Al-Imam Ibn Qayyim membahagikan martabat Yakin sebagaimana disebutkannya dalam Kitabnya Madarijus Salikin (Jil 3, Ms 403) kepada 3 iaitu:
1) Ilmul Yakin
2) Ainul Yakin
3) Haqqul Yakin
Bila kita tahu dan yakin tentang syurga dan neraka dari sumber-sumber yang saheh, itu dinamakan Ilmul Yakin.
Kelak di akhirat, nampaklah syurga dan neraka di depan mata kita, maka itu dinamakan ia Ainul Yakin.
Bila seseorang sudah masuk syurga atau neraka dan merasakan nikmatnya atau azabnya, ketika itu dinamakan Haqqul Yakin.
Misalan lain:
Seorang yang kita percaya beritahu kita bahawa buah mangga di dusun Pak Leman masam. Ketika kita pecaya khabarnya, kita dikatakan ada ilmul yakin. Ketika lihat orang lain makan dan memek muka orang itu menunjukkan mangga itu masam, kita dikatakan sudah ada ainul yakin. Lalu, kalau kita sendiri merasainya dan mendapatinya masam, maka kala itu dikatakan kita mendapat Haqqul Yakin.
No comments:
Post a Comment