Wednesday, April 5, 2023

BEZA ANTARA JAZA' DAN IJZA'

Ketika nabi SAW sebutkan bahawa sesiapa yang membaca sekali Surah Al-Ikhlas, ia menyamai  sepertiga Al-Quran, persamaan itu adalah dari segi Al-Jaza', iaitu ganjaran. Amal sedikit tetapi pahala berlipatganda adalah antara kelebihan ummat nabi Muhamamd SAW. Maka sekali baca surah Al-Ikhlas menyamai sepertiga Al-Quran itu hendaklah difahami dari sudut ganjaran bukan persamaan mutlak. 

Tidaklah boleh difahami bahawa baca 3 kali dalam solat, tidak perlu lagi baca surah Fatihah kerana 3 kalinya sudah melengkapi seluruh Al-Quran dan fatihah adalah satu surah daripada Al-Quran. Maka yang nabi sebutkan itu adalah Al-jaza' buka Ijza'. Ijza' boleh difahami dengan maksud perlaksanaan atau keabsahan.

Sesiapa yang bernazar akan mengkhatamkan Quran , tidak sah melunaskan nazarnya dengan membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Tidak Ijza' namanya bila nazar ditunaikan dengan cara berbuat demikian.

Sama halnya bila nabi kata solat satu rakaat di Masjidil Haram menyamai 100 ribu kali solat di masjid lain. Itu adalah ganjaran (Al-Jaza') dan bukan Ijza'. TIDAK BOLEH seseorang mengatakan bahawa dia tidak payah solat lima waktu lagi kerana dia telah solat  di Masjidil Haram selama seminggu dalam umrahnya. Dia sudah mengumpul beberapa ratus ribu solat yang mencakupi jumlah solat dalam hidupnya. Tidak boleh digahami begitu kerana gandaan ganjaran itu bukan Ijza'. Ia hanya al-Jaza'.

Al-Jaza' bukan Ijza'. Jangan samakan Al-Jaza' dengan Ijza'.

Perumpamaannya, jika seorang ada duit RM1000, dan seornag yang lain ada makanan dan pakaian bernilai RM1000 ringgit, maka kedua-duanya tidak sama. Yang ada duit tidak boleh berkata: Tak apa, aku tak pelu apa-apa dah. Aku ada RM 1000. Demikian pula yanga da makanan, dia tidak boleh dan tidak akan berpada dengan apa yang dia ada itu Masing-masing memerlukan yang lain.


Fahami istilah Arab ini baik-baik sebelum menggunakan dalil-dalil agama secara semberono.

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...