Saturday, April 15, 2023

CERITA DONNGENG BERKISAR TENTANG NABI KHIDIR

Dakwaan-dakwaan berhubung masih hidupnya nabi Khidir hingga zaman kini dihiasi dengan pembohongan yang pelbagai. Akan percayalah mereka yang akalnya telah dimandulkan dan tidka boleh berfikir dengan waras. Antara dakwaan yang menampakkan kebohongannnya bagi orang yang berakal ialah apa yang disebutkan oleh Ahmad Al-Faruqi As-Sirhindi dalam kitabnya AL-MUNTKHABAT. Menurutnya, satu ketika Nabi Khidr dan nabi Ilyas telah hadir dan ketika itu dia dalam halaqah pengajiannya. Dikatakan kepadanya oleh Khidr bahawa dia dan Ilyas boleh menjelma rupa apa sahaja yang mereka kehendaki. Lalu, ditanyakan kepada nabi Khidir apakah dia solat mengikut mazhab Syafie? Jawab nabi Khidir, dia tidak dibebankan dengan hukum Syariat dan jika dia solat dia akan solat dengan mengikut Mazhab Syafie kerana Imam Syafie adalah Qutub zaman itu. Maka As-Sirhindi pun membuat cerita dengan mengatakan bahawa kesempurnaan kewalian adalah mengikut Mazhab Syafie manakala kesempurnaan kenabian mengikut Mazhab Hanafi. Kerana itu katanya, kelak bila nabi Isa turun, dia akan solat mengikut Mazhab Hanafi. 


Tulisan di atas perlu KIV kerana Ahmad Al-Faruqi As-Sirhindi yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut, dikenali sebagai seorang pembela sunnah dan penentang bid'ah yang tangguh dari tanah India. Bagaimana cerita Khuza'balat sedemikian boleh disandarkan kepadanya oleh pengarang Kitab Al-Fikrus Sufi, Abdurrahman bin Abdul Khaliq???

Siapa Ahmad Al-Faruqi As-Sirhindi?


Namun, adalah satu biasa terjadi, seorang yang terkenal dengan membanteras Bid'ah. dia sendiri membuat bid'ah. Demikian disebutkan mengenai As-Sirhidi ini dalam: https://al-maktaba.org/book/31616/20378#p57. Ini kerana dalam Al-Maktubat Al-Imam Ar-Rabbani, kedapatan banyak perkara yang mengarut. Antaranya cerita tentang Khidr bermazhab Syafie tersebut.

Abdul Wahab As-Sya'rani dalam kitabnya Ma'arijul Albab menyebutkan bahawa Nabi Khidir bermazhab Hanafi. Dia meriwayatkan daripada sebahagian gurunya kisah nabi Khidir belajar dengan Imam Hanafi sehingga meninggal Imam Hanafi. Kerana belum khatam ilmu mazhab Hanafi, dia minta kepada Allah agar dia dapat belajar dengan Imam hanafi dalam kubur. Maka selama 15 tahun pula dia belajar dengan imam Hanafi.

No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...