Sunday, April 16, 2023

BEBERAPA HAKIKAT DAN TIMBANGAN DALAM AGAMA

 1) Apa yang dinamakan hidayah itu ialah apa yang datang dari Allah dan RasulNya semata-mata. Dua jalan ini sahaja menjadi sumber hidayah. Hidayah yang membawa ke jalan syurga dan menjauhkan dari terhumban ke dalam neraka. Tiada jalan hidayah ketiga atau atau seterusnya. Tiada jalan hidayah daripada pemimpin kumpulan, syeikh tariqat, tok guru atau seumpamanya. Mereka bukan penebar hidayah. Apa sahaja yang datang daripada selain Allah dan rasul, hendaklah diermati dan dipadankan dengan Al-Quran dan hadis. Jika menepati keduanya, maka diterima sebagai hidayah. Jika tidak, dilemparkan sahaja di kumbahan.


2) Akidah yang menyalahi Quran dan hadis adalah akidah batil yang wajib diperangi.


3) Semua penambahan atau pengurangan daripada apa yang ada dalam Quran dan Hadis dalam soal ibadat atau jalan taqarrub kepada Allah maupun proses islah diri hendaklah dilihat sebagai bid'ah yang tertolak. Tidak kira ia datang daripada sesiapapun, sekalipun dari seornag yang dilihat sebagai tokoh dalam Islam.


4) Sesiapa yang mendakwa mengetahui hal-hal ghaib samada dengan jalan khabar jin, al-faidh atau al-fath maupun mendapat talian dari langit, maka dakwaan itu adalah dakwaan penderhaka agama lagi pembohong.


5) Pendapat-pendapat para ulama hendaklah tidak diterima secara mutlak sehingga dipadankan dengan Quran dan Hadis. Sementara kita tidak tahu membezakannya atau mencari kebenarannya, kita boleh berpegang dengannya. Bila telah datang kepada kita pengetahuan yang benar, hendaklah tinggalkannya dan berpegang dengan kebenaran yang kita dapat itu.


6) para sahabat adalah manusia yang paling benar dalam soal ibadat mereka. Merekalah paling bertakwa selepas nabi.  Merekalah cerminan kepada hakikat Quran dan Sunnah. Sesiapa yang mengikuti jalan mereka, itulah ornag yang mendapat hidayah. Siapa yang mereng ke kiri atau kanan, itulah orang yang sesat!

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...