Showing posts with label Usul Feqah. Show all posts
Showing posts with label Usul Feqah. Show all posts

Friday, August 22, 2025

RUKUN TAKLIF

RUKUN TAKLIF ADA EMPAT IAITU:

i) Mukallif iaitu Allah SWT

ii) Mukallaf iaitu seorang yang berakal lagi baligh.

iii) Mukallaf bihi iaitu apa yang diperintah buat atau dilarang.

iv) Lafaz perintah atau larangan


SYARAT-SYARAT TAKLIF

a) Syarat atas Mukallaf

1) Syarat Umum

i) Baligh

ii) Berakal

iii) Berkemampuan

iv) Ada hak memilih(ikhtiyari) dan bukan dipaksa.

v) Ada ilmu wujuknya taklif-khas bagi yang memang semua orang tahu. Bagi yang yang mendalam dan hanya sebilangan yang tahun, kejahilan mengenainya diuzurkan. (Baca: Shamela)


2) Syarat-syarat sampingan

i) Merdeka dan bukan hamba dalam kes Jihad dan Jumaat

ii) Lelaki dalam kes solat jumaat

iii) Bermuqim bagi taklif solat jumaat.


b ) Syarat-syarat Mukallaf bihi

i) Perentah dan larangan itu telah diketahui

ii) Apa yang diperintah atau dilarang itu belum ada. Kalau sudah ada , tiada guna! Contoh: Kalau seorang suda solat subuh, maka dia sudah ada benda yang ditaklifkan itu. Taklif hanya available jika dia belum solat Subuh. Ini dalam bab perintah. Namun,  jika larangan , boleh. Larangan zina bagi seorang muslim, walaupun dia tiada zina.(Baca; Shamela)


iii) Mumkin berlaku-Kalau perkara itu wajib berlaku dan mustahil berlaku dari segi akal maka ia bukan termasuk dalam mukallaf bihi.

Contoh:

-Perintah buat dua benda yang bertentangan. Spt minumlah! Jangan Minum!

-JIka perkara itu mustahil dalam ilmu Allah-maka ia boleh menjadi mukallaf bihi kerana kita tidak tahu apa yang dalam ilmu Allah sejak azali. Hakikatnya pun ia bukan perkara mustahil.

Contoh: Taklig hendaklah matinya orang kafir dalam iman.





Thursday, August 29, 2024

IBN HAZMIN AZ-ZAHIRI MENGENGKARI QIAS

 Jumhur Ulama mengatakan bahaw aQias adalah salah satu sumber syarak. Namun, bagi Ibn Hazmin Az-Zohiri, Qias bukan Sumber Syarak. 

Penolakan Ibn Hazmin ke atas Qias adalah atas dasar menolak untuk memberi sebab bagi perbuatan-perbuatan Allah.Yakni, tidak boleh dikatakan Allah melakukan sesuatu ada sebab itu dan ini.

Yang dimaksudkan penolakan qias oleh Mazhab Az-Zohiri ini adalah Qias yang jelas (Qias Al-Jali) yang mana Jmhur Ulama Usul menerimanya.

Penolakan terhadap qias oleh Ibn Hazmin khususnya, menyebabkan dia mengkritik pedas sampai ke peringkat menperlecehkan dan dan merendah-rendahkan Imam mazhab yang empat kerana mereka menggunakan Qias sebagai sumber syarak.

Menurut Ibn Hazmijn, hanya yang disebutkan dalam nas menjadi syariat. Yang tiada, tidak akan menjadi syariat. Allah berfirman:

 اتبعوا ما أنزل اليكم من ربكم ولا تتبعوا من دونه أولياء

Maka ,menurutnya,  Qias tidak diturunkan oleh Allah SWT!

Qias juga menurutnya tidak memberi keyakinan, bahkan ia memberikan zon. Sementara Zon itu tidak boleh menghatasi kebenaran.

ان الظن لا يغني من الحق شيئاً 

Sabda nabi SAW:

اياكم والظن فان الظن أكذب الحديث

Penolakan Ibn Hazmin atas penggunakan qias dengan mendatangkan dalil-dali penolakan qias seolah-olah melupakan sekian banyak dali yang melegitimasikan qias.


Lihat sahaja dalam Quran, Allah berfirman:


ان مثل عيسى عند الله كمثل آدم خلقه من تراب

Allah membuat perbandingan Isa dengan Adam . Adam diciptakan tanpa ibu dan ayah. Maka apa nak dihairankan kalau Isa dipciptakan tanpa ayah. Bandingan kedua-duanya bersekutu pada kelahiran dengan kuasa Allah!

Lihat bagaimana Allah mengqiaskan ummat di zaman nabi SAW dengan ummat terdahulu. FirmanNya:

أفلم يسيروا في الأرض فينظروا كيف كان عاقبة الذين من قبلهم دمر الله عليهم

Firman Allah SWT lagi:

ومن آياته أنك ترى الأرض خاشعة فاذا أنزلنا عليها الماء اهتزت وربت ان الذي أحياها لمحيي الموتى

Allah membandingkan perbuatannya menghidupkan orang mati di hari akhirat dengan kejadian hujan yang turun lalu menghidupkan bumi dengan tanaman-tanaman.

Maka, qias yang benar banyak dan itulah yang digunakan oleh para ulama Mazhab yang empat.

Qias Iblis adalah qias yang fasid. Demikian Qias saudara-saudara nabi Yusuf yang menyamakan kecuarian yang dilebelkan kepada Bunyamin dengan kecurian yang dituduh atas nabi Yusuf masa kecilnya.


إن يسرق فقد سرق أخ له من قبل







Bacaan tambahan: Al-Jurri

Tuesday, August 27, 2024

QIAS YANG BERTENTANGAN DENGAN NAS

Pengharaman arak sebagai wahana perubatan adalah tsabit dalam nas yang saheh.

Hadis riwayat Ibn Mas'ud: 

إنَّ اللهَ لم يجعَلْ شِفاءَكم فيما حَرَّمَ عليكم

Hadis riwayat Abu darda' dalam Sunan Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً ، فَتَدَاوَوْا ، وَلا تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ 


Namun, atas dasar Darurat Mengharuskan Perkara Yang Haram, ada pandangan menggunakan qias  dikeluarkan oleh Imam Malik dan Ibn Hubairah bahawa berubat dengan arak adalah diharuskan. Keharaman arak diqiaskan dengan keharaman bangkai dan babi.

Maka Qias yang digunapakai dalam masalah ini bertentangan dengan nas dan kerana itu qias itu ditolak.

Qias antara arak dengan bangkai dalam masalah berubat dengan minum arak adalah daif atas beberapa sebab:

1) Ketidakpastian arak sebagai penawar sebagaimana pastinya bangkai atau daging babi memberikan tenaga dan menyelamatkan nyawa 

2) Orang dalam keadaan darurat tiada pilihan sedangkan dalam perubatan, ada banyak pilihan selain arak.

3) Keadaan orang yang darurat itu wajib makan bangkai atau babi demi menyelamatkan nyawa,  tetapi orang sakit yang perlukan ubat, ia tidak wajib bahkan ada pandangan mengatakan bersabar itu lebih baik seperti warad dalam hadis jariah yang terkena rasukan:  Kata Nabi kepadanya:
إن شئت أن تصبري ولك الجنة وإن شئت دعوت االله أن يشفيك


Catatan tambahan:

Iblis yang terlaknat adalah makhluk pertama yang merintius jalan menggunakan Qias yang bertentangan dengan Nas. Ketika Allah SWT memerintahkannya sujud kepada Adam A.s, dia menolak dan memberi alasan. Firman Allah SWT menegnai alasan yang dikemukakan iblis itu :

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

" Allah berfirman: Apa sebab kamu tidak mahu sujud ketika aku memerintahkan kamu sujud? Berkata Iblis: Aku lebi baik daripadanya (Adam), Aku Kau ciptakan daripada api sedangkan dia (Adam) Kau ciptakan daripada tanah".

Iblis menggunakan qias untuk menolak nas. Nas dalam kisah ini adalah perintah sujud. Qias Iblis adalah menyamakan dirinya dengan api dan Adam dengan tanah. Sebagaimana api lebih mulia daripada tanah, maka dia lebih mulia daripada Adam. Orang yang mulia masakan sujud kepada yang kurang?


Qias ini adalah rosak dan melanggar nas. Kata Syeikh Muhammad Al-Amin As-Syanqiti:

وأول من قاس قياساً فاسداً، وردَّ فيه نصوص الله وأوامره ونواهيه هو إبليس اللعين، فكل من ردَّ نصوص الشرع الواضحة بقياسات باطلة عناداً وتكبراً فإمامة إبليس؛ لأنه أول من ردَّ النصوص الصريحة بالمقاييس الكاذبة

" Iblis yang bterlaknat adalah yang pertama menggunakan qias yang rosak dan menolak nas dan perintah serta larangan Allah menggunakannya. Maka, setiap orang yang menolak ketetapan nas syarak yang jelas menggunakan qias-qias yang batil atas dasar derhaka dan takbur, maka imamnya adalah Iblis. Ini kerana Iblislah yang terawal menolak nas yang sareh dengan qias yang batil.


SENARAI QIAS YANG FASID:

  1. Qias yang dibuat oleh Iblis tatkala enggan sujud kepada Adam
  2. Qias kaum Yahudi menyamakan Riba dengan jual beli.
  3. Qias faedah bank ribawi dengan kata-kata yang disebutkan oleh sebahagian fuqaha: لا ربا بين الوالد وولده
  • * Tidak boleh samakan antara ayah dan anak dengan kerajaan dan rakyat. Harta anak adalah harta ayah berdasarkan hadis. Tapi , harta rakyat masakan harta kerajaan??














Monday, January 15, 2024

Makruh Tahrim dan makruh Tanzih

Larangan-larangan Allah yang jelas dalam Quran dan hadis nabi SAW diistilahkan sebagai haram. Kalangan fuqaha, ada yang menamakannya dengan makruh Tahrim. Maka, tiada beza antara haram dengan makruh tahrim.  ia adalah nafsu syai'.

Istilah makruh digunakan untuk perkara-perkara yang haram seperti firman Allah dalam Al-Quran, Surah Al-Israk, ayat 38:

كُلُّ ذَٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُۥ عِندَ رَبِّكَ مَكۡرُوهٗا





Dalam hadis, ketika istilah makruh digunakan oleh Rasulullah SAW, ia membawa maksud haram. Umpamanya dalam hadis, sabda nabi SAW:

 إنَّ اللَّهَ كَرِهَ لَكُمْ ثَلَاثًا: قيلَ وَقالَ، وإضَاعَةَ المَالِ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ.
الراوي : المغيرة بن شعبة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم | الصفحة أو الرقم : 593 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح] | التخريج : أخرجه البخاري (1477)

Ada satu lagi jenis makruh yang disebutkan oleh para fuqaha iaitu makruh tanzih. Itulah makruh yang diertikan dengan tidak berdosa melakukannya , tetapi diberikan ganjaran pahala jika meninggalkannya.
Makruh jenis ini boleh dikesan dalam hukum hakam Islam apabila datang nas melarangnya tetapi datang pula nas yang menunjukkan sebaliknya.

Umpamanya hukum minum berdiri, minum dari bekas air yang besar (qirab)


Istilah makruh tahrim dan makruh tanzih ini adalah isu berkaitan pembahagian hukum taklifi di kalangan para fuqaha.
Perlu juga dijelaskan bahawa para Fuqaha' berbeza pandangan dalam soal pembahagian hukum taklifi.

Perbezaan itu terbahagi kepada dua iaitu pandangan JUMHUR dan pandangan Hanafiyyah.


Pembahagian hukum menurut JUMHUR adalah lima iaitu:
  1. Wajib
  2. Haram
  3. makruh
  4. Sunat
  5. Harus.
Contoh makruh ialah berborak selepas insya. Ini berdasarkan hadis:

كان النبي يكره النوم قبلها والحديث بعدها عليه الصلاة والسلام

Demikian juga makruh becakap apa yang tiada faedah, makruh meninggalkan solat-solat sunat rawatib, melebihkan basuhan wudhuk lebih daripada 3 kali.

Termasuk dalam makna makruh ini ialah makan sambil bersandar, minum dari mulut bekas minuman utama, bernafas ke  dalam bekas minuman, istinjak dengan tangan kanan, sentuh kemaluan dengan tangan kanan tanpa uzur, berjalan dengan sebelah kasut di kaki, berbantah-bantah dalam masjid, meninggikan suara dalam masjid, duduk ihtiba'/qurfaso' (duduk dengan menegakkan 2 kaki dan dua tangan memautnya) dalam masjid saat khatib sedang berkhutbah jumaat , mencela/mengeluh kerana demam,mencemuh ayam jantan berkokok, solat di samping makanan, mengkhususkan hari jumaat untuk berpuasa dan menolak huluran sapuan minyak wangi tanpa uzur.


Namun, bagi mazhab Hanafi, pembahagian hukum taklif di sisi mereka ada tujuh iaitu:
  1. Fardhu
  2. Wajib
  3. Sunat
  4. Haram
  5. Makruh Tahrim
  6. Makruh Tanzih
  7. Harus
Mazhab Hanafiyyah berbeza dengan Jumhur dari sudut membahagikan hukum makruh. Mazhab Hanafiyyah  membahagian makruh kepada dua iatu:
a) Makruh Tahrim iaitu apa yang diperintah syarak meninggalkannya secara jazam berdasarkan dalil yang zonni. Misalnya : memakai pakaian sutera, jual atas jualan dan meminang atas pinangan orang.

Mazhab Hanifi menghukumkan makruh tahrim itu dengan kata: Ia lebih dekat kepada haram. 

b) Makruh Tanzih iaitu apa yang diperintahkan Syarak meninggalkannya tidak secara jazam berdasarkan dalil yang zonni seperti makan daging kuda. Tiada beza aspek ini dengan apa yang diistilahkan oleh JUMHUR sebagai makruh.

 

Mazhab Hanifi menghukumkan makruh tanzih itu dengan kata: Ia lebih dekat kepada halal. 


Kalau dilihat dari sudut penggunaan istilah makruh di kalangan Salaf, ia merujuk kepada yang haram. Imam Ibn Al-Qayyim menyebutkan dalam kitabnya I'lamul Muwaqqi'in:


 فالسلف كانوا يستعملون الكراهة في معناها الذي استعملت فيه في كلام الله ورسوله، أما المتأخرون فقد اصطلحوا على الكراهة تخصيص بما ليس بمحرم وتركه أرجح من فعله، ثم حمل من حمل منهم كلام الأئمة على الاصطلاح الحادث فغلط في ذلك


Kalangan salaf juga tidak menggunakan istilah halal dan haram yang diputuskan oleh pandangan mereka. Bila ditanya hukum, mereka tidak akan mengatakan ini haram atau ini halal. Mereka gunakan istilah makruh. Kata mereka aku tidak suka yang ini dnba aku suka yang ini. Imam Ibn Al-Qayyim menuklilkan sikap salaf ini dalam kitabnya:

قال ابن وهب: سمعت مالكًا يقول: لم يكن من أمر الناس ولا مَنْ مضى من سلفنا، ولا أدركتُ أحدًا ممن أقتدي به يقول في شيء: «هذا حلال، وهذا حرام» وما كانوا يجترئون على ذلك، وإنما كانوا يقولون: نكره كذا ونرى هذا حسنًا، فينبغي هذا، ولا نرى هذا، ورواه عنه عتيق بن يعقوب، وزاد: ولا يقولون حلال ولا حرام، أمَا سمعت قول الله تعالى: {قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا أَنزَلَ اللهُ لَكُم مِّن رِّزْقٍ فَجَعَلْتُم مِّنْهُ حَرَامًا وَحَلاَلًا قُلْ آللهُ أَذِنَ لَكُمْ أَمْ عَلَى اللهِ تَفْتَرُونَ} (يونس: ٥٩) الحلال ما أحله الله ورسوله، والحرام ماحرمه الله ورسوله

Imam Ibn Qayyim mengatakan bahawa berlaku kesialpan fahaman di kalangan penuntut ilmu mazhab-mazhab dalam menghadam maksud makruh yang disebutkan oleh imam-imam mazhab. Makruh di sisi mereka bukanlah makruh yang difahami oleh para pengikut mazhab.

Lalu imam Ibn Al-Qayyim menyebut beberapa misal kesalahan yang terjadi dalam perkara ini.

Baca: Shamela



Friday, October 20, 2023

Kaedah Usul Feqah: Apabila seuatu perkara itu luas, maka ia perlu disempitkan. Demikian Sebaliknya , bila ia sempit, maka hendaklah diluaskan.

Dalam situasi seseorang berdepan dengan kesulitan, kesempyan dan kepayahan, maka dia dibenarkan meluaskan untuknya pada kadar yang memadai untuknya. Bukan meluaskan seluas-luasnya pada situasi yang tidak perlu. 

 Kaedah ini adalah:


(الأمر إذا ضاق اتسع)

Kaedah ini dicetuskan oleh Imam As-Syafie dan dia menajwab masalah feqah berdasarkan kaedah ini dalam 3 fatwanya: Salah satunya ialah dalam kes seorang perempuan yang dalam musafir dan tiada walinya, maka perempuan itu melantik seornag lelaki lain sebagai walinya.  Murid Iamm Syafie, Yunus bin Abdul A'la  bertanya mengenai alasan kenapa boleh begitu? Maka dijawab oleh Imam Syafie: الأمر إذا ضاق اتسع



Contoh-contoh praktis kaedah ini:

1) Seorang perempuan yang ditalakkan atau kematian suami tidak boleh keluar rumah dalam tempoh iddah. Namun, jika ada keperluan, diberikan kepadanya keluasan. Terdapat hadis riwayat Muslim dan juga Ahmad , dari Jabir bin Abdullah, katanya:

طُلِّقت خالتي، فأرادت أن تجُدَّ نخلها -أي تصرمه وتقطع ثمرته -، فزجرها رجل أن تخرج، فأتت النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: بلى، فجُدِّي نخلك، فإنك عسى أن تصَدَّقي، أو تفعلي معروفا

2) Jika ada pruduk dalam pasaran yang tiada pilihan lain, sedangkan ia meragukan, umpamanya keju, maka dibenarkan menggunakannya sekadar perlu. Namun, ia menjadi fardhu kifayah bagi ornag Islam untuk memprudukkan yang halal.

3) Dahulu, pembuatan tembikar adalah dari bahan yang bernajis. Ia digunakan untuk bekas minuman dan wudhuk. Dihukumkan boleh atas kaedah ini.



4)Menerima kesaksian kanak-kanak dalam kes melibatkan sesama mereka demi menjaga hak.

5) Harus makan harta orang lain ketika darurat.

6) Harus memberi upah bagi pengajar Al-Quran, tukang azan, imam dan lain-lain kerja dakwah jika tiada orang melakukannya dengan percuma. Ia adalah demi menjaga syiar agama agar jangan lenyap. Kaedah ini yang dipakai.

7)Para ulama jarah dan Ta'dil yang meneritakan keburukan seseorang tidak dikira mengumpat . ia adalah demi menjaga otentik sesuatu riwayat agar datang dari jalan yang terpercaya. Kaedah inilah yang digunakan untuk membenarkan elaan dan umpatan  tersebut.

8) Ada satu maslah mengenai harta anak yatim yang diangkat kepada Ibn As-Solah. Seorang ayah mati meninggalkan 2 anak dan isteri. Maka isteri itu telah serahkan harta anak yatim itu kepada saudara lelakinya yang soleh untuk dikembangkan agar tidak habis dimakan perbelanjaan. Ia di dalam bnegeri yang tidak ada badan yang menguruskan harta anak yatim. Tiada pula wasiat si mati untuk demikian. Maka Ibn Soleh menghukumkan harus demikian atas dasar kaedah ini.

9) Keharusan wanita yang sedang dalam iddah untuk keluar rumanya untuk keperluan juga tertakluk di bawah kaedah ini.

10) Dalam kondisi seorang wanita tiada wali saat dia bermusafir, dan keperluan menikah menjadi mendesak, maka diwalikan untuknya seornag lelaki yang lain. Ini juga tertakluk bawah kaedah ini.





Tuesday, February 7, 2023

Kaedah: Tidak diizinkan berijtihad jika ada nas

 Contoh masalah:

1) Ada nas yang mengharamkan riba, maka tidak boleh berijtihad untuk menghalalkan riba.

2) Ada nas yang menetapkan hak lelaki 2 bahagian berbanding perempuan dalam pewarisan. Maka tidak boleh ijtihad menyamakan hak lelaki dan perempuan dalam pewarisan pusaka.

3) Nas memberikan hak kepada wali mangsa terbunuh untuk menuntut Qisas. Maka ijtihad tidak dibenarkan untuk membatalkan hak wali mangsa terbunuh itu.

4) Nas mengharamkan judi, maka ijtihad menghalalkannya atas alasan pendapatan negara tidak dibenarkan.


Maka, ijtihad dalam perkara yang telah ada nas syarak yang jelas adalah ditolak. Ijtihad hanya boleh dalam perkara-perkara yang tiada nas syarak.

Monday, February 6, 2023

Furu' kaedah: Siapa yang gelojoh untuk dapat sesuatu dihukum dengan menghalangnya untuk dapatkannya.

 Kaedah ini disebutkan:


من استعجل الشيء قبل أوانه عوقب بحرمانه

Kaedah ini merupakan kaedah Usul Feqah yang ada kaitan dengan kedah yang dinamakan Saddu Zarai'.
Antara furu' bagi kaedah ini ialah:


1) Apabila seseorang ahli waris membunuh pemilik harta, maka si pembunuh itu dihilangkan haknya dalam mewarisi harta yang kena bunuh.

2) Apabila sesorang wanita diceraikan talak tiga sewaktu suami dalam keadaan sakit hendak mati dengan tujuan untuk menghalang sang isteri mewarisi hartanya, maka setelah matinya suami itu, isteri tetap mendapat harta pusaka dari peninggalan bekas suaminya itu. 

3) Apabila arak diproses dengan mencapurkan bahan dalamnyasupaya menjadi cuka, maka ia tetap diharamkan dan cuka itu tetap dihukumkan dengan kenajisan arak. Khilaf ulama tentangnya.

4) Bila keldai kampung disembelih, maka kulitnya tidak menjadi suci walau disamak. Ada khilaf ulama tentang pengunaan kaedah dalam maslah ini.

5) Orang yang sengaja lari dari zakat dengan mengurangkan nisabnya sejurus sebelum sampai haul, maka dihukumkan atasnya wajib zakat walaupun hartanya telah kurang dari nisab wajib zakat.

6) Orang yang memindahkan harta dari kumpulan yang diwajibkan zakat ke dalam kumpulan harta yang tidak wajib zakat seperti harta tak alih (Iqar) atau dijadikan perhiasan dengan tujuan lari dari zakat, maka dihukumkan wajib zakat atas hartanya itu.

7) Orang yang sengaja mabuk dengan minum arak, maka perkataannya dan perbuatannya dihukumkan dengan hukum orang yang tidak mabuk.

8) Orang yang ghulul (Khianat) atas harta ghanimah, maka dicabut daripadanya sahamnya dalam harta ghanimah itu.

9) Sesiapa yang menikahi seornag wanita ketika iddahnya belum habis, maka wanita itu diharamkan atasnya selamanya (menurut satu Qaul).

10) Sesiapa yang melakukan rasuah untuk satu-satu tujuan, maka tujuan itu diharamkan atasnya untuk diperolehi.


Namun, ada pengecualian kaedah ini dalam furu'-furu' tertentu seperti berikut:

1) Jika seandainya si  ppemiutang(Creditor) membunuh  Penghutang (Debtor), maka menurut pendapat yang paling saheh, hutang itu langsai. Dalam keadaan ini, si pemiutang berhak untuk menuntut hutang daripada waris penghutang. Si pemiutang  tidak dituduh isti'jal dan meminta hutangnya dijelaskan. Ini adalah pandangan paling saheh dalam mazhab Syafie.

Pandangan yang lain mengatakan hutang si pengutang tidak langsai dengan terbunuhnya dia.


Friday, December 30, 2022

Belajar Usul Feqah itu penting.

Sebelum anda belajar feqah, anda perlu belajar usul feqah. Demikian kata para ulama dalam bidang ini. Dr. Nayif bin Nahar dalam bukunya Muqaddimah Fi Usul Al-Fiqh menyebtkan bahawa ilmu Usul Feqah adalah natijahh yang lahir dari Pemikiran Islam dan semasa proses pembentukan asas ilmu ini, tidak ada sama sekali pemikiran luar yang melaburkan sahamnya.

Ini tentu berbeza dengan beberapa ilmu lain yang dipengaruhi pemikiran luar seperti ulmu tasawwuf yang di dalamnya ada saham pemikiran falsafah. Demikian ilmu kalam juga dipengaruhi pemikiran falsafah.

Thursday, December 29, 2022

KAEDAH USUL FEQAH YANG DISEPAKATI PARA ULAMA

1) Yakin tidak dihilangkan dengan syak

2) Kemudaratan hendaklah dihilangkan

3) Apabila sukar, hendaklah dimudahkan.

4) Adat kebiasaan diambil kira.

5)  Sesuatu perkara berdasarkan niat


Semak: Islamweb


RUMUSAN KITAB: PERBEZAAN ANTARA DUA WALI

Bukan semua wali itu wali Allah. Ada juga wali syaitan. Pembahagian dua jenis wlai inu bukan rekayasa Ibn taimiyyah atau sesiapa. Memang All...