz Zon

-Kata para salaf, carilah 70 keuzuran untuk saudara muslim anda. Jika 70 keuzuran pun tak temui, maka katakan, boleh jadi dia ada keuzuran yang aku tak tahu.

- Manakah adab apabila para pelakun politik selalui Suuz Zon kepada lawan politiknya. Bahkan Suuz Zon itu lebih banyak daripada Husnuz Zon. Penyakit suuz zon itu merawan hati tak kira siapa sekalipun tokoh ulama dan agamawan. Apa lagi orang-orang yang mengamalkan politik Machieveli.


8) Malu tak bertempat


9) Cintakan harta dan takut kefakiran

10) Pengaruh isteri tolehah.

Monday, April 3, 2023

Telepas satu peluang ada yang lain menanti

Bulan Ramadhan ini, para pencinta amal ibadat di dalamnya sering diperingatkan dengan satu hadis nabi SAW byang diriwayatkan oleh Tirmizi dan disahehkan  oleh  Ab Daud, Ibn majah, An-Nasa-i dan Albani iatu sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ 

"Sesiapa yang mendirikan solat Taraweh bersama Imam sehingga imam selesai, maka baginya pahala qiamullail sepanjang malam".



Namun, ganjaran yang ditawarkan dalam hadis di atas gagal diperolehi oleh ramai orang. Pertama , disebabkan imam buat 20 rakaat dan ramai makmun memilih buat lapan sahaja. Kedua, kedapatan makmun yang tidak solat witir bersama imam dengan alasan hendak buat witir selepas tahajjud nanti di waktu dini. Kedua-dua situasi ini membuatkan rmai orang terlepas pahala Qiamullail sepanjang malam yang dijanjikan.

Kita boleh faham keperluansebahagian besar orang. Mungkin kerana penat bekerja di siang hari atau terlebih makan masa berbuka puasa, maka kudrat untuk solat taraweh sangat terbatas. 

Namun, rahmat Allah sangat luas. Sesiapa yang telepas solat taraweh bersama imam, dia masih boleh mendapat pahala qiamullail sepanjang malam jika dapat melazimi dua jenis solat secara berjemaah, iaitu solat Fardhu Isya' dan Fardhu Subuh. Ganjaran mengerjakan dua solat ini secara berjemaah telah disebutkan dalam hadis Saheh Muslim, daripada Uthman bin Affan, nabi SAW bersabda:


من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما صلى الليل كله.


" Sesiapa yang solat Isya' berjemaa'ah maka baginya pahala seperti qiamullail separuh malam. Sementara sesiapa yang solat Subuh berjemaah pula, baginya pahala seumpama qiamullail sepanjang malam".

Nah!, siapa yang yang telepas fadhilat taraweh bersama imam, maka janganlah terlepas solat jemaah Isya' dan Subuh. Kalau Isya' tak sempat kerana alasan-alasan wajar yang pelbagai, maka umumnya Subuh tiada alasan. Kalau nak buat alasan pun, mungkin bangun lewat, mengantuk, malas dan sebagainya. Waktu Subuh sepatutnya diluangkan masa untuk mengejar pahala akhirat tersebut. Kalau itupun gagal, entahlah apa lagi hendak ditawarkan!

Dalam sepotong hadis diriwayatkan Bukhari dalam sahehnya, Rasulullah SAW bersabda:


ولو يَعْلَمُونَ ما في العَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُما ولو حَبْوًا.

"Kalaulah seandainya mereka mengetahui apa yang ada( daripada kelebihan-kelebihan ) pada solat Isya dan Subuh (berjemaah), sudah tentu mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan merangkak".



KAFA'AH DAN BANI HASHIM

 Yang namanya BANI HASHIM itu adalah keturunan kepada anak-anak lelaki Hasyim bin Abdul Manaf Bin Qusai, Datuk Nabi SAW. Penetapan ini per...