Monday, April 3, 2023

Telepas satu peluang ada yang lain menanti

Bulan Ramadhan ini, para pencinta amal ibadat di dalamnya sering diperingatkan dengan satu hadis nabi SAW byang diriwayatkan oleh Tirmizi dan disahehkan  oleh  Ab Daud, Ibn majah, An-Nasa-i dan Albani iatu sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ 

"Sesiapa yang mendirikan solat Taraweh bersama Imam sehingga imam selesai, maka baginya pahala qiamullail sepanjang malam".



Namun, ganjaran yang ditawarkan dalam hadis di atas gagal diperolehi oleh ramai orang. Pertama , disebabkan imam buat 20 rakaat dan ramai makmun memilih buat lapan sahaja. Kedua, kedapatan makmun yang tidak solat witir bersama imam dengan alasan hendak buat witir selepas tahajjud nanti di waktu dini. Kedua-dua situasi ini membuatkan rmai orang terlepas pahala Qiamullail sepanjang malam yang dijanjikan.

Kita boleh faham keperluansebahagian besar orang. Mungkin kerana penat bekerja di siang hari atau terlebih makan masa berbuka puasa, maka kudrat untuk solat taraweh sangat terbatas. 

Namun, rahmat Allah sangat luas. Sesiapa yang telepas solat taraweh bersama imam, dia masih boleh mendapat pahala qiamullail sepanjang malam jika dapat melazimi dua jenis solat secara berjemaah, iaitu solat Fardhu Isya' dan Fardhu Subuh. Ganjaran mengerjakan dua solat ini secara berjemaah telah disebutkan dalam hadis Saheh Muslim, daripada Uthman bin Affan, nabi SAW bersabda:


من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما صلى الليل كله.


" Sesiapa yang solat Isya' berjemaa'ah maka baginya pahala seperti qiamullail separuh malam. Sementara sesiapa yang solat Subuh berjemaah pula, baginya pahala seumpama qiamullail sepanjang malam".

Nah!, siapa yang yang telepas fadhilat taraweh bersama imam, maka janganlah terlepas solat jemaah Isya' dan Subuh. Kalau Isya' tak sempat kerana alasan-alasan wajar yang pelbagai, maka umumnya Subuh tiada alasan. Kalau nak buat alasan pun, mungkin bangun lewat, mengantuk, malas dan sebagainya. Waktu Subuh sepatutnya diluangkan masa untuk mengejar pahala akhirat tersebut. Kalau itupun gagal, entahlah apa lagi hendak ditawarkan!

Dalam sepotong hadis diriwayatkan Bukhari dalam sahehnya, Rasulullah SAW bersabda:


ولو يَعْلَمُونَ ما في العَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُما ولو حَبْوًا.

"Kalaulah seandainya mereka mengetahui apa yang ada( daripada kelebihan-kelebihan ) pada solat Isya dan Subuh (berjemaah), sudah tentu mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan merangkak".



No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...