Hadis riwayat Ibn Mas'ud:
إنَّ اللهَ لم يجعَلْ شِفاءَكم فيما حَرَّمَ عليكم
Hadis riwayat Abu darda' dalam Sunan Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً ، فَتَدَاوَوْا ، وَلا تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ
Namun, atas dasar Darurat Mengharuskan Perkara Yang Haram, ada pandangan menggunakan qias dikeluarkan oleh Imam Malik dan Ibn Hubairah bahawa berubat dengan arak adalah diharuskan. Keharaman arak diqiaskan dengan keharaman bangkai dan babi.
Maka Qias yang digunapakai dalam masalah ini bertentangan dengan nas dan kerana itu qias itu ditolak.
Qias antara arak dengan bangkai dalam masalah berubat dengan minum arak adalah daif atas beberapa sebab:
1) Ketidakpastian arak sebagai penawar sebagaimana pastinya bangkai atau daging babi memberikan tenaga dan menyelamatkan nyawa2) Orang dalam keadaan darurat tiada pilihan sedangkan dalam perubatan, ada banyak pilihan selain arak.3) Keadaan orang yang darurat itu wajib makan bangkai atau babi demi menyelamatkan nyawa, tetapi orang sakit yang perlukan ubat, ia tidak wajib bahkan ada pandangan mengatakan bersabar itu lebih baik seperti warad dalam hadis jariah yang terkena rasukan: Kata Nabi kepadanya:
إن شئت أن تصبري ولك الجنة وإن شئت دعوت االله أن
يشفيك
Catatan tambahan:
Iblis yang terlaknat adalah makhluk pertama yang merintius jalan menggunakan Qias yang bertentangan dengan Nas. Ketika Allah SWT memerintahkannya sujud kepada Adam A.s, dia menolak dan memberi alasan. Firman Allah SWT menegnai alasan yang dikemukakan iblis itu :
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
" Allah berfirman: Apa sebab kamu tidak mahu sujud ketika aku memerintahkan kamu sujud? Berkata Iblis: Aku lebi baik daripadanya (Adam), Aku Kau ciptakan daripada api sedangkan dia (Adam) Kau ciptakan daripada tanah".
Iblis menggunakan qias untuk menolak nas. Nas dalam kisah ini adalah perintah sujud. Qias Iblis adalah menyamakan dirinya dengan api dan Adam dengan tanah. Sebagaimana api lebih mulia daripada tanah, maka dia lebih mulia daripada Adam. Orang yang mulia masakan sujud kepada yang kurang?
Qias ini adalah rosak dan melanggar nas. Kata Syeikh Muhammad Al-Amin As-Syanqiti:
وأول من قاس قياساً فاسداً، وردَّ فيه نصوص الله وأوامره ونواهيه هو إبليس اللعين، فكل من ردَّ نصوص الشرع الواضحة بقياسات باطلة عناداً وتكبراً فإمامة إبليس؛ لأنه أول من ردَّ النصوص الصريحة بالمقاييس الكاذبة
" Iblis yang bterlaknat adalah yang pertama menggunakan qias yang rosak dan menolak nas dan perintah serta larangan Allah menggunakannya. Maka, setiap orang yang menolak ketetapan nas syarak yang jelas menggunakan qias-qias yang batil atas dasar derhaka dan takbur, maka imamnya adalah Iblis. Ini kerana Iblislah yang terawal menolak nas yang sareh dengan qias yang batil.
SENARAI QIAS YANG FASID:
- Qias yang dibuat oleh Iblis tatkala enggan sujud kepada Adam
- Qias kaum Yahudi menyamakan Riba dengan jual beli.
- Qias faedah bank ribawi dengan kata-kata yang disebutkan oleh sebahagian fuqaha: لا ربا بين الوالد وولده
- * Tidak boleh samakan antara ayah dan anak dengan kerajaan dan rakyat. Harta anak adalah harta ayah berdasarkan hadis. Tapi , harta rakyat masakan harta kerajaan??
No comments:
Post a Comment