Friday, April 14, 2023

Bagimana mencintai nabi ?

Memang diakui bahawa cintakan nabi itu tanda keimanan seseorang. Tidak beriman seseorang sehinggalah cintanya kepada nabi SAW melebihi cintanya kepada ayahnya, anaknya dan seluruh manusia yang lain. Hal ini ditegaskan sendiri oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahehnya:


لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين 

Tidaklah beriman seseorang kamu sehingga aku ini lebih dia ciontai berbanding ayahnya, anaknya dan manusia semuanya".

Maka, untuk menjadi pencinta nabi SAW, ramai orang mengambil jalannya sendiri. Apa yang difahami tentang cintanya kepada seseorang, itu yang dia cuba lakukan dalam konteks cintanya kepada Nabi. Jika dia cintakan isteri, dia sanggup buat apa sahaja demi isterinya. Dia belikan rumah baru, kereta baru, barang kemas dan melayannya dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang. Itul;ah manifestasi cintanya kepada isteri. Maka, apakah cinta kepada nabi SAW demikianlah pula halnya. 

Seseorang yang selalu bersolawat kepada nabi, meraikan kelahirannya saban tahun, mengagungkan nabi sehingga atas daripada batas kemanusiaan, menganggapnya cahaya sempurna ketuhanan, menyandarkan sifat-sifat Tuhan ke atasnya, beristighasah dengan menyerunya serta melampau-lampau dalam mempamer cinta kepadanya. Apakah semua bentuk luahan cinta itu boleh dianggap sebagai Hubbun Nabi?

Untuk memahami bagaimana jalan cinta nabi, fahamilah apa yang Allah SWT sebagai Tuhan yang mengutuis nabi SAW katakan. Dalam Surah Ali-Imran , ayat 31, Allah berfirman:

‏قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ‏ 


" Katakanlah wahai Muhamamd, jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah akan mencintai kalian dan Dia akan mengampunkan dosa-dosa kalian. Ketahuilah Allah itu maha pengampun lagi penyayang".

Maka, cerminan cinta nabi bukan pada tafsiran anda. Bukan pada rasa anda. Kalau anda rasa anda cinta nabi, tanyakan diri, sejauh mana anda ta'asub dalam mengikut nabi. Tak mungkin menjadi pencinta nabi kalau memandai-memandai melakar sendiri agama dan syariat yang nabi ajar. Menyalahi sunnah nabi adalah jenayah dalam agama dan menghambat gelaran pencinta nabi. 

Bagaimana para sahabat nabi memanifestasikan cinta mereka, demikianlah kita harus lakukan. Apa yang mereka tidak lakukan ke atas nabi, demikianlah kita berusaha tidak melakukannya!

Ingat...CINTA nabi bukan macam kau cinta isteri. Kau cinta anak. kau cinta kereta. Cinta nabi berbeza. Ia berteraskan ikutan. Ittiba'. Sebanyak mana ittiba'mu kepada sunnahnya, sebesar itulah cintamu. 




No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...